Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Ogos 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Perancis itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|fr|Tour de France}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Ogos 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Inggeris itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|en|Tour de France}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
Para peserta melepasi pekanPanazol diHaute-Vienne, Perancis dalam perhentian ke-4 Tour de France tahun 2016.
Tour de France ("Jelajah Perancis", sebutan bahasa Perancis: [tuʁ də fʁɑ̃s]) ialah sebuahperlumbaan basikal berperingkat tahunan yang diadakan diPerancis[1] tetapi kadangkalanya juga melepasi tempat-tempat tertentu di negara-negara jiran. Perlumbaan pertama dianjurkan pada tahun 1903 untuk melariskan penjualan akhbarL'Auto[2] yang kini dikendalikan oleh Pertubuhan Sukan Amaury[3] dan ia berterusan sehingga hari ini, kecuali pada tempoh tertentu disebabkan kedua-duaPerangDunia.[4] "Jelajah" ini dipanjangkan laluan perjalanannya secara beransur sehingga ke serata dunia apabila perlumbaan tersebut mendapat perhatian orang ramai, dan penyertaan dalam perlumbaan ini menjadi lebih terbuka kepada para penunggang dari negara-negara selain Perancis. Tour de France merupakan perlumbaan anjuran Pertubuhan Penunggang Basikal Antarabangsa ("UCI World Tour"), oleh itu pasukan yang terlibat dalam perlumbaan ini kebanyakannya terdiri daripada pasukan berbasikal profesional diiktiraf oleh pertubuhan tersebut ("UCI WorldTeams") kecuali pasukan yang dijemput para penganjur.[5][6]
Tour de France merupakan perlumbaan basikal yang tertua dan paling berprestij dalam kalangan pertandingan lain yang seumpamanya di benuaEropah sepertiGiro d'Italia diItali dan Vuelta a España diSepanyol.[7]
Perlumbaan ini biasanya diadakan terutamanya pada bulan Julai. Laluan yang diaturkan dalam setiap perlumbaan berubah-ubah setiap tahun namun format perlumbaan tetap sama dengan adanya percubaan masa, laluan yang merentasi pergununganPyrene danAlp, serta tempat penamat perlumbaan diChamps-Élysées,Paris.[8][9] Perlumbaan-perlumbaan terkini Tour de France merangkumi segmen (peringkat) 21 hari lamanya dalam tempoh 23 hari dan meliputi sepanjang 3500 km (2200 batu).[10] Perlumbaan ini bersilih berganti antara litar-litar arah jam dan arah lawan jam di Perancis.[11]
Bilangan pasukan yang terlibat berbeza-beza antara 20 dan 22 pasukan, setiap pasukan terdiri daripada sembilan penunggang. Setiap peringkat ditetapkan masa penghabisannya dengan masa yang dikumpul setiap penunggang akan dikirakan dengan masa peringkat masing-masing. Penunggang yang mengumpul masa penamat yang paling sedikit adalah pemenang yang dipakaikan jersi kuning (bahasa Perancis:maillot jaune).[12] Meskipun pengelasan utama merupakan perlumbaan yang paling diminati orang ramai, ada juga pengelasan-pengelasan lain yang dipertandingkan di dalam "Jelajah" ini: pengelasan mata untuk pemecut, pengelasan gunung untuk pendaki, pengelasan penunggang muda untuk peserta di bawah umur 26 serta pengelasan pasukan untuk pasukan yang tercepat. Memenangi satu peringkat juga menaikkan prestij sesebuah pasukan melalui pakar pemecut pasukan.
Tour ini menjadi tumpuan penting bagi para penonton di Eropah dengan berjuta-juta[13] orang mengiringi laluan perlumbaan, bahkan ada juga yang sanggup berkhemah demi mendapatkan tempat duduk yang terbaik.
Sejarawan Perancis bernama Jean-Luc Boeuf dan Yves Léonard mengatakan kebanyakan orang Perancis tidak banyak mengetahui muka bumi negara mereka sehingga akhbar L'Auto mula menerbitkan peta-peta perlumbaan tersebut.[14]
^"UCI Regulations" (ed. 2.6.011). m/s. 43. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 Jun 2011. Dicapai pada21 Julai 2009.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)