Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Thuringia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puak Thuringia atauToringi ialah satu kumpulanpuak Jermanik yang muncul lewat ketikaVölkerwanderung diPergunungan Harz di bahagian tengahGermania sekitar tahun 280. Sebuah negeriJerman bernamaThüringen dinamakan bersempena dengan puak ini yang menghuni di kawasan sekitarnya. Rekod-rekod sejarah mendapati bahawa puak ini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh puakAlamanni yang berhijrah ke selatan, ke kawasan yang dikenali dengan namaAlamannia. Malah sejarawan turut berpendapat bahawa puak Thuringia berkemungkinan berasal daripada kumpulan yang sama dengan puak Alamanni atau puak sekutunya atau berkemungkinan sebuah puak kecil. Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa mereka adalah cucu cicit puakHermanduri. Bahagian terakhir nama ini, iaitu-duri kemudiannya bertukar menjadi -thuri dan akhirnya ditambah dengan imbuhan-ing sekaligus memberi maksudcucu cicit Hermanduri.


Ikon tunas

Rencana berkaitanJerman ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thuringia&oldid=5431107"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp