Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Turkmenistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Turkmenistan
ريڤوبليك تورکمنيستان
Türkmenistan
Bendera Turkmenistan
Jata Turkmenistan
Bendera Jata
Lagu kebangsaanTürkmenistan Respublikasynyň Döwlet Gimni
Lokasi Turkmenistan
Ibu negara
dan bandar terbesar
Ashgabat
Bahasa rasmiTurkmen
Bahasa umum
yang diakui
Rusia,Uzbek
DemonimTurkmen
KerajaanRepublikberpresiden
Serdar Berdimuhamedow
Kemerdekaan 
• Pengisytiharaan
27 Okotber,1991
• Pengiktirafan
28 Oktober,1991
• Perairan (%)
4.9
Populasi
• Perkiraan 2019
6,387,922 (113)
• Bancian Penduduk 1997
1,976,457
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$72.22 billion (85)
$11,305 (86)
HDI (2019)0.689
sederhana · 110
Mata wangTurkmen Manat
(TMM)
Zon waktuUTC+5 (TMT)
• Musim panas (DST)
UTC+5 (tidak diperhati)
Kod panggilan+993
Kod ISO 3166TM
DPT internet.tm

Republik Turkmenistan (Bahasa Turkmen:Türkmenistan Respublikasy), juga dikenali sebagaiTurkmenia (Bahasa Rusia: Туркмения). Sehingga tahun 1990, Turkmenistan masih tergolong dalam perlembagaanKesatuan Soviet, yang bernamaRepublik Sosialis Soviet Turkmenistan. Turkmenistan terletak diAsia Tengah dan bersempadan terus denganIran di selatan,Afghanistan di tenggara,Uzbekistan di utara,Kazakhstan di barat laut danLaut Kaspia di barat. Sebahagian besar wilayahnya merupakan hamparangurun pasir Karakum. Negara ini memiliki simpanangas asli keempat terbesar di dunia.[1]

Sehingga kini, Turkmenistan menjalankan sistem politik parti tunggal. Sistem ini dianggap tidak memenuhi prinsip-prinsip dasar demokrasi.[2]. Sejak kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet, Turkmenistan dipimpin olehSaparmurat Atayevich Niyazov, bahkan beliau menggelarkan dirinya sebagai Turkmenbashi (Bahasa Turkmen:Türkmenbaşy, "Pemimpin Bangsa Turkmen"). Pada 21 Disember 2006, beliau meninggal dunia dan digantikan olehGurbanguly Mälikgulyýeviç Berdimuhammedow yang dilantik oleh Dewan Keamanan Negara Turkmenistan, melalui pilihan raya pada 11 Februari 2007.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Turkmenistan

Sejarah awal

[sunting |sunting sumber]

Wilayah Turkmenistan telah lama dikenali ramai ahli pengkaji sejarah. Kebanyakan ketenteraan dari pelbagai kerajaan yang dikerah ke wilayah ini demi mendapatkan wilayah yang lebih makmur. Wilayah ini sudah lama dikenal terutama oleh pelbagai empayarParsi. Sejarah wilayah ini dimulai waktuKaisar Akhemeniyah (empayar kuno pertama Persia) penaklukan wilayah ini dan dibahagikan kepada tiga wilayah, Margiana,Khwarezmia danParthia.

Alexander Agung menakluk wilayah ini pada abad keempat SM pada perjalanannya menuju Asia Tengah, dan pada waktu itu pulaLaluan Sutra dibangunkan sebagai laluan perdagangan utama yang menghubungkanAsia dan kawasan Mediterranian. Beberapa abad kemudian, empayarParthia Persia ditubuhkan dengan ibu kotanya di Nisa, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, kini berada sekitar 18 km di barat dayaAshgabat. Setelah kejatuhan empayar Parthia, wilayah ini kerap kali dijajah oleh pelbagai empayar Iran selama beberapa abad.

Zaman Islam dan Pertengahan

[sunting |sunting sumber]

Pada abad ketujuh Masihi,bangsa Arab menakluki wilayah ini dan sekaligus memperkenalkanIslam dan juga budayaTimur Tengah. Turkmenistan mulai dikenali ketika khalifahMa'mun Ar-Rasyid dari empayarBani Abbasiyah memindahkan ibukota kerajaanKhorasan Raya ke Merw.

