
Tin minuman (Jawi: تين مينومن) ataukupi (Jawi: کوڤي) dalamloghat Kelantan ialahbekas logam direka bagi menyimpan cecair yang boleh dibuka dandiminum terus. Pelbagai minuman boleh disimpan dalam bekas seumpama ini baik yangringan berkarbonat,beralkohol,jus buah,teh,minuman tenaga dan sebagainya.
Ia lazim diperbuat daripadaaluminium (75% yang dihasilkan seluruh dunia)[1] ataukeluli berlapis timah (25%). Sekitar 370 bilion tin dihasilkan setiap tahun.[1]
Tab ini dipasangkan pada suaturivet di permukaan tin di mana tab ini akan ditarik "mengoyakkan" suatu pembukaan di permukaan tersebut.
Tab jenis ini didapati sangat berbahaya kepada peminum yang terkena pembuka tersebut uang tercabut dan tenggelam dalam air kandungan tin.[2]
Kaedah ini dipatenkan pada 1975 memperkenalkan kaedah pembukaan yang lebih diperbaiki di mana tab ini bertindak sebagaituil menekan alur sebahagian tudung tin sehingga terkoyak lalu melipat koyakan tersebut di bawah tudung tin sekaligus mengurangkan kecederaan dan sampah terhasil oleh tab yang boleh ditanggalkan.[3]
Isipadu tampungan kaleng-kaleng ini berbeza mengikut peraturan ditetapkan dari negara ke negara. Minuman-minuman ringan di Malaysia dan Singapura paling kerap dijualberisipadu 300 ml untuk minuman tidak berkarbonat dan 325 ml untuk minuman berkarbonat. Saiz 330hingga 350 ml terhad kepada minuman yang diimport yang biasanya berharga jauh lebih mahal daripada minuman tempatan. Bekas minuman yang dijual di Indonesia pula (tin disebut sebagai "kaleng minuman") biasanya 330 ml.
Kedua-dua Malaysia dan Indonesia menetapkan isipadu tin yang dibenarkan untuk minuman keras sepertibir pada 320ml.