Toamasina (nama lama:Tamatave) sebuah kota kawasanAtsinanana terletak di pantai timur pulauMadagaskar diLautan Hindi 215 km barat laut jauh dari ibukotaAntananarivo.
Ia merupakanpelabuhan utama negara pulau tersebut; ia agak dikelilingi terumbu karang yang melindung dari maraan laut yang menghempas pesisirannya.[3] Bandar ini mempunyai kependudukan sebanyak 458000 orang menurut banci 2021.[4]
Menurut sejarah lisan masyarakat setempat, kota ini diberi namanya semasa penerokaan ia olehRaja Radama I yang berangkat darikerajaannya di Dataran Tinggi pulau tersebut; baginda dipercayai menemukan arahlaut dengan mengambil air dari sekitarnya dan merasainya lalu berkata, "Toa masina!" ("[Airnya]masin!")[5]
Petempatan ini menjadi tempat utama kerajaan Merinaberdaganghamba abdi dengan para pedagang India, Arab mahupun dari kalangan pelayar Barat pada abad ke-18 menggantikanMahalevona.[6][7]