Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tulisan ringkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penulisan contoh teks doaOur Father who art in heaven menggunakan pelbagai sistem trengkas yang wujud pada abad ke-19.

Tulisan ringkas atautrengkas (disebut [tréng.kas],bahasa Inggeris:shorthand) adalahkaedah penulisan simbolik disingkatkan bertujuan meningkatkan kelajuan dan keringkasan penulisan berbanding denganpenulisan biasa yang lebih umum untuk menulis dalam sesebuahbahasa.

Proses menulis dalam singkatan turut disebutstenografi, daripadaistilah bahasa Yunani menggabungkan perkataanstenos "sempit" dangraphein "menulis".

Pengelasan

[sunting |sunting sumber]

Sistem-sistem tulisan ini sering diringkaskan berdasarkan bentuk yang tampak ketika dibaca mahupun ditulis:

  • Trengkas stenografik (stenographic shorthand) - menggunakan kependekan perkataan untuk tujuan peringkasan.
  • Trengkas geometri (geometric shorthand) dihasilkan menggunakan garisan lurus, membulat mahupun bulatan penuh yang terletak menegak, mendatar, atau memiring. Antara contoh sistem ini yang paling diketahui ialahtrengkas Pitman dantrengkas suku kata Boyd.
  • Trengkas skrip (script shorthand) lebih meniru gaya penulisan tangan yang biasa -> misalnyaTrengkas Gabelsberger pada tahun 1834. Jenis trengkas ini kini biasa diajari di Jerman, Austria, Itali, Scandinavia, Belanda, Rusia serta negara-negara Eropah Timur antara lainnya.

Sistem trengkas juga boleh dikelaskan mengikut cara perwakilan hurufvokal:

  • Abjad atau alfabetik (alphabetic) - ditulis secara berasingan dan tersendiri sepertimana tanda konsoanndengan tanda "normal" tanda-tanda yang tidak berbeza daripada tanda konsonan (misalnya, Gregg, Duployan).
  • Berkonsonan (abjad) - Vokal tersendiri tidak ditanda melainkan pada awal atau akhir (mislanya jenis Taylor)
  • Bersuku kata (abugida) - Penandaan mengikut bentuk garis sementara konsonan ditanda menggunakan kedudukan (misalnya jenis Boyd).

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulisan_ringkas&oldid=5113487"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp