Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Thomas Edison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thomas Alva Edison

"Genius ialah 1% ilham, 99% keringat." - Thomas Alva Edison,Bulanan Harper (September 1931)
Lahir:11 Februari1847
Amerika SyarikatMilan, Ohio
Meninggal dunia:18 Oktober1931 (umur 84)
Amerika SyarikatOrange Barat, New Jersey
Pekerjaan:Pereka,usahawan
Pasangan:Mary Edison, Mina Edison
Tempat lahir Edison
Thomas Edison ketika masih kanak-kanak.
(Inggeris)A Day with Thomas Edison (1922)

Thomas Alva Edison (11 Februari184718 Oktober1931) ialah seorangpereka danusahawanAmerika Syarikat yang mengembangkan banyak peranti yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar "Yang Pintar dariTaman Menlo" oleh seorangwartawan, beliau adalah salah satu pereka terawal yang menggunakanpengeluaran besar-besaran untuk prosesperekaan dan oleh itu, sering dihargai kerana menciptamakmalpenyelidikan perindustrian yang pertama.[1]

Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling prolifik dalam sejarah, dan memiliki1,093 buahpaten Amerika Syarikat atas namanya, serta juga banyak paten diUnited Kingdom,Perancis, danJerman.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan diMilan, Ohio, Thomas Edision ialah anak bongsu serta anak ketujuh kepada Samuel Ogden Edison, Jr. (1804-1896; dilahirkan di Marshalltown,Nova Scotia,Kanada) dan Nancy Matthews Edison nee Elliott (1810-1871). Keluarganya berasal dariBelanda.[2]

Di sekolah, fikiran Edison yang muda sering melayang-layang dan gurunya, Reverend Engle, kedapatan mengatakannya "bercelaru". Ini menamatkan persekolahan Edison yang telah berlangsung selama tiga bulan. Edison kemudian mengenangkan, 'Ibukulah yang menyebabkanku berjaya. Dia amat menyayangiku, begitu percaya akan aku; dan aku berasa aku mempunyai suatu tujuan untuk hidup, suatu orang yang harus aku tidak mengecewakan." Ibunya kemudian mengajarnya di rumah.[3] Kebanyakan daripada pendidikannya datang daripada membaca buku Richard Green Parker,Aliran Fikiran Falsafah Semula Jadi.

Puncakepekakan Edison dikatakan diakibatkan olehdemam marak semasa kanak-kanak serta juga olehjangkitantelinga tengah berulang yang tidak dirawat. Pada sekitar pertengahan kerjayanya, Edison mengaitkan hilang pendengarannya kepada suatu peristiwa yang berkaitan dengan seorangkonduktorkereta api yang menampar telinganya ketikamakmalkimianya terbakar di dalam sebuah gerabak. Pada tahun-tahun kemudian, beliau mengubah suai ceritanya dan mengatakan bahawa kecederaan itu berlaku apabila seorang konduktor yang bertujuan untuk membantunya memasuki gerabak kereta api yang sudah bergerak mengangkat telinganya.[4][5]

Keluarga Edison terpaksa berpindah kePelabuhan Huron,Michigan apabila landasan kereta api memirauMilan, tetapi kehidupannya di Michigan pahit manis. Beliau menjualgula-gula danakhbar di dalam keretapi-keretapi yang berulang-alik dari Pelabuhan Huron keDetroit.

Edison kemudian menjadi seorang operatortelegraf selepas menyelamatkan Jimmie MacKenzie yang berumur tiga tahun daripada dilanggar oleh sebuah kereta api yang tidak terkawal. Bapa Jimmie yang merupakan seorang ejen stesen J.U. MacKenzie dariGunung Clemens, Michigan berasa terhutang budi sehingga melatih Edison menjadi seorang operator telegraf. Selepas latihan selama tiga bulan, Edison menguasai kemahiran dan digaji oleh sebuah pejabat telegraf yang dimiliki olehWestern Union.[6] Kepekakan Edison dikatakan membantunya kerana ia menyekat bunyi-bunyi dan menghalang Edison daripada mendengar operator telegraf yang duduk di sebelahnya. Salah satumentornya pada masa awal itu ialah seorang rakannya yang juga operator telegraf serta juga pereka yang bernamaFranklin Leonard Pope. Pope membenarkan pemuda yang miskin ini tinggal dan bekerja ditingkat bawah tanah rumahnya diElizabeth,New Jersey.

Sesetengah daripada rekaan-rekaan Edison yang terawal berkait dengan telegraf, termasuknyatiker saham (bahasa Inggeris:ticker tape). Paten Edison yang pertama ialah pencatat undi elektrik (Paten Amerika Syarikat 90,646)[7] yang diluluskan pada1 Jun1869.[8]

Rumah tangga

[sunting |sunting sumber]

Pada25 Disember1871, Edison berkahwin dengan Mary Stilwell yang berumur 16 tahun dan yang ditemuinya dua bulan lebih awal. Mereka dikurniakan dengan tiga orang anak, iaitu:

Mary Edison meninggal dunia pada9 Ogos1884 ketika berumur sekitar 29 tahun dan pada24 Februari1886 ketika berumur 39 tahun, Edison berkahwin dengan Mina Miller yang berumur 19 tahun diAkron, Ohio.[9] Mereka juga dikurniakan dengan tiga orang anak, iaitu:

Mina hidup lebih lama daripada Thomas Edison dan meninggal dunia pada24 Ogos1947.[10]

Permulaan kerjaya

[sunting |sunting sumber]
Gambar foto Edison dengan ciptaan peti nyanyi, diambil olehMathew Brady pada tahun 1877

Thomas Edison memulakan kerjayanya sebagai pencipta di bandarNewark, New Jersey, bermula dengan pengulang automatik dan peranti-perantitelegrafi yang lain, tetapi setelah menciptapeti nyanyi barulah namanya dijulang pada tahun 1877. Ramai yang tidak menyangka pencapaian ini. Edison meraih gelaran "The Wizard of Menlo Park," sempena tempat tinggalnya ketika itu. Peti nyanyi sulungya merupakan rakaman bunyi pada kerajangtimah di keliling silinder beralur tetapi mutu bunyinya kurang memuaskan. Rakaman kerajang timah hanya dapat diputar beberapa kali yang kecil sahaja. Pada 1880-an, munculnya model diperbaharui yang dibuat daripada silinder kadbod bersalut lilin ciptaanAlexander Graham Bell,Chichester Bell, danCharles Tainter. Oleh itu Thomas Edison menyambung kerja-kerja memperhalusi ciptaan peti nyanyinya ("Perfected Phonograph").

Mary Had a Little Lamb

Thomas Edison membacakan pantun "Mary Had a Little Lamb"=Ogg

Masalah mendengarkan ? Sila lihatbantuan media.

Menlo Park (1876-1881)

[sunting |sunting sumber]
Makmal Menlo Park milik Edison, dipindahkan keGreenfield Village di Dearborn, Michigan. (Perhatikan organ pada dinding)
Model mentol lampu pertama yang dijayakan Thomas Edison, didemonstrasi di khalayak ramai di Menlo Park, Disember 1879
U.S. Patent#223898: Electric-Lamp. Dikeluarkan pada 27 Januari 1880.

Inovasi utama Edison merupakan makmal penyelidikan industri terulung yang dibina diMenlo Park, New Jersey. Pembinaan makmal ini dibiayai oleh penjualantelegraf kuadrupleks oleh Edison. Selepas menunjuk cara ciptaan telegraf, Edison belum pasti sama ada rancangan asalnya iaitu menjualnya pada harga sekitar $4,000 hingga $5,000 adalah bijak, maka beliau meminta Western Union untuk membida harganya. Terkilan rasanya apabila ditawar pada harga $10,000,[perlu rujukan] maka beliau menerimanya dengan senang hatinya. Telegraf kuadrupleks ini menjadi kejayaan kewangan besar yang pertama buat Edison, maka Menlo Park menjadi institusi pertama yang didirikan dengan tujuan khusus menghasilkan inovasi dan peningkatan teknologi yang berterusan. Edison diberi penghargaan atas kebanyakan ciptaan yang dihasilkan di situ, biarpun ramai kakitangan menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan mengikut arahannya. Kakitangan beliau diberitahu agar mematuhi arahannya dalam menjalankan penyelidikan, lebih-lebih lagi digesa bekerja keras demi memperoleh hasil. Kumpulan penyelidikan besar yang merangkumi jurutera dan pekerja-pekerja lain, mengasaskan kebanyakan penyelidikan mereka pada usaha-usaha yang sudah dilakukan oleh orang lain.

William J. Hammer, seorang perundingkejuruteraan elektrik, memulakan tugasnya sebagai pembantu makmal Edison pada bulan Disember 1879. Beliau membantu dalam uji kajitelefon,peti nyanyi,kereta api elektrik, pemisahbijih besi,pencahayaan elekttrik, dan banyak lagi. Walaupun begitu, Hammer lebih menumpu pada lampu pijar dan ditugaskan menjalankan ujian dan catatan terhadap peranti tersebut. Pada tahun 1880, beliau dilantik menjadi ketua jurutera Edison Lamp Works. Sepanjang tahun pertamanya, kilang ini yang diketuai Pengurus BesarFrancis Robbins Upton mengeluarkan 50,000 biji lampu. Menurut Edison, Hammer merupakan "perintis pencahayaan elektrik pijar".

Hampir kesemua paten Edison merupakan utiliti yang dilindungi selama 17 tahun dan merangkumi ciptaan atau proses yang bersifat elektrik, mekanik, atau kimia. Belasan paten ini merupakan paten rekabentuk yang melindungi rekabentuk hiasan selama 14 tahun. Seperti kebanyakan paten yang pernah dikeluarkan, ciptaan-ciptaan beliau ini merupakan pembaikan terhadap ciptaan-ciptaan sedia ada. Paten bagi peti nyanyi pula tiada peranti pertama yang merakam dan menghasilkan semula bunyi.[11] Sebenarnya, bukan Edison yang mencipta mentol elektrik pