Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman (Jawi: توانكو جعفر ابن المرحوم توانكو عبدالرحمن; 19 Julai 1922 – 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 danYang di-Pertuan AgongMalaysia yang ke-10.
Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 diKlang,Selangor dan dibesarkan diSeri Menanti, Negeri Sembilan.
Baginda merupakan putera bagiYang di-Pertuan Agong Negara Malaysia yang pertamaTuanku Abdul Rahman.
| Daripada keturunan moyangYamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
KerabatTuanku Ja’afar Tunku Najihah
|
KerabatTuanku Munawir Tunku Durah
|
KerabatTuanku Abdul Rahman Maimunah Abdullah
Tunku Maharun Tunku Mambang
Tunku Zaidah Tunku Zakaria
|
KerabatTuanku Muhammad Tunku Chik Tunku Halijah
Rahah Tia
|
KerabatYamtuan Antah Halima binti Uggoh
Wan Siti
Halija
Yang
|
KerabatYamtuan Imam
|
KerabatYamtuan Radin Tunku Intan binti Tunku Alang Husain
Tengku Tenuk @ Sabuh
|
Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah MelayuSeri Menanti,Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari tahun1928 hingga1933. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah diKolej Melayu Kuala Kangsar atau The Malay College di Negeri Perak. Baginda menampilkan pelbagai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan sukan sehingga dilantik sebagai Headboy dan Kapten bagi Sukan Bola Sepak, Hoki, Kriket, Tenis dan Skuasy.
Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar, baginda melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnyaPerang Dunia II dan terpaksa pulang ke Tanah Melayu. Ketika zaman pendudukan tenteraJepun, baginda berkhidmat dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Cukai di Rembau, Negeri Sembilan.
Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Nottingham,United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidangundang-undang. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Balliol College, di Universiti Oxford bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Baginda turut mengambil kursus Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science (LSE).
Baginda kemudiannya pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1952 dan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Melayu sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah di Parit, Perak dan kemudiannya sebagai Pegawai Daerah Tampin di Negeri Sembilan.
Kerjaya diplomatik baginda bermula pada 1957 apabila baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik diLondon selama setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha diWashington, D.C.,Amerika Syarikat diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal kePertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diNew York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu diLondon.
Baginda kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia keMesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi keNigeria andGhana. Baginda telah dilantik untuk berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang olehKerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, K.D.Y.M.M.Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 pada April 1967.
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem pelantikan Raja secara demokrasi sejak turun-temurun. Bagi memilih pengganti Tuanku Munawir yang mangkat, pemimpin kawasan-kawasan utama di Negeri Sembilan yang digelar Undang Yang Empat mengadakan perbincangan untuk memilih Yang di-Pertuan Besar seterusnya dari kalanganPutera Yang Empat Negeri Sembilan iaitu:
Pada 18 April 1967, Undang Yang Empat telah bersepakat melantik dan menabalkan Tunku Ja’afar sebagaiYang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan ke-10.
Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10 pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Antara sumbangan terbesar baginda semasa tempoh tersebut adalah sokongan kuat terhadap penganjuranSukan Komanwel yang berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur pada tahun 1998.[1]
D.Y.M.M Tuanku Ja’afar dilantik menjadi CanselorUniversiti Kebangsaan Malaysia pada16 April1976. Beliau telah dilantik dan memegang jawatan Canselor selama 32 tahun. Baginda sangat aktif dalam pelbagai program akademik dan sukan universiti serta bekerjasama dengan warga universiti dengan baik. Semasa kepimpinan baginda, telah diadakan sebuah memorandum antara Persatuan Kriket Melayu Malaysia antara Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menaik taraf mutu sukan kriket UKM dan mengasah bakat-bakat muda yang berkebolehan.
Selain itu, pelbagai kemajuan telah dijalankan di Kampus UKM Bangi dan HUKM Cheras untuk menaiktaraf prasarana untuk kemudahan pelajar dan pengguna.
Selama 42 tahun memerintah Negeri Sembilan, pelbagai kemajuan dapat dinikmati rakyat terutamanya dengan wawasan dan kredibiliti baginda yang berpengalaman luas dalam pendidikan dan pentadbiran. Dalam menangani hal ehwal sosio-ekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Ja’afar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau.
Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai1990), Universiti Nottingham (21 Julai1995), Universiti Santiago,Chile (28 September1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September1996).
Sebagai peminat golf, Tuanku Ja’afar merupakan pengikut setia sukan ini dan sering menyertai kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Ja’afar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan.
Tuanku Ja’afar mengahwiniTunku Najihah pada8 Ogos1942 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Pasangan diraja Negeri Sembilan ini dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri iaitu:
| Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Tarikh Kemangkatan | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tunku Naquiah | (1944-12-26)26 Disember 1944 (umur 81) | Seri Menanti,Negeri Sembilan | 18 Julai 1969 | Tunku Mudzaffar bin Tunku Mustapha | Tunku Nazimuddin | Tunku Sofia Najihah | ||
| Tunku Mir'atun (Myra) Madihah | Putera Ryan bin Dato’ Iskandar Ja’afar Puteri Tahlia binti Dato’ Iskandar Ja’afar | |||||||
| Tunku Nasaifuddin | Tiada | |||||||
| Tunku Nasruan Adil | Tiada | |||||||
| Tunku Naquiyuddin | (1947-03-08)8 Mac 1947 (umur 78) | Seri Menanti,Negeri Sembilan | Tiada maklumat | Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador | Tunku Muhammad Alauddin | Tunku Alaynna Putri Tunku Azalea Putri | ||
| Tunku Alia Nadira | Tiada | |||||||
| Tunku Nadia Sahiya | Tiada | |||||||
| Tunku Khairul Zaim | Tiada | |||||||
| Tunku Imran | (1948-03-21)21 Mac 1948 (umur 77) | Istana Hinggap,Seremban,Negeri Sembilan | 18 Februari 1987 | Che Engku Mahirah binti Abdullah | Tunku Khairil Imran | Tiada | ||
| Tunku Tarrant | Tiada | |||||||
| Tunku Abdul Rahman Aminullah | Tiada | |||||||
| Tunku Jawahir | (1952-01-27)27 Januari 1952 (umur 74) | Nottingham,England | 27 Ogos 1974 | Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar | Tengku Asra Jehan | Raden Mas Hamza bin Raden Muhammad Iman Raden Tijan Jauharah binti Raden Muhammad Iman | ||
| Tengku Aslahuddin Ja’afar | Tengku Muhammad Ayden Saladin | |||||||
| Tengku A'zran Abdul Jawaad | Tiada | |||||||
| Marina Azlan (puteri angkat) | Tiada | |||||||
| Tunku Irinah | (1957-11-23)23 November 1957 (umur 68) | Bandar New York,Amerika Syarikat | 16 April 1981 | Tengku Ahmad Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Tengku Alam Shah Amiruddin | Tiada | ||
| Tengku Alana Iman Shahirah | Tiada | |||||||
| Tunku Nadzaruddin | (1959-10-26)26 Oktober 1959 (umur 66) | Kuala Lumpur,Malaysia | 6 November 1997 | Tunku Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman | Tunku Muhammad Hazim Shah Raden | Tiada | ||
| Tunku Muhammad Mish’al Raden | Tiada | |||||||
| Tunku Ines Najiha Raden | Tiada |
D.Y.M.M Tuanku Ja'afar mangkat pada pukul 11:45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 diHospital Tuanku Ja'afar,Seremban pada usia 86 tahun kerana serangan angin ahmar. Dilaporkan bahawa baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8:10 pagi. Pihak hospital tersebut telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku. Jenazah baginda telah dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk majlis penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada 29 Disember 2008.[1]
Tempoh Perkabungan berikutan kemangkatan baginda juga dilaksanakan selama 40 hari, bermula hari kemangkatan baginda.[1]
Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Semua majlis rasmi kerajaan dan aktiviti keraian juga ditangguhkan selama tujuh hari.[1]
| Gaya bagi Tuanku Ja'afar | |
|---|---|
| Rujukan gaya | Duli Yang Maha Mulia |
| Gaya percakapan | Duli Yang Maha Mulia |
| Gaya alternatif | Tuanku |
SebagaiYang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan (8 April 1967 – 27 Disember 2008), baginda:[2]

Baginda menerima banyak anugerah asing ketika tahun khidmat diraja baginda. Antaranya:[2]
Baginda D.Y.M.M Tuanku Ja’afar merupakan seorang raja yang dikenali dan dihormati oleh rakyat jelata Negeri Sembilan dan di Malaysia seluruhnya. Antara berikut merupakan pengabdian nama baginda :-
| Keturunan Tuanku Ja’afar | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan Tarikh keputeraan: 19 Julai 1922Tarikh kemangkatan: 27 Disember 2008 | ||
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Tuanku Munawir | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1967–2008 | Diikuti oleh: Tuanku Muhriz |
| Didahului oleh Sultan Azlan Shah | Yang di-Pertuan Agong 1994-1999 | Diikuti oleh: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |