Dolar Amerika Syarikat (bahasa Inggeris:United States dollar;kod mata wang:USD) ialah unitmata wangAmerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuktanda dolar yakni$, atauUSD atauUS$ agar membezakannya dari matawangdolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100cents.
Diterima guna sejak6 Julai1785,[5] dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa.[6] Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya.[7] Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara,[8] menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleheuro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran.[9] Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.[10][11]
^"El Salvador".CIA World Factbook. 21 Oktober 2010. Dicapai pada17 Oktober 2018.The US dollar became El Salvador's currency in 2001
^"Central Bank of Timor-Leste". Dicapai padaMar 22, 2017.The official currency of Timor-Leste is the United States dollar, which is legal tender for all payments made in cash.
^"Zimbabwe".CIA World Factbook. 30 Jun 2020. Dicapai pada15 Julai 2020.The US dollar was adopted as legal currency in 2009 Used alongside several other currencies.