Thuwaybah (Arab:ثويبة) ialah seorangsahabiyah serta ibu susuanNabi Muhammad. Nama lengkapnya adalah Tsuwaibah Al-Aslamiyah yang pernah menyusuiNabi Muhammad,Hamzah bin Abdul-Muththalib danAbdullah bin Abdul-Asad.[1][2] Sama ada beliau memeluk Islam ialah satu khilaf.[3]
Beliau asalnya merupakan hambaAbu Lahab yang kemudiannya dibebaskan selepas kelahiranNabi Muhammad. Dalam catatan, Tsuwaibah merupakan wanita pertama yang menyusui Nabi selepas ibunyaAminah, selama seketika sebelum disusui olehHalimah As-Sa'diyah. Thuwaybah wafat pada tahun7 Hijrah (629 M) setelahPertempuran Khaibar.