UNESCO Chair on Cyberspace and Culture, Scientific Committee on Problems of the Environment, Institut UNESCO bagi Perangkaan, Iranian National Commission for UNESCO, Hylean Amazon Institute, International Center for Documentary Heritage
Ralat Lua pada baris 382 di Modul:Mapframe: Unable to get latitude from input '48°50′59″N 2°18′22″E <span class='penicon autoconfirmed-show'></span>'..
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن ڤنديديقن⹁ ساءينس دان کبوداياءن ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو;bahasa Inggeris:UN Educational, Scientific and Cultural Organization, dipendekkan sebagaiUNESCO;Jawi: يونيسکو) ialah sebuah agensiPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidangpendidikan,sains dankebudayaan.
Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat diParis, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklah kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosikebebasan bersuara dan media yang bebas; projeksejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memeliharahak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.
Tiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO:
Persidangan Agung
Lembaga Eksekutif
Sekretariat
Persidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan.
Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.
Sekretariat mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia.
UNESCO telah beberapa kali menjadi tumpuan berikutan kontroversi yang dihadapinya terutamanya diAmerika Syarikat,United Kingdom, danSingapura. Semasa tahun 70-an dan 80-an, sokongan UNESCO bagi"Orde Maklumat Baru Dunia" danLaporan MacBridenya yang mengesa pengdemokrasian media dan pengaksesan maklumat telah dikutuk oleh negara-negara berkenaan sebagai satu usaha untuk menghapuskankebebasan akhbar. UNESCO dianggap oleh sesetengah pihak sebagai platform bagi pihakkomunis dan negara-negaraDunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat menghentikan sumbangannya dan keluar daripada pertubuhan itu sebagai tanda protes. Hal ini diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1985 dan Singapura pada tahun 1986. Dengan berlakunya perubahan kerajaan di UK pada tahun 1997, UK menyertai semula pertubahan ini. Amerika Syarikat pula kembali menyertai pertubuhan ini pada tahun 2003. Semasa waktu beberapa reformasi telah dilakukan di pertubuhan ini.