Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Trakoma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trakoma
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10A71
ICD-9076
P. Data Penyakit29100
MedlinePlus001486
eMedicineoph/118
MeSHD014141
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatanPenafian perubatan

Trakoma, juga dikenali sebagaikonjunktiva bergranul,Oftalmia Mesir,[1] dantrakoma pembutaan adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteriaChlamydia trachomatis.[2] Jangkitan ini menyebabkan bahagian permukaan kelopak matamenjadi kasar. Kulit yang menjadi kasar ini boleh menyebabkan kesakitan pada mata, permukaan luar ataukornea mata tidak dapat berfungsi, dan mungkin menyebabkankebutaan.[2]

Penyebab

[sunting |sunting sumber]

Bakteria yang menyebabkan penyakit ini boleh tersebar melalui sentuhan langsung atau tidak langsung melalui mata atau hidung orang yang dijangkiti.[2] Sentuhan tidak langsung termasuklah pakaian atau lalat yang mungkin tersentuh mata atau hidung orang yang dijangkiti itu.[2] Jangkitan yang kerap diperlukan dalam tempoh beberapa tahun sebelum kelopak mata mengalami parut yang teruk yang menyebabkanbulu mata bergesel dengan mata.[2] Kanak-kanak menyebar penyakit ini lebih kerap daripada orang dewasa.[2] Sanitasi yang teruk, tempat tinggal sempit, dan keadaan air dan tandas yang tidak bersih juga meningkatkan jangkitan.[2]

Pencegahan dan rawatan

[sunting |sunting sumber]

Usaha-usaha untuk mengelakkan penyakit tersebut termasuklah menambahbaik akses kepada air bersih dan menggurangkan jumlah orang yang dijangkiti melalui rawatanantibiotiks.[2] Ini mungkin termasuk merawat, semua sekali, kumpulan-kumpulan orang yang biasa dijangkiti penyakit ini.[3] Membilasnya tidak berkesan untuk mengelakkan penyakit tersebut tetapi mungkin berkesan dengan langkah-langkah.[4] Rawatan termasuklahazithromycin oral atautetracycline topikal.[3] Azithromycin adalah lebih dipilih kerana ia boleh digunakan sebagai satu dos.[5] Selepas parut terhasil pada kelopak mata, pembedahan diperlukan untuk membetulkan kedudukan bulu mata dan untuk mengelakkan kebutaan.[2]

Epidemiologi

[sunting |sunting sumber]

Secara global, dalam 80 juta orang mempunyai jangkitan yang aktif.[6] Dalam beberapa keadaan, jangkitan mungkin terjadi di kalangan 60 sehingga 90% kanak-kanak dan biasanya dihidapi oleh para wanita berbanding dengan lelaki mungkin kerana mereka lebih banyak menyentuh kanak-kanak.[2] Penyakit tersebut adalah penyebab kemerosotan dalam kemampuan untuk melihat di kalangan 2.2 juta orang di mana 1.2 juta orang adalah buta sepenuhnya.[2] Ia biasanya berlaku di 53 buah negara di Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Selatan yang memberi risiko kepada 230 juta orang.[2] Ia mengakibatkan kerugian ekonomi sebanyak USD 8 bilion setiap tahun.[2] Ia dikelaskan dalam kumpulan penyakit yang dikenali sebagaipenyakit-penyakit tropika terabai.[6]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Swanner, Yann A. Meunier; dengan sumbangan daripada Michael Hole, Takudzwa Shumba & B.J. (2014).Tropical diseases : a practical guide for medical practitioners and students. Oxford: Oxford University Press, USA. m/s. 199.ISBN 9780199997909.
  2. ^abcdefghijklm"Blinding Trachoma Fact sheet N°382".World Health Organization. November 2013. Dicapai pada14 March 2014.
  3. ^abEvans JR1, Solomon AW (March 2011). "Antibiotics for trachoma".Cochrane Database Syst Rev.16 (3): CD001860.doi:10.1002/14651858.CD001860.pub3.PMID 21412875.
  4. ^Ejere, HO; Alhassan, MB; Rabiu, M (Apr 18, 2012). "Face washing promotion for preventing active trachoma".The Cochrane database of systematic reviews.4: CD003659.doi:10.1002/14651858.CD003659.pub3.PMID 22513915.
  5. ^Mariotti SP (November 2004)."New steps toward eliminating blinding trachoma".N. Engl. J. Med.351 (19): 2004–7.doi:10.1056/NEJMe048205.PMID 15525727.
  6. ^abFenwick, A (Mar 2012). "The global burden of neglected tropical diseases".Public health.126 (3): 233–6.doi:10.1016/j.puhe.2011.11.015.PMID 22325616.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Trakoma&oldid=4939229"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp