↑a. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di sekurang-kurangnya 28 negeri—terdapat sumber yang memberikan jumlah yang lebih besar kerana berbeza takrifan "rasmi".[5] Bahasa Inggeris danbahasa Hawaii ialah bahasa rasmi di negeriHawaii.
↑b. Bahasa Inggeris merupakan bahasade facto kerajaan Amerika dan satu-satunya bahasa yang dituturkan oleh 80% warga AS yang berusia lima tahun ke atas. Bahasa Sepanyol ialahbahasa kedua terbesar.
↑c. Masih dalam pertikaian adalah sama ada Amerika Syarikat atauRepublik Rakyat China lebih besar. Perangkaan yang diberikan adalah dariWorld Factbook oleh CIA. Sumber lain memberikan perangkaan yang lebih kecil. Semua pengiraan saiz negara yang berwibawa hanya merangkumi 50 negeri dan Daerah Columbia, bukan wilayah tanggungan.
Orang asli yang berasal dari benuaAsia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukankaum peribumi ini banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orangEropah. Entiti yang mendahului Amerika Syarikat moden ditubuhkan oleh13 jajahan British yang terletak diPantai Timur Amerika Syarikat Pada 4 Julai 1776, para penduduk jajahan ini mengeluarkanPerisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkanEmpayar British dalamRevolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya.[6]Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuahrepublik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa.Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.
Pada 15 November 1777,Kongres Benua Kedua menerima Perkara-Perkara Pergabungan (Articles of Confederation) yang menyatakan, "The Stile of this Confederacy shall be 'The United States of America'" (Nama Pergabungan ini ialah ‘Negeri-Negeri Amerika Bersatu’.) Perjanjian Perancis-Amerika pada tahun 1778 memakai nama "United States of North America" (Negeri-Negeri Amerika Utara Bersatu), tetapi mulai 11 Julai 1778, "United States of America" dalam bil pertukaran negara, dan semenjak itulah menjadi nama rasmi negara ini.[14]
Penamaan negara ini dalambahasa Melayu mula dicetuskan diHindia Timur Belanda pada awal abad ke-20 melalui nama "Amerika Serikat" - "serikat" atau "sarekat"[15] kata pinjamanArab:شَرِكَة,rumi: syarikah yang bermaksud "perkumpulan (perhimpunan, gabungan, dan sebagainya)".[15][16]Bahasa Indonesia masih mengekalkan nama berejaan "serikat" ini, namunbahasa-bahasa Melayu baku se-Nusantara lain termasukBahasa Malaysia mengolah komponen ini kepada "syarikat" (lalu menjadi "Amerika Syarikat") mengikut kata Arab asal tersebut.[16]
Kaum peribumi Amerika Syarikat (termasuk diAlaska) dipercayai berhijrah dari Asia, sekitar 12,000–40,000 tahun dahulu.[17] Ada di antara mereka yang berjaya mendirikan pertanian canggih, seni bina hebat dan masyarakat kenegaraan, seperti ketamadunanMississippipra-Columbus. Semenjak datangnya orangEropah untuk mendudukibenua Amerika, jutaan peribumi Amerika mati akibat wabak penyakit diimpot seperticacar air.[18]
Pada tahun 1492, seorang pengembara dariGenoa upahan kerajaanSepanyol,Christopher Columbus, menemui beberapa pulau diKaribia dalam percubaan mencari laluan pelayaran baru keAsia, lantas berhubung dengan orang asli buat julung kalinya. Pada 2 April 1513,rombongan pelayar takluk Sepanyol pimpinanJuan Ponce de León mendarat di tempat yang dinamainya "La Florida"—catatannya menandakan ketibaan rasmi orang Eropah di tanah besar AS. Petempatan Sepanyol di kawasan ini disusuli oleh kawasan barat daya AS yang menarik ribuan darijajahan Mexico. Pedagang buluPerancis menubuhkan kota karaPerancis Baru di sekitarTasik-Tasik BesarAmerika Utara; lama-kelamaan,empayar Perancis menuntut sebahagian besar pedalaman benua ini sampai sejauhTeluk Mexico. Orang Inggeris mula-mula berjaya mendirikan petempatan iaitu Koloni Virginia di Jamestown pada tahun 1607, disusuli Koloni Plymouth olehgolonganPilgrim pada tahun 1620. Pada tahun 1628, Koloni TelukMassachusetts menerima piagamnya sehingga menarik gelombang penghijrah; pada tahun 1634,New England diduduki oleh kira-kira 10,000 orangPuritan. Mulai akhir 1610-an hingga zamanRevolusi Amerika, kira-kira 50,000 banduan dihantar ke koloni British di Amerika.[19] Mulai tahun 1614, orang Belanda menduduki sekitar hilirSungai Hudson, termasuklahNew Amsterdam diPulau Manhattan.
Pada tahun 1674,Belanda menyerahkan wilayahnya di Amerika kepada England, maka wilayahBelanda Baru diberi nama baru iaituNew York. Ramai lagi penghijrah baru, terutamanya ke kawasan Selatan, merupakan kuli kontrak—kira-kira dua pertiga semua pendatangVirginia dari tahun 1630 hingga 1680.[20] Menjelang awal abad ke-18,hamba abdi dari Afrika menjadi sumber utama tenaga buruh terikat. Ekoran pembahagian Carolina (1729) dan penjajahanGeorgia (1732), tertubuhnya13 jajahan British yang bakal membentuk Amerika Syarikat. Kesemua jajahan tersebut ada berperintah sendiri lantikan undi kebanyakan warga lelaki yang bebas, kuat berpegang pada hak orang Inggeris kuno sambil berkerajaan sendiri, sehingga merangsang semangatrepublikanisme. Perdagangan hambaAfrika tidak dilarang di kesemua jajahan itu. Oleh sebab kadar kelahiran tinggi, kadar kematian rendah, dan kedatangan penghijrah yang mantap, bilangan penduduk jajahan-jajahan semakin ramai. Pergerakan kebangkitanKristian pada 1730-an dan 1740-an, dikenali sebagai Kebangkitan Besar memupuk minat terhadap agama dan kebebasan beragama. DalamPerang Perancis dan Indian, tentera British merampasKanada dariPerancis, tetapi kawasan penutur bahasa Perancis masih terpencil siasahnya dari jajahan-jajahan selatan. Kesemua 13 jajahan itu diduduki oleh 2.6 juta orang pada tahun 1770, bersamaan satu pertiga penduduk Britain, tidak termasuk kaum peribumi (Indian); kira-kira seperlima penduduk Amerika ini adalah hamba berkulit hitam.[21] Walaupun terpaksa membayar cukai kepada kerajaan British, penduduk koloni Amerika tidak mendapat perwakilan diParlimen Great Britain.
Perisytiharan Kemerdekaan oleh John Trumbull, 1817–18
Ketegangan antara penduduk koloni Amerika dan British ketika zamanRevolusi Amerika pada 1760-an dan awal 1770-an, membawa kepadaPerang Revolusi Amerika yang berlarutan dari tahun 1775 hingga 1781. Pada 14 Jun 1775,Kongres Benua Kedua yang bersidang di bandarPhiladelphia menubuhkan Tentera Benua yang diketuai olehGeorge Washington. Kongres menerimaPerisytiharan Kemerdekaan dirangka terutamanya olehThomas Jefferson menyatakan "setiap manusia diciptakan sama taraf" yang diberi "hak-hak yang tidak boleh dinafikan" yang ditandatangan pada 4 Julai 1776; pada tarikh inilah Amerika Syarikat menyambut kemerdekaan sendiri setiap tahun. Pada tahun 1777, Fasal-Fasal Gabungan menubuhkan sebuah pemerintahan gabungan lemah yang bertahan sehingga tahun 1789.
SetelahBritish tewas kepada angkatan Amerika dengan bantuan Perancis, Great Britain akhirnyaakur kepada kemerdekaan Amerika Syarikat dankedaulatan negeri-negeri berkenaan atas wilayah Amerika sebelah baratSungai Mississippi. Sebuah konvensyen perlembagaan diaturkan pada tahun 1787 oleh pihak yang ingin menubuhkan kerajaan kebangsaan yang kukuh dengan kuasa mengenakan cukai.Perlembagaan Amerika Syarikat diratifikasi pada tahun 1788, maka Senat dan Dewan Perwakilan sulung republik baru ini, sertapresidennya,George Washington, menyandang tugas masing-masing pada tahun 1789.Perakuan Hak yang melarang sekatan terhadap kebebasan peribadi serta menjamin berbagai-bagai perlindungan undang-undang oleh kerajaan persekutuan, diterima pada tahun 1791.
Pendirian terhadapperhambaan semakin berubah; terdapat satu fasal dalam Perlembagaan yang mempertahankan perdagangan hamba Afrika sehingga tahun 1808. Negeri-negeri Utara mengharamkan amalan perhambaan pada tahun 1780 hingga 1804, maka tinggal negeri-negeri Selatan sahaja sebagai negeri hamba yang mempertahankan "institusi khusus" ini. Kebangkitan Besar Kedua yang bermula sekitar tahun 1800, menjadikan evangelikalisme penggerak pergerakan pembaharuan seperti faham penghapusan.
Perolehan wilayah mengikut tarikh
Keinginan Amerika Syarikat untuk meluas ke arah barat mencetuskan serantaian peperangan yang berlarutan dengan kaum Indian.Pembelian Louisiana dari wilayah tuntutanPerancis di bawah kepimpinan PresidenThomas Jefferson pada tahun 1803 sedikit sebanyak menggandakan keluasan negara.Perang 1812 yang diisytiharkan terhadap Britain atas bermacam-macam ketidakpuasan hati antara kedua-dua pihak, sehingga berakhir dengan seri, mengukuhkan lagi semangat kebangsaan AS. Serangan mendadak tentera AS terhadapFlorida berulang-ulang akhirnya memaksa Sepanyol untuk menyerahkan negeri itu dan wilayah Pantai Teluk lain yang dituntutnya pada tahun 1819.Penghalauan warga peribumi secara besar-besaran di rantau selatan pada 1830-an yang diberi nama "Jejak Bertangisan" (Trail of Tears) merupakan contoh dasar penyingkiran Indian yang merampas tanah yang diduduki oleh orang peribumi. Amerika Syarikat mengilhakkanRepublik Texas pada tahun 1845. Pada masa yang sama, pegangan “Takdir Nyata” (Manifest Destiny) yang membenarkan peluasan tanah semakin mendapat sambutan hangat.[22] Perjanjian Oregon 1846 dengan Britain membawa kepada penguasaan wilayah yang kini menjadi Barat Laut Amerika Syarikat. Kemenangan AS dalamperang Mexico memaksa Mexico menyerahkan negeriCalifornia dan sebahagian besar kawasan Barat Daya Amerika pada tahun 1848.Kerubut Emas California pada tahun 1848–49 mendorong lagi penghijrahan ke arah barat, dimudahkan lagi oleh pembinaan landasan kereta api baru yang pada masa yang sama memburukkan lagi perselisihan dengan peribumi Amerika. Sepanjang setengah abad lebih, hampir 40 juta ekorbison Amerika disembelih untuk kulit dan dagingnya serta memudahkan peluasan landasan kereta api. Kemerosotan populasi bison ini yang menjadi sumber utama untuk kehidupan kaum Indian dataran, menyebabkan kewujudan budaya peribumi teruk terjejas.
Perselisihan antara negeri hamba dan “negeri bebas” memuncak dengan perbalahan mengenai hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan, serta kekecohan gara-gara berleluasanya perhambaan ke negeri-negeri baru.Abraham Lincoln, calonParti Republikan yang menentang keras perhambaan, dipilih untuk menjadi presiden pada tahun 1860. Sebelum beliau sempat mengangkat sumpah, tujuh negeri hamba mengisytiharkan pemisahan dari AS (walaupun dianggap tidak sah di sisi undang-undang oleh kerajaan persekutuan) lalu membentukNegeri-negeri Gabungan Amerika. Selepas Fort Sumter diserang oleh Gabungan, bermulalahPerang Saudara Amerika dan empat lagi negeri hamba yang menyertai Gabungan itu.Pengisytiharan Pembebasan oleh Lincoln pada tahun 1863 mengisytiharkan kebebasan kaum hamba di negeri-negeri Gabungan. Selepas kemenanganKesatuan pada tahun 1865, tiga pindaan dibuat pada Perlembagaan AS untuk untuk menjamin kebebasan bagi hampor empat jugaorang Amerika Afrika yang diperhambakan selama ini,[23] serta memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi kepada mereka. Peperangan itu dan peleraiannya membawa kepada meningkatnya lagi kuasa persekutuan AS.[24]
Selepas peperangan, kejadianpembunuhan Lincoln meradikalkan dasar-dasar Pembinaan Semula parti Republikan yang bertujuan menyepadukan dan membina semula negeri-negeri Selatan sambil menjamin hak-hak kaum hamba yang baru dibebaskan. Namun demikian, peleraian kepada pertikaian pilihanraya presiden 1876 oleh Kompromi 1877 menamatkan proses Pembinaan Semula; disusuli oleh undang-undang Jim Crow yang melucutkan hak mengundi kaum Afrika. Di Utara, proses pembandaran dan kemasukan penghijrah beramai-ramai dariEropah Selatan danTimur mempercepatpengindustrian negara ini. Gelombang penghijrahan yang berkekalan hingga tahun 1929, menyediakan tenaga kerja yang mencukupi sambil mengubah wajah budaya Amerika. Pembangunan prasarana negara mendorong lagi pembangunan ekonomi.Pembelian Alaska dariRusia pada tahun 1867 melengkapkan peluasan tanah besar negara. Pembunuhan beramai-ramai Wounded Knee pada tahun 1890 merupakan konflik bersenjata besar terakhir dalam rantaian Perang Indian. Pada tahun 1893, pemerintahan beraja peribumi diKerajaan Hawaii di Lautan Pasifik, digulingkan oleh rampasan kuasa yang diterajui oleh penduduk Amerika; AS mengilhakkan kepulauan tersebut pada tahun 1898. Pada tahun yang sama,kemenangan perang terhadap Sepanyol menunjukkan bahawa AS merupakan sebuah kuasa dunia sambil membolehkan negara itu mengilhakkanPuerto Rico,Guam, danFilipina.[25] Filipina mencapai kemerdekaan setengah abad kemudian;Puerto Rico danGuam kekal sebagai wilayah AS.
Sebuah ladang yang terbiar diDakota Selatan ekoran peristiwa Dust Bowl, 1936
Pada saat meletusnyaPerang Dunia Pertama pada tahun 1914, Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali. Ramai warga Amerika bersimpati dengan British dan Perancis, tetapi ramai juga yang tidak setuju AS campur tangan.[26] Pada tahun 1917, Amerika SyarikatPihak Berikat untuk membantu menumpaskanKuasa Pusat. Selepas perang, Senat tidak meratifikasiPersetiaan Versailles yang menubuhkanLiga Bangsa-Bangsa, sebaliknya mengamalkan dasarunilateralisme yang hampir-hampirmemencilkan negara daripada hal-ehwal dunia.[27] Pada tahun 1920, pergerakanhak wanita menjayakan pindaan perlembagaan yang memberikan hak mengundi kepada wanita. Kemakmuran yang dinikmati pada 1920-an berakhir dengan Kejatuhan Wall Street 1929 yang mencetuskan Kemelesetan Besar. Setelah dipilih menjadi presiden pada tahun 1932,Franklin D. Roosevelt bertindak melaksanakan dasar-dasar New Deal yang menguatkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Kejadian Dust Bowl pada tengah 1930-an menyebabkan ramai komuniti petani kemiskinan lalu mencetuskan gelombang baru penghijrahan ke arah barat.
Askar Divisyen Infantri Pertama Tentera A.S mendarat di Normandy pada D-Day, 6 Jun 1944
Amerika Syarikat yang kekal berkecuali pada awalPerang Dunia Kedua apabilaJerman Nazi menyerang Poland pada September 1939, mula membekalkan bahan mentah kepada Pihak Berikat mulai Mac 1941 menerusi rancangan Lend-Lease. Pada 7 Disember 1941,Empayar Jepun melancarkanserangan mengejut terhadap Pearl Harbor, sehingga mendorong AS untuk menyertai Pihak Berikat untuk menentangkuasa Paksi sambil menahan ribuan orang keturunan Jepun dalam negara.[28] Penglibatan AS dalam peperangan mendorong pelaburan modal sambil memperbesar kapasiti industri. Amerika Syarikat menjadi satu-satunya negara penempur utama yang menjadi lebih kaya ekoran perang ini, berbanding negara-negara lain yang kemiskinan.[29] Persidangan Pihak Berikat di Bretton Woods dan Yalta menggariskan sistem pertubuhan antarabangsa baru yang meletakkan AS danKesatuan Soviet sebagai tumpuan utama hal ehwal dunia. Selepaskejayaan perang di Eropah, sebuah persidangan antarabangsa diadakan diSan Francisco pada tahun 1945, untuk menerbitkanPiagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkuatkuasa selepas perang.[30] AS yangmembangunkan senjata nuklear pertama di dunia, menggunakannya untuk meledak bandaraya-bandaraya Hiroshima dan Nagasaki pada bulan Ogos.Jepun menyerah kalah pada 2 September, maka berakhirnya peperangan.[31]
SelepasPerang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Kesatuan berebut-rebut untuk kekuasaan dalamPerang Dingin, mendominasi hal-ehwal ketenteraan Eropah melaluiNATO danPakatan Warsaw. AS memupukdemokrasi liberal dankapitalisme, manakala pihak Soviet memupuk fahamankomunisme danekonomi terancang pusat. Kedua-dua pihak memberikan sokongan kepada kerajaan diktator serta melibatkan diri dalamperang proksi. Tentera Amerika melawan angkatanChina Komunis dalamPerang Korea pada tahun 1950–53. Jawatankuasa Kegiatan Bukan Amerika White House menjalankan siasatan berturut-turut terhadap unsur-unsur subversi haluan kiri, sementara SenatorJoseph McCarthy menjadi tokoh sentimen anti-komunis utama.
Pelancaranpenerbangan manusia pertama di angkasa oleh pihak Soviet pada tahun 1961 mendorong seruan PresidenJohn F. Kennedy agar AS menjadi negara pertama yang mendaratkanmanusia di bulan; ini tercapai pada tahun 1969. Kennedy juga berdepan denganpertempuran nuklear yang hebat dengan kuasa Soviet diCuba. Sementara itu, AS menikmati peluasan ekonomi yang mapan. Sebuah pergerakan hak awam yang dilambangkan dan dipimpin olehkaum Amerika Afrika sepertiRosa Parks,Martin Luther King, Jr., dan James Bevel, menggunakan cara tanpa keganasan untuk melawan pengasingan dan diskriminasi kaum. Ekoranpembunuhan John F. Kennedy pada tahun 1963, Akta Hak Awam 1964 dan Akta Hak Mengundi 1965 diluluskan di bawah kepimpinan PresidenLyndon B. Johnson. Johnson dan penggantinya,Richard Nixon, meluaskan perang proksi diAsia Tenggara ke dalamPerang Vietnam yang tidak menyebelahi AS. Berleluasanya pergerakan budaya saingan yang didorong oleh penentangan terhadap Perang Vietnam, nasionalisme kulit hitam, danrevolusi seks. Betty Friedan,Gloria Steinem, dan lain-lain menerajui gelombangfeminisme baru yang memperjuangkan kesaksamaan politik, sosial dan ekonomi untuk kaum wanita.
Kesanskandal Watergate pada tahun 1974, Nixon menjadi presiden AS pertama yang meletak jawatan supaya mengelak daripadadicabar atas tuduhan menyekat proses kehakiman dan salah guna kuasa, lalu menyerahkan jawatannya kepada Naib PresidenGerald Ford. PentadbiranJimmy Carter pada akhir 1970-an dibelenggui olehstagflasi dankrisis tebusan Iran. PemilihanRonald Reagan selaku presiden pada tahun 1980 mengarak perubahan haluan politik AS ke arahkanan, yang dicerminkan dalam perubahan besar dalam keutamaan percukaian dan perbelanjaan. Penggal kedua beliau menyaksikan skandal Iran-Contra dan makin eratnya hubungan diplomatik bersamaKesatuan Soviet. Keruntuhan Soviet akhirnya menamatkanPerang Dingin.
Di bawah kepimpinanGeorge H. W. Bush, AS memainkan peranan utama dalamPerang Teluk dengan kelulusan PBB. Peluasan ekonomi terlama dalam sejarah moden AS—dari Mac 1991 hingga Mac 2001—melingkungi zaman pentadbiranBill Clinton dangelembung dot-com.[32] Kejadian tuntutan mahkamah awam dan skandal seks menyebabkanClinton dicabar pada tahun 1998, tetapi beliau berjaya mengharunginya dan mengekalkan jawatannya. Pilihan raya presiden 2000, antara yang paling sengit dalam sejarah AS, dileraikan oleh keputusanMahkamah Agung AS bahawaGeorge W. Bush, anak kepadaGeorge H. W. Bush, menjadi presiden.
Pada11 September 2001, pengganasal-Qaeda menghempasWorld Trade Center diBandar raya New York danThe Pentagon dekatWashington D.C., menyebabkan hampir tiga ribu orang terkorban. Sebagai tindak balas, kepimpinan Bush melancarkanPerang Terhadap Keganasan sedunia. Pada Oktober 2001, tentera AS mengetuaiserangan terhadap Afghanistan untuk menggulingkan kerajaanTaliban serta memburu kem latihanal-Qaeda; sehingga kini, mereka masih melawan pemberontak Taliban dalam perang gerila. Pada tahun 2002, kerajaan Bush mula menggesa perubahan rejim di Iraq atas sebab-sebab yang penuh kontroversi.[33] Tanpa sokonganNATO atau mandatPBB untuk campur tangan ketenteraan, Bush menganjurkan “campuran pihak yang rela” (campuran kerelaan); angkatan campuran menyerang Iraq pada tahun 2003 dan berjaya menggulingkan diktatorSaddam Hussein. Pada tahun 2005,Taufan Katrina mengakibatkan kemusnahan berleluasa di sepanjang rantauPantai Teluk, sehingga meranapkan bandarNew Orleans. Pada 4 November 2008, dalamkemelesetan ekonomi,Barack Obama dilantik sebagai presiden keturunan Afrika pertama di AS. Pada tahun 2010, beliau menyelia pelaksanaan pembaharuan penjagaan kesihatan dan sistem kewangan secara besar-besaran.Kejadian tumpahan minyakDeepwater Horizon diTeluk Mexico yang bermula pada April 2010 menjadi bencana minyak masa aman yang terbesar dalam sejarah dunia.[34]
Imejsatelit yang memaparkantopografi tanah besar Amerika Syarikat
Keluasan daratan tanah besar Amerika Syarikat kira-kira 1.9 bilion ekar (770 juta hektar). NegeriAlaska yang terpisah dari tanah besar denganKanada, ialah negeri terbesar dengan keluasan 365 juta ekar (150 juta hektar). NegeriHawaii yang menduduki sebuah kepulauan di tengah-tengahPasifik di barat dayaAmerika Utara, ada lebih 4 juta ekar tanahnya (1.6 juta hektar).[35]Amerika Syarikat merupakan negara ketiga atau keempatterbesar dari segi jumlah keluasan (daratan dan perairan), mengekoriRusia danKanada, dan berada di hadapan atau belakangChina. Ketidaktentuan kedudukan ini disebabkan oleh pengiraan dua wilayah yang dipertikai antaraChina danIndia, serta cara pengiraan jumlah keluasanAmerika Syarikat: CIAWorld Factbook menyatakan 3,794,101 batu persegi (9,826,675 km2),[36] tetapi Bahagian Statistik PBB menyatakan 3,717,813 bt2 (9,629,091 km2),[37] and theEncyclopædia Britannica gives 3,676,486 bt2 (9,522,055 km2).[38] Untuk keluasan daratan sahaja, Amerika Syarikat adalah ketiga terluas di belakangRusia danChina, tetapi di hadapanKanada.[39]
Dataran persisiran hadap laut Atlantik memberikan laluan kepada hutandaun luruh yang jauh di pedalaman, dan bukit-bukau beralun di Piedmont.Pergunungan Appalachian memisahkan hadap laut timur denganTasik-Tasik Besar dan tanah rumput Midwest.Sungai Mississippi–Missouri, sistem sungai keempat terpanjang di dunia, mengalir dari utara ke selatan di tengah-tengah negara. Kawasanprairie yang rata dan subur diGreat Plains terbentang ke arah barat, tetapi dicelah oleh sebuah kawasan tanah tinggi di tenggaranya.Pergunungan Rocky, di pinggir baratGreat Plains, menganjur rentas negara dari utara hingga selatan, mencecah altitud 14,000 kaki (4,300 m) di negeriColorado. Jauh di barat lagi terletaknya Lembangan Besar yang berbatu-batuan dan kawasan gurun sepertiMojave. Banjaran gunungSierra Nevada danCascade menjangkau sampai ke pantaiPasifik. Pada ketinggian 20,320 kaki (6,194 m),Gunung McKinley diAlaska ialah puncak tertinggi di negara dan jugaAmerika Utara.Gunung berapi hidup banyak terdapat di seluruh kepulauan Alexander danAleut diAlaska, dan juga kepulauanHawaii. Gunung berapi super yang terletak di bawahTaman Negara Yellowstone diPergunungan Rocky merupakan sifat gunung berapi terbesar di benua ini.[40]
Helang botak, burung kebangsaan AS sejak tahun 1782
Disebabkan keluasan dan kepelbagaian geografinya, Amerika Syarikat merangkumi pelbagai jenisiklim. Di timur meridian ke-100, ciri-ciri iklimnya terdiri daripadakebenuaan lembap di utara hinggasubtropika lembap di selatan. Hujung selatan negeriFlorida beriklim tropika, begitu juga dengan negeri Hawaii. Rantau Great Plains di barat meridian ke-100 itu beriklim separa gersang. Kebanyakan pergunungan Barat beriklim alp. Iklim gersang dialami di Lembangan Besar, kawasan gurun di Barat Daya,Mediterranean di kawasan pantaiCalifornia, dankelautan di pantaiOregon danWashington, danAlaska selatan. Sebahagian besar negeri Alaska beriklim kutub atau subartik. Cuaca melampau tidak jarang dialami — negeri-negeri di tepiTeluk Mexico terdedah kepadaribut taufan, dan kebanyakanputing beliung di dunia berlaku dalam negara ini, terutamanya Tornado Alley di Midwest.[41]
Ekologi Amerika Syarikat merupakan "megadiversiti": kira-kira 17,000 spesiestumbuhan pembuluh terdapat di tanah besar AS dan Alaska, manakala lebih 1,800 spesiestumbuhan berbunga ditemui di Hawaii, yang mana sebahagian kecilnya terdapat di tanah besar.[42] Amerika Syarikat adalah rumah kepada lebih daripada 400 mamalia, 750 burung, dan 500 spesies reptilia dan amfibia[43] Kira-kira 91,000 spesies serangga berjaya diperihalkan di AS.[44] Akta Haiwan Terancam 1973 melindungi spesies-spesies terancam dan habitatnya yang dipantau oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat. Terdapat 58 taman negara dan ratusan lagi taman dan hutan simpanan yang diuruskan oleh pihak berkuasa persekutuan.[45] Keseluruhannya, kerajaan memiliki 28.8% keluasan daratan negara.[46] Kebanyakan kawasan berkenaan adalah terlindung, tetapi sebahagiannya dipajakkan untuk tujuan penggalian minyak dan gas,perlombongan,pembalakan, ataupenternakanlembu; 2.4% digunakan untuk tujuan ketenteraan.[46]
Amerika Syarikat ialah negarapersekutuan terlama yang wujud di dunia. Ia mengamalkan sistem kerajaanrepublik berperlembagaan dandemokrasi berperwakilan, "yang manapemerintahan majoriti dilembutkan oleh hak minoriti yang dilindungi oleh undang-undang."[47]Kerajaan AS dikawal oleh sistem sekatan dan imbangan yang ditakrifkan oleh Perlembagaan AS, iaitu dokumen perundangan tertinggi di negara. Lazimnya dalam sistem persekutuan AS, rakyat tertakluk kepadatiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan; tanggungjawab kerajaan tempatan dipecahkan kepada kerajaan kaunti dan perbandaran. Selalunya, pegawai eksekutif dan perundangan dipilih oleh rakyat mengikut undian terbanyak di setiap daerah.Perwakilan berkadar tiada di peringkat persekutuan, dan jarang sekali ditemui di peringkat bawahan.
Perundangan:Kongresdwidewan yang terdiri daripadaSenat danDewan Perwakilan, menggubal undang-undang persekutuan, mengisytiharkan peperangan, meluluskan perjanjian, memegang kuasa kewangan dan kuasapencabaran untuk melucutkan jawatan ahli kerajaan.
Eksekutif:Presiden ialah panglima besartentera, boleh memvetorang undang-undang sebelum digubal, dan melantikahli-ahli Kabinet (setelah direstui oleh Senat) dan pegawai-pegawai lain yang mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan persekutuan.
Kehakiman:Mahkamah Agung dan mahkamah-mahkamah persekutuan bawahan, yang dilantik para hakimnya oleh presiden dengan kelulusan Senat, mentafsir undang-undang serta mengubah undang-undang yang didapati tidak mengikut perlembagaan.
Muka barat Bangunan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
Dewan Perwakilan ada 435 orang ahli mengundi, setiap seorang mewakili sebuah daerah kongres untuk penggal dua tahun. Kerusi-kerusi Dewan diagih-agihkan mengikut jumlah penduduk setiap negeri sepuluh tahun sekali. Mengikut banci 2000, tujuh negeri mempunyai minimum seorang wakil, manakala California, negeri paling ramai penduduknya, ada 53 wakil. Senat mempunyai 100 orang ahli, iaitu dua orang senator dari setiap negeri, yang dipilih oleh seluruh penduduk negeri untuk penggal enam tahun; satu pertiga kerusi Senat dipertandingkan dalam pilihan raya berselang tahun. Presiden berkhidmat untuk penggal empat tahun dan boleh dipilih tidak lebih daripada dua kali. Presidentidak dipilih secara undian terus, sebaliknya menerusi sistembadan pemilih tak langsung, yang mana undian-undian penentu diagih-agihkan mengikut negeri. Mahkamah Agung yang diketuai olehKetua Hakim Amerika Syarikat, mempunyai sembilan ahli yang berkhidmat sepanjang hayat.
Kerajaan negeri juga lebih kurang sama strukturnya; hanya negeriNebraska ada badan perundangan ekadewan.Gabenor (ketua eksekutif) setiap negeri dipilih secara terus oleh rakyat. Sesetengah hakim negeri dan pegawai kabinet dilantik oleh gabenor negeri masing-masing, manakala yang lain pula dipilih oleh pengundi.
Semua undang-undang dan prosedur kerajaan tertakluk kepada kajian semula kehakiman. Mana-mana undang-undang yang didapati menyalahi Perlembagaan dijadikan tidak sah. Teks asal Perlembagaan menetapkan struktur dan tanggungjawab kerajaan persekutuan serta hubungannya dengan setiap negeri. Perkara Satu melindungi hak "writ besar"habeas corpus, manakala Perkara Tiga menjamin hak mendapatkan perbicaraan juri untuk semua kes jenayah. Pindaan-pindaan pada Perlembagaan memerlukan kelulusan tiga perempat negeri. Perlembagaan AS telah dipinda sebanyak 27 kali; sepuluh pindaan terawal yang membentukPerakuan Hak, dan Pindaan Keempat Belas membentuk landas utama hak individu warga AS.
Oleh kerana calon pilihan raya sebahagian besarnya dibiayai oleh sekumpulan kecil megadonor ("megadonor"), sistem kerajaan Amerika sering dipanggil "korporatokrasi" atauoligarki, di mana orang kaya benar-benar mengendalikan negara dan memutuskan siapa yang akan dipilih, bukan pengundi.[48][49][50][51]
Politik Amerika Syarikat mengetengahkan sistem dua parti sepanjang sejarahnya. Untuk jawatan terpilih di kebanyakan peringkat, pilihan raya pendahuluan tadbiran negeri memilih calon parti utama untukpilihan raya umum seterusnya. Sejak pilihan raya umum 1856, parti-parti utama adalahParti Demokrat yang ditubuhkan pada tahun 1824, danParti Republikan yang ditubuhkan pada tahun 1854. Sejak Perang Saudara, hanya seorang calon presiden parti ketiga—bekas presidenTheodore Roosevelt yang bertanding sebagai ahli Progresif dalam 1912—telah memenangi sebanyak 20% undian awam.
Amerika Syarikat ialah sebuah kesatuanpersekutuan 50 negeri. 13 negeri asal merupakan pewaris13 koloni yang memberontak pemerintahan British. Pada awal sejarah negara, tiga negeri baru terhasil dalam wilayah yang dipecahkan daripada tuntutan negeri-negeri sedia ada, iaitu:Kentucky dariVirginia;Tennessee dariCarolina Utara; danMaine dariMassachusetts. Kebanyakan negeri-negeri lain dibuka dalam wilayah yang diperoleh menerusi peperangan atau pembelian oleh kerajaan AS.Vermont,Texas, danHawaii pula pernah menjadi republik bebas sebelum menganggotai kesatuan. KetikaPerang Saudara Amerika,Virginia Barat berpecah dari negeriVirginia. Semua negeri tidak berhak untuk berpisah dari kesatuan.
Hampir seluruh daratan AS diduduki oleh negeri-negerinya; selebihnya dilingkungi oleh Daerah Columbia, daerah persekutuan yang mana terletaknya ibu negara,Washington D.C.; danAtol Palmyra, sebuahwilayah gabungan yang tiada penduduknya diLautan Pasifik. AS juga memiliki lima wilayah seberang laut utama, iaitu:Puerto Rico danKepulauan Virgin Amerika Syarikat di Karibia; danSamoa Amerika,Guam, danKepulauan Mariana Utara diLautan Pasifik. Sesiapa yang lahir di wilayah-wilayah utama tersebut (kecualiSamoa Amerika) memegang kewarganegaraan AS. Warga AS yang tinggal di wilayah-wilayah tersebut diberikan kebanyakan hak dan tanggungjawab yang sama dengan yang tinggal di negeri-negeri, cuma mereka mungkin dilepaskan daripada cukai pendapatan persekutuan, tidak boleh mengundi presiden, ataupun hanya mempunyai perwakilan tanpa kuasa undi di Kongres.[52]
AS menjalin "hubungan istimewa" dengan United Kingdom[53] di samping hubungan erat denganKanada,Australia,New Zealand,Jepun,Korea Selatan danIsrael. Ia juga bekerjasama erat dengan ahli-ahliNATO yang lain mengenai isu-isu ketenteraan dan keselamatan, dan dengan negara-negara jirannya menerusiPertubuhan Negara-Negara Amerika dan perjanjian perdagangan bebas sepertiPerjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara bersamaKanada danMexico. Pada tahun 2008, AS menghulurkan perbelanjaan bersih $25.4 bilion untukbantuan pembangunan rasmi, iaitu yang terbanyak di dunia. Bagaimanapun, sebagai kongsianpendapatan negara kasar, sumbangan AS sebanyak 0.18% itu adalah yang tercorot di kalangan 22 negara penderma. Sebaliknya, jumlah huluran persendirian oleh rakyat Amerika cukup membanggakan.[54]
Presiden memegang jawatan selaku panglima besar semua angkatan bersenjata negara yang melantik para pemimpinnya,Setiausaha Pertahanan danKetua Turus Bersama.Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mentadbir angkatan-angkatan bersenjata, termasukTentera Darat,Laut, Marin, danUdara. PasukanPengawal Pantai dikelola olehJabatan Keselamatan Tanah Air pada masa aman danJabatan Tentera Laut ketika perang. Pada tahun 2008, angkatan bersenjata dianggotai oleh 1.4 juta kakitangan yang aktif bertugas. Termasuk sekali Tentera simpanan dan Pengawal Negara, jumlah kakitangan tentera negara adalah 2.3 juta orang. Jabatan Pertahanan juga mengambil tenaga sekitar 700,000 orang awam, tidak termasuk kontraktor.[55]
Khidmat tentera di AS adalah secara sukarela, tetapi kerahan tentera boleh dilaksanakan sewaktu perang melalui Selective Service System. Tentera AS boleh diatur kedudukan beramai-ramai dengan secepat mungkin oleh armada pesawat pengangkutan Tentera Udara, kapal induk pesawat Tentera Laut, dan Unit Ekspedisi Marin di laut dengan armada Tentera Laut di Atlantik danPasifik.Tentera AS mengendalikan 865 pangkalan dan kemudahan di luar negara,[56] serta mengaturkan lebih 1.4 juta askar di negara asing dan juga di laut, termasuk 25 negara yang mempunyai lebih daripada 100 kakitangan aktif.[57] Betapa luasnya kehadiran tentera AS di serata dunia telah menyebabkan AS dianggap seolah-olah menjaga "empayar pangkalan."[58]
Jumlah perbelanjaan ketenteraan AS pada tahun 2008, iaitu lebih $600 bilion, adalah lebih 41% perbelanjaan ketenteraan sedunia dan lebih besar daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan 14 negara terbesar seterusnya. Perbelanjaan per kapita $1,967 lebih kurang sembilan kali purata dunia; pada 4% KDNK, kadar itu adalah yang kedua tertinggi antara 15 negara yang paling banyak perbelanjaan ketenteraannya, mengekoriArab Saudi.[59]
Amerika Syarikat mengamalkanekonomi campurankapitalis yang dijana oleh kekayaan sumber alam, prasarana yang cukup maju, dan daya keluaran tinggi.[66] MenurutKumpulan Wang Antarabangsa (IMF), KDNK AS pada $14.4 trilion bersamaan dengan 24% keluaran dunia kasar pada kadar tukaran pasaran, dan hampir 21% keluaran dunia kasar padapariti kuasa beli (PPP).[67] Ia menikmati KDNK kebangsaan tertinggi di dunia, meskipun kurang sekitar 5% daripada KDNKKesatuan Eropah pada PPP pada tahun 2008.
Pada tahun 2009,sektor swasta dianggarkan menyumbangkan 55.3% ekonomi negara, diikuti 24.1% dari kegiatan kerajaan persekutuan dan 20.6% yang selebihnya dari kerajaan negeri dan tempatan (termasuk pindah milik dari persekutuan).[72] Ekonomi AS adalah pasca industri, yang mana sektor perkhidmatan menyumbangkan 67.8% KDNK. Namun demikian, AS kekal sebagai kuasa perindustrian.[73] Bidang perniagaan terbesar dari segi penerimaan perniagaan kasar ialah perdagangan borong dan runcit; dari segi pendapatan bersih pula ialah perkilangan.[74] Bidang perkilangan pula diterajui oleh produkkimia.[75] AS ialah pengeluar minyak ketiga terbesar di dunia, dan juga pengimport terbesarnya.[76] Ia merupakan pengeluar nombor satu tenaga elektrik dan nuklear, dan jugagas asli cecair,sulfur,fosfat, dangaram. Sungguhpunpertanian hanya menyumbangkan kurang 1%KDNK,[73] namun AS merupakan pengeluar terbesar bagi tanamanjagung[77] dankacang soya.[78]Bursa Saham New York ialah bursa saham yang terbesar di dunia dari segi nilai jumlah dagangan dalamdolar.[79][80]Coca-Cola danMcDonald's merupakan antara jenama-jenama paling terkenal di dunia.[81]
Pada Ogos 2010, tenaga buruh AS terdiri daripada 154.1 juta orang. Sektor kerajaan paling ramai tenaga kerjanya dengan 21.2 juta orang, manakala sektor swasta yang paling ramai pekerjanya ialah kesihatan dan bantuan sosial, dengan 16.4 juta.[60] Kira-kira 12% pekerja menyertaikesatuan sekerja, berbanding 30% diEropah Barat.[82]Bank Dunia meletakkan AS di tangga teratas dari segi kemudahan mengambil dan memecat pekerja.[83] Pada tahun 2009, AS menikmati daya keluaran per orangan ketiga tertinggi di dunia, di belakangLuxembourg danNorway; ia juga keempat paling produktif per jam, di belakang dua negara tersebut danBelanda.[84] Berbanding denganEropah, kadarcukai pendapatan harta dan korporat di AS agak tinggi, manakalacukai penggunaannya lebih rendah.[85]
Menurut Biro Banci Amerika Syarikat, median pendapatan isi rumah sebelum cukai pada tahun 2007 adalah $49,777. Mengikut kaum pula, isi rumah Asia-Amerika mendapat median $65,469 manakala isi rumah Afrika-Amerika pula $32,584.[63] Dengan menggunakan kadar tukaranpariti kuasa beli, median keseluruhan bersamaan dengan kelompok paling mewah di negara-negara maju. Setelah banyak merosot pada pertengahan abad ke-20, kadar kemiskinan AS telah mendatar sejak awal 1970-an, dengan 11–15% warga AS di bawah ambang kemiskinan setiap tahun, dan 58.5% pernah mengalami kemiskinan selama sekurang-kurangnya setahun di antara usia 25 hingga 75 tahun.[86][87] Pada tahun 2009, 43.6 juta orang Amerika berada dalam kemiskinan.[63]
Sumbangan kebajikan AS adalah antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, sekadar mengurangkan kemiskinan relatif dan mutlak pada kadar yang kurang daripada min negara kaya,[88][89] namun perbelanjaan sosial swasta dan awam per kapita lebih tinggi daripadanegara-negara Nordik.[90] Walaupun kebajikan AS berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di kalangan warga emas,[91] namun golongan muda pula kurang menerima bantuan.[92] Kajian kesejahteraan kanak-kanak yang dijalankan olehUNICEF di 21 negara berindustri pada tahun 2007, meletakkan AS di tangga kedua terakhir.[93]
AngkasawanBuzz Aldrin ketika pendaratan sulung manusia di bulan, 1969
AS merupakan peneraju penyelidikan sains dan inovasi teknologi sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1876,Alexander Graham Bell menerima paten pertama AS untuk ciptaantelefon beliau.[94] MakmalThomas Edison membangunkan ciptaanpeti nyanyi, mentol lampu tahan lama pertama, dan kamera filem pertama yang berdaya maju.Nikola Tesla mempeloporiarus ulang-alik, motor AC, danradio. Pada awal abad ke-20, perusahaan kereta Ransom E. Olds danHenry Ford melariskan sistem barisan pemasangan. Pada tahun 1903,Wright bersaudara melakar sejarah dengan menjayakan penerbangan berkuasa terkawal dan berterusan yang pertama dengan jentera yang lebih berat daripada udara.[95]
KebangkitanNazi pada 1930-an menyebabkan ramai saintis Eropah sepertiAlbert Einstein danEnrico Fermi berhijrah ke AS. KetikaPerang Dunia Kedua,Projek Manhattan membangunkan senjata nuklear, maka bermulanya Zaman Atom.Perlumbaan Angkasa mencetuskan perkembangan pesat dalam sains roket,sains bahan, dan komputer. AS banyak memberikan sumbangan kepada pembangunanARPANET dan pewarisnya, iaituInternet. Kini, sejumlah besar dana penyelidikan dan pembangunan, iaitu 64%, dihulurkan oleh sektor swasta.[96] Rakyat AS amat banyak memiliki barangan pengguna berteknologi,[97] dan kira-kira separuh jumlah isi rumah di seluruh AS mendapat kemudahan Internet jalur lebar.[98] negara ini merupakan pembangun dan penanam utama makanan ubah suai genetik yang menghasilkan separuh daripada tanaman bioteknologi sedunia.[99]
Sistem Lebuhraya Antara Negeri yang menjangkau 46,876 batu (75,440 km)[100]
Kereta merupakan kaedah pengangkutan peribadi seharian yang paling meluas di AS. Pada tahun 2003, terdapat 759 buah kereta bermotor per 1,000 orang AS, berbanding 472 buah perseribu penduduk diKesatuan Eropah pada tahun berikutnya.[101] Kira-kira 40% kenderaan persendirian di AS ialah van,SUV, atau lori ringan.[102] Orang dewasa AS biasanya (termasuk pemandu dan penumpang kereta) menghabiskan 55 minit memandu sepanjang 29 batu (47 km) setiap hari.[103]
Seluruh industri penerbangan awam AS adalah milik swasta, tetapi kebanyakan lapangan terbang utama adalah milik awam. Empat sistem penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah angkutan penumpang adalah dari AS;Southwest Airlines adalah nombor satu.[104] Antara 30 lapangan terbang penumpang yang paling sibuk di dunia, 16 terletak di AS, termasuk yang paling sibuk sekali, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-JacksonAtlanta.[105] Walaupun kereta api banyak digunakan untuk mengangkut barang-barangan, namun tidak ramai sangat penumpang yang memilih pengangkutan rel, baik dalam bandar mahupun antara bandar.[106]Pengangkutan alihan massa hanya menyumbangkan 9% jumlah perjalanan kerja AS, berbanding 38.8% di Eropah.[107] Penggunaan basikal di negara ini juga amat sedikit, jauh kurang berbanding diEropah.[108]
Lombong arang diWyoming. AS mempunyai 27% simpanan arang sedunia.[109]
Pasaran tenaga Amerika Syarikat sebanyak 29,000 jam terawatt setahun. Penggunaan tenaga per kapita adalah 7.8 tan kesamaan minyak setahun, berbanding 4.2 tan di Jerman dan 8.3 tan diKanada. Pada tahun 2005, 40% tenaga AS berpunca daripetroleum, 23% dariarang, dan 22% darigas asli; yang selebihnya dibekalkan olehkuasa nuklear dan sumbertenaga boleh baharu.[110] AS merupakan pengguna petroleum terbesar di dunia.[111] Berpuluh tahun lamanya,kuasa nuklear telah memainkan peranan yang agak kecil jika dibandingkan dengan negara maju yang lain; antara sebab-sebabnya ialah persepsi awam ekoran kemalangan Three Mile Island pada tahun 1979.
Kumpulan keturunan terbesar mengikut daerah, 2000.
Mengikut Biro Banci Amerika Syarikat, penduduk AS berjumlah 348,131,000,[112] termasuk kira-kira 11.2 jutapendatang haram.[113] Selaku negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, mengekoriChina danIndia, AS ialah satu-satunya negara berindustri yang mengunjurkan pertumbuhan penduduk yang besar.[114] Dengankadar kelahiran 13.82 per 1,000, 30% di bawah purata dunia, kadarpertumbuhan penduduknya adalah 0.98%, iaitu agak tinggi berbanding diEropah Barat,Jepun danKorea Selatan.[115] Dalam tahun fiskal 2009, sejumlah 1.1 juta pendatang telah dianugerahkan hak residensi yang sah.[116]Mexico menjadi negara asal terbesar penduduk baru ke AS sejak 20 tahun lalu; sejak tahun 1998,China,India, danFilipina turut mengisi empat negara yang paling ramai rakyatnya yang menetap di AS.[117]
AS mempunyai kependudukan yang pelbagai etnik; 31 kelompok keturunan di negara ini mencatat lebih sejuta orang ahlinya.[118] Kaum kulit putih adalah kelompok ras terbesar di AS; keturunanJerman,Ireland, danInggeris merupakan tiga daripada empat kelompok keturunan terbesar di negara ini.[118]Orang Amerika Afrika merupakanminoriti ras terbesar dan kelompok keturunan ketiga terbesar di AS.[118][119] Orang Amerika Asia merupakan minoriti ras kedua terbesar di negara; dua kelompok etnik Amerika Asia terbesar ialahCina danFilipina.[118] Pada tahun 2008, terdapat sekitar 4.9 juta penduduk AS yang berdarah peribumi atau orang asli Alaska (termasuk 3.1 juta yang tulen) dan juga 1.1 juta berdarah orang asliHawaii atau Pulau Pasifik (0.6 juta yang tulen).[119]
Pertumbuhan penduduk orang AmerikaHispanik dan Latino merupakan arah aliran demografi yang besar. 46.9 juta rakyat AS berketurunan Hispanik[119] ditentukan oleh Biro Banci sebagai berkongsi "keetnikan" yang tersendiri; 64% orang AS Hispanik ini berketurunan Mexico.[120] Dari tahun 2000 hingga 2008, jumlah penduduk Hispanik di negara ini meningkat 32%, berbanding dengan penduduk bukan Hispanik yang naik 4.3% sahaja.[119] Pertumbuhan ini banyak berpunca daripada penghijrahan; pada tahun 2007, 12.6% penduduk AS adalah kelahiran luar negara; 54% daripada kelahiran luar itu berasal dariAmerika Latin.[121] Kesuburan juga menjadi faktor; purata 3.0 bayi dilahirkan oleh seorang ibu Hispanik, berbanding 2.2 untuk kulit hitam bukan Hispanik dan 1.8 untuk kulit putih bukan Hispanik (di bawah kadar gantian 2.1).[114]Kelompok minoriti (seperti yang ditakrifkan oleh Biro Banci, semuanya selain kulit putih bukan kacukan, bukan Hispanik) membentuk 34% jumlah penduduk AS, tetapi diunjurkan akan menjadi majoriti menjelang tahun 2042.[122]
Kira-kira 82% rakyat AS tinggal dikawasan bandar (seperti yang ditakrifkan oleh Biro Banci, termasuk subbandar);[36] lebih kurang separuh daripada mereka tinggal di bandar yang melebihi 50,000 orang penduduknya.[123] Pada tahun 2008, 273 petempatan tertubuh diduduki lebih 100,000 orang, sembilan bandaraya diduduki lebih sejuta orang, dan empatbandar raya global diduduki lebih 2 juta orang (Bandar Raya New York,Los Angeles,Chicago, danHouston).[124] Terdapat 52 kawasanmetropolitan (kota raya) yang diduduki oleh lebih sejuta orang.[125]
Bahasa Inggeris merupakanbahasa kebangsaande facto Amerika Syarikat. Walaupun tiadannyabahasa rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan, namun terdapat undang-undang yang menyelaras penggunaan bahasa Inggeris, seperti keperluan naturalisasi AS. Pada tahun 2007, sekitar 226 juta, atau 80% penduduk yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.Bahasa Sepanyol yang dituturkan oleh 12% penduduk di rumah, merupakan bahasa yang kedua terlaris di AS, dan mata pelajaranbahasa kedua yang paling banyak diajar di negara.[126][127] Ada sesetengah warga AS yang menggesa agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi negara, seperti yang dilakukan di sekurang-kurangnya 28 negeri.[5] Kedua-dua bahasaHawaii danInggeris dijadikan bahasa rasmi oleh undang-undang negeriHawaii.[128]
DiNew Mexico, ada undang-undang yang memperuntukkan penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol, begitu juga denganLouisiana untuk bahasa Inggeris dan Perancis, biarpun kedua-dua negeri itu tidak menetapkan bahasa rasmi.[129] Negeri-negeri lain pula ada yang mewajibkan penerbitan dokumen kerajaan dalam versi bahasa Sepanyol, termasuk borang mahkamah, misalnyaCalifornia.[130] Empat wilayah kepulauan AS memberikan pengakuan rasmi kepada bahasa peribumi masing-masing di samping bahasa Inggeris: bahasa-bahasaSamoa danChamorro masing-masing diiktiraf olehSamoa Amerika danGuam; bahasa-bahasa Caroline danChamorro diakui olehKepulauan Mariana Utara;bahasa Sepanyol menjadi bahasa rasmiPuerto Rico.
Sebuah gerejaPresbyterian; kebanyakan orang Amerika mengaku beragama Kristian.
Amerika Syarikat secara rasminya merupakannegara sekular;Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat menjamin kebebasan mengamalkan agama serta melarang pembentukan apa jua pemerintahan berdasarkan agama. Dalam kaji selidik tahun 2002, 59% orang Amerika menyatakan bahawa agama memainkan "peranan yang amat penting dalam kehidupan mereka," jauh lebih besar daripada mana-mana negara kaya yang lain.[131] Mengikut kaji selidik tahun 2007 pula, 78.4% dewasa mengakui beragamaKristian,[1] iaitu merosot daripada 86.4% pada tahun 1990.[2] 51.3% orangKristian di AS menganut pelbagai mazhabProtestan, manakalaKatolik Rom merupakan mazhab tunggal terbesar dengan 23.9%. Peratusan orang yang mengaku bukan Kristian pada tahun 2007 adalah 4.7%, iaitu meningkat daripada 3.3% in 1990.[2] Antara agama-agama bukan Kristian yang utama di AS ialahYahudi (1.7%),Buddha (0.7%),Islam (0.6%),Hindu (0.4%), dan Universalisme Unitarian (0.3%).[1] Kaji selidik itu juga melaporkan bahawa 16.1% orang AS mengakuagnostik,ateis, atau sekadar tidak beragama, iaitu kenaikan daripada 8.2% pada tahun 1990.[1][2]
Pendidikan awam di Amerika Syarikat dikendali oleh kerajaan negeri dan tempatan di bawah kawal seliaJabatan Pendidikan Amerika Syarikat menerusi sekatan terhadap geran persekutuan. Di kebanyakan negeri, kanak-kanak diwajibkan menghadiri sekolah mulai umur enam atau tujuh tahun (tadika atau darjah satu) hingga lapan belas tahun (sekitar darjah ke-12 (tingkatan enam), akhir sekolah tinggi); sesetengah negeri membenarkan pelajar berhenti persekolahan pada umur 16 atau 17 tahun.[133] Sekitar 12% kanak-kanak berdaftar di sekolah swasta mubaligh mahupun sekular. Cuma lebih 2% kanak-kanak bersekolah di rumah.[134]
Amerika Syarikat mempunyai banyak institusi pengajian tinggi yang kompetitif, baik awam mahupun swasta, dan juga kolej masyarakat yang mengamalkan dasar kemasukan terbuka. 84.6% orang Amerika yang berusia 25 tahun ke atas berkelulusan sekolah tinggi, 52.6% menghadiri kolej, 27.2% meraih ijazah sarjana muda, dan 9.6% memegang ijazah sarjana ke atas.[135] Kadarcelik huruf amnya adalah kira-kira 99%.[36][136]Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberikan Indeks Pendidikan 0.97 kepada AS.[137]
Jangka hayat ketika lahir di Amerika Syarikat adalah 77.8 tahun[138] setahun singkat berbanding purata di Eropah Barat, dan ketinggalan tiga atau empat tahun di belakangNorway,Switzerland, danKanada.[139] Sejak dua dekad lalu, AS merosot daripada tangga ke-11 kepada ke-42 dalam kedudukan jangka hayat sedunia.[140] Kadar kematian bayi pada 6.37 perseribu meletakkan AS di tangga ke-42 daripada 221 negara, di belakang seluruhEropah Barat.[141] Kira-kira satu pertiga penduduk dewasa AS mengalamiobesiti dan satu pertiga lagi sekadar terlebih berat badan;[142] kadar kegemukan AS yang tertinggi dalam dunia berindustri, telah melipat lebih dua kali ganda dalam suku abad yang lalu.[143]Penyakit kencing manis jenis 2 yang berkaitan dengan obesiti, dilihat sudah menjadi wabak oleh para pakar jagaan kesihatan.[144]
Texas Medical Center diHouston, pusat perubatan terbesar di dunia[145]
Sistem penjagaan kesihatan AS jauh lebih banyak berbelanja daripada mana-mana negara lain, baik diukur dalam perbelanjaan per kapita mahupun peratusanKDNK.[146] Pada tahun 2000,Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan sistem kesihatan AS sebagai di tangga teratas dalam keresponsifan, tetapi ke-37 keseluruhannya. AS ialah peneraju inovasi perubatan. Pada tahun 2004, sektor bukan industri berbelanja tiga kali ganda berbandingEropah per kapita dalam penyelidikanbioperubatan.[147]
Amerika Syarikat merupakan negara berbilang budaya yang terdiri daripada pelbagai kelompok, tradisi dan nilai hidup etnik.[148][149] Walaupun budaya arus perdana dikuasai oleh unsur-unsurEropah yang dibawa oleh kaum pendatang dari Eropah, namun ia cukup dipengaruhi oleh unsur-unsur Afrika yang dibawa oleh kaum hamba abdi sebelum negara ini merdeka,[148][150] ditambah pula oleh kedatangan penghijrah dari Asia danAmerika Latin yang memeriahkan lagi senario wadah tumpuan kebudayaan di AS. Masyarakat AS adalah antara yang palingindividualistik di dunia[151]; imej kendiri, pandangan sosial dan jangkaan budaya orang Amerika sangat berhubung kait rapat dengan pekerjaan mereka.[152]
Amerika Syarikat nyata menjadi sebuah gergasi dalam arena perfileman sedunia[153], apatah lagi menjadi tempat terciptanya teknologi wayang gambar bergerak yang terawal di dunia, hasil usahaThomas Edison dengan Kinetoscope. Industri perfileman AS banyak tertumpu diHollywood, California, sehingga masyarakat dunia menyamakan nama Hollywood dengan erti industri perfileman AS dan hasil filemnya. Antara penggiat filem AS yang dijulang nama sebagai ikon dunia termasuk pelakonMarilyn Monroe danJohn Wayne, serta sutradara dan penerbit filem sepertiGeorge Lucas danSteven Spielberg, tambahan pula tokoh inovasi dalam animasi sepertiWalt Disney.
Orang Amerika antara yang paling banyak meluangkan masa di depan kaca televisyen di dunia;[154] iaitu selama purata lima jam sehari pada tahun 2006.[155] Bidang penyiaran TV di negara ini dikuasai oleh sektor swasta, terutamanya empat rangkaian penyiaran TV terbesar iaituABC,CBS,Fox danNBC. Orang AS juga gemar mendengar radio pada purata dua jam setengah sehari.[156]
Amerika Syarikat turut memberikan pengaruh yang sangat besar dalam seni muzik moden, kerana di sinilah terciptanya bermacam-macamgenre muzik yang menjadi ikutan ramai sepertijazz,rock and roll,funk,rhythm and blues (R&B) danhip-hop.Muzik pop AS berakar umbi dalam acara-acara pementasanBroadway yang masih mengekalkan keutuhan semenjak teater pertama dibuka di Manhattan pada abad ke-19. Bintang pop kelahiran AS sepertiElvis Presley,Bob Dylan,Michael Jackson, danMadonna menempah nama sebagai selebriti bertaraf dunia.[157] Sungguhpun dikaitkan dengan genre-genre muzik yang moden, namun AS tetap melahirkan karya-karyamuzik klasikal yang boleh dikatakan cukup keAmerikaan berbanding muzik klasikalEropah, terutamanya dari Charles Ives, Henry Cowell danJohn Cage; tidak lupa juga Aaron Copland danGeorge Gershwin yang menzahirkan adunan muzik popular dan klasikal.
Pada abad ke-18 dan ke-19, Amerika Syarikat berusaha membina keunggulan sebagai pusat kesusasteraan bahasa Inggeris, dengan hasil-hasil mahakarya sastera yang dibawakan kepada penggemar buku dan puisi olehEdgar Allan Poe,Mark Twain, Emily Dickinson dan sebagainya. Pada abad ke-20, kemeriahan sastera AS diteruskan olehWilliam Faulkner danErnest Hemingway yang disebut-sebut sebagai sasterawan yang paling berpengaruh pada abad itu.[158] Setakat ini, 11 warganegara AS memenangiHadiah Nobel dalam Kesusasteraan.
Seni lukis AS pada mulanya kuat dipengaruhi oleh Eropah, tidak kira lukisan realistik yang menguasai daya cipta para pelukis sebelum senja abad ke-19, mahupun seni moden yang diperkenalkan oleh sebuah pameran seni luar biasa di New York pada tahun 1913.[159] Pergerakan kesenian yang besar-besar seperti ekspresionisme abstrak dariJackson Pollock danWillem de Kooning, dan seni pop dariAndy Warhol danRoy Lichtenstein banyak berkembang di AS. AS terkenal juga sebagai tempat kelahiran bahantarakomik dalam bentuk jaluran dalam akhbar mahupun buku komik, yang turut melahirkan beraneka jenis wira cereka kegilaan ramai sepertiSuperman,Batman danSpider-Man.
Kepelbagaian budaya AS turut dicerminkan oleh keanekaan makanan dan minuman yang melambangkan identiti negara ini. Resipi-resipi yang diimport dari Eropah hasil kedatangan penghijrah sebelum atau selepas merdeka, telah disesuaikan sedikit sebanyak sehingga dikira sebagai masakan Amerika, contohnyapiza danpasta dariItali,taco danburrito dariMexico, ataupunhamburger danhot dog dariJerman.Kaum Amerika-Afrika turut menyerikan lagi masakan AS denganayam goreng,roti jagung dan sebagainya. Sesetengah hidangan ini turut diperdagangkan sebagaimakanan segera yang dipasarkan oleh rantaian restoran sepertiMcDonald's danKFC ke seluruh dunia, tetapi pada masa yang sama juga menyumbang kepada masalahobesiti yang menjadi-jadi di kalangan warga AS.[160] Pemasaran juga banyak menyumbang kepada kepentingan jus oren dansusu sebagai minumansarapan.[161]
Pemain "bola sepak Amerika", sebuah sukan berupa ragbi yang jauh berbeza dengan bola sepak yang dikenali di negara lain.
Bola sepak Amerika[162] (Inggeris:American football, sukan seakanragbi),besbol,bola keranjang danhoki ais merupakan sukan berpasukan profesional yang paling ramai peminatnya di Amerika Syarikat.Bola sepak (soccer) juga ramai penggemar tetapi ketinggalan di belakang keempat-empat sukan tersebut, walaupun AS pernah menjadi tuan rumahPiala Dunia FIFA 1994. Untuk sukan individu, orang AS paling menggemarigolf,tenis dansukan bermotor sepertiNASCAR. AS juga digeruni kerana pencapaian atlit-atlitnya dalamSukan Olimpik sejak bermulanya temasya pertama pada tahun 1896, di mana mereka meraih lebih 2,500 butir pingat setakat ini.[163][164]
Negara ini masih menggunakan unit adat Amerika Syarikat yang banyak diwarisi daripadaunit imperial British sepertiela,batu, dandarjah Fahrenheit, tetapi juga memakai sukatan isipadugelen dan pain yang tersendiri. Amerika Syarikat, bersertaBurma danLiberia, belum lagi menerimasistem metrik secara rasmi. Namun begitu,unit metrik semakin laris penggunaannya dalam bidangsains,perubatan, dan banyak lagi bidang industri.[165]
^Dull, Jonathan R. (2003). "Diplomacy of the Revolution, to 1783," p. 352, chap. inA Companion to the American Revolution, ed. Jack P. Greene and J. R. Pole. Maiden, Mass.: Blackwell, pp. 352–361.ISBN 1-4051-1674-9.
^Maddison, Angus (2006)."Historical Statistics for the World Economy". The Groningen Growth and Development Centre, Economics Department of the University of Groningen. Dicapai pada2008-11-06.
^DeLear, Byron (July 4, 2013)Who coined 'United States of America'? Mystery might have intriguing answer. "Historians have long tried to pinpoint exactly when the name 'United States of America' was first used and by whom... This latest find comes in a letter that Stephen Moylan, Esq., wrote to Col. Joseph Reed from the Continental Army Headquarters in Cambridge, Mass., during the Siege of Boston. The two men lived with Washington in Cambridge, with Reed serving as Washington's favorite military secretary and Moylan fulfilling the role during Reed's absence."Christian Science Monitor (Boston, MA).
^Touba, Mariam (November 5, 2014)Who Coined the Phrase 'United States of America'? You May Never Guess "Here, on January 2, 1776, seven months before the Declaration of Independence and a week before the publication of Paine'sCommon Sense, Stephen Moylan, an acting secretary to General George Washington, spells it out, 'I should like vastly to go with full and ample powers from the United States of America to Spain' to seek foreign assistance for the cause."New-York Historical Society Museum & Library
^Fay, John (July 15, 2016)The forgotten Irishman who named the 'United States of America' "According to the NY Historical Society, Stephen Moylan was the man responsible for the earliest documented use of the phrase 'United States of America'. But who was Stephen Moylan?"IrishCentral.com
^ab"serikat".Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
^ab"Mengapa namanya bukan Negeri-negeri Bersatu Amerika?".Mingguan Malaysia. 25 September 2011.
^"Peopling of Americas". Smithsonian Institution, National Museum of Natural History. 2004.Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-28. Dicapai pada2007-06-19.
^Russell, David Lee (2005).The American Revolution in the Southern Colonies. Jefferson, N.C., and London: McFarland, p. 12.ISBN 0-7864-0783-2.
^Blackburn, Robin (1998).The Making of New World Slavery: From the Baroque to the Modern, 1492–1800. London and New York: Verso, p. 460.ISBN 1-85984-195-3.
^Morrison, Michael A. (1999).Slavery and the American West: The Eclipse of Manifest Destiny and the Coming of the Civil War. Chapel Hill: University of North Carolina Press, pp. 13–21.ISBN 0-8078-4796-8.
^"1860 Census"(PDF). U.S. Census Bureau. Ms. 7 menyatakan jumlah penduduk hamba pada 3,953,760 orang.
^De Rosa, Marshall L. (1997).The Politics of Dissolution: The Quest for a National Identity and the American Civil War. Edison, NJ: Transaction, p. 266.ISBN 1-56000-349-9.
^Foner, Eric, and John A. Garraty (1991).The Reader's Companion to American History. New York: Houghton Mifflin, p. 576.ISBN 0-395-51372-3.
^McDuffie, Jerome, Gary Wayne Piggrem, and Steven E. Woodworth (2005).U.S. History Super Review. Piscataway, NJ: Research & Education Association, p. 418.ISBN 0-7386-0070-9.
^Lubowski, Ruben, Marlow Vesterby, and Shawn Bucholtz (2006-07-21)."AREI Chapter 1.1: Land Use". Economic Research Service. Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-08-08. Dicapai pada2009-03-09.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Raskin, James B. (2003).Overruling Democracy: The Supreme Court Vs. the American People. London and New York: Routledge, pp. 36–38.ISBN 0-415-93439-7.
^"Gross Domestic Product". Bureau of Economic Analysis. 2010-10-29. Dicapai pada2010-11-03. Change is based on chained 2005 dollars. Quarterly growth is expressed as an annualized rate.
^Wright, Gavin, and Jesse Czelusta, "Resource-Based Growth Past and Present", inNatural Resources: Neither Curse Nor Destiny, ed. Daniel Lederman and William Maloney (World Bank, 2007), p. 185.ISBN 0-8213-6545-2.
^ab"USA Economy in Brief". U.S. Dept. of State, International Information Programs.Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada2008-03-12.
^Hacker, Jacob S. (2006).The Great Risk Shift: The New Economic Insecurity and the Decline of the American Dream. New York: Oxford University Press.ISBN0195335341.
^Smeeding, T. M. (2005). "Public Policy: Economic Inequality and Poverty: The United States in Comparative Perspective."Social Science Quarterly 86, 955–983.
^Kenworthy, L. (1999). "Do Social-Welfare Policies Reduce Poverty? A Cross-National Assessment"Social Forces 77(3), 1119–1139. Bradley, D., E. Huber, S. Moller, F. Nielsen, and J. D. Stephens (2003). "Determinants of Relative Poverty in Advanced Capitalist Democracies"American Sociological Review 68(1), 22–51.
^Orr, D. (November–December, 2004). "Social Security Isn't Broken: So Why the Rush to 'Fix' It?" In C. Sturr and R. Vasudevan, eds. (2007).Current Economic Issues. Boston: Economic Affairs Bureau.
^Starr, Paul (2008-02-25)."A New Deal of Their Own".American Prospect. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-05-05. Dicapai pada2008-07-24.
^"Daily Passenger Travel".2001 National Household Travel Survey. U.S. Dept. of Transportation, Bureau of Transportation Statistics. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada2007-08-15.
^"Human Development Indicators"(PDF). United Nations Development Programme, Human Development Reports. 2005.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2007-06-20. Dicapai pada2008-01-14.
^"Health, United States, 2006"(PDF). Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Health Statistics. 2006. Dicapai pada2007-08-15.
^Eberstadt, Nicholas, and Hans Groth (2007-04-19)."Healthy Old Europe".International Herald Tribune.Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-23. Dicapai pada2007-06-19.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^abAdams, J. Q., and Pearlie Strother-Adams (2001).Dealing with Diversity. Chicago: Kendall/Hunt.ISBN 0-7872-8145-X.
^Thompson, William, and Joseph Hickey (2005).Society in Focus. Boston: Pearson.ISBN 0-205-41365-X.
^Holloway, Joseph E. (2005).Africanisms in American Culture, 2d ed. Bloomington: Indiana University Press, pp. 18–38.ISBN 0-253-34479-4. Johnson, Fern L. (1999).Speaking Culturally: Language Diversity in the United States. Thousand Oaks, Calif., London, and New Delhi: Sage, p. 116.ISBN 0-8039-5912-5.
^Biddle, Julian (2001).What Was Hot!: Five Decades of Pop Culture in America. New York: Citadel, p. ix.ISBN 0-8065-2311-5.
^Quinn, Edward (2006).A Dictionary of Literary and Thematic Terms. Infobase, p. 361.ISBN 0-8160-6243-9. Seed, David (2009).A Companion to Twentieth-Century United States Fiction. Chichester, West Sussex: John Wiley and Sons, p. 76.ISBN 1-4051-4691-5. Meyers, Jeffrey (1999).Hemingway: A Biography. New York: Da Capo, p. 139.ISBN 0-306-80890-0.
^Brown, Milton W. (1988 1963).The Story of the Armory Show. New York: Abbeville.ISBN 0-89659-795-4.
^Smith, Andrew F. (2004).The Oxford Encyclopedia of Food and Drink in America. New York: Oxford University Press, pp. 131–32.ISBN 0-19-515437-1. Levenstein, Harvey (2003).Revolution at the Table: The Transformation of the American Diet. Berkeley, Los Angeles, and London: University of California Press, pp. 154–55.ISBN 0-520-23439-1.