Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tunisia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (September 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
  • Lihat versi rencana Arab itu yang diterjemahkan oleh mesin.
  • Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
  • Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|ar|تونس}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
  • Untuk panduan lebih lanjut, sila lihatWikipedia:Terjemahan.
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (September 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
  • Lihat versi rencana Perancis itu yang diterjemahkan oleh mesin.
  • Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
  • Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|fr|Tunisie}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
  • Untuk panduan lebih lanjut, sila lihatWikipedia:Terjemahan.
Republik Tunis
ريڤوبليك تونيس
الجمهورية التونسية‎
Al-Jumhūriyyah at-Tūnisiyyah
Bendera Tunisia
Jata Tunisia
Bendera Jata
Cogan kataKebebasan, Kedamaian dan Keadilan
Lagu kebangsaanHimat Al Hima
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tunis
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik
Kais Saied (قيس سعيد)
Kamel Madouri (كمال المدوري)
Kemerdekaan 
daripadaPerancis
• Diisytiharkan
20 Mac1956
• Perairan (%)
5
Penduduk
• Perkiraan 2020
11,708,370[1] (ke-81)
71.65/km2 (185.6/sq mi) (ke-144)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD162.097 billion[2] (ke-82)
USD13,248[2] (ke-113)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD51.271 bilion[2] (92nd)
USD4,190[2] (ke-129)
Gini (2021)positive decrease 33.7[3]
sederhana
HDI (2022) 0.732[4]
tinggi · ke-101
Mata wangDinar Tunisia
(TND)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+216
Kod ISO 3166TN
DPT internet.tn

Tunis (Jawi: تونيس ;[5]Arab:تُونِس,rumi: Tūnis) atau nama BaratnyaTunisia (Perancis:Tunisie) –secara rasminyaRepublik Tunisia[a]– adalah sebuah negara yang terletak di pesisiran menghadapLaut Mediterranean di rantauAfrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak diBanjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada kawasangurun Sahara, kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanih subur. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer.[perlu rujukan]

Kedua-dua kawasan gurun dan tanih subur tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kotaCarthago masyhur yang didirikanorang Phoenicia, dan kemudiannya, sebagaiprovinsiAfrica dalamEmpayar Rom[6]:103 yang membekalkan hasil tanaman gandum kepada tamadun tersebut. Orang Arab dari puak-puakBani Hilal danBani Sulaym berhijrah besar-besaran dariSemenanjung Arab ke Tunis pada abad-abad ke-11 dan 12.[7] Tunisia menjadi negeri naungan Perancis selepas Perjanjian Bardo ditandatangani pada 12 Mei 1881. Ia merdeka daripada penjajahan Perancis pada 20 Mac 1956 sebagai sebuah negara beraja perlembagaan denganMuhammad Al-Amin sebagai ketua negaranya.[8][9] Tetapi, ia menjadi republik denganHabib Bourguiba sebagai presiden pertamanya pada 25 Julai 1957.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

Nama bahasa ArabتُونِسTūnis dipakai asalnya kepadakota utamanya, ia dipinjam terus ke dalam majalah-majalah dan kamus bahasa Melayu.[5] Nama iniTūnis dianggap berasal daripadabahasa Barbar yang bermaksud "tanjung tinggi" atau "tempat bermalam".[10] NamaتُونِسTūnis juga diserapkan ke dalambahasa Perancis menjadiTunisie, nama ini kemudiannyadilatinkan menjadi namaTunisia.[10]

Fail:Medina tower in Sousse, Tunisia.jpg
Menara Medina di Sousse.
Gereja St. Vincent de Paul, Tunis

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Tunisia

Pada permulaan sejarah tercatat, Tunisia dihuni oleh puakBarbar. Pantainya kemudian dihuni oleh orang-orangPhoenicia bermula seawalabad ke-10 SM lagi. Padaabad ke-8 SM, kotaCarthago diasaskan oleh peneroka-peneroka dariTyrus (Lubnan kini). Legenda mengatakan bahawa RatuDido mengasaskan kota ini, sebagaimana diceritakan olehAeneid, mahakarya Rom. Peneroka-peneroka Carthago membawakebudayaan danagama mereka daripada kaum-kaum Phoenicia danKanaan.

Selepas suatu siri peperangan denganYunani padaabad ke-6 SM, Carthage bangkit untuk berkuasa dan akhirnya menjadiperadaban yang utama diMediterranean. Masyarakat Carthago menyembah dewa-dewaTimur Tengah yang termasukBaal danTanit. Lambang Tanit, bentuk wanita yang muda dengan pakaian panjang serta tangan yang dihulurkan, merupakan ikon yang popular yang banyak terdapat di tapak-tapak kuno. Para pengasas Carthago juga mengasaskan kotaTophet yang diubah pada zaman Rom. Walaupun Rom merujuk kepada empayar baru yang bertumbuh di kota Carthago sebagaiPunik atauPhoenicia, empayar tersebut merupakan sebuah entiti politik merdeka yang berbeza daripada petempatan-petempatan Phoenicia yang lain di Mediterranean Barat.

Suatu serangan Carthago ke atasItali olehHannibal semasaPerang Punik Kedua, sebuah siri peperangan dengan Rom, hampir melumpuhkan kebangkitanEmpayar Rom. Carthago akhirnya ditaklukkan oleh Rom padaabad ke-2 SM, suatu titik peralihan yang menyebabkan peradaban Mediterranean kuno dipengaruhi khususnya oleh orang-orangEropah berbanding dengan kebudayaan-kebudayaan Afrika. Selepas penaklukan Rom, kawasan itu menjadi salah satujelapang Rom. Ia ditaklukkan oleh puakVandal padaabad ke-5 dan ditaklukkan semula oleh komanderBelisarius padaabad ke-6 semasa pemerintahanJustinianus, maharajaEmpayar Rom Timur.

Padaabad ke-7, kawasan ini ditaklukkan pula oleh kaumMuslimArab yang mengasaskan kotaKairouan. Dinasti-dinasti Muslim yang berturut-turut memerintah, digendalakan sekali-sekala oleh pemberontakan-pemberontakan Barbar. PemerintahanDinasti Aghlabid (abad ke-9) danDinasti Zirid (sejak972), pengikut-pengikutKerajaan Fatimiyyah Barbar, amat makmur. Apabila Zirid menyebabkan Fatimid diKaherah (1050) marah, Fatimid menghantar puakBanu Hilal untuk menjarah Tunisia.

Padaabad ke-12, pantai-pantai Tunisia ditakluk oleh kaumNorman dariSicily buat tempoh yang singkat. Tunisia kemudian ditakluk oleh parakhalifahAl-Muwahhidun pada tahun1159. Mereka digantikan oleh kaumHafsid Barbar (k.k.12301574) dan di bawah kaum ini, Tunisia berkembang maju. Pantai tersebut menjadi sebuah kubulanon (sila lihatNegara-negara Barbary) pada akhirabad ke-16. Pada tahun-tahun terakhir Dinasti Hafsid,Sepanyol merampas banyak daripada kota-kota pantai, tetapi kota-kota tersebut kemudian didapat balik olehEmpayar Turki Uthmaniyyah. Di bawah paraBey, gabenor-gabenorTurki, Tunisia mencapai kemerdekaan sebenarnya. Dinasti Hussein para Bey yang diasaskan pada tahun1705 wujud sehingga tahun1957.

Imperialisme Perancis

[sunting |sunting sumber]

Pada pertengahan dekad1800-an, kerajaan Tunisia di bawah pemerintahan Bey menjejaskan kewajarannya dengan membuat beberapa keputusan kewangan yang penuh dengan perbalahan dan yang akhirnya mengakibatkan kejatuhannya.Perancis mula merancang untuk menguasai Tunisia apabila Bey meminjam banyak wang dalam percubaannya untuk membaratkan Tunisia. Negara yang gagal ini memudahkan serangan-seranganAlgeria yang berlaku tidak lama kemudian. Bey yang lemah tidak berupaya untuk mengatasi serangan-serangan tersebut ataupun menentangpenjajahanEropah.

Pada tahun1878, suatu urus janji rahsia antaraUnited Kingdom dan Perancis memutuskan takdir negaraAfrika ini. Asalkan Perancis mengakui penguasaan British terhadapCyprus yang baru-baru itu diberikan kepadanya, pihak British akan membalas dengan mengakui penguasaan Perancis terhadap Tunisia. Ini meyakinkan pihak Perancis dan menyebabkan penguasaannya ke atas Tunisia pada tahun1880. Tunisia secara rasmi dijadikan sebuahnegeri naungan Perancis pada12 Mei1881.

Perang Dunia II

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun19421943, Tunisia merupakan tempat untuk operasi-operasi utama yang pertama antaraAmerika Syarikat dan sekutu Britishnya semasaPerang Dunia II. Bahagian utama tentera British di bawah kuasa pemerintahanMarsyal Tentera Darat Montgomery yang mara daripada kemenangan mereka dalam Pertempuranel-Alamein masuk ke Tunisia dari selatan, manakala Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang lain menyerang dari barat selepas serangan-serangan mereka ke atas Algeria danMaghribi dalamOperasi Obor.

JeneralRommel, komander angkatan tenteraKuasa Paksi di Afrika Utara, mengharap-harapkan kejayaan ke atas tenteraPihak Berikat di Tunisia yang serupa dengan kejayaan angkatan tenteraJerman dalamPertempuran Perancis pada tahun1940. Sebelum pertempuran untuk menaklukkan Tunisia, angkatan-angkatan tentera Pihak Berikat umumnya tidak dapat bertahan daripadablitzkrieg Jerman ataupun menyeleraskan operasi-operasi mereka dengan baik. Oleh itu, pertempuran untuk Tunisia merupakan sebuah ujuian utama bagi Pihak Berikat. Mereka membelajari bahawa supaya dapat menewaskan Jerman, mereka harus menyeleraskan tindakan-tindakan mereka dan memulihkan dengan cepat daripada sebarang halangan yang dikenakan pada mereka oleh angkatan tentera Jerman yang berpengalaman.

Pada19 Februari1943, Jeneral Rommel melancarkan sebuah serangan ke atas angkatan tentera Amerika Syarikat di kawasanGenting Kasserine yang terletak di Tunisia Barat, dengan harapan untuk mencapai suatu kekalahan yang dapat mematahkan semangat dan memecahkan Pihak Berikat yang serupa dengan apa yang dikenakan oleh Jerman pada Poland dan Perancis. Keputusan-keputusan awal merupakan suatu bencana kepada Amerika Syarikat, dengan kawasan di sekitar Genting Kasserine merupakan suatu tapak untuk banyakkubur perang Amerika Syarikat dari masa ini.

Bagaimanapun, angkatan tentera Amerika akhirnya dapat menterbalikkan pengunduran mereka. Selepas membelajari pengajaran yang genting dalamperang kereta kebal, tentera Pihak Berikat mematahkan barisan Mareth Jerman pada20 Mac1943. Angkatan-angkatan tentera Pihak Berikat akhirnya bergabung pada8 April 1943 dan dengan itu, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis Bebas, danPoland (serta angkatan-angkatan tentera yang lain) dapat memenangi sebuah pertempuran utama sebagai suatu angkatan tentera bersekutu.

Perang ini, walaupun sering dibayangi oleh perangStalingrad, mewakili sebuah kejayaan Pihak Berikat yang utama dalam Perang Dunia II kerana ia mengikat Pihak Berikat yang kemudian membebaskan Eropah Barat.

Kemerdekaan

[sunting |sunting sumber]

Sebelum zaman penjajahan,Tunisia diperintah oleh satu rentetan Bey sehingga tahun1881. Sehingga saat itu, para Bey meminjam wang untuk membiayai pemodenan Tunisia. Wang itu dipinjam daripadaEropah dan apabila penduduk-penduduk berasa geram terhadap kenaikan-kenaikan cukai untuk membiayai pembayaran pinjaman, negara itu mendapati dirimuflis. Adalah ketika itu bahawa kuasa-kuasa besar Perancis, Britain dan Itali meletakkan kewangan Tunisia di bawah kuasa pentadbiran melalui perjanjian antarabangsa.

Pada mula-mulanya,Itali merupakan negara yang menunjukkan paling banyak minat untuk menjajahkan Tunisia, denganpelaburan,warganegara, dan dekatnya lokasi itu sebagai dorongan. Bagaimanapun, ini ditolak apabila Britain dan Perancis bekerjasama untuk menghalangnya antara tahun-tahun18711878 yang berakhir dengan Britain menyokong pengaruh Perancis di Tunisia sebagai balasan untuk Perancis mengiktiraf penguasaan British ke atas Cyprus. Perancis masih menghadapi persoalan pengaruh Itali dan oleh itu, memutuskan untuk mencari-cari suatu alasan untuk melancarkan serangan terlebih dahulu. Dengan dalih serangan mendadak Tunisia ke atas Algeria, Perancis memarakan angkatan tenteranya yang terdiri daripada kira-kira 36,000 orang masuk ke Tunisia dan memaksa Bey untuk memeteraiPerjanjian Bardo (Al Qasr as Sa'id) pada tahun1881. Perjanjian itu memberikan Perancis penguasaan terhadap Tunisia dan menyebabkannya menjadi sebuahnegeri naungande-facto.

Tunisia mendapat banyak faedah daripada pemerintahan Perancis. Walaupun begitu, keinginan untuk pemerintahan sendiri masih wujud dan pada tahun1910, Ali Bach Hamba dan Bechir Sfar menubuhkan sebuah kumpulan pemuda Tunisia yang kemudian menyebabkan penubuhan parti “Destour” (perlembagaan) pada tahun1920. Untuk mengawal gerakan yang baru ini, pihak Perancis mempergunakan gabungan taktik ganjaran dan hukuman yang walaupun berkesan, tidak berupaya untuk menghentikan desakan untukkemerdekaan. Pada tahun1934, unsur-unsur parti Destour yang lebih muda dan lebih membara, muncul dengan Habib Bourguiba, Dr. Mahmoud Materi, Tahar Sfar, dan Bahri Guiga sebagai pemimpin-pemimpinnya. Dipanggil Neo-Destour, parti yang baru itu diharamkan dengan segera oleh pentadbiran Perancis.

Habib Bourguiba menghabiskan banyak masa di dalam penjara-penjara Perancis. Bagaimanapun, ini tidak dapat menyekat pengaruhnya ataupun menghentikan desakan untuk perubahan.Perang Dunia II memanfaatkan Bourguiba ketika beliau dipindah dari penjara-penjara Vichy Perancis ke Rom, dan kemudian ke Tunisia apabila Kuasa Paksi menempah pengaruhnya di Tunisia. Bourguiba tidak pernah melayani permintaan-permintaan tersebut. Dua bulan kemudian, Pihak Berikat menawan Tunisia.

Pada tempoh sepuluh tahun yang berikut, perjuangan untuk kemerdekaan semakin bertambah kuat. Antara tahun-tahun19521954, Bourguiba sekali lagi dipenjarakan, dan mengakibatkan serangan-serangan oleh para penyokongnya. Keadaan berubah dengan tiba-tiba pada tahun1954, apabila Pierre Mendes-France menjadi ketua kerajaan Perancis dan mengejarkan dasar untuk menarik diri daripada tanah-tanah jajahan Perancis, dengan Tunisia termasuk dalam kategori ini. Ini menyebabkan perjanjian April 1955 yang memberikan autonomi dalaman kepada Tunisia, manakala hubungan antarabangsanya diurus oleh Perancis, suatu keadaan yang serupa dengan kaedah pemerintahan Bey Turki sebelum tahun1881.

Parti Neo-Detour kini memiliki penguasaan, tetapi Bourguiba enggan mengetuainya sehingga pihak Perancis melepaskan segala kuasanya terhadap Tunisia. Beliau tidak perlu menunggu lama, apabila Perang Kemerdekaan Algeria yang dahsyat mengubah minat Perancis terhadap penjajahan dan menyebabkan pemansuhan Perjanjian Bardo. Tunisia mencapaikemerdekaan penuh pada20 Mac1956. Bourguiba menjadi Perdana Menteri dan selepas tahun1957, beliau menjadi presiden pertama Republik Tunisia ketika peranan perlembagaan Bey dibubarkan.

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Peta Tunisia

Tunisia dibahagikan kepada 24kawasan kegabenoran seperti yang berikut:

  1. Ariana
  2. Béja
  3. Ben Arous
  4. Bizerte
  5. Gabès
  6. Gafsa
  7. Jendouba
  8. Kairouan
  9. Kasserine
  10. Kebili
  11. Kef
  12. Mahdia
  13. Manouba
  14. Medenine
  15. Monastir
  16. Nabeul
  17. Sfax
  18. Sidi Bouzid
  19. Siliana
  20. Sousse
  21. Tataouine
  22. Tozeur
  23. Tunis
  24. Zaghouan

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Tunisia

Tunisia terletak di Afrika Utara, antaraLaut Mediterranean dan GurunSahara. Ia disempadani olehAlgeria di barat danLibya di tenggara. Kebanyakan kawasannya merupakan kawasansepara gersang danpadang pasir. Bahagian utaranya bergunung-ganang, dengan iklim sederhana yang terdiri daripada musim sejuk sederhana yang berhujan dan musim panas yang kering. Sebahagian besar bahagian selatan negara ini terdiri daripada Gurun Sahara.

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Tunisia
Dewan Perwakilan Tunisia.

Politik Tunisia berlaku dalam rangkarepublikdemokratik wakilseparuh presidenkesatuan,[11] denganPresiden yang berkhidmat sebagaiketua negara,Perdana Menteri sebagaiketua kerajaan, badan perundangan unikameral dan sistem mahkamah yang dipengaruhi oleh undang-undang sivil Perancis . Antara tahun 1956 dan 2011, Tunisia beroperasi sebagainegara satu partisecara de facto, dengan sistem politik yang dikuasai oleh Perhimpunan Demokratik Berperlembagaan (RCD) sekular di bawah bekas PresidenHabib Bourguiba dan kemudianZine el Abidine Ben Ali. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011 kebangkitan nasional membawa kepada penyingkiran Presiden dan pembongkaran RCD yang membukakan jalan kepada parti demokrasi berbilang. Oktober 2014 menyaksikan pilihan raya parlimen demokratik yang pertama sejak revolusi 2011, mengakibatkan kemenangan oleh parti sekular Nidaa Tounes dengan 85 kerusi dalam dewan yang mempunyai 217 ahli.[12]

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Tunisia
Roti tradisional Tunisia dibuat.

Sedangkan kebanyakan orang Tunisia moden menganggap diri sebagai orangArab, kebanyakan mereka sebenarnya berketurunan daripada kaumBarbar yang asli: kurang daripada 40% takung gen berasal dariTimur Tengah.[13] Banyak peradaban telah menyerang, berhijrah, dan diserap ke dalam masyarakat Tunisia pada sepanjang alaf-alaf yang lalu. Pemasukan penduduk yang banyaknya telah disebabkan oleh penaklukan olehPhoenicia,Rom,Vandal, Arab,Turki Uthmaniyyah, danPerancis. Banyak orangMoor danYahudiSepanyol juga tiba pada akhirabad ke-15.

Hampir semua orang Tunisia (98% daripada jumlah penduduknya) adalah orangMuslim.[14] Terdapat sebuah masyarakat Yahudi di pulauDjerba di selatan sejak dari 2,500 tahun lagi. Walaupun jumlahnya telahberkurangan secara ketara, masih terdapat sebuah masyarakat Yahudi yang kecil diTunis yang berketurunan daripada pelarianSepanyol pada akhirabad ke-15. Adanya juga sebuah masyarakatKristian asli yang kecil.[15] Kebanyakan golongan minoritinomad asli yang kecil telah diserap ke dalam masyarakat yang lebih besar.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Tunisia

Tunisia mempunyai sebuah ekonomi yang berbeza-beza, denganpertanian,perlombongan,tenaga,pelancongan,petroleum, danperkilangan merupakan sektor-sektor yang penting. Kawalan kerajaan terhadap hal-ehwal ekonomi, walaupun masih ketat, beransur-ansur berkurangan pada sepanjang dekad yang lalu dengan penambahanpenswastaan, pemudahan strukturcukai, dan pendekatan yang cermat terhadaphutang. Pertumbuhan benar adalah 5.0% pada puratanya pada dekad1990-an, denganinflasi semakin berkurangan.

Pertumbuhanperdagangan dan pelancongan merupakan unsur-unsur yang utama dalam pertumbuhan ekonomi yang tetap ini. Perjanjian perhubungan Tunisia denganKesatuan Eropah (EU) yang merupakan persetujuan pertama antara EU dengan sebuah negara Mediterranean, dikuatkuasakan pada1 Mac1998. Di bawah perjanjian ini, Tunisia akan beransur-ansur menghapuskanhalangan perdagangannya terhadap EU pada sepanjang dekad yang berikut. Penswastaan yang lebih luas, pembebasan kod pelaburan yang lebih lanjut untuk meningkatkan pelaburan asing, serta pembaikan-pembaikan kecekapan kerajaan adalah antara cabaran-cabaran untuk masa hadapan Tunisia. Menurut buku peta universiti Philip British pada tahun 2000, Tunisia juga memiliki simpananfosfat yang utama di bahagian tengah negara itu.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pendidikan di Tunisia

Sebelum tahun1958, pendidikan di Tunisia hanya boleh diperolehi oleh sekumpulan minoriti (14%). Bagaimanapun, ia kini diberikan keutamaan yang amat tinggi, dengan peruntukan sebanyak 6% daripadaKeluaran Negara Kasar (KNK). Pendidikan asas untuk kedua-dua lelaki dan perempuan antara umur 6 dan 16 tahun diwajibkan sejak tahun1991.

Sedangkan kanak-kanak umumnya memperolehbahasa Arab Tunisia di rumah, mereka diajarbahasa Arab Klasik ketika memasuki sekolah pada umur 5 tahun. Dari umur 8 tahun, mereka diajarbahasa Perancis, denganbahasa Inggeris diperkenalkan ketika mereka berumur 10 tahun.

Rencana utama:Senarai universiti di Tunisia

Kolej-kolej dan universiti-universiti di Tunisia termasuk:

  • Universiti Tunis Antarabangsa
  • Universite Libre de Tunis
  • Universiti Penerbangan dan Teknologi, Tunisia

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Arab:الجمهورية التونسية,rumi: al-Jumhūriyya at-Tūnisiyyah,Perancis:République tunisienne

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"National Institute of Statistics-Tunisia". National Institute of Statistics-Tunisia. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 November 2019. Dicapai pada2 March 2020.
  2. ^abcd"World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Tunisia)".IMF.org.International Monetary Fund. 10 October 2023. Dicapai pada14 October 2023.
  3. ^"GINI index". World Bank. Dicapai pada19 January 2013.
  4. ^"Human Development Report 2023/24"(PDF) (dalam bahasa Inggeris). Rancangan Pembangunan PBB. 13 March 2024. m/s. 275. Dicapai pada2024-05-09.
  5. ^abContoh penggunaan namaتونيس‎ Tunis dalam terbitan penulisan Jawi:
  6. ^Scullard, Howard (1955). "Carthage".Greece & Rome.2 (3): 98–107.doi:10.1017/S0017383500022166.JSTOR 641578.S2CID 248519024Check|s2cid= value (bantuan).
  7. ^Holes, Clive (2018).Arabic Historical Dialectology: Linguistic and Sociolinguistic Approaches. Oxford University Press. m/s. 42.ISBN 978-0-19-100506-0.
  8. ^Silvera, Victor (1960).«Le régime constitutionnel de la Tunisie : la Constitution du 1er juin 1959 ».Revue française de science politique (dalam bahasa bahasa Perancis).10. m/s. 377.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^Camau, Michel; Geisser, Vincent (2004).Habib Bourguiba: la trace et l'héritage, Paris (dalam bahasa bahasa Perancis). Karthala. m/s. 211.ISBN 978-2-845-86506-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^abRoom, Adrian (2006).Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for 6,600 Countries, Cities, Territories, Natural Features and Historic Sites. Jefferson: McFarland. m/s. 385.ISBN 978-0-786-42248-7.
  11. ^Choudhry, Sujit; Stacey, Richard (2014)"Semi-presidential government in Tunisia and Egypt". International Institute for Democracy and Electoral Assistance. Retrieved 7 January 2016.
  12. ^"Secularist Nidaa Tounes party wins Tunisia election" BBC, 2014
  13. ^"Kajian DNA mendedahkan hubungan Phoenicia-Malta". National Geographic. 1 Oktober 2004. Dicapai pada9 September 2006.
  14. ^"Buku Fakta Dunia CIA — Tunisia". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-05-09. Dicapai pada13 Januari 2007.
  15. ^"TUNISIE — Ils ont choisi le christianisme[[Kategori:Rencana yang mengandungi teks bahasa Perancis]]" (dalam bahasa Perancis). 7 Julai 2005. Dicapai pada9 September 2006.URL–wikilink conflict (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangTunisia diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku

Kerajaan

[sunting |sunting sumber]

Berita

[sunting |sunting sumber]

Gambaran keseluruhan

[sunting |sunting sumber]

Pelancongan

[sunting |sunting sumber]
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiTunisia.

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]
Liga Arab – جامعة الدول العربية
Ahli
Pemerhati
Afrika Utara

Algeria ·Mesir1 ·Libya ·Mauritania ·Maghribi ·Sudan ·Tunisia ·Sahara Barat2

Afrika Barat

Benin ·Burkina Faso ·Cape Verde ·Gambia ·Ghana ·Guinea ·Guinea-Bissau ·Ivory Coast ·Liberia ·Mali ·Mauritania ·Niger ·Nigeria ·Senegal ·Sierra Leone ·Togo

Afrika Tengah

Angola ·Burundi ·Cameroon ·Chad ·Guinea Khatulistiwa ·Gabon ·Republik Afrika Tengah ·Republik Demokratik Congo ·Republik Congo ·Rwanda ·Sao Tome dan Principe

Afrika Timur

Burundi ·Comoros ·Djibouti ·Eritrea ·Habsyah ·Kenya ·Madagascar ·Malawi ·Mauritius ·Mozambique ·Rwanda ·Seychelles ·Somalia ·Sudan Selatan ·Tanzania ·Uganda ·Zambia ·Zimbabwe

Selatan Afrika

Botswana ·Lesotho ·Namibia ·Republik Afrika Selatan ·Swaziland

Wilayah tanggungan dan negara tidak diiktirafWilayah tanggungan diAfrika :

Wilayah Lautan Hindi British,St. Helena3(United Kingdom) ·Kepulauan Canary,Ceuta,Melilla(Sepanyol) ·Madeira(Portugal) ·Mayotte,Réunion(Perancis) ·Socotra (Yemen)
Negara yang tidak diiktiraf :Puntland ·Somaliland ·Republik Demokratik Arab Sahrawi

1Sebahagiannya di benuaAsia. 2 Status tidak dapat ditentukan. 3 Termasuk jajahan taklukPulau Ascension danTristan da Cunha.
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tunisia&oldid=6654509"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp