Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tuanku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan terkeliru denganTunku Abdul Rahman,Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri, atauTunku Abdul Rahman ibni Sultan Ismail.
Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Negara Malaysia I
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan VIII
Tunku Abdul Rahman, 1950
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilanyang ke 08
Pemerintahan3 Ogos 1933 - 1 April 1960
Kemahkotaan25 April 1934
Didahului olehTuanku Muhammad
Diikuti olehTuanku Munawir
Tunku Muda Serting Negeri SembilanII
Pemerintahan1912 - 2 Ogos 1933
KemahkotaanJulai 1912
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Yang di-Pertuan Agong dan Raja NegaraPersekutuan Tanah Melayuyang ke 01
Pemerintahan31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Kemahkotaan2 September 1957
Didahului olehjawatan baharu
Diikuti olehSultan Hisamuddin Alam Shah
KeputeraanTunku Abdul Rahman bin Tunku Muhammad Shah
(1895-08-24)24 Ogos 1895
Seri Menanti,Negeri Sembilan
Kemangkatan1 April 1960(1960-04-01) (umur 64)
Istana Negara,Kuala Lumpur,Malaya
Pemakaman2 April 1960
Makam Diraja Seri Menanti
Pasangan4 orang
Isteri
Anakanda8 orang
AyahandaTuanku Haji Sir Muhammad
Bonda- 0
AgamaIslam

Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Haji Sir Muhammad Shah I (Jawi:توانكو عبدالرحمن ابن المرحوم توانكو محمد; 24 Ogos 1895 – 1 April 1960) ialahYang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan VIII yang merupakanYang di-Pertuan Agong PertamaPersekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Riwayat hidup رواية هيدوڤ

[sunting |sunting sumber]

Diputerakan diSeri Menanti,Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikanSekolah Menengah diMaktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga tahun1914.

Tuanku Abdul Rahman bersama dengan Permaisuri baginda,Tunku Kurshiah

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah diSeremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah diHulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung diKuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli melawatUnited Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi RajaGeorge V.

Dalam perjalanan keUnited Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenanTuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antaraTuanku Abdul Rahman denganTunku Abdul Rahman pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul Rahman.

Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M.Tuanku Munawir,Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah.Tuanku Ja’afar ialah putera kedua manakalaTunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.

Yang di-Pertuan Besar (1933 - 1957) يڠ دڤرتوان بسر

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1933, D.Y.M.M.Tuanku Muhammad mangkat. Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan BesarNegeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguam bela dan dengan yang demikian baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguam bela dan peguam cara.

Yang di-Pertuan Agong (1957 - 1960) يڠ دڤرتوان اڬوڠ

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda bersama Raja Permaisuri Agong telah berangkat mencemar duli melawat Brunei selama seminggu pada tahun 1959.

Anakanda انقندا

[sunting |sunting sumber]
NamaTarikh KeputeraanTarikh KemangkatanTarikh BerkahwinPasangan DirajaCucundaCicinda
Che Engku Maimunah binti Abdullah(kahwin 1919, telah bercerai)
Tunku Aida27 Mei 192029 Mei 1937Tunku Ma’amor bin Tunku UsohTunku Mizan
Tunku Ainunnisa
Tunku Ainah
Tunku Maztom3 orang puteri
Tunku Arishah2 orang putera dan 3 orang puteri
Tuanku Ja’afar19 Julai 192227 Disember 20088 Ogos 1942Tunku Ampuan NajihahTunku Tan Sri NaquiahTunku Nadzimuddin
Tunku Mir'atun Madihah
Tunku Nasaifuddin
Tunku Nasruan Adil
Tunku NaquiyuddinTunku Mohamed Alauddin
Tunku Alia Nadira
Tunku Nadia Sahiya
Tunku Khairul Zaim
Tunku ImranTunku Khairil Imran
Tunku Tarrant
Tunku Abdul Rahman Aminullah
Tunku JawahirTengku Azra Jahan Juzaila
Tengku Aslahuddin Ja’afar
Tengku A'zran Abdul Jawaad
Tunku IrinahTengku Alam Shah Amiruddin
Tengku Aiman Shahirah
Tunku NadzaruddinTunku Muhammad Hazim Shah Raden
Tunku Muhammad Mish’al Raden
Tunku Ines Najiha Raden
Tunku Sheilah2 Mei 192425 Mei 202323 Ogos 1942Tunku Daud bin Tunku Besar BurhanuddinTunku Ivy Mu’hsinahPutri Sian Shaharia binti Sharif Winter
Tengku MunasirTunku Mutalib
Tunku Muzaffar
Tunku Maisura Adibah
Tunku Mu’tasimTunku Mahzuz
Tunku Mahir
Tunku Masna
Tunku Mukhrizah
Tunku RoxanaPaul Kamil Lafrance
Sarah Melane Lafrance
Tunku Tan Sri Abdullah2 Mei 192519 Ogos 200822 April 1946(cerai 1958)Tunku Zahara binti Tunku ZakariaTunku IskandarTunku Idalyn Mazura
Tunku Izrina Mazuin
Tunku Izora Mulaika
Tunku Marina AshrafMazran Zamani bin Zulkifly
Mazlina Zairin binti Zulkifly
Mizfarah Zara binti Zulkifly
Mazrah Zuraihan binti Zulkifly
Tunku Kamil IkramTunku Shazwan Kaiyisha
Tunku Arina Nakita
Tunku Arina Nashita
6 Ogos 1959(cerai 30 Mac 1966)Cik Yah Zain binti AbdullahTunku Ya’acobTunku Elana Khyra
Tunku Leana Khyra
Tunku Ama’an Khyra
Tunku Nadya Khyra
Tunku Oma’an Khyra
Tunku Ima’an Khyra
Tunku YahayaTunku Mikael
Tunku HalimTunku Kristina Radin Sunna
Tunku Adam Radin
30 Mac 1966(cerai 20 Februari 1970)Khadija binti AbdullahTunku Soraya Dakhlah
21 April 1973(cerai 1991)Cik Engku Chesterina binti AbdullahTiada
10 Ogos 1991(cerai 1996)Cik Engku Maimuna binti AbdullahTiada
25 April 1997Che Engku Rozita binti Ahmad BaharuddinTunku Muhammad ShahTiada
Tunku Intan KursiahTiada
Tunku Maharunnisa binti Tunku Mambang(kahwin Mac 1921, bercerai 1923)
Tuanku Munawir29 Mac 192214 April 19671 Januari 1940Tunku Ampuan DurahTunku MunawirahTengku Mu'adzam Sadruddin
Tengku Munawir Islahuddin
Tengku Mu'amir Izzuddin
Tunku MudziahSyed Mashafuddin bin Syed Badaruddin Jamalullail
Sharifa Basma Alawiya Jamalullail
Sharifa Bahiya Abla Jamalullail
Sharifa Bashira Asma Jamalullail
Tuanku MuhrizTunku Ali Redhauddin
Tunku Zain Al-'Abidin
Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
Tunku Anne DakhlahSiti Mazeera
Siti Mazlina
Siti Mazlynda
Tunku Deborah2 orang puteri
Tunku DeannaTengku Amera Nafisah
Tengku Nadia Azrina
Tengku Dahira Azirah
Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin(kahwin 21 Mac 1929)
Sultanah Bahiyah24 Ogos 193026 Ogos 20039 Mac 1956Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahTunku Puteri Intan SafinazTiada
Tunku Shahariah8 April 193225 Oktober 1956Tunku Abdul Rahman Sultan IsmailTunku Abu BakarTunku Kurshiah Aminah Atiah
Tunku Abdul Rahman Burhanuddin
Tunku Aishah Johara
Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria(kahwin 1948)
Tunku Noraida Zakiah6 Disember 1950Tiada maklumatEncik Abdul Rahim bin Abdul ManafPutri Norashiqin

Kemangkatan dan pewarisan takhta كمڠكتن دان ڤواريثن تخت

[sunting |sunting sumber]

Tuanku Abdul Rahman mangkat ketika beradu diIstana Negara,Kuala Lumpur pada awal pagi 1 April 1960. Kemangkatan Seri Paduka Baginda telah diumumkan ke seluruh negara olehPerdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Kali terakhir baginda memperlihatkan diri di khayalak ramai, adalah pada 30 Mac, apabila baginda merasmikan pembukaan peraduan ke-2 bola sepak merebut piala junior Asia diStadium Merdeka.

Istiadat kemangkatan diadakan di Dewan Perjamuan Istana Negara. Pada 2 April 1960, perarakan mengiringi jenazah baginda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana keranda jati baginda kemudian dibawa oleh kereta api keSeremban dan kemudian dengan kereta api keIstana Besar, Seri Menanti. Baginda dimakamkan di Makam Diraja diSeri Menanti,Negeri Sembilan pada 5 April 1960.[1]

Dengan kemangkatan Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong yang pertama, makaSultan Selangor iaituSultan Hisamuddin Alam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah diisytiharkan untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehinggalah seorang Yang di-Pertuan Agong yang baharu dilantik olehMajlis Raja-Raja. ManakalaTuanku Munawir pula telah diangkat sebagaiYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Legasi ليڬاسي

[sunting |sunting sumber]
frames
frames

Gambar portret baginda masih lagi digunakan di ataswang kertasRinggit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن

[sunting |sunting sumber]
  • 24 Ogos 1895 – 1912:Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad.
  • 1912 – 1 Ogos 1933:Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
  • 1 Ogos 1933 – 2 Ogos 1933:Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
  • 2 Ogos 1933 – 31 Ogos 1957:Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • 31 Ogos 1957 – 1 April 1960:Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.

Kurniaan كورنياءن

[sunting |sunting sumber]

Kurniaan negara كورنياءن نڬارا

[sunting |sunting sumber]

Kurniaan asing كورنياءن اسيڠ

[sunting |sunting sumber]
  • Brunei: Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 23.4.1959)
  • United Kingdom:
    • Knight Commander of the Order of St Michael and St George (KCMG, 1934)
    • Jubli Perak Raja George V (1935)
    • Pingat Kemahkotaan Raja George VI (1937)
    • Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (1953)
    • Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG, 1957)

Keturunan كتورونن

[sunting |sunting sumber]
Keturunan Tuanku Abdul Rahman[3]
16.Tuanku Raja Ali ibni Yamtuan Raja Nara I (= 24, 28)
8.Tuanku Nasiruddin (= 12)
17. Tuanku Ampuan Tunku Puan Ngah binti Almarhum Raja Hitam (= 15, 25, 29)
4.Tuanku Antah
18. Tunku Alang Hussin
9. Tuanku Ampuan Tunku Intan
19. ??
2.Tuanku Muhammad
10. Uggoh dari suku Batu Hampar
5. Encik Puan Besar Cik Halimah
11. ??
1.Tuanku Abdul Rahman
24.Tuanku Raja Ali ibni Yamtuan Raja Nara I (= 16, 28)
12.Tuanku Nasiruddin (= 8)
25. Tuanku Ampuan Tunku Puan Ngah binti Almarhum Raja Hitam (= 15, 17, 29)
6. Tunku Muda Chik Aminullah
26. Sultan Ahmad Shah ibni al-Marhum Tunku Singkul
Yang di-Pertuan Muda Jelebu
13. Tunku Tenuk
27. Cik Puan Melang
3. Tuanku Ampuan Tunku Halijah
28.Tuanku Raja Ali ibni Yamtuan Raja Nara I (= 16, 24)
14. Tuanku Raja Imam
29. Tuanku Ampuan Tunku Puan Ngah binti Almarhum Raja Hitam (= 15, 17, 25)
7. Tunku Jindai
30.Tuanku Raja Hitam ibni Yamtuan Raja Balamban
15. Tuanku Ampuan Tunku Puan Ngah (= 17, 25, 29)
31. Encik Puan Besar Cik Jingka

Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting |sunting sumber]

Rujukan رجوكن

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Mubin Sheppard (1960)The Death and Funeral of His Late Majesty Tuanku Abdul RahmanMalaya in History Vol 6 No. 1 Malayan Historical Society, Kuala Lumpur
  2. ^Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  3. ^Buyers, Christopher."Salasilah Negeri Sembilan 6".royalark. Dicapai pada30 April 2018.
Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad
Kerabat diraja Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 24 Ogos 1895Tarikh kemangkatan: 1 April 1960
Gelaran pemerintah
Gelaran baharuYang di-Pertuan Agong
1957 – 1960
Diikuti oleh:
Sultan Hisamuddin Alam Shah
(Sultan Selangor)
Didahului oleh
Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1933 – 1960
Diikuti oleh:
Tuanku Munawir
Sistem beraja di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Pertama ·Ke-2 ·Ke-3 ·Ke-4 ·Ke-5 ·Ke-6 ·Ke-7 ·Ke-8 ·Ke-9 ·Ke-10 ·Ke-11 ·Ke-12 ·Ke-13 ·Ke-14 ·Ke-15 ·Ke-16 ·Ke-17(Terkini)
Raja negeri-negeri Melayu
Pemerintah negeri tidak beraja
Darjah kebesaran
Istana dan Pejabat
Pentadbiran Diraja
Istana Negara -Istana Melawati (Malaysia) ·Istana Arau (Perlis) ·Istana Anak Bukit (Kedah) ·Istana Alam Shah (Selangor) ·Istana Iskandariah (Perak) ·Istana Besar Seri Menanti (Negeri Sembilan) ·Istana Abu Bakar (Pahang) ·Istana Bukit Serene (Johor) ·Istana Syarqiyyah (Terengganu) ·Istana Balai Besar -Istana Telipot (Kelantan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tuanku_Abdul_Rahman&oldid=6681847"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp