Tianjin terletak di tenggara Kawasan Perbandaran Beijing, serta menyempadani wilayahHebei di utara, selatan dan barat danTeluk Bohai di timur. Sebagai kawasan perbandaran, Tianjin mempunyai status pentadbiran yang sama seperti wilayah-willyah China yang lain.
Mukabumi Tianjin terbentuk daripada sedimentasi pelbagai sungai ke arah laut diTeluk Bohai, termasukSungai Kuning.
Jam abad ke Tianjin
PembukaanGrand Canal semasaDinasti Sui mendorong pembangunan pusat perdagangan Tianjin. Hingga 1404, Tianjin disebut "Zhigu" (直沽). Ketika itu, MaharajaYung Lo mengubah nama kepada Tianjin, yang bererti "Pelabuhan Surgawi", untuk menunjukkan bahawa Maharaja (putra Syurga) menyeberangi sungai di situ. Maharaja memang pernah menyeberangi sungai di Tianjin saat kempen untuk merebut takhta dari anak saudaranya. Kemudian, sebuah kubu didirikan di Tianjin, yang dikenali sebagai "Tianjin Wei" 天津 (卫), Benteng Tianjin.
Tianjin dinaiktaraf menjadi wilayah di 1725 . Tianjin County ditubuhkan pada 1731 .
Pada tahun 1856, tentera China menaiki kapal The Arrow , sebuah kapal milik China yang disenaraikan diHong Kong mengibarkan bendera British dan disyaki melakukan jenayah penyeludupan dan perdagangan candu. 12 orang ditangkap dan dipenjarakan. Ekoran itu,British danPerancis menghantar kapal meriam di bawah komando Laksamana SirMichael Seymour untuk menawan Benteng taku (大沽炮台) berhampiran Tianjin Mei 1858.Perang Candu Kedua pada bulan Jun ,Perjanjian Tianjin ditandatangani .Maka Tianjin dibuka kepada perdagangan asing. Perjanjian ini ditandatangani oleh Maharaja China pada 1860, dan Tianjin secara rasmi dibuka kepada dunia luar. Antara 1895-1900,United Kingdom danPerancis bergabung denganJepun ,Jerman danRusia . Konsesi turut dibuka kepadaAustria-Hungary ,Itali danBelgium yang membenarkan didirikan penjara sendiri, sekolah, berek dan rumah sakit. Bangsa Eropah ini meninggalkan banyak senibina sepertigereja-gereja dan beribu-ribuvila.
Kehadiran warga asing mencetuskan insiden ganas seperti Insiden Gereja Tianjin (天津教案). Pada bulan Jun 1870, Gereja Wanghailou (望海楼教堂) di Tianjin, yang dibina oleh mubaligh Katolik Perancis dituduh menculik dan memepengaruhi anak-anak China. Kononnya biarawati menyebabkan mata anak-anak bingung. Pada 21 Jun, para hakim Tianjin County menyebabkan pertengkaran antara gereja Kristian dengan penduduk bukan-Kristian Tianjin . Pemprotes membakar gereja Wanghailou Gereja dan konsulat Perancis di sebelahnya. Perancis dan enam negara Barat menggesa kerajaan Qing membayar pampasan.
Pada bulan Jun 1900, kumpulan Boxer menguasai banyak kawasan di Tianjin. Pada 26 Jun, pasukan Eropah bertempur dengan kumpulan Boxer berhampiranLangfang. Konsesi asing juga dikepung selama beberapa minggu.
Pada bulan Julai 1900, Perikatan Lapan Negara menyerang dan menduduki Tianjin. Mereka mendirikan kerajaan Sementara Tianjin, yang terdiri daripadaRussia,british,Jepun,Jerman,Perancis,Amerika,Austria-Hungary, danItali. Sejak itu, Tianjin menjadi bandar moden, mendirikan balai polis China moden pertama. Tahun 1907, Yuan mengadakan pilihan raya demokratik pertama China moden untuk sebuah dewan county.