Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Timo Glock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Timo Glock
Timo Glock diMoscow Raceway pada tahun 2015.
Lahir (1982-03-18)18 Mac 1982 (umur 43)
Kerjaya Kejuaraan DuniaFormula Satu
KewarganegaraanJermanJerman
Tahun aktif2004,20082012
TeamsJordan,Toyota,Virgin,Marussia
Entri95 (91 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium3
Mata kerjaya51
Petak pertama0
Pusingan terpantas1
Perlumbaan pertamaGrand Prix Kanada 2004
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2012
Kedudukan 2012Ke-20 (0 mata)

Timo Glock (lahir 18 Mac 1982) ialah seorang pemandu kereta lumba dari negaraJerman, yang dahulunya berlumba dalamFormula Satu untuk pasukanJordan,Toyota,Virgin Racing, danMarussia. DiGrand Prix Kanada pada tahun 2004, Glock mengantikanGiorgio Pantano, yang mempunyai pertikaian kontrak denganJordan Grand Prix dan mendapat mata pertama kerjayanya pada perlumbaan Formula Satu sulungnya. Selepas meninggalkan Formula Satu, Glock berlumba untukBMW dalamDeutsche Tourenwagen Masters, bersama pasukan BMW Team MTEK, dan mendapat podium DTM sulungnya diRed Bull Ring.

Kerjaya awal

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan diLindenfels,Jerman Barat, Glock memulakan kerjayasukan permotoran beliau pada tahun 1998 pada usia 15 tahun. Beliau memenangi beberapa kejuaraango-kart serta kejuaraanBMW ADAC Formula Junior Cup pada tahun 2000 danFormula BMW ADAC pada tahun 2001.

Formula Satu

[sunting |sunting sumber]

Jordan (2004)

[sunting |sunting sumber]

Glock menyertaiJordan Grand Prix sebagai pemandu ujian pada tahun 2004. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu diGrand Prix Kanada, dengan mengantikanGiorgio Pantano untuk satu perlumbaan. Beliau mendapat tempat kesebelas, namun dikelaskan di tempat ketujuh selepas kedua-dua pasukanWilliams danToyota disingkirkan dari perlumbaan, lalu Glock mendapat dua mata pada perlumbaan sulungnya. Beliau menamatkan musim ini bersama Jordan, dan mengantikan Pantano untuk tiga perlumbaan terakhir. Penaja Glock, bersamaDeutsche Post, membantu membawaDHL kembali ke Jordan.[1]

Kembali ke Formula Satu

[sunting |sunting sumber]

Toyota (2008–2009)

[sunting |sunting sumber]
Glock memandu untukToyota F1 diGrand Prix Kanada 2008.

Selepas memenangi kejuaraan GP2 Series pada tahun 2007, Glock dikaitkan dengan beberapa pasukan Formula Satu. Beliau menandatangani kontrak denganToyota F1, walaupun masih di bawah kontrak bersamaBMW sebagai pemandu ujian, yang menyebabkan pertikaian itu dibawa ke hadapan Lembaga Pengiktirafan Kontrak. Pada bulan November, lembaga tersebut memutuskan bahawa Glock bebas untuk memandu untuk Toyota bagi musim2008.[2] Glock menandatangani kontrak selama tiga tahun bagi menggantikanRalf Schumacher, yang bersara dari Formula Satu. Beliau mendapat mata pertamanya bagi musim 2008 diGrand Prix Kanada, selepas mendapat tempat keempat, di hadapan pemanduFerrari,Felipe Massa. DiHungary, Glock berjaya mendapat podium pertamanya dengan mendapat tempat kedua. DiGrand Prix Singapura, Glock mendapat tempat keempat, dan ia merupakan salah satu keputusan terbaiknya pada musim tersebut.

Pada perlumbaan terakhir musim 2008, iaituGrand Prix Brazil, Glock berada di tempat ketujuh dengan baki beberapa pusingan dan terus memilih untuk menggunakan tayar cuaca kering, manakala kebanyakan pemandu lain memilih untuk ke pit bagi mengantikan tayar cuaca kering mereka dengan tayar hujan kerana hujan lebat mula turun.[3] Pada pusingan terakhir, Glock berada di tempat keempat, tetapi beliau telah dipotong oleh pemanduToro Rosso,Sebastian Vettel, dan pemanduMcLaren,Lewis Hamilton, pada selekoh terakhir perlumbaan. Selepas Hamilton memotong Glock, ia sudah memadai bagi beliau untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia 2008.[4] Glock menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan kesepuluh dalam kejuaraan pemandu, dengan 25 mata, di belakang rakan sepasukanJarno Trulli.[5]

Glock semasa sesi latihan bebas ketiga diGrand Prix Jepun 2009. Glock mengalami kecederaan semasa sesi kelayakan dan tidak dapat memulakan perlumbaan tersebut.

Musim 2009 bermula dengan baik untuk Glock. Glock mendapat tempat keempat diAustralia dan mendapat tempat ketiga diGrand Prix Malaysia. Glock mendapat podium terakhirnya bagi Toyota diSingapura dengan mendapat tempat kedua. Glock menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh diChina danBahrain. Glock mendapat podium terakhirnya untuk Toyota dengan mendapat tempat kedua, di belakang Lewis Hamilton diGrand Prix Singapura selepas bermula dari tempat keenam. Glock memulakan perlumbaan dengan baik selepas memotong Alonso.

Pada pusingan kelayakan bagiperlumbaan seterusnya, Glock terhempas dan mengalami kecederaan dan tidak dapat berlumba pada hari berikutnya. Jarno Trulli sahajalah yang mewakili Toyota bagi perlumbaan tersebut. Pada 11 Oktober 2009, Toyota mengesahkan bahawaKamui Kobayashi, pemandu ujian Toyota, akan mengantikan Glock. Toyota menarik diri dari Formula Satu pada akhir tahun 2009, dan meninggalkan Glock dengan masa depan yang tidak menentu.

Virgin (2010–2011)

[sunting |sunting sumber]
Glock memandu untukVirgin Racing diGrand Prix Malaysia 2010.

Masa depan Glock kelihatan tidak menentu, tetapi pada 17 November, pasukan baru, Manor Grand Prix mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak bersama mereka dan akan menjadi pemandu pertama mereka untuk itu musim 2010 dan 2011.[6] Manor Grand Prix menjadiVirgin Racing pada bulan November 2009 dan bahawa bekas pesaing GP2nya, Lucas di Grassi menjadi rakan sepasukannya.

Glock memulakan musim 2010 dengan tiga persaraan berturut-turut diBahrain,Australia danMalaysia. Di samping itu, beliau gagal untuk memulakanGrand Prix China kerana kegagalan enjin. DiGrand Prix Sepanyol, beliau mendapat tempat ke-18. DiJepun, Glock mendapat keputusan terbaiknya pada musim ini dan untuk pasukannya dengan mendapat tempat ke-14.

Pada tahun2011,Jérôme d'Ambrosio menyertai Glock di pasukan Virgin Racing, di mana beliau gagal untuk memulakanGrand Prix Turki.

Pada 24 Julai 2011, ia telah diumumkan bahawa Glock telah menandatangani lanjutan kontrak selama tiga tahun bersama Virgin sehingga musim 2014. Pasukan itu telah dinamakan semula sebagaiMarussia F1 bagi musim2012.[7]

Marussia (2012)

[sunting |sunting sumber]
Glock diGrand Prix Malaysia 2012
Glock diGrand Prix Amerika Syarikat 2012

Pasukan tersebut dinamakan semula sebagaiMarussia F1 bagi musim 2012, dan Glock menjadi rakan sepasukan kepada pemandu baru dari Perancis,Charles Pic, Marussia terpaksa menarik diri daripada ujian pra-musim selepas gagal dalam ujian kemalangan untuk impak belakang, tetapi akhirnya mereka lulus dan membenarkan Glock untuk bersaing.

Glock memulakan musim 2012 dengan kukuh dengan mendapat tempat ke-14 diAustralia. Glock mendapat tempat ke-17 diMalaysia, dan kemudian mendapat tempat ke-19 berturut-turut diChina danBahrain. Beliau mendapat tempat ke-18 diGrand Prix Sepanyol, dan mendapat tempat ke-14 sekali lagi diMonaco, dan bersara daripada perlumbaanGrand Prix Kanada kerana kerosakan brek. Glock menarik diri dariGrand Prix Eropah selepas mengalami sakit perut.[8] Walau bagaimanapun, beliau kembali untuk berlumba diGrand Prix British, di mana beliau mendapat tempat ke-18, dan diikuti dengan tempat ke-22 diGrand Prix Jerman. Ia dilaporkan diGrand Prix Hungary, bahawa terdapat persengketaan antara Glock dan rakan sepasukan, Pic, selepas Pic menghalang Glock semasa pusingan kelayakan.[9] Glock menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 selepas bertarung denganMichael Schumacher danPedro de la Rosa. Glock mendapat tempat ke-15 diSpa selepas berlanggar denganPastor Maldonado. Kereta beliau tidak mengalami sebarang kerosakan dan beliau menamatkan perlumbaan di hadapan Pic selepas berjaya memotongnya pada saat-saat akhir perlumbaan. DiMonza, beliau mendapat tempat ke-17 setelah mengalami kerosakan sayap depan selepas berlanggar denganVitaly Petrov di selekoh kedua pada pusingan pertama. Bagaimanapun diSingapura, Glock mendapat keputusan yang terbaik untuk Marussia, dengan mendapat tempat ke-12. DiJepun, Glock naik sehingga ke tempat kesebelas pada pusingan kedua selepas beberapa buah kereta lain terlibat dalam insiden pada selekoh pertama, namun beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. DiKorea, beliau mendapat tempat ke-18, dan diIndia, beliau mendapat tempat ke-20 selepas bersaing denganMichael Schumacher. DiSão Paulo, Glock beraksi dengan cemerlang dan berada di hadapan kedua-dua pemandu kereta Caterham, namun dilanggar olehJean-Éric Vergne. Beliau mendakwa ini telah 'memusnahkan perlumbaannya' dengan Petrov akhirnya memintas Charles Pic untuk mengambil tempat kesepuluh bagi Caterham dalam kejuaraan.[10] Glock menamatkan musim di tangga ke-20 dalam Kejuaraan Pemandu, iaitu keputusan terbaiknya untuk pasukan Virgin/Marussia.

Bagi musim 2013, Glock sepatutnya dikekalkan oleh Marussia dan menjadi rakan sepasukanMax Chilton, iaitu rakan sepasukan keempatnya dalam masa empat tahun bersama mereka. Walau bagaimanapun, pada 21 Januari 2013, ia telah disahkan bahawa Glock telah meninggalkan Marussia dengan persetujuan bersama.[11]

DTM (2013–)

[sunting |sunting sumber]
Timo Glock, Deutsche Tourenwagen Masters 2014 - Hockenheimring

Glock bertanding dalamDTM pada tahun 2013 selepas menandatangani kontrak bersama BMW.[12] Pada perlumbaan ketiganya, beliau mendapat podium dan mata pertamanya dengan mendapat tempat ketiga. Namun beliau tidak mendapat apa-apa mata selepas perlumbaan tersebut.

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Glock menetap diSwitzerland bersama teman wanitanya, Isabell Reis. Mereka berjiran dan berkawan rapat dengan pemanduCaterham F1,Heikki Kovalainen dan teman wanitanya, Catherine Hyde.

Rekod perlumbaan

[sunting |sunting sumber]

Ringkasan kerjaya

[sunting |sunting sumber]
MusimSiriMusimPerlumbaanKemenanganP/PertamaP/TerpantasPodiumMataKedudukan
2000ADAC Formula Junior Cup19116?15285.5Pertama
2001Formula BMW ADACBMW Formel ADAC Rookie Team2083?13268Pertama
2002German Formula 3Opel Team KMS18323652Ke-3
2003Formula 3 EuroseriesOpel Team KMS20301655Ke-5
Masters of Formula 3100000Ke-30
2004Porsche SupercupPorsche AG VIP Team100?00NC
Formula SatuJordan Ford400002Ke-19
2005Champ Car World SeriesRocketsports Racing130011202Ke-8
2006GP2 SeriesBCN Competicion20200560Ke-4
iSport International
2007GP2 SeriesiSport International205451088Pertama
Formula SatuBMW Sauber F1 TeamPemandu ujian
2008Formula SatuPanasonicToyota Racing18000125Ke-10
2009Formula SatuPanasonicToyota Racing14001224Ke-10
2010Formula SatuVirgin Racing1900000Ke-25
2011Formula SatuMarussia Virgin Racing1900000Ke-25
2012Formula SatuMarussia F12000000Ke-20

Sebagai pemandu jemputan, Glock tidak boleh mendapat mata.

Keputusan lengkap Formula Three Series

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

TahunKemasukanCasisEnjin1234567891011121314151617181920DCMata
2003Opel Team KMSDallara F303/009Spiess-OpelHOC
1

6
HOC
2

7
ADR
1

1
ADR
2

13
PAU
1

3
PAU
2

Ret
NOR
1

2
NOR
2

3
LMS
1

18
LMS
2

25
NÜR
1

14
NÜR
2

12
A1R
1

12
A1R
2

9
ZAN
1

15
ZAN
2

14
HOC
1

1
HOC
2

22
MAG
1

13
MAG
2

1
Ke-555

Keputusan lengkap Formula Satu

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

TahunKemasukanCasisEnjin1234567891011121314151617181920WDCMata
2004Jordan FordJordan EJ14Ford RS2 3.0V10AUS
TD
MAL
TD
BHR
TD
SMR
TD
ESP
TD
MON
TD
EUR
TD
CAN
7
USA
TD
FRA
TD
GBR
TD
GER
TD
HUN
TD
BEL
TD
ITA
TD
CHN
15
JPN
15
BRA
15
Ke-192
2008PanasonicToyota RacingToyotaTF108Toyota RVX-08 2.4V8AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
9
ESP
11
TUR
13
MON
12
CAN
4
FRA
11
GBR
12
GER
Ret
HUN
2
EUR
7
BEL
9
ITA
11
SIN
4
JPN
Ret
CHN
7
BRA
6
Ke-1025
2009PanasonicToyota RacingToyota TF109Toyota RVX-09 2.4V8AUS
4
MAL
3
CHN
7
BHR
7
ESP
10
MON
10
TUR
8
GBR
9
GER
9
HUN
6
EUR
14
BEL
10
ITA
11
SIN
2
JPN
DNS
BRAABUKe-1024
2010Virgin RacingVirgin VR-01Cosworth CA2010 2.4V8BHR
Ret
AUS
Ret
MAL
Ret
CHN
DNS
ESP
18
MON
Ret
TUR
18
CAN
Ret
EUR
19
GBR
18
GER
18
HUN
16
BEL
18
ITA
17
SIN
Ret
JPN
14
KOR
Ret
BRA
20
ABU
Ret
Ke-250
2011Marussia Virgin RacingVirgin MVR-02Cosworth CA2011 2.4V8AUS
NC
MAL
16
CHN
21
TUR
DNS
ESP
19
MON
Ret
CAN
15
EUR
21
GBR
16
GER
17
HUN
17
BEL
18
ITA
15
SIN
Ret
JPN
20
KOR
18
IND
Ret
ABU
19
BRA
Ret
Ke-250
2012Marussia F1 TeamMarussia MR01Cosworth CA2012V8AUS
14
MAL
17
CHN
19
BHR
19
ESP
18
MON
14
CAN
Ret
EUR
DNS
GBR
18
GER
22
HUN
21
BEL
15
ITA
17
SIN
12
JPN
16
KOR
18
IND
20
ABU
14
USA
19
BRA
16
Ke-200

Separuh mata diberikan di Grand Prix Malaysia 2009 kerana kurang daripada 75% jarak perlumbaan dilengkapkan.

Keputusan lengkap Champ Car Series

[sunting |sunting sumber]

Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

TahunPasukan12345678910111213KedudukanMata
2005RocketsportsLBH
6
MTY
11
MIL
9
POR
10
CLE
10
TOR
7
EDM
13
SJO
6
DEN
13
MTL
2
LVG
8
SRF
6
MXC
5
Ke-8202

Keputusan lengkap GP2 Series

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

TahunKemasukan123456789101112131415161718192021DCMata
2006BCN CompeticionVAL
FEA

16
VAL
SPR

8
SMR
FEA

7
SMR
SPR

4
EUR
FEA

17
EUR
SPR

Ret
ESP
FEA

11
ESP
SPR

10
MON
FEA

Ret
Ke-458
iSport InternationalGBR
FEA

2
GBR
SPR

6
FRA
FEA

1
FRA
SPR

4
GER
FEA

3
GER
SPR

1
HUN
FEA

2
HUN
SPR

5
TUR
FEA

4
TUR
SPR

4
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

DNS
2007iSport InternationalBHR
FEA

2
BHR
SPR

2
ESP
FEA

2
ESP
SPR

1
MON
FEA

3
FRA
FEA

Ret
FRA
SPR

Ret
GBR
FEA

Ret
GBR
SPR

Ret
EUR
FEA

1
EUR
SPR

5
HUN
FEA

10
HUN
SPR

Ret
TUR
FEA

4
TUR
SPR

1
ITA
FEA

3
ITA
SPR

1
BEL
FEA

17
BEL
SPR

DNS
VAL
FEA

7
VAL
SPR

1
Pertama88

Keputusan lengkap DTM

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

TahunPasukanKereta12345678910KedMata
2013BMW Team MTEKBMW M3 DTMHOC1
Ret
BRH
13
SPL
3
LAU
14
NOR
13
MOS
16
NÜR
18
OSC
ZAN
HOC2
Ke-14*15*

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Deutsche Post World Net | Speed Academy
  2. ^"CRB berkata Glock bebas memandu untuk Toyota". autosport.com. 2007-11-16. Dicapai pada2007-11-16.
  3. ^Benson, Andrew (2008-11-02)."Grand Prix Brazil". BBC Sports.
  4. ^"Pemandu McLaren, Hamilton menjadi juara dunia F1 termuda". tsn.ca. 2008-11-02.
  5. ^"Kedudukan 2008". tsn.ca. Dicapai pada2008-11-02.
  6. ^"Glock: Manor F1".BBC Sport.BBC. 2009-11-17. Dicapai pada2010-04-05.
  7. ^http://www.formula1.com/news/headlines/2011/7/12345.html
  8. ^"Glock tidak akan berlumba di Valencia kerana masalah kesihatan".Formula1.com.Kumpulan Formula Satu. 24 Jun 2012. Dicapai pada24 Julai 2012.
  9. ^Rakan sepasukan bersaing di Marussia inautonews FC
  10. ^"Glock: Vergne memusnahkan perlumbaan saya". Crash.net. Dicapai pada21 Disember 2012.
  11. ^"Joint statement from the Marussia F1 Team and Timo Glock".Laman sesawang Marussia F1 Team.Marussia F1. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-01-23. Dicapai pada21 Januari 2013.
  12. ^O'Leary, Jamie (25 Januari 2013)."BMW confirms Timo Glock for 2013 DTM season".Autosport.Haymarket Publications. Dicapai pada18 Februari 2013.

Sumber

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Timo Glock.
Kedudukan sukan
Didahului oleh
A. J. Allmendinger
Champ Car Rookie of the Year
2005
Diikuti oleh:
Will Power
Didahului oleh
Lewis Hamilton
Juara Pemandu GP2 Series
2007
Diikuti oleh:
Giorgio Pantano
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Timo_Glock&oldid=6100719"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp