Karya utamanya,Historíai (Ἱστορίαι "Sejarah-sejarah"-History of the Peloponnesian War) meriwayatkan suatuperang antaraSparta danAthens di kawasanPeloponnesos pada abad ke-5 SM sehingga tahun 411 SM. Dari penulisan inilah beliau diiktiraf sebagai bapasejarah saintifik melalui pendekatannya yang berkecuali tanpa merujuk kepada tindakan dewa-dewi sepertimana para sejarawan sezamannya, di mana periwayatannya dipandukan pengumpulan bukti serta analisis sebab dan akibat terhadap kejadian yang dikaji.[1][2][3]
Beliau sering dibandingkan bersamaHerodotus sebagai pemengaruh besar terhadap kajian sejarah di dunia Barat, namun kedua-dua daripada mereka mempunyai pendekatan dan fahaman yang tersendiri mengenai tujuan sejarah itu dikaji. Herodotus melihat sejarah sebagai suatu sumber pengajaran moral di mana konflik dan peperangan merupakan hasil tindakan membalas dendam terhadap ketidakadilan yang dilakukan secara berterusan dan dalam kitaran.[4] Thoukydides pula membataskan kajiannya kepada laporan tepat kejadian ketenteraan dan politik semasa berdasarkan catatan saksi utama[5] meskipun beliau sendiri tidak menamakan orang sumbernya seperti yang dilakukan; beliau melihat susur hidup melalui unsur politik dan memandang sejarah dari sudut pandang atau perspektif politik juga.
^Korab-Karpowicz, W. Julian. Edward N. Zalta (penyunting)."Political Realism in International Relations".The Stanford Encyclopedia of Philosophy (ed. musim panas 2013). Dicapai pada23 Mac 2016.
^Ryszard Kapuscinski:Travels with Herodotus, m/s. 78.
Thucydides,The Peloponnesian War. London, J. M. Dent; New York, E. P. Dutton (1910).. The classic translation by Richard Crawley. Reissued by the Echo Library in 2006.ISBN1406809845OCLC173484508
Thucydides,The Peloponnesian War. Indianapolis, Hackett (1998); translation by Steven Lattimore.ISBN9780872203945.