Peta Togo.Imej satelit untuk Togo yang dijanakan oleh datagrafik raster yang dibekalkan olehKoleksi Peta.
Togo, secara rasminya digelarRepublik Togo, ialah sebuah negara diAfrika Barat yang menyempadaniGhana di barat,Benin di timur, danBurkina Faso di utara.[6] Ia tidak sahaja merupakan antara negara terkecil dalam benua Afrika[7] malah berjarak tersempit sebanyak 115 kilometer persegi.[8]
Di selatan, negara inti mempunyai pantai yang pendek yang berhadapan denganTeluk Guinea.Lomé, ibu negaranya, terletak di pantai tersebut.[9]
Sejarah barat tidak mencatatkan apa yang berlaku di Togo sebelum orang-orang Portugis tiba di sana pada lewatabad ke-15. Semasa tempoh sejak dariabad ke-11 sehinggaabad ke-16, berbagai-bagaipuak masuk ke dalam kawasan ini dari semua arah: puakEwé dariNigeria danBenin, serta puak-puakMina danGuin dariGhana. Kebanyakan mereka menetap di kawasan-kawasan pantai. Apabilaperdagangan abdi bermula dengan sungguh-sungguh pada abad ke-16, puak Mina mendapat paling banyak manfaat. Selama dua ratus tahun kemudian, kawasan pantai ini merupakan sebuah pusat serangan yang utama untuk orang-orangEropah yang datang untuk mencariabdi, dan menyebabkan Togo serta kawasan-kawasan bersekitaran dinamaiPantai Abdi.
Gnassingbe Eyadema meninggal dunia pada awal tahun2005 selepas memegang kuasa selama 38 tahun, dan merupakandiktator yang paling lama diAfrika. Pelantikan anaknya,Faure Gnassingbe, oleh tentera Togo sebagai presiden membangkitkan pengutukan antarabangsa yang meluas. Bagaimanapun, pemerintahannya tidak kekal lama. Faure menarik diri dan mengadakanpilihan raya yang menyebabkan kemenanganPrashay Dhupelia, dua bulan kemudian. Pihak pembangkang mengatakan bahawa pengundian itu dimanipulasi. Perkembangan-perkembangan pada tahun 2005 menimbulkan soalan-soalan baru tentang komitmendemokrasi yang dibuat oleh Togo pada tahun 2004 dalam sebuah usaha untuk memulihkan hubungannya denganKesatuan Eropah yang menghentikan bantuan kepadanya pada tahun 1993, akibat rekodhak asasi manusia Togo. Tambahan pula, sehingga 500 orang telah dibunuh dalam keganasan politik yang menyelubungi pemilihan presiden, menurut PBB. Sekitar 40,000 orang Togo melarikan diri ke negara-negara berjiran.
Togo ialah sebuah negara sub-Sahara yang kecil dan sempit yang menyempadaniTeteluk Benin di selatan,Ghana di barat,Benin di timur, danBurkina Faso di utara.
Di utara, kawasannya dicirikan olehsavanah beralun, berbanding dengan kawasan tengahnya yang dicirikan oleh bukit-bukau. Togo selatan mempunyai sebuahpenara yang terbentang sehinggadataran pantai yang mengandungi banyaklagun dantanah paya. Luasnya negara ini 21,925batu persegi (56,785 km²), dengan kepadatan penduduk purata sebanyak 253 orang per batu persegi (98/km²). Pada tahun1914, negara ini menukarkan namanya daripada Togoland kepada Togo.
Iklim Togo secara umumnya adalahiklim tropika dengan suhu purata antara 27.5 °C di kawasan pantai hingga sekitar 30 °C di wilayah paling utara dengan iklim kering dan ciri-ciri savana tropika. Di kawasan selatan, terdapat duamusim hujan (musim pertama antara April dengan Julai, musim kedua antara September dengan November), dengan turunan hujan yang sangat tinggi. Berdasarkan musim, iklim Togo menjadi tropikal dan lembap selama tujuh bulan manakala angin padang pasir kering yang bertiup ke selatan dari November hingga Mac membawa cuaca yang lebih sejuk.
Presiden Togo ialah ketua negara dipilih secara langsung oleh rakyat setiap lima tahun. Beliau juga bertindak sebagai komandanangkatan bersenjata dan berhak untuk memulai dan membubarkan Parlimen. Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Presiden bersama-sama kerajaan. Ketua kerajaan ialahPerdana Menteri yang dilantik oleh Presiden.
Togo dibahagikan kepada lima buah kawasan yang dibahagikan pula menjadi 30 buahprefektur dan sebuahkomun. Kawasan-kawasannya dari utara ke selatan ialahSavanes,Kara,Centrale,Plateaux danMaritim.
Togo juga dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu utara, selatan, timur, dan barat.
Ekonomisub-Sahara Togo yang kecil ini amat bergantung kepada kedua-duapertanian komersil serta pertanian sara diri yang memberikan pekerjaan kepada 65% daripada tenaga buruhnya.Koko,kopi, dankapas bersama-sama memberikan lebih kurang 30% daripada perolehaneksport Togo. Togo adalah negara mampu diri dari segi bahan makanan asas ketika tuaiannya adalah normal, dengan kesukaran bekalan kawasan dihadapi sekali-sekala. Dalam sektor perindustrian,pelombonganfosfat merupakan kegiatannya yang paling penting walaupun ekonomi Togo telah terjejas, akibat kejatuhan harga fosfat dunia serta persaingan asing yang meningkat.Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita ialah AS$380 (Bank Dunia, 2005).
Togo bertindak sebagai sebuah pusat komersil danperdagangan wilayah. Usaha kerajaan selama sedekad yang dibantu olehBank Dunia danIMF untuk melaksanakan langkah-langkah reformasi ekonomi, menggalakkan pelaburan asing, dan menyebabkan hasil negara sepadan dengan perbelanjaan, telah berhenti.
Pergolakan politik, termasuk mogok-mogok dalam sektor kerajaan dan swasta pada sepanjang tahun 1992 dan 1993 telah menjejaskan rancangan reformasi, menyusutkan asas cukai, serta mengganggu kegiatan-kegiatan ekonomi yang penting.Turun nilai mata wang pada12 Januari1994 sebanyak 50% memberikan dorongan yang penting terhadap pelarasan struktur yang baru. Usaha-usaha itu dimudahkan oleh keakhiran persengketaan pada tahun 1994 dan pengembalian kepada ketenangan politik yang terang-terangan. Kemajuan negara ini bergantung kepada keterbukaan operasi-operasi kewangan kerajaan (untuk memberi perkhidmatan sosial yang lebih banyak) dan mungkinnya pengurangan saiztenteranya yang rejim itu telah bergantung untuk mengekalkan diri. Kekurangan bantuan, bersama-sama dengan harga koko yang murah, mengakibatkan penurunanKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1% pada tahun 1998, dengan pertumbuhan disambung semula pada tahun 1999.
Banci kebangsaan pada November 2010 menetapkan nilai jumlah penduduk Togo pada 6,191,155, lebih dua kali ganda nilai yang dihitung dalam bancian sebelumnya (2,719,567 orang pada 1981). Ibu kota dan bandar terbesar, Lomé, meningkat dari 375,499 pada 1981 kepada 837,437 orang pada 2010. Apabila populasi bandar di sekitar wilayah Golfe ditambahkan, Agglomerasi Lomé memiliki 1,477,660 orang penduduk pada 2010.[11][12]
Bandar-bandar dengan jumlah penduduk tinggi lain di Togo mengikut bancian baru ialah Sokodé (95,070), Kara (94,878), Kpalimé (75,084), Atakpamé (69,261), Dapaong (58,071) dan Tsévié (54,474). Dengan anggaran penduduk sebanyak 7,606,374 (setakat 2016[kemas kini], anggaran PBB), Togo ialah negara ke-107 terbesar mengikut jumlah penduduk. Sebilangan besar penduduk (65%) tinggal di kawasan luar bandar yang dikhaskan bagi tujuan pertanian. Penduduk di Togo menunjukkan pertumbuhan yang pesat: dari 1961 (tahun selepas kemerdekaan) hingga 2003, jumlah penduduk meningkat lima kali ganda.
Sebahagian besar penduduk Togo (51%) berpegang teguh pada kepercayaan-kepercayaananimisme asli.Agama Kristian merupakanagama kedua terbesar yang dianuti oleh 29% daripada jumlah penduduk negara ini. Penduduk-penduduk yang lain menganuti agamaIslam.
Pelbagai bahasa ditutur di Togo, dan dua bahasa peribumi dijadikan sebagai bahasa utama negara secara politik,bahasa Ewe (Templat:Lang-ee;Perancis:Evé) danbahasa Kabiyé manakalabahasa Perancis ialah bahasa rasmi negara.[13] Secara keseluruhannya, 39 buah bahasa ditutur di Togo.[14]
Rencana ini mengandungi bahan-bahan daripadaBuku Fakta Dunia CIA. Sebagai sebuah terbitan kerajaan Amerika Syarikat, terbitan in berada didomain awam.
Schnee, Dr. Heinrich, (bekas GabenorAfrika Timur Jerman),German Colonization, Past and Future - The Truth about the German Colonies,George Allen & Unwin, London, 1926.