Tsar (bahasa Bulgaria,Serbia sertaMacedonia:цар;bahasa Rusia:
царь (bantuan·maklumat);transliterasi saintifik:car dancar' untuk masing-masing) ialah gelaranSlavik yang rasmi untuk "Maharaja" di negara-negara berikut:
Pemerintah-pemerintahBulgaria dari1908 hingga1946 juga menggunakan "tsar", gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka hanya diiktiraf sebagai raja (roi des bulgares) oleh seluruh dunia, iaitu serupa dengan pemerintah-pemerintah moden diYunani yang menggunakanbasileus, gelaran kemaharajaan tradisional, walaupun mereka juga hanya diiktiraf sebagairaja Yunani oleh seluruh dunia. Bagaimanapun, serupa dengan kes Yunani, ini tidak menjejaskan maksud yang benar bagi istilah "tsar".
Di Rusia, istilah "tsar" telah digunakan secara tidak tepat untuk dipertuan-dipertuanMongolia (Tatar) yang menguasai kerajaan-kerajaan kecil Rusia, dan juga sejak sekitar1480 olehIvan III dariMoscow selepas penegasankemerdekaannya daripadaAngkatan Kencana dan mungkin juga selepasperkahwinannya dengan pewaris wanitaEmpayar Byzantine.
PemerintahMuskovit telah diiktiraf sebagai maharaja oleh MaharajaEmpayar Suci Rom pada tahun1514, semasa pemerintahanVasili III, walaupun pemerintah Rusia pertama yang dimahkotai sebagaitsar secara rasmi ialahIvan IV yang Dahsyat pada tahun1547. Pada tahun1721, sebuahedik daripadaPyotr I Agung memutuskan bahawaimperator yang merupakan gelaran berdasarkanbahasa Latin harus digunakan sebagai ganti, tetapitsar yang merupakan padanan Slaviknya, masih biasa digunakan secara rasmi untuk pelbagai gelaran yang menandakan penguasaan bekaskekhanan Mongolia yang diserapkan oleh negara Muskovit itu. Oleh itu, transliterasi untuk gelaran ini dalam bahasa-bahasa asing sepertibahasa Inggeris biasa juga digunakan, terutamanya untuk maharaja-maharaja Rusia sehingga tahun1917.
Istilah "Tsar" ialah padanan tepat untuk "Maharaja", tetapi ini dikaburkan sebahagian oleh pembaharuan1721 oleh Peter Agung. Perubahan gayanya daritsar keimperator tidak menunjukkan kenaikan pangkat ke taraf kemaharajaan, tetapi merupakan perubahan yang selaras dengan dasar-dasar pembaratannya. Tanggapan bahawa gelarantsar adalah sama denganraja atau taraf pertengahan antara "raja" dengan "maharaja" merupakan satu tanggapan salah yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang, termasuk penutur-penutur bahasa Slavik yang moden, khususnya oleh para penulis bukan pakar yang menulis dalam bahasa-bahasa asing.
Harus diperhatikan bahawa penggunaan istilah "tsar" secara tidak formal kekadang digunakan dalam bahasa-bahasa Slavik untuk raja-raja yang mempunyai status yang lebih rendah. Ini sebahagian disebabkan oleh terbitannya daripadabasileus, istilah Yunani asal yang fleksibel (basileus kemudian beransur-ansur membawa maksud yang hampir sama dengan "raja" dalamZaman Keyunanian, dan sama sahaja dengan "maharaja" dari permulaanEmpayar Rom), dan sebahagian disebabkan gelaran ini telah biasa kepada orang taklukannya. Umpamanya, raja-rajaBible yang lazim digelarkan "king" (raja) dalam bahasa Inggeris digelarkanbasileus dalam bahasa Greek dantsar dalam bahasa Bulgaria dan Rusia, bukan kerana baginda-baginda itu merupakan maharaja (gelaran kemaharajaan tidak muncul sehingga zaman Rom), tetapi gelaran itu digunakan oleh pemerintah-pemerintah itu sendiri dan kitab Bible diterjemahkan dalam bahasa Greek dan Slavik semasa pemerintahan mereka.
Dengan sebab yang sama, terbitan-terbitan bahasa Slavik moden menggunakan istilah 'tsar' secara salah masa untukAssyria,Babylonia, danParsi. Dalam konteks ini,raja yang merupakan gelaran asing (kecuali di Serbia) dikhaskan untuk raja-rajaEropah yang mempunyai status raja, berbanding maharaja. Lagi satu amalan yang informal dan mengelirukan ialah pengolahan gelaran maharaja-maharaja asing oleh para penulis bahasa Slavik moden. Sumber-sumber zaman pertengahan bahasa Bulgaria, Rusia, dan Serbia menterjemahkanmaharaja sebagaitsar secara sembarangan; begitu juga dengan penulis Serbia moden. Bagaimanapun, bahasa Bulgaria dan Rusia moden menggunakanimperator (император) untuk maharaja asing (umpamanya maharajaRom kuno,Empayar Byzantine,Empayar Suci Rom serta 'pewaris-pewaris' Katoliknya, dan sebagainya).