Universiti Malaysia Kelantan Universiti Malaysia Kelantan (singkatan:UMK ) secara rasminya berada dalamRancangan Malaysia Kesembilan . Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.
UMK mempunyai 3 buah kampus utama iaitu kampus kota yang terletak diPengkalan Chepa ,Bachok danJeli .
Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, TunAbdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagainaib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagainaib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib CanselorUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.
UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto 'Keusahawanan ialah Teras Kami', universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.
Kampus Induk, Bachok Kampus Kota, Pengkalan Chepa Kampus Jeli Kampus JeliFakulti Industri Asas Tani (FIAT) Fakulti Sains Bumi (FSB) Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) Kampus Pengkalan ChepaFakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) Kampus Bachok
Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPS) Pusat Pendidikan Luar UMK (UMKCEE) Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) Jabatan Data Sains (JDS) Insititut Penyelidikan Makanan dan Pertanian Lestari (IFFSA Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) Insititut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) Pusat Penyelidikan Keusahawan dan Inovasi Global (GERIC) Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) Fakulti Keusahawanan dan PerniagaanSarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (2u2i) Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik Sarjana Muda Keusahawan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian Fakulti Perubatan VeterinarDoktor Perubatan Veterinar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan KesejahteraanIjazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kesejahteraan) dengan Kepujian Fakulti Sains Data dan KomputeranSarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian Fakulti Teknologi Kreatif dan WarisanIjazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan KepujianElektif Rekabentuk Komunikasi Visual Elektif Rekabentuk Perindustrian Elektif Pengajian Skrin Elektif Tekstil Fesyen Elektif Multimedia Elektif SeniHalus Elektif Animasi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan KepujianElektif Konservasi Warisan Elektif Kesusasteraan Warisan Elektif Seni Persembahan Elektif Warisan Budaya Fakulti Seni Bina dan EkistikIjazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan InsaniahSarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian) Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian) Fakulti Industri Asas TaniIjazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) dengan Kepujian Fakulti Sains BumiIjazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian Fakulti Biokejuruteraan dan TeknologiIjazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian Sebagai sebuah universiti awam, UMK turut mempunyai sebuah lagu rasmi bernama Terbilang UMK gubahan lagu oleh Ariffin bin Pawanchik dan lirik oleh Marwan bin Ismail.
Biru, Jingga Dan Merah Warnanya
Semangat Sumpah Setia
Inovasi Integriti
Ilmu Di Terokai
Warisan Budaya Sumber Asli
Keusahawanan Teras Kami
Kekayaan Akal Dan Budi
Mendidik Insan Yang Sejati
Merintis Perubahan Terkini
Demi Mu Yang Maha Pencipta
Merealisasi Mimpi Menjadi Realiti
Demi Negara Yang Tercinta
Relevan Unik Dan Berbeza
Menjana Peradaban Bangsa
Janji Kami Pada Semua
Taburi Jasa Di Mana Jua
Universiti Malaysia Kelantan
Terbilang UMK!
Sebagai sebuah universiti, UMK akan menjalankan istiadat konvokesyen sekurang kurangnya sekali setahun. Sekarang, UMK telah dilengkapi dengan Dewan Tuanku Canselor di Kampus Bachok dan kebiasaanya majlis tersebut dilakukan disini. Untuk rekod, UMK juga pernah menjalankan istiadat konvokesyen di Dewan Keusahawan di Kampus Pengakalan Chepa dan Dewan Hotel Perdana, Kota Bharu.
Bidang Pengajian Jenis Pakaian Konvokesyen i. Ijazah Doktor Falsafah Jubah,Bonet &Hood ii. Ijazah Sarjana Jubah,Mortar Board & Hood (berjalur emas) iii. Ijazah Sarjana Muda Jubah,Mortar Board & Hood
Fakulti WarnaHood Ijazah Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah FIAT Hijau Kepala Itik Warna yang sama denganhood Ijazah Sarjana Muda
tetapi ditambah dengan jalur
berwarna emas
Baldu biru ditambahdengan jalur
berwarna emas
FSB Coklat FKP Maroon FTKW Ungu FPV Merah FHPK Putih FBKT Kelabu FBI Biruturqoise MGSEB - Kuning emas ditambahdengan jalur berwarna emas
-
Pusat Islam di Kampus Jeli dan Kampus Bachok Pusat Pengurusan Ilmu di Kampus Jeli dan Kampus Pengkalan Chepa. Dewan Agung Tuanku Canselor, Kampus Bachok Dewan Keusahawan, Kampus Kota Dewan Besar UMK, Kampus Jeli Agro-Park di UMK Kampus Jeli Pusat Kesihatan Universiti di Kampus Jeli dan Kampus Bachok Kemudahan Sukan:Padang Bola Sepak Gelanggang Petanque Gelanggang Tenis Gelanggang Bola Keranjang Gelanggang Bola Jaring Gelanggang Bola Tampar Gelanggang Sepak Takraw Gelanggang Futsal Gelanggang Skuasy Meja Ping Pong Sukan Memanah Gym Outdoor (UMK Bachok dan UMK Kampus Jeli)Gym Indoor (UMK Kampus Kota) Ruang Aktiviti:Llamar (UMK Kampus Kota) Laman siswa (UMK Kampus Kota) Laman Monsun (UMK Bachok) Laman Kemarau (UMK Bachok) Dewan Serbaguna (UMK Kampus Jeli) Dewan Keusahawanan (UMK Kampus Kota) Dewan Eksperimental (UMK Kampus Kota) Tamu Waris (UMK Bachok) Teniat (UMK Bachok) Bilik Aktiviti Pelajar (Pejabat HEPA UMK Bachok) Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (2008-2011) Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose (2012-2014) Prof. Dato' Dr. Mortaza bin Mohamed (2015-2017) Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar (2018-2019) Prof. Dato' Ts. Dr. Azizi bin Ismail (2019-2021) Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak (2022-2024) Dato' Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah (2025-kini)
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan Universiti Komprehensif Universiti Pendidikan Universiti Teknikal Politeknik Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti Kolej Universiti Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera Akademi Polis