Pada pertengahan abad ke-11,Empayar Turki Saljuk menumpukan kekuasaan wilayahnya di Turkmenistan dalam usaha untuk memperluaskan wilayah empayarnya hinggaKhorasan. Sehingga pertengahan abad ke-12, berlakunya kejatuhan empayar ini setelah dikalahkan olehGenghis Khan yang pada waktu itu sedang memperluaskan penjajahannya di wilayah timurLaut Kaspia dalam rangka pengembaraannya ke barat.

Tujuh abad kemudian, bangsa Turkmen hidup dibawah kekuasaan pelbagai empayar dan perang antara suku kaum. Sekitar abad ke-17 dan ke-19, perebutan ke atas Turkmenistan silih bertukar-ganti oleh Empayar Parsi,Kekahanan Khiva, para amir dariBukhara dan penguasa Afghanistan. Selama masa ini, pemimpin tertinggi Turkmen,Magtymguly Pyragy dikenali kerana usahanya untuk menjaga kebebasan dan kedaulatan negaranya.

Pada waktu itu, wilayah yang luas di Asia Tengah, termasuk Turkmenistan belum dipetakan dan hampir tidak dikenali oleh bangsaEropah danDunia Barat. Persaingan untuk menguasai wilayah tersebut antaraEmpayar British danEmpayar Rusia dikenali sebagaiPermainan Besar. Sepanjang penaklukan mereka di Asia Tengah, Rusia menerima tentangan yang paling hebat daripada Turkmenistan. Bagaimanapun, pada tahun 1894 Rusia berjaya memperluaskan penjajahan di Turkmenistan dan memasukkan wilayah itu ke dalam wilayah empayarnya.

Zaman Kesatuan Soviet

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Republik Sosialis Soviet Turkmenistan

BerdasarkanPerjanjian Anglo-Rusia 1907, perang antara Empayar Rusia dengan Empayar British di Asia Tengah telah ditamatkan. Sejak itu, Turkmenistan berada dalam penguasaan Empayar Rusia. Pelbagai pengaruh budaya Rusia, termasuk bahasa mulai diperkenalkan kepada bangsa Turkmen.Revolusi Oktober yang terjadi di Rusia dan ketidakseimbangan politik mencatuskan keinginan bangsa Turkmen untuk mengisytiharkanRepublik Sosialis Soviet Turkmenistan, salah satu dari enam republik Kesatuan Soviet.

Seorang Turkmen berbusana tradisional, sekitar 1905–1915.

Revolusi besar terjadi dalam kehidupan bangsa Turkmen. BangsaTurkmen dipengaruhi menjadi sekular dan mengadaptasikan cara berpakaian bangsa Eropah. Penulisan yang digunakan dalam bahasa Turkmen pun diganti dariabjad Arab kuno keRumi dan akhirnyaabjad Cyril.

Namun, proses mempengaruhi bangsa Turkmen untuk meninggalkan cara-cara tradisional mereka untuk menerima komunisme tidak sepenuhnya berhasil sehingga akhir tahun 1948. Kebijaksanaan nasional Kesatuan Soviet, antara tahun 1920 hingga 1930, sebenarnya memartabatkan "Penemuan Tradisi Bangsa Turkmen".[3] Pengiktirafan Bangsa Turkmen dalam pemerintahan Soviet dan sistem pendidikan. Ketika pemerintahanStalin, beliau mengiktirafkanbahasa Turkmen sebagai bahasa rasmi di Republik Sosialis Soviet Turkmenistan.

Kemerdekaan dan zaman moden

[sunting |sunting sumber]

KetikaKesatuan Soviet mulai runtuh, Turkmenistan dan republikAsia Tengah lainnya cemas akan keadaan negara mereka kerana mereka bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pasaran bebas Soviet untuk mencapai kemakmuran. Namun demikian, Turkmenistan mengisytiharkan kemerdekaannya pada tanggal 27 Oktober 1991, dan merupakan republik terakhir Soviet yang memerdekakan diri.[4]

Pada tahun 1991, Turkmenistan bergabung dalamKomanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), sebuah organisasi antarabangsa yang anggotanya terdiri dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet. Namun, Turkmenistan menurunkan status keanggotaannya dalam organisasi tersebut menjadi "anggota persatuan" pada Ogos 2004. Pernyataan yang disampaikan oleh Presiden Turkmenistan ialah negara tersebut akan berkecuali selamanya.[5]

Pemimpin lamaRepublik Sosialis Soviet Turkmenistan,Saparmurat Niyazov menjadi presiden pertama Turkmenistan setelah pembubaran Kesatuan Soviet. Di bawah kepemimpinan beliau, hubungan antara bangsa Rusia dan Turkmen sangat dingin. Beliau menyebut dirinya sebagai seorang penyokong budaya Muslim tradisional dan bangsa Turkmen, bahkan beliau menyebut dirinya sebagaiTürkmenbaşy, "pemimpin semua bangsa Turkmen". Perpanjangan kekuasaan beliau bertambah besar pada awal 1990-an, dan pada tahun 1999, beliau menjadi "Presiden seumur hidup".

Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2005 tanpa meninggalkan pewaris. Seorang mantan wakil perdana menteri dikatakan adalah anak tidak sahnya beliau.Gurbanguly Berdimuhammedow dipilih untuk menggantikan beliau pada 11 Februari 2007 melalui pemilihan umum. Pada 2022, anaknya pulaSerdar Berdimuhamedow memenangisuatu pilihan raya presiden yang mengejut, lalu menubuhkan suatu dinasti politik di Turkmenistan.[6] Pada 19 Mac 2022, Serdar Berdimuhamedov diangkat sumpah sebagai presiden Turkmenistan baharu lalu menggantikan ayahnya.[7]

Politik

[sunting |sunting sumber]

Setelah 69 tahun menjadi sebahagian dari Kesatuan Soviet serta 67 tahun menjadi sebahagian daripada republik Kesatuan Soviet, pada tanggal 27 Oktober 1991, rakyat Turkmenistan memutuskan untuk merdeka dan berpisah daripada Kesatuan Soviet.

Presiden seumur hidupSaparmurat Atayevich Niyazov yang merupakan mantan birokratParti Komunis Kesatuan Soviet, memimpin Turkmenistan dari tahun 1985, ketika beliau menjadi ketua Parti Komunis Turkmenistan. Beliau mengambil alih kepemimpinan setelah keruntuhanKesatuan Soviet dan pada tanggal 28 Desember 1999, beliau diangkat sebagaiPresiden seumur hidup Turkmenistan oleh pihak majlis.

Bekas parti Komunis, sekarang dikenal sebagai Parti Demokrat Turkmenistan merupakan partai tunggal yang diizinkan oleh pemerintah. Parti politik lainnya dianggap tidak sah atau haram kecuali mendapat persetujuan dari pemerintah.

Pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Turkmenistan dibagi menjdai lima provinsi atauwelayatlar (tunggalwelayat) dan sebuah wilayah ibukota. Setiap welayat dibagi menjadi beberapaetraplar (tunggaletrap).

Daftar provinsi di Turkmenistan
ProvinsiISO 3166-2IbukotaLuas[8]Jumlah Penduduk (2005)[8]Key
Kota AshgabatAshgabat470 km2 (180 bt2)871,500
Provinsi AhalTM-AAnau97,160 km2 (37,510 bt2)939,7001
Provinsi BalkanTM-BBalkanabat 139,270 km2 (53,770 bt2)553,5002
Provinsi DaşoguzTM-DDaşoguz73,430 km2 (28,350 bt2)1,370,4003
Provinsi LebapTM-LTürkmenabat93,730 km2 (36,190 bt2)1,334,5004
Provinsi MaryTM-MMary87,150 km2 (33,650 bt2)1,480,4005

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Turkmenistan

Turkmenistan terletak diAsia Tengah yang sebahagian besar merupakan wilayah gurun pasir yang dibatasi oleh barisan pergunungan, dengan 80% wilayahnya diselimuti olehgurun Karakum. Di bahagian tengah wilayah ini merupakan daerah dataran rendah Turpan. Di bahagian barat daya wilayah ini terdapat petgunungan Kopet Dag yang memiliki puncak tertinggi, Kuh-e Rizeh (Gunung Rizeh) sekitar 2,912 meter (9,553 kaki).[9]

Badai pasir di Turkmenistan

Di bahagian barat negara ini terbentang barisan pergunungan Balkan Besar (sebagian besar terletak diProvinsi Balkan) dan juga barisan pegunungan Köýtendag di bahagian timur laut yang berbatasan denganUzbekistan, yakni diProvinsi Lebap. Barisan pergunungan Balkan Besar menjulang tinggi dengan puncak tertingginya Gora Arlan (Gunung Arlan) sekitar 1,880 meter (6,710 kaki)[10] dan puncak tertingginya,Ayrybaba yang terletak di Barisan Pegunungan Kugitangtau sekitar 3,137 meter (10,292 kaki).[11] Sungai-sungai besar Turkmenistan termasuk Amu Darya, Mughrab dan Hari.

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Sebagian besar wilayah Turkmenistan merupakan antara gurun pasir terkering di dunia, di beberapa tempat, curahan hujan tahunan hanya mencapai 12 mm (0.47 inci). Suhu tertinggi yang pernah tercatat yaitu sekitar 48.9°C (120°F) dan di Kerki, sebuah kota kecil yang terletak di tepiSungai Amu Darya, yaitu sekitar 51.7°C (125.1°F) pada Julai 1983.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Turkmenistan

Setakat 2018, nilaiKDNK berdasarkanpariti kuasa beli Turkmenistan dianggarkan sebanyak AS$112.613 bilion.[12] Pada 2014, peratus pengangguran rakyat Turkenistan dianggarkan sebanya 11%.[13]

Gas asli dan petroleum

[sunting |sunting sumber]

Turkmenistan memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia serta simpananpetroleum yang ketara. Setakat 2010, negara ini mengeluarkan 202,000 tong minyak sehari, dengan kadar penggunaan petroleum domestik ialah lebih kurang 100,000 tong sehari.

Setakat Mei 2011, Lapangan Gas Galkynysh memiliki simpanan gas asli kedua terbesar dunia selepas lapangan South Pars di Teluk Parsi, dengan anggaran jumlah simpanan sebanyak 21.2 trilion meter padu.[14] Pengeluaran gas asli Turkmenistan diseliakan oleh syarikat gas kebangsaan,Türkmengaz di bawah kawalan Kementerian Minyak dan Gas negara.

China merupakan pengimport gas asli Turkmenistan terbesar, dan dijangka menjadi lebih ketara selepas pembinaan paip gas yang menghubungkan kedua-dua negara yang melalui Uzbekistan dan Kazakhstan.[15][16]

Pertanian

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan kawasan pertanian di Turkmenistan bertumpukan pertaniankapas dan merupakan negara pengeluar kapas kesembilan terbesar dunia.[17] Pada musim 2011, negara ini menghasilkan sekitar 1.1 juta tan kapas.

Pelancongan

[sunting |sunting sumber]

Pelancongan di Turkmenistan mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini, terutamanyapelancongan kesihatan. Salah satu faktor ialah pembangunan kawasan pelanconganAwaza di pesisir Laut Kaspia.[18] Setiap pelancong mesti memohon visa pelancong sebelum melawat Turkmenistan; pelancong di kebanyakan negara memerlukan bantuan daripada pihak agen pelancongan Turkmenistan untuk memohon visa pelancong.

Mata wang

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Manat

Mata wang rasmi Turkmenistan ialahmanat yang bersamaan dengan 100tenge, dengan kod mata wang berdasarkanISO 4217 ialah TMT. Mata wang ini digunakan sejak 1 November 1993, tetapi sebuah versi baharumanat telah dirasmikan pada 2009.[19]

Demografi

[sunting |sunting sumber]

Sebahagian besar penduduk Turkmenistan merupakanetnik Turkmen dan diikuti oleh etnik-etnik minoriti yang lain seperti etnikUzbek danRusia. Jumlah kecil minoriti lainnya berasal daripada etnikKazakh,Tatar,Ukraine,Azerbaijan,Armenia danBalokh. Peratusan etnik Rusia menurun dari 18.6% di tahun 1939 menjadi 9.5% di tahun 1989.

Agama

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Agama di Turkmenistan danIslam di Turkmenistan

MenurutCIA World Factbook, penganutIslam merangkumi 86% penduduk Turkmenistan manakala 9% penduduk negara menurutiGereja Ortodoks Timur dan selebihnya dikelaskan sebagai "tidak beragama".[13] Kajian Pew Research Center pula menetapkan peratusan penduduk Islam di Turkmenistan pada 93.1%.[20]

Ketika pemerintahan Saparmurat Niyazov, beliau mengarahkan agar pendidikan Islam asas diberikan di sekolah awam. Institusi-institusi agama seperti masjid dan sekolah agama mula muncul, kebanyakannya dengan sokongan daripadaArab Saudi,Kuwait danTurki. Pengajian Islam dijalankan di masjid-masjid serta sekolah seperti pengajianbahasa Arab,Al-Qur'an danhadis, dan sejarah Islam.[21]

Bahasa

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa di Turkmenistan

Bahasa Turkmen merupakan bahasa rasmi di Turkmenistan, walaupun masih banyak penduduknya yang menggunakan bahasaRusia untuk komunikasi antara etnik. Sekitar 72% penduduknya menggunakan bahasa Turkmen, 12% menggunakanbahasa Rusia, 9% menggunakanbahasa Uzbek dan 7% menggunakan bahasa-bahasa lain.[13]

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]

Tapak Warisan Dunia

[sunting |sunting sumber]
SenaraiTapak Warisan Dunia di Turkmenistan
GambarNamaLokasiCatatanTahun PengisytiharaanJenisRujukan
Merv PurbaMaryKota-Oase utama diAsia Tengah pada masaJalur Sutera1995Budaya[22]
KöneürgençKöneürgençRuntuhan ibu kotaKhwarezmia pada abad ketujuh2005Budaya[23]
BentengParthiaNisaBagyr,Provinsi AhalSalah satu ibu kota pertamaEmpayar Parthia2007Budaya[24]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"BP Statistical Review of World Energy 2019"(PDF).
  2. ^Freedom House: Freedom in the world, country report on Turkmenistanhttp://www.freedomhouse.org/template.cfm?page=22&year=2009&country=7723Diarkibkan 2011-10-23 diWayback Machine
  3. ^Terry Martin- the Affirmative Action Empire (Itacha & London)
  4. ^Tribe, Class, and Nation in Turkmenistan, page 1 Tribal Nation: The Making of Soviet Turkmenistan
  5. ^Turkmenistan Reduces Ties To ‘Associate Member' Radio Free Europe, 29 August 2005
  6. ^"Turkmenistan leader's son wins presidential election".AP NEWS (dalam bahasa Inggeris).Associated Press. 15 March 2022. Dicapai pada15 March 2022.
  7. ^"Serdar Berdimuhamedov sworn in as Turkmenistan's new president".www.aa.com.tr.
  8. ^abStatistical Yearbook of Turkmenistan 2000-2004, National Institute of State Statistics and Information of Turkmenistan, Ashgabat, 2005.
  9. ^Kuh-e Rizeh on Peakbagger.com
  10. ^Mount Arlan on Peakbagger.com
  11. ^Ayrybaba on Peakbagger.com
  12. ^"World Economic Outlook Database, October 2019".IMF.org.International Monetary Fund. Dicapai pada16 November 2019.
  13. ^abc"Turkmenistan". CIA World Factbook. Dicapai pada25 November 2013.
  14. ^Solovyov, Dmitry (25 May 2011)."Turkmen gas field to be world's second-largest".Reuters. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-05-30. Dicapai pada2019-12-19.
  15. ^"China plays Pipelineistan'". Atimes.com. 24 December 2009. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-12-24. Dicapai pada3 May 2010.
  16. ^Vakulchuk, Roman and Indra Overland (2019) “China’s Belt and Road Initiative through the Lens of Central Asia”, in Fanny M. Cheung and Ying-yi Hong (eds)Regional Connection under the Belt and Road Initiative. The Prospects for Economic and Financial Cooperation. London: Routledge, pp. 115–133.
  17. ^"The ten largest cotton producing countries in 2009". Statista.com. Dicapai pada25 November 2013.
  18. ^"Las Vegas on the Caspian?".aljazeera.com.
  19. ^"В Туркменистане введён в обращение новый манат деноминированного образца | Экономика | ИП "ТУРКМЕНинформ"". www.turkmeninform.com. Dicapai pada2019-02-10.
  20. ^"MAPPING THE GLOBAL MUSLIM POPULATION : A Report on the Size and Distribution of the World's Muslim Population"(PDF).Pweforum.org. October 2009. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2011-08-21. Dicapai pada14 February 2016.
  21. ^Larry Clark; Michael Thurman; David Tyson (March 1996). Glenn E. Curtis (penyunting)."A Country Study: Turkmenistan". Library of Congress Federal Research Division. Dicapai pada25 November 2013.Unknown parameter|last-author-amp= ignored (bantuan)
  22. ^UNESCO.Ancient Merv State Historical and Cultural Park.
  23. ^UNESCO.Köneürgenç.
  24. ^UNESCO.Nisa Fortress.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTurkmenistan
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiTurkmenistan.
Ahli
CIS flag
Ahli bersekutu
Pemerhati
 Afghanistan · Kazakhstan · Kyrgyzstan · Tajikistan · Turkmenistan · Uzbekistan ·
Kadangkala termasuk: ·China-Xinjiang,Tibet ·Mongolia ·Pakistan ·Russia-Siberia
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Turk Barat
Turk Timur
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Akademik
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Turkmenistan&oldid=6557770"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp