Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ubuntu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bagifalsafah, lihatUbuntu (falsafah).
Ubuntu
Ubuntu logo
Ubuntu 20.04 LTS (Focal Fossa)
Maklumat umum
EponimUbuntuSunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemLinux(mul)Terjemah danperisian penggunaanSunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemAla Unix
PengasasMark ShuttleworthSunting nilai ini di Wikidata
PembangunCanonical Ltd. /Yayasan Ubuntu
Ditulis dalamC++(mul)TerjemahC(mul)Terjemahshell script(en)TerjemahPython(mul)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
Keadaan kerjaSemasa
Model sumberPerisian bebas dan sumber terbuka
Keluaran awal20 Oktober 2004
Keluaran terkini20.04 LTS (Focal Fossa) / 23 April 2020; 5 tahun yang lalu (2020-04-23)[1]
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Lebih 55 bahasa
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
APT (terdapat bahagian depan)
Pengurus pakejdpkg (terdapat bahagian depan sepertiSynaptic)
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
JenisintiMonolit (Linux)
Ruang penggunaGNU
Antara muka
pengguna
lalai
GNOME,KDE(KUbuntu),Xfce(XUbuntu),LXDE(LUbuntu)
LesenTerutamanyaGNU GPL, pelbagai lesen lain
Pautan berkaitan
Tapak webwww.ubuntu.com
GitHub: ubuntu
Facebook: ubuntulinuxX: ubuntuMastodon: ubuntu@ubuntu.socialInstagram: ubuntu_osThreads: ubuntu_osLinkedIn (pertubuhan): 234280Sunting nilai ini di Wikidata
Bloghttps://ubuntu.com/blogSunting nilai ini di Wikidata
Repositorihttps://code.launchpad.net/ubuntuSunting nilai ini di Wikidata
Tanda pagarUbuntuSunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ubuntu ialahsistem pengendalian yang berasaskanedaran LinuxDebian, memetik namanya sempena ideologi etikaAfrika Selatan iaituUbuntu ("kemanusiaan untuk semua")[2] dan diedarkan sebagaiperisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepadakebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara utama padaKomputer peribadi walaupun terdapat juga versiPelayan.

Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan denganlesen perisian bebas (atausumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialahLesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama denganLesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya.

Ubuntu ditaja oleh syarikatCanonical Ltd. yang bertapak di UK, milik usahawanAfrika Selatan,Mark Shuttleworth. Dengan memastikan Ubuntu kekal percuma dan bersumber terbuka, Canonical mampu menggunakan bakat para pembangun komuniti di komponen-komponen juzuk Ubuntu. Ubuntu tidak dijual untuk keuntungan semata-mata, sebaliknya Canonical meraih pendapatan dengan menjualsokongan teknikal dan mencipta sebilangan perkhidmatan yang berkaitan dengan Ubuntu.

Sejarah dan proses pembangunan

[sunting |sunting sumber]

Ubuntu ialah salah satu cabang tapak kod projekDebian.[3] Tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini.

Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.[4] Kemudian, Canonical mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali dan menyokong setiap versinya selama 18 bulan dengan menyediakan pembaikian keselamatan, menampal pepijat kritikal dan mengemas kini program secara kecilan. Setiap keluaran keempat, pada suku kedua setiap tahun bernombor genap, ditetapkan sebagai sebuah versi 'Sokongan Jangka Panjang' atauLong Term Support (LTS). Pada asalnya versi LTS ini[5] disokong selama tiga tahun untuk desktop dan lima tahun untuk pelayan.[6] Bermula Ubuntu versi 12.04 LTS yang akan datang, sokongan untuk desktop dilanjutkan kepada lima tahun (sehingga April 2017) untuk versi LTS.

Versi LTS yang terkini adalah Ubuntu 10.04 LTS yang dikeluarkan pada 29 April 2010 manakala versi biasa yang terkini adalah Ubuntu 11.10 yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2011.

Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakejdeb dan alat pengurusan pakej (APT andSynaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya salingserasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibibina semula darisumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu.[7] Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian,[8] tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelum ini,Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dariDebian Sarge semata-mata demi keserasian.[9] Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dariDebian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnyadibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.

Ubuntu kini dibiayai olehCanonical Ltd. Pada 8 Julai 2005,Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhanYayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).[10]

Pada 12 Mac 2009, Ubuntu mengumumkan sokongan pembangun untuk platform pengurusanawan pihak ketiga, seperti yang digunakan untukAmazon EC2.[11]

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Ubuntu memberikan tumpuan kepadakebolehgunaan[12] dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang. Ubuntu juga menekankankebolehcapaian danpengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04,UTF-8 menjadipengekodan aksara asal[13] yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alatsudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.[14]PolicyKit turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melaluiprinsip keistimewaan terkurang.

Desktop Ubuntu didatangkan dengan paparanantara muka bergrafik. Bermulanya versi 11.04,Unity menjadi paparanantara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai untuk menggantikanGNOME Shell.

Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian termasuklahLibreOffice (OpenOffice sebelum versi 11.04),Firefox,Empathy (Pidgin sebelum versi 9.10),Transmission,GIMP (sebelum versi 10.04), dan beberapa permainan yang bersifat ringan (sepertiSudoku andCatur). Perisian tambahan yang tidak didatangkan secara lalai boleh dimuat turun dan dipasang melaluiPusat Perisian Ubuntu. Ubuntu membolehkanport perangkaian ditutup dengantembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa.[15] Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untukMicrosoft Windows (sepertiMicrosoft Office), melalui perisianWine atau mesin maya (sepertiVMware Workstation atauVirtualBox).

Keperluan sistem

[sunting |sunting sumber]

Versi desktop Ubuntu kini menyokong seni binaIntel x86 danAMD64.[16] Sesetengah keluaran pelayan juga menyokong seni binaSPARC.[17][18] Juga terdapat sokongan tidak rasmi untuk seni binaPowerPC,[19]IA-64 (Itanium) dan seni binaPlayStation 3 (walaubagaimanapunSony dengan rasminya membatalkan sokongan untukOtherOS pada PS3 denganfirmware 3.21, yang dikeluarkan pada 1 April 2010), serta pemproses mudah alihARM. Sokongan padaGPU juga diperlukan untuk mengaktifkan kesan khas visual desktop termasuk sekali paparan antara muka Unity. Sekiranya tiada sokongan pada GPU, Unity versi 2D akan diaktifkan serta-merta .

Keperluan Sistem Minimum[20][21][22][23]PelayanDesktop
Pemproses (x86) dengan set panduani686[24]300 MHz1 GHz
Ingatan (RAM)128 MB384 MB
MuatanPemacu cakera keras1 GB5 GB
Resolusi paparanMonitor640×4801024×768

Pemasangan

[sunting |sunting sumber]
Ubuntu 11.04 (sesilive CD)

Pemasangan Ubuntu biasanya dilakukan denganLive CD. Sistem pengendalian Ubuntu juga boleh dijalankan terus dari CD (walaupun prestasinya berkurangan), membolehkan pengguna menguji sistem pengendaliannya untuk keserasian perkakas dan sokongan pemacu. CD-nya mengandungipemasang Ubiquity,[25] yang boleh menberi panduan kepada pengguna melalui proses pemasangan tetap. Pemasangan dari CD memerlukan sekurang-kuranya 256 MBRAM.

Alat migrasiMicrosoft Windows bernama Migration Assistant (diperkenalkan pada April 2007),[26] boleh digunakan untuk mengimport penanda laman,paparan latar (wallpaper), dan bermacam-macam tetapan dari pemasangan MS Windows sedia ada ke pemasangan Ubuntu yang baru.[27]

Ubuntu dan Kubuntu boleh dibut dan dijalankan daripemacu kilat USB (asalkanBIOS-nya menyokong pengebutan dari USB), dengan pilihan menyimpan tetapan dalam pemacu kilat tersebut. Ini membolehkan pemasangan mudah alih yang boleh dijalankan di mana-mana PC yang mampu mengebut dari pemacu USB.[28] Di versi-versi terbaru Ubuntu, programUSB creator disediakan untuk memasangkan Ubuntu padapemacu USB (tidak semestinya memerlukan Live CD).

Wubi yang disertakan sebagai pilihan dalam Live CD,[29] membolehkan Ubuntu dipasang dan dijalankan dari dalamperanti gelung Windows maya (berbentuk fail imej besar yang diuruskan seperti program Windows yang lain melaluiPanel Kawalan). Kaedah ini tidak memerlukanpemacu keras pengguna Windows itudipecahkan. Wubi juga memanfaatkan Migration Assistant untuk mengimport tetapan juga. Wubi sesuai untuk pengguna Windows sahaja, dan tidak ditujukan kepada pemasangan Ubuntu tetap, apalagi menyebabkan prestasi terjejas sedikit.

Keluaran

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Senarai keluaran Ubuntu
VersiNama kodTarikh keluaranDisokong hingga
DesktopPelayan
4.10Warty Warthog2004-10-202006-04-30
5.04Hoary Hedgehog2005-04-082006-10-31
5.10Breezy Badger2005-10-132007-04-13
6.06 LTSDapper Drake2006-06-012009-07-142011-06-01
6.10Edgy Eft2006-10-262008-04-26
7.04Feisty Fawn2007-04-192008-10-19
7.10Gutsy Gibbon2007-10-182009-04-18
8.04 LTSHardy Heron2008-04-242011-05-122013-05-09
8.10Intrepid Ibex2008-10-302010-04-30
9.04Jaunty Jackalope2009-04-232010-10-23
9.10Karmic Koala2009-10-292011-04-30
10.04 LTSLucid Lynx2010-04-292013-05-092015-04-30
10.10Maverick Meerkat2010-10-102012-04-10
11.04Natty Narwhal2011-04-282012-10-28
11.10Oneiric Ocelot2011-10-132013-05-09
12.04 LTSPrecise Pangolin2012-04-262017-04-28
2019-04 (ESM)
12.10Quantal Quetzal2012-10-182014-05-16
13.04Raring Ringtail2013-04-252014-01-27
13.10Saucy Salamander2013-10-172014-07-17
14.04 LTSTrusty Tahr2014-04-172019-04-25
2022-04 (ESM)
14.10Utopic Unicorn2014-10-232015-07-23
15.04Vivid Vervet2015-04-232016-02-04
15.10Wily Werewolf2015-10-222016-07-28
16.04 LTSXenial Xerus2016-04-212021-04
2024-04 (ESM)
16.10Yakkety Yak2016-10-132017-07-20
17.04Zesty Zapus2017-04-132018-01-13
17.10Artful Aardvark2017-10-192018-07-19
18.04Bionic Beaver2018-04-262023-04
2028-04 (ESM)
18.10Cosmic Cuttlefish2018-10-182019-07-18
19.04Disco Dingo2019-04-182020-01-23
19.10Eoan Ermine2019-10-172020-07
20.04 LTSFocal Fossa2020-04-232025-04
2030-04 (ESM)
20.10Groovy Gorilla2020-10-222021-07
WarnaErti
MerahKeluaran tidak disokong lagi
HijauKeluaran masih disokong
BiruKeluaran masa depan

Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran.[30] Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.

Keluaran Ubuntu juga diberinama kod beraliterasi yang terdiri daripada kata sifat dan nama haiwan dalam bahasa Inggeris (cth. "Dapper Drake" and "Intrepid Ibex"). Nama-nama kod ini dikeluarkan mengikut susunan abjad (kecuali tiga keluaran pertama) supaya mudah untuk mengenal pasti kebaruan setiap keluaran.

Penaiktarafan antara keluaran perlu dilakukan daripada satu keluaran kepada keluaran yang seterusnya (cth. Ubuntu 11.04 ke Ubuntu 11.10 ) atau dari satu keluaran LTS kepada keluaran LTS yang seterusnya (cth. Ubuntu 8.04 LTS ke Ubuntu 10.04 LTS).[31]

Ubuntu 11.04 telah dikeluarkan pada 28 April 2011 yang berkod nama, "Natty Narwhal".[32][33] Pengalaman pemaparan desktop dalam keluaran ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara berbanding versi-versi terdahulu keranaUnity telah dijadikan sebagai paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai. Terdapat ramai pengguna yang dapat menerima pembaharuan ini lantas menganggap Unity sebagai anjakan paradigma dalam konsep kepenggunaan desktop.[34]

Varian

[sunting |sunting sumber]
Kubuntu ialah varian rasmi edaran Ubuntu yang menggunakanKDE sebagai gantiGNOME.
Menu boot pemasangan Ubuntu 12.04 Server

Terdapat beberapa varian Ubuntu yang rasmi dan tak rasmi, kesemuanya ada set pakej yang berlainan dari edaran Ubuntu asli.

Terbitan rasmi menyimpan pakej dan kemaskini dalamrepositori yang sama dengan Ubuntu, agar perisian yang sama disediakan untuk setiap satunya, dan secara amnya serasi sesama terbitan rasmi. Terbitan Ubuntu yang disokong sepenuhnya oleh Canonical ialah[35]

Berikut adalahterbitan tajaan Canonical:

Berikut adalah terbitan bukan sokongan Canonical yang menggunakan terasUbuntu denganpersekitaran desktop dan/ataupengurus tetingkap yang berbeza:

Varian tidak rasmi, terbitan tanpa tajaan, dan bermacam-macam penyetempatan dan penyesuaian yang tidak dikawal atau dipandu olehCanonical secara amnya menggemburkan penyesuaian yang direka untuk tujuan-tujuan tertentu. Contohnya:Easy Peasy,Linux Mint,gOS,OpenGEU,Super OS,CrunchBang Linux, dan perisian percuma sepenuhnya yang mengandungiGobuntu (diganti olehgNewSense).

Pembangunan

[sunting |sunting sumber]
Foto berkumpulan UDS

Sidang Pembangun Ubuntu yang dikenali sebagai,Ubuntu Developer Summit (UDS) merupakan perjumpaan di kalangan pembangun perisian yang dijalankan sebelum melepaskan versi baharu Ubuntu.[42]

Pada permulaan kitaran pembangunan baharu, pembangun Ubuntu dari seluruh dunia akan berkumpul untuk membantu dalam membentuk Ubuntu untuk pelepasan yang seterusnya. Sidang ini dibuka juga kepada orang awam tetapi ia bukan satu persidangan, pameran atau mana-mana acara yang berorientasikan penonton. Sebaliknya ia adalah satu peluang kepada pembangun Ubuntu yang selalunya berkerjasama dalam talian untuk melakukan kerja bersama-sama dalam tugasan-tugasan yang tertentu.

Sambutan

[sunting |sunting sumber]

Kaji selidik yang dijalankan pada Ogos 2007, melibatkan 38,500 pengunjung DesktopLinux.com, mendapati bahawa Ubuntu ialah edaran yang terlaris dengan 30.3% penjawabnya mengaku menggunakannya.[43][44]

Pada Januari 2009, akhbarNew York Times melaporkan Ubuntu melebihi 10 juta penggunanya; pada bulan Jun 2009 pula,ZDNet melaporkan "Di seluruh dunia, terdapat 13 juta pengguna Ubuntu yang aktif. Penggunaan Ubuntu bertumbuh lebih cepat berbanding edaran-edaran yang lain."[45][46]

Ubuntu dianugerahkan Reader Award untuk edaran Linux terbaik diLinuxWorld Conference and Expo 2005 di London,[47] diberi ulasan memberangsangkan dalam media Internet dan cetak,[48][49][50] dan juga meraih Bossie AwardInfoWorld 2007 untukBest Open Source Client OS.[51]

Jamie Hyneman, salah seorang pengacara siri televisyenMythbusters, telah meluahkan sokongannya kepada Linux, khususnya Ubuntu sebagai contoh, sebagai alternatif kepada perisian hak milik, atas sebabpengembungan perisian ("software bloat") menjadi penghalang utama dalam sistem pengendalian hak milik.[52][53]

Sungguhpun demikian, Ubuntu tidak terlepas ulasan yang tidak memuaskan. Pada awal tahun 2008, majalahPC World mengutuk tiadanya pengurus kesan desktop bersepadu, apapun majalah tersebut masih menggelar Ubuntu sebagai "edaran Linux menyeluruh terbaik yang ada hari ini".[54]

Komuniti tempatan

[sunting |sunting sumber]

Dalam usaha untuk mendampingi pengguna yang kurang berteknikal dan untuk memupuk semangat kemasyarakatan, Komuniti Tempatan atauLocal Community[55] yang dikenali sebagai "LoCo" telah ditubuhkan di seluruh dunia. Majlis LoCo meluluskan pasukan berdasarkan usaha mereka untuk membantu dalam pembangunan Ubuntu atau promosian Ubuntu.

Catatan dan rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Ubuntu 20.04 is Now Available to Download".OMGUbuntu. 23 April 2020. Dicapai pada1 May 2020.
  2. ^Ubuntu Documentation: About the Name
  3. ^"ubuntu/history "The Ubuntu Story"". Dicapai pada2008-08-19.
  4. ^"Time Based Releases". Dicapai pada2008-06-02.
  5. ^Shuttleworth, Mark."» Blog Archive » The Art of Release". Dicapai pada2008-05-13.
  6. ^"Ubuntu 8.04 LTS Desktop Edition Released". www.ubuntu.com. Dicapai pada2008-05-13.
  7. ^"Mark Shuttleworth on binary compatibility". Dicapai pada2008-08-19.
  8. ^"ubuntu/relationship "Website does not reference Debian visibly"". Dicapai pada2008-08-19.
  9. ^"Ubuntu vs. Debian, reprise". 2005-04-20. Dicapai pada2007-10-21.
  10. ^Hill, Benjamin Mako (2005-07-08)."Announcing Launch of ($10 m) Ubuntu Foundation". Dicapai pada2008-08-19.
  11. ^"RightScale Adds Full Support for Ubuntu Server to its Cloud Managment Platform".Canonical. 2009-03-12. Dicapai pada2009-04-03.
  12. ^"About Ubuntu". Canonical Ltd. Dicapai pada2006-04-25.
  13. ^"5.04 Release Notes". Canonical Ltd. 2005-04-08. Dicapai pada2008-08-19.
  14. ^"RootSudo". Dicapai pada2008-08-19.
  15. ^"GNOME 2.22 Release Notes - Internationalization".GNOME Foundation. Dicapai pada2008-06-02.
  16. ^"Jaunty Jackalope ARM'd and ready". 2009-04-20. Dicapai pada2009-07-25.
  17. ^"Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon)". Dicapai pada2008-06-13.
  18. ^"Ubuntu to Support Sun 'Niagara' Platform".
  19. ^"Technical Board Decision - February 2007". Dicapai pada2008-06-13.
  20. ^"Ubuntu System Requirements".Ubuntu Community Documentation. Dicapai pada21 June 2011.
  21. ^"Ubuntu Server Guide: Preparing to Install".Ubuntu Official Documentation. Ubuntu Documentation Team. Dicapai pada21 June 2011.
  22. ^"Ubuntu Installation Guide: Meeting Minimum Hardware Requirements".Ubuntu Official Documentation. Ubuntu Documentation Team. Dicapai pada19 April 2010.
  23. ^"Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal) Release Notes". Ubuntu Wiki. Dicapai pada21 June 2011.
  24. ^"Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) ReleaseNotes". Ubuntu Wiki. Dicapai pada20 April 2011.
  25. ^"Installing Ubuntu from the Live CD". Integrity Enterprises. Dicapai pada2008-08-19.
  26. ^"Ubuntu 7.04 Adds a Migration Tool". Integrity Enterprises. Dicapai pada2008-08-19.
  27. ^"Migration Assistant in Launchpad". Launchpad.net. Dicapai pada2008-06-02.
  28. ^"Ubuntu 8.10 Persistent Flash Drive Installation". Pendrivelinux.com. Dicapai pada2009-09-05.
  29. ^"Wubi - Ubuntu Installer for Windows". Sourceforge. Dicapai pada2008-05-14.
  30. ^"CommonQuestions. Ubuntu Releases and Version Numbers".Ubuntu Community Documentation. Canonical Ltd. Dicapai pada2010-11-24.
  31. ^"UpgradeNotes. General Upgrade Information".Ubuntu Community Documentation. Canonical. Dicapai pada26 October 2010.
  32. ^Mark Shuttleworth (17 August 2010)."N-imal?". Dicapai pada17 August 2010.
  33. ^"Ubuntu 11.04 Natty Narwhal Alpha released".DigitalAnalog. 3 December 2010. Dicapai pada4 February 2011.
  34. ^[1]Unity - I love it, so far.. Ubuntu Forums.
  35. ^"Derivatives". Dicapai pada2009-01-13.
  36. ^"Edubuntu - Frequently asked questions". Dicapai pada2008-08-19.
  37. ^"Ubuntu Mobile". Dicapai pada2008-06-10.
  38. ^"Ubuntu to announce its mobile Linux in June". Dicapai pada2008-08-19.
  39. ^"Ubuntu Netbook Remix". Dicapai pada2008-06-10.
  40. ^"Ubuntu JeOS 7.10 released". Dicapai pada2008-06-10.
  41. ^Krishnamurti, Srinivas."Get Juiced!". Dicapai pada2008-06-02.
  42. ^"Ubuntu Developer Summit". Summit.ubuntu.com. Dicapai pada2011-05-27.
  43. ^"2006 [[Desktop Linux]] Market survey". 2006-08-29. Dicapai pada2009-05-03.URL–wikilink conflict (bantuan)
  44. ^"2007 [[Desktop Linux]] Market survey". 2007-08-21. Dicapai pada2008-08-19.URL–wikilink conflict (bantuan)
  45. ^Vance, Ashlee (2009)."A Software Populist Who Doesn't Do Windows". Dicapai pada2009-02-22.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)
  46. ^Dawson, Christopher (2009)."Ubuntu a minor player? Not outside the States". Dicapai pada2009-06-18.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)
  47. ^"LinuxWorld Expo UK 2005"(PDF). Dicapai pada2008-08-19.
  48. ^"Ubuntu - A New Approach to Desktop Linux". Dicapai pada2008-08-19.
  49. ^"Linux in Government: Linux Desktop Reviews, Part 6 - Ubuntu". Dicapai pada2008-08-19.
  50. ^McAllister, Neil (January 2008),"Gutsy Gibbon: Desktop Linux OS Made Easy",PC World,26 (1), m/s. 84, dicapai pada2008-08-19
  51. ^"Best of open source in platforms and middleware". Dicapai pada2008-06-13.
  52. ^"MythBuster Advocates Linux". Dicapai pada2009-01-27.
  53. ^"MythBusters: 7 Tech Headaches—and How to Fix Them". Dicapai pada2009-01-27.
  54. ^Strohmeyer, Robert (2008-06-02)."Desktop Linux Face-Off: Ubuntu 8.04 vs. Fedora 9".PC World.International Data Group. Dicapai pada2008-08-19.Unknown parameter|month= ignored (bantuan);More than one of|author= dan|last= specified (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  55. ^"Ubuntu Local Community Teams".

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ubuntu&oldid=5549426"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp