Tsunami akibatgempa bumi Lautan Hindi 2004 melanda pantai Thailand.Animasi tsunami berikutan gempa 26 Disember 2004.
Tsunami (津波, "ombak pelabuhan",Jawi: تسونامي) atausemong (Jawi: سموڠ) merupakan satu siriombak yang berlaku selepasgempa bumi ,tanah runtuh(di dasar laut),aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentamanmeteor yang berlaku di dalam atau berhampiran laut.Tenaga dijana dalam setiap tsunami atau semong ini adalah tetap dari segi fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Oleh itu, apabila gelombang semong menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi boleh meningkat kepada ketinggian 30meter atau lebih sehingga boleh dinampakkan menaik seakanair pasang deras tidak seperti ombak biasa yang pecah meneduh.[1] Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitarLautan Pasifik, terutamanya diJepun tetapi juga diHawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusiseismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melaluisatelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunyamegatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau yang runtuh ke dalam laut. Lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.
Perkataantsunami menyerap daripada perkataanbahasa Jepun 津波 (tsunami) menggabungkan katatsu bererti "pelabuhan" dannami bererti "gelombang", pengungkapan ini dikatakan berasal daripada pemerhatian para nelayan Jepun terhadap kapal-kapal dan bangunan di pelabuhan yang rosak akibat fenomena ini sekalipun mereka tidak merasakan sebarang gelombang besar ketika berada di laut.[2] Masyarakat awam kadangkala menyangka tsunami berkait rapat dengan pasang surut laut namun disangkal tolak para pakar kerana pengetahuanpasang surut yang berlaku akibat tarikan graviti Matahari dan Bulan.[3] Para pakar lebih menyukai istilahtsunami walaupun fenomena ini tidak hanya berlaku di pelabuhan.[4]
Perkataansemong pula menyerap dari katasmongbahasa Devayan tuturan masyarakat setempatPulau Simeulue terletak di barat pulauSumatera berdasarkan pengalaman masyarakat pulau ini menghadapi bencana ombak besar serupa berikutan gempa bumi melandapada tahun 1907 yang turut diabadikan dalam suatusyair lisan:[5][6][7][8]
Enggel mon sao curito Inang maso semonan Manoknop sao fano Uwi lah da sesewan Unen ne alek linon Fesang bakat ne mali Manoknop sao hampong Tibo-tibo mawi Anga linon ne mali Uwek suruik sahuli Maheya mihawali Fano me singa tenggi Ede smong kahanne Turiang da nenekta Miredem teher ere Pesan dan navi da
dengarlah sebuah cerita pada zaman dahulu tenggelam satu desa begitulah mereka ceritakan diawali oleh gempa disusul ombak yang besar sekali tenggelam seluruh negeri tiba-tiba saja jika gempanya kuat disusul air yang surut segeralah cari tempat kalian yang lebih tinggi itulahsmong namanya sejarah nenek moyang kita ingatlah ini betul-betul pesan dan nasihatnya
1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairanPapua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
1976: Tsunami yang melandaFilipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairanChile menghasilkan tsunami diLautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile danHawaii.
1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska,Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
1883: Letupangunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
1755: Tsunami menghancurkanLisbon,Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
Pembentukan tsunami ketika merentasi kawasan air cetek; kelajuan ombak berkurang dan ketinggian ombak meningkat.
Tsunami atau semong terhasil oleh gangguan di dasar laut yang menyebabkan penyesaran sejumlah besar air.[10] Dalam proses penyeimbangan air yang terganggu ini, suatu gelombang dapat terbentuk dan tersebar meninggalkan pusat gangguan, sehingga menyebabkan tsunami.[11] Punca-punca yang dapat menyebabkan perpindahan air seperti ini meliputi gempa bumi bawah laut, keruntuhan yang terjadi di dasar laut, atau jatuhnya sesuatu objek ke dalam air seperti letusan gunung berapi, meteor atau ledakan senjata nuklear.[12][13]
Punca tsunami paling umum ialah gempa bumi yang mengakibatkan sekitar 80%–90% tsunami.[14] Gempa yang paling berpotensi menimbulkan tsunami adalah gempa yang terjadi dizon benam yang dangkal. Namun, tidak semua gempa bumi seperti ini menyebabkan tsunami. Selain itu, jenis gempa bumi lain juga boleh menyebabkan tsunami, tetapi jarang berlaku dan hanya pernah berlaku pada gempa-gempa bumi dengan kekuatan yang amat besar.[15] Biasanya, hanya gempa bumi dengan kekuatan skala magnitud momen bernilai 7.0 dan ke atas yang memiliki kebolehan ini. Semakin kuat suatu gempa, semakin besar peluang tsunami untuk terbentuk akibat gempa bumi tersebut.[16] Selain itu, tsunami seperti ini ialah satu-satunya yang dapat bertahan jauh, bahkan boleh menyeberangi lautan sehingga membahayakan kawasan yang lebih luas.[17]
Pada 1950-an, kajian menunjukkan bahawa tsunami dengan ketinggian yang amat tinggi boleh terbentuk akibat tanah runtuh berskala besar. Dalam kejadian ini, tenaga dipindahkan dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang boleh diserap oleh badan air lalu menyebabkan penyesaran air yang besar. Peristiwa ini pernah direkodkan dua kali dalam sejarah moden: peristiwa tanah runtuh diTeluk Lituya diAlaska, Amerika Syarikat pada 1958 yang membentuk ombak terbesar yang pernah direkodkan dengan ketinggian mencecah 524 meter,[18] dan peristiwa tanah runtuh di takungan airEmpangan Vayont di Itali pada 1963.[19]
Sistem peringatan dini tsunami berfungsi untuk mengesan risiko tsunami, mengenal pasti kawasan yang berisiko terkena tsunami, dan mengeluarkan pengumuman agar masyarakat awam dapat mengambil tindakan untuk mengurangkan kematian dan kecederaan.[20] Amaran tsunami biasanya bermula dari terjadinya gempa bumi berkekuatan besar (lazimnya berskala 7.0 atau lebih).[21][22] Saat gempa seperti ini terjadi, penduduk kawasan berisiko dapat diberi amaran secara langsung serta perkiraan kasar ukuran atau waktu kedatangan tsunami. Sementara itu, pusat sistem amaran mengumpulkan data-data lain seperti perubahan pada permukaan laut, serta kedalaman dan ciri-ciri dasar laut setempat.[23][24]
Arus tsunami boleh memiliki tenaga tinggi yang dapat menghancurkan atau merosakkan bangunan-bangunan di kawasan pesisir.[25] Namun begitu, bangunan-bangunan dengan rancangan tertentu memiliki peluang lebih besar untuk bertahan. Bangunan dengan ruangan terbuka yang luas, yang boleh dilalui oleh air tanpa banyak halangan sering mampu bertahan ketika dilanda tsunami.[26] Bangunan bestrukturkonkrit diperkukuhkan juga sering tidak hancur dalam tsunami, meskipun dinding-dinding bangunannya boleh hancur.[26] Jika bangunan dengan struktur ini cukup tinggi, tingkat-tingkat atasan dapat dirancang sebagai zon perpindahan kecemasan kepada penduduk yang tidak sempat berpindah ke kawasan tanah tinggi.[25]
Tembok-tembok laut danpemecah gelombang lazimnya dibina di kawasan berisiko tsunami untuk mengurangkan kesan ombak di kawasan pesisir.[27] Sebagai contoh, kawasan pesisir Jepun dilindungi oleh tembok laut atau struktur-struktur lain untuk membendung kesan tsunami serta bencana-bencana lain sepertitaufan.[28] Tembok-tembok ini mungkin tidak cukup tinggi dan kuat untuk menghalang tsunami daripada membadai kawasan pesisir, tetapi masih berperanan untuk melemahkan arus ombak.[26] Oleh itu, tembok laut boleh memperlahankan dan mengurangkan ketinggian tsunami, tetapi tidak semestinya menghalang kerosakan yang besar serta kehilangan nyawa.[29]
Ada beberapa panduan jika seseorang berhadapan dengan tsunami. Individu dan keluarga perlu dipindahkan ke zon yang lebih jauh selepas amaran tsunami dibunyikan; dan individu perlu bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat. Individu tersebut perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Individu di pantai atau berhampiran laut yang merasai bumi bergegar sepatutnya bersegera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami. Individu mesti menjauhi kawasan pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut. Individu tidak patut pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai. Justeru, jika berlaku tsunami, individu perlu naik ke tingkat atas bangunan berkenaan. Individu tidak patut sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan. Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum bercadang pulang ke sana.
^Rahman, Alfi; Sakurai, Aiko; Munadi, Khairul (1 Ogos 2018). "The analysis of the development of the Smong story on the 1907 and 2004 Indian Ocean tsunamis in strengthening the Simeulue island community's resilience".International Journal of Disaster Risk Reduction.29: 13–23.doi:10.1016/j.ijdrr.2017.07.015.ISSN2212-4209.
Ward, Steven N. (2011) [naskah 2010]."Tsunami"(PDF). Dalam Gupta, Harsh K. (penyunting).Encyclopedia of Solid Earth Geophysics.Dordrecht: Springer.doi:10.1007/978-90-481-8702-7_2. Dicapai pada14 Januari 2019.Unknown parameter|editors= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)