Rencana ini mengenai negara di Asia Tenggara. Untuk Provinsi Timor Timur yang merupakan sebahagian daripadaIndonesia (1976-1999), sila lihatTimor Timur.
Republik Demokratik Timor Leste ريڤوبليک ديموکراتيک تيمور ليستي
Republik Demokratik Timor Leste (Portugis:República Democrática de Timor-Leste,[5]Tetum:Repúblika Demokrátika Timór-Leste),[6]) atau juga dikenali sebagaiTimor Timur ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara, dan bersempadan denganKepulauan Timor (Indonesia) di barat. Timor Leste merangkumi pulauAtauro,Jaco,Oecussi-Ambeno dan sebahagian PulauTimor.
Timor Lestediserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999. Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002.
"Leste" dalambahasa Portugis bermaksud "timur" merujuk kepada lokasi petempatanpara penjajah Portugis dipulau Timor itu sendiri, hal ini membawa kepada penamaan ia dalam bahasa Portugs yang juga salah satu bahasa rasmi negara ini,Timor-Leste yangbertanda sengkang;[5] nama Portugis bersengkang ini turut dipakai semasa wakil-wakilnya memasukiPertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002. Nama "Timor Leste" yang berjarak pula lazim digunakan media berita se-Nusantara baik yang berbahasa Malaysia (termasukBernama) danIndonesia (termasukKOMPAS).Bahasa Tetum pula memanggil nama ini sebagaiTimór Lorosa'e (Lorosa'e bermaksud "naik matahari" / "timur").
1902: Pembahagian Timor antara kaum Portugis dan Belanda secara definitif
1975: Timor Portugis ditelantarkan Portugal yang dilanda Revolusi Pokok Bunga Teluki
1976: Bergabung dengan Indonesia, menjadi Wilayah Timor Timur
1976 - 1980: Perang saudara; konon sekitar 100.000 - 250.000 orang tewas
1991: Insiden Santa Cruz
1999: Referendum pemisahan diri Timor Timur dibenarkan presiden B. J. Habibie
1999: Rusuhan besar-besaran antara pro-dan anti-kemerdekaan dan pelarian warga Timor Timur
2002: Terbentuknya negara Timor Leste
2006: pertiga bekas tentera kebangsaan Timor Leste memberontak menuntut keadilan; pecah konflik antara pihak polis yang menyokong kerajaan dengan pihak tentera
Ketua Negara Republik Timor Leste ialah seorang presiden, yang dipilih secara langsung dengan dengan masa bakti selama 5 tahun. Walaupun fungsinya hanya seremonial saja, ia juga mempunyai hak veto undang-undang. Perdana Menteri dipilih daripada pemilihan parti dan diangkat / ditunjuk dari parti majoriti sebuah sokongan majoriti. Sebagai ketua kerajaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri atau Kabinet dalam Kabinet Kerajaan.
Parlimen Timor Leste hanya terdiri dari satu kamar saja dan disebut Parlamento Nacional. Anggotanya dipilih untuk masa jabatan selama lima tahun. Jumlah kerusi di parlimen antara 52 dan 65 tetapi saat ini berjumlah 65. Undang-Undang Dasar Timor Leste berdasarkan perlembagaan Portugal.
Angkatan Bersenjata Timor Leste adalah FALINTIL-FDTL (F-FDTL), sedangkan angkatan kepolisiannya adalah PNTL (Policia Nacional Timor-Leste).
1 1975 adalah tahu di mana Pengistiharan Kemerdekaann di Timor Timur sebelum diserang oleh Indonesia. Pada tahun 2002, kemerdekaan Timor Timur diakui sepenuhnya.