![]() ![]() Logo Tomy yang digunakan sejak tahun 2000, terutamanya di luarAsia | |
![]() Takara Tomy headquarters in 2014 | |
Nama dagang | Takara Tomy (kebanyakan di Jepun dan Asia) Tomy (kebanyakan di negara-negara barat) |
---|---|
Nama asli | 株式会社タカラトミー |
Dinamakan sempena | Eiichirō Tomiyama ![]() |
Jenis/bentuk sah | Kabushiki gaishaawam |
Didagangkan sebagai | TYO:7867 |
Industri | Mainan,Permainan video, produk dan pakaian kanak-kanak |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan | 1 Mac 2006; 18 tahun yang lalu (2006-03-01) (Dulu Tomy, 1924; Takara, 1955) |
Ibu pejabat | 7-9-10, Tateishi,Katsushika, Tokyo,Japan |
Tokoh penting | Harold Meij (Presiden dan pengasas) |
Keluaran | Details |
Hasil | ▼¥154,804 juta (FY 2013–2014)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲¥3,335 juta (FY 2013–2014)[1] |
Pendapatan bersih | ▼¥8,929 juta (FY 2013–2014)[1] |
Jumlah aset | ▲¥156,467 juta (FY 2013–2014)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲¥50,907 juta (FY 2013–2014)[1] |
Bilangan kakitangan | 486 (Setakat Mac 31, 2014)[2] |
Pembahagian | Tomy International, Inc. Tomy (Hong Kong) Ltd. Tomy (Shenzhen) Ltd. T-ARTS KOREA Company, Ltd. Tomy (Thailand) Ltd. Tomy (Shanghai) Ltd. |
Anak syarikat | T-ARTS Company, Ltd. Penny Company, Ltd. Tomy Tec Co., Ltd. Tinkerbell Inc. Wako Company, Ltd. Tomy Marketing Company, Ltd. Kiddy Land Co., Ltd. T-ENTAMEDIA Company, Ltd. Tomy Ibis., Ltd. |
Tapak web | Tomy Global Jepun Amerika Syarikat United Kingdom Perancis Jerman China ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
Syarikat Tomy Sdn. Bhd. (株式会社タカラトミーKabushikigaisha takaratomī,Takara Tomy;nama dagangTomy di luar kebanyakan negara Asia) ialah sebuah syarikat hiburan Jepun yang membuat mainan dan barangan kanak-kanak. Syarikat ini dicipta daripada satu gabungan dua buah syarikat pada 1 Mac 2006;Tomy (diasas pada tahun 1924 sebagai Tomiyama, menukar nama kepada Tomy pada tahun 1963)[3] dan saingan lamaTakara (diasas pada tahun 1955).[3] Ibu pejabat syarikat terletak diKatsushika, Tokyo.
Syarikat tersebut membuat cadangan pragmatik berkenaan nama mana untuk digunakan selepas gabungan itu, dengan cadangan untuk menggunakan "Tomy" di subsidiari antarabangsa dan "Takara-Tomy" di Jepun. Mereka membuat cadangan tersebut kerana Tomy telah membina pengenalan jenama yang besar di peringkat antarabangsa, dengan kebanyakan produkTakara yang terkenal di seluruh dunia (Microman,Transformers,Battel Beasts,Beyblade,B-Daman dsb.) telah dijual dan dijenamakan oleh syarikat mainan lain sepertiHasbro. Mereka juga mengira kos kewangan untuk menukar nama terlalu mahal.[4]
Antara polisi editorial kebanyakan penerbitan perniagaan Barat adalah untuk mengabai pengisytiharan gabungan dan mengisytiharkan bahawa satu syarikat dibeli oleh yang lain. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan media Barat, gabungan Takara-Tomy dicirikan sebagai "pengambilalihan" Takara oleh Tomy. Andaian tersebut adalah mungkin dibuat kerana bertahun-tahunan kerugian telah meletakkan Takara dalam tahap kewangan yang lemah ketika gabungan itu berlaku, tetapi Takara membuat jumlah jualan yang lebih tinggi berbanding dengan Tomy. Tetapi, pengurusan Takara dan Tomy telah membincangkan gabungan banyak kali, termasuk pada saat Takara muncul lebih kuat. Di bawah undang-undang korporat Jepun, pergerakan tersebut ialah sebuah gabungan kedua-dua syarikat atas satu asas yang sama.
Terdapat banyak ramalan media pascagabungan tentang kawalan jenama daripada gabungan Takara-Tomy. Kebanyakannya timbul daripada penggunaan baru hak cipta "TOMY" atas semua pembungkusan, termasuk bekas jenama Takara yang dihantar oleh Hasbro. Tetapi, itu hanya hasil satu cadangan praktikal untuk menggunakan hanya nama Tomy di subsidiari antarabangsa. Di Jepun,Takara-Tomy terus menggunakan kedua-dua Takara dan Tomy sebagai nama jenama berbeza atas mainan yang berasal dari setiap syarikat masing-masing, dan kebanyakan mainan atau produk tersendiri sekarang menggunakan jenama Takara-Tomy yang baru.
Takara membeli kepentingan majoriti dalamTatsunoko Production pada bulan Jun 2005. Studio tersebut kemudian menjadi subsidiari penuh Takara-Tomy, mengekori gabungan pada bulan Mac 2006. (Tatsunoko sekarang[bila?] kebanyakannya dimiliki olehNippon TV). Tomy UK diasaskan pada tahun 1982 untuk jualan dan pengeluaran produk Tomy diEropah, dan telah membawa mainan sepertiZoids, dan permainan sepertiLanun Timbul, ke sebelah Barat dengan kejayaan besar. Slogan Tomy UK telah secara tradisional menjadi "Percaya Tomy". Pada tahun 2006, Tomy UK melancarkan sebuah laman sesawang di mana pengguna boleh membeli secara dalam talian daripada katalog Tomy.[5] Pada awal tahun 2011, Takara-Tomy memperolehiKorporasi RC2 dan subjenama RC2, Learning Curve, yang mengandungiThe First Year,Lamaze danKompas.
Takara-Tomy telah mencipta pelbagai jenis produk atas hak-hak mereka sendiri yang termasuk, dari sebelah Tomy: Tomica, Plarail,Zoids, Idaten Jump, Nohohon Zoku dan produk jagaan bayi berjenama Tomy, dan, dari sebelah Takara: Space Pets, Choro-Q (juga dikenali sebagai Penny Racers),Transformers, B-Daman, Koeda-chan (juga dikenali sebagai Treena) danMicroman. Takara-Tomy yang bergabung juga membuat dan/atau menjual pelbagai jenama mainan dan permainan di bawah lesen, sepertiThomas & Friends,Disney,Pokémon,Naruto,Permainan Kehidupan (juga dikenali sebagai Permainan Jinsei), Rockman (atauMega Man),Mermaid Melody Pichi Pichi Pitch,Kirarin Revolution,Sugarbunnies danAnimal Crossing. Hak Tomy atas lesen-lesen ini berbeza-beza berdasarkan kawasan. Antara contoh pertama sinergi produk untuk syarikat yang bergabung itu ialah pergabungan lesen Permainan JinseiTakara dan lesen Pokémon Tomy untuk menghasilkan sebuah Permainan Jinsei Pokémon.
Tomy menjual pelbagai produk secara antarabangsa, termasuk mainan bayi dan prasekolah,monitor bayi, permainan elektronik dan mekanikal, alatan elektronik pengguna, produkkraftangan kanak-kanak, dan pelbagai mainan sesuai untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki. Mereka membuat pilihan baranganDisney,Pokémon danThomas Si Kereta Api yang besar. Mereka juga menerbitkan permainan video di Jepun (kebanyakannya berdasarkanZoids atau siri animeNaruto), dan bertanggungjawab untuk pengeluaran beberapa produkHasbro di Jepun, sepertiPlay-Doh,Jenga danMonopoly. Syarikat berkenaan dulu bertanggungjawab untuk pengeluaran produkMy Little Pony di Jepun sebelumBushiroad memperoleh hak pengeluaran untuk produk-produk tersebut, memulakan dengan sloganFriendship Is Magic francais tersebut (tetapisiri animasi telivisyen dimiliki oleh Hasbro). Pada penghujung tahun 2015, selepas Bushiroad menyangkal hak pengeluaran, Sega Toys memperoleh balik hak kepada semua generasi dalam francais tersebut. Pada tahun 1960-an, Tomy merupakan penaja dan penghasil mainan untuk rancangan televisyenGiant Robo. Mereka bergabung dengan Takara sekejap sebelum kemuflisan syarikatGiant Robo.
Senarai produk-produk yang bernilai adalah seperti yang berikut: