Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ungu Tirus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kain yang dicelup pada zaman kini daripada spesies-spesies siput laut yang berbeza. Warna dalam gambar ini mungkin tidak megambarkannya setepat-tepatnya.

Di rantauLaut Rum pernah wujudnya suatu pewarnaungu kemerah-merahan semula jadi (Bahasa Yunani Kuno:πορφύρα,porphúra;Latin:purpura[1]) yang diperolehi dari beberapa spesies siput unam serumpun famili keluargaMuricidae (Bolinus brandaris,Hexaplex trunculus danStramonita haemastoma) dan tertumpu di kotaTyrus,Phoenicia (kini diSur,Lubnan moden).Sebatian berwarnanya ialah6,6'-dibromoindigo.

Sumber mentah dan tenaga buruh yang banyak diperlukan menyebabkan ia sangat berharga, lagi-lagi sifatnya tidak pudar malah menyerlah terkena sinaran matahari;[2] justeru ia digunakan untuk pewarnaan kaintoga sarunganpara penghulu (magistratus) atau panglima perang (disulam benang emas) dalam kalangan masyarakatRumpurba. Undang-undang abad ke-4 Masihi lagi mengetatkan lanjut penggunaan warna ini untukMaharaja Rum sahaja.[2]Empayar Byzantium pula menggubal undang-undang mengawal pengeluaran pewaranaannya yang dikhususkan untuk persalinan dirajamaharaja dan isi istana baginda sahaja.[3]

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • cuneiform tablet
    Batu bersuratpepaku, bertarikh 600–500 SM, dengan arahan untuk cara mencelup bulu ungu dan biru. Ruj.BM62788.
  • A set of Tzitzit, four tassels or "fringes" with tekhelet (purple-blue) threads produced from a Hexaplex trunculus based dye.
    Satu setTzitzit, empat jumbai dengan benangtekhelet (ungu-biru) yang dihasilkan daripada pewarna berasaskanHexaplex trunculus.
  • Painting of a man wearing an all-purple toga picta, from an Etruscan tomb (about 350 BC).
    Lukisan seorang lelaki memakaitoga picta serba ungu, daripada makan Etruska (kira-kira 350 SM).
  • Roman men wearing togae praetextae with reddish-purple stripes during a religious procession (1st century BC).
    Lelaki Rom memakaitogae praetextae dengan jalur ungu kemerah-merahan semasa perarakan keagamaan (abad pertama SM).
  • The Empress Theodora, the wife of the Emperor Justinian, dressed in Tyrian purple. (6th century).
    Permaisuri Theodora, isteri Maharaja Justinian, berpakaian ungu Tirus. (abad ke-6).
  • A medieval depiction of the coronation of the Emperor Charlemagne in 800 AD wearing royal blue. The bishops and cardinals wear Tyrian purple, and the Pope wears white.
    Gambaran zaman pertengahan mengenai pertabalan MaharajaCharlemagne pada tahun 800 TM memakai warna biru diraja. Uskup dan kardinal memakai ungu Tirus, dan Paus memakai putih.
  • A fragment of the shroud in which the Emperor Charlemagne was buried in 814 AD. It was made of gold and Tyrian purple from Constantinople.
    Cebisan kain kapan MaharajaCharlemagne dari tahun 814 TM. Ia diperbuat daripada emas dan ungu Tirus dariKustantiniyah.
  • 6,6'-dibromoindigo, the major component of Tyrian purple
    6,6'-dibromoindigo, komponen utama ungu Tirus

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "purpŭra".Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 733.1 - †sedj[enis] siput (Purpura lapillus) - 2 - warna ungu; ungu dari merah tjerah sampai ungu tua); merah-ungu...
  2. ^abSt Clair K (2016).The Secret Lives of Colour. London: John Murray. m/s. 162–164.ISBN 9781473630819.OCLC 936144129.
  3. ^Jacoby D (1997). "Silk in Western Byzantium before the Fourth Crusade".Trade, Commodities, and Shipping in the Medieval Mediterranean. pp. 455 ff and notes [17]–[19].

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ungu_Tirus&oldid=6378267"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp