
Tongkat kaki,tongkat jalan atau hanyatongkat ialah alat bantuan yang digunakan untukberjalan, memberikan kestabilan atau sokongan postur, atau membantu dalam menjagapostur yang betul. Sesetengah rekaan juga berfungsi sebagaiaksesori fesyen, atau digunakan untukpertahanan diri.
Tongkat kaki datang dalam pelbagai bentuk dan saiz dan ada yang menjadibarang koleksi. Orang kurang upaya boleh menggunakan tongkat sebagaikruk tetapi tongkat kaki bukan direka untuk menampung beban berlebihan dan sebaliknya direka untuk keseimbangan. Tongkat juga digunakan sebagaisenjatamempertahankan diri dan boleh menyembunyikanpisau ataupedang sepertitongkat pedang dll.
Pendaki gunung menggunakan tongkat, juga dikenali sebagaitongkat trekking,tongkat pengembara, atau tongkat hiking, untuk pelbagai tujuan: sebagai sokongan semasa menaiki bukit atau sebagai penahan semasa menuruni bukit; sebagai titik imbangan badan semasa menyeberang sungai, paya, atau laluan sukar yang lain; untuk merasai rintangan di laluan; untuk menguji kedalaman air dan lumpur; untuk meningkatkan rentak langkah, dan sebagai perlindungan dari binatang liar.Tongkat alpine, berasal dariaktiviti pendakian dibanjaran Alp, dilengkapi dengan mata keluli dan mungkin membawa cangkuk atau kapak ais di atasnya. Lebih banyak tongkat hiasan diperindahkan dengan barang kemas kecil ataumedal yang memberi gambaran wilayah yang dilawati. Tongkat kayu digunakan untuk sukan luar, senaman bahagian atas badan yang sihat, dan juga monumen kelab, depatmen, dan keluarga. Ia boleh dibuat secara berasingan daripada beberapa kayu dan boleh ditempah khas dengan ukiran kayu atau plak ukiran logam.
Pengumpul tongkat dipanggil ahli rabologi.[1]
A walking sticks expert (rabologist) is cataloguing great collection of walking sticks.
Kategori berkaitanCanes di Wikimedia Commons