Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ujian nyala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu ujian nyala yang dijalankan pada halidakuprum. Ciri api nyalaan yang berwarna hijau adalah disebabkan oleh kuprum tersebut.
Api-api berbeza yang dihasilkanpenunu Bunsen bergantung pada aliran udara melalui injap:
  1. injap udara ditutup
  2. injap udara hampir ditutup sepenuhnya
  3. injap udara dibuka separa
  4. injap udara dibuka penuh-penuh

Ujian nyala ialah suatu prosedur analisis yang digunakan dalamkimia untuk mengesan kehadiran unsur-unsur tertentu, terutamanyaionlogam, berdasarkan cirispektrum pancaran setiapunsur kimia. Warna api secara umumnya juga bergantung pada suhu.

Proses

[sunting |sunting sumber]

Sampel unsur atau sebatian diperkenalkan kepada api nyalaan panas dan tidak bercahaya dan seterusnya memerhati warna api nyalaan yang dihasilkan. Idea yang diusulkan dari proses ini ialah atom-atom sampel meruap lalu akan memancarkan cahaya apabila dipanaskan api. Sampel juga memancarkan cahaya dalam jisim pukalnya namun cahaya yang dihasilkan ini tidak sesuai untuk analisis. Sampel pukal memancarkan cahaya disebabkan oleh pergerakan atom sampel, oleh itu spektrum yang dibawanya luas dan terdiri daripada pelbagai warna. Atom berasingan sampel yang wujud dalam api boleh dipancarkan hanya disebabkan peralihan elektronik peralihan yang berbeza antara tahap-tahao tenaga atom yang berbeza. Peralihan-peralihan ini memancarkan cahaya yang berfrekuensi tertentu iaitu ciri-ciri kimia unsur sampel sendiri. Oleh itu, warna api nyalaan ditentukan oleh sifat unsur kimia dalam bahan yang dimasukkan ke dalam api. Ujian ini agak mudah untuk disediakan, oleh itu eksperimen sebegini sering ditunjukkan atau dijalankan di kelas sains di sekolah-sekolah.

Sampel biasanya diletakkan pada wayar platinum yang dibersihkan berkali-kali denganasid hidroklorik untuk menghilangkan kesan surih bahan sebelumnya.[1] Sebatian sampel ini biasanya dilumatkan menjadi pes dengan asid hidroklorik pekat menjadi halida logam yang memeberikan hasil yang lebih jelas akibat sifat mudah meruapnya. Api yang berbeza harus dicuba terlebih dahulu untuk mengelakkan data yang salah disebabkan oleh api yang "tercemar" atau kadangkalanya untuk mengesahkan ketepatan warna. Dalam kelas kimia yang dilakukan di sekolah menengah, batang kayu kadangkalanya digunakan, kebanyakannya kerana larutan boleh dipakaikan padanya serta kosnya yang murah. Dawai nikrom kadang-kadang juga digunakan. Batang kayu harus dihalakan dengan berhati-hati melalui api dan bukannya di dalam api tersebut untuk tempoh yang lama, untuk mengelakkan menyalakan batang kayu itu sendiri. Penggunaanputik kapas[2] atau busa melamin sebagai sokongan juga telah dicadangkan.

Unsur-unsur yang biasa

[sunting |sunting sumber]

Beberapa unsur yang sering digunakan dengan warna yang berpadanan adalah seperti berikut:

SimbolNamaWarnaImej
AlAluminiumPerak keputihan apabila dalam kepanasan tinggi seperti arka elektrik, biru muda
AsArsenikBiru
BBoronHijau terang
BaBariumHijau pucat/ hijau pucuk pisang
BeBeriliumPutih
BiBismutBiru langit
CaKalsiumMerah bata, hijau terang jika dilihat melalui kaca biru
CdKadmiumMerah bata
CeSeriumBiru
CoKobaltPerak keputihan
CrKromiumPerak keputihan
CsSesiumBirukelembayungan
Cu(I)Kuprum(I)Hijau kebiruan
Cu(II)Kuprum(II) (bukan halida)HijauFlame test on copper sulfate
Cu(II)Kuprum(II) (halida)Biru-hijau
GeGermaniumBiru pucat
Fe(II)Ferum(II)Keemasan apabila sangat panas misalnya dalam arka elektrik,biru terang atau hingga bertukar menjadi jingga keperangan
Fe(III)Ferum(III)Jingga keperanganAn iron (III) flame, generated using the thermite reaction
HfHafniumPutih
HgHidroargirumMerah
InIndiumBiru nila/Biru
KKaliumLilac
LiLitiumMerah lembayung; halimunan jika dilihat melalui kaca hijau
MgMagnesium(none), but for burning Mg metalputih kuat
Mn (II)Mangan (II)Hijau kekuningan
MoMolibdenumHijau kekuningan
NaNatriumKuning kuat; halimunan jika dilihat melalui kaca biru kobalt
NbNiobiumhijau atau biru
NiNikelPerak keputihan (kadangkalanya diperhatikan tidak berwarna)
PFosforusPale bluish hijau
PbPlumbumbiru/putih
RaRadiumCrimson
RbRubidiummerah-violet
SbAntimoniHijau pucat
ScSkandiumJingga
SeSeleniumBiru langit
SnTinBiru keputihan
SrStrontiumCrimson to Scarlet, kekuningan through hijau glass and violet through biru cobalt glass
TaTantalumBiru
TeTeluriumHijau pucat
TiTitaniumPerak keputihan
TlTaliumHijau tulen
VVanadiumHijau kekuningan
WTungsten
Hijau
YItrium
Carmine, merah lembayung, atau merah menyala
ZnZink
Tanpa warna (kadangkala diperhatikan berwarna hijau kebiruan)
ZrZirkonium
Merah sederhana

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Jim Clark (2005)."Flame Tests". Chemguide.
  2. ^Sanger, Michael J.; Phelps, Amy J.; Catherine Banks (2004). "Simple Flame Test Techniques Using Cotton Swabs".Journal of Chemical Education.81 (7): 969.Bibcode:2004JChEd..81..969S.doi:10.1021/ed081p969CS1 maint: postscript (link)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ujian_nyala&oldid=4273471"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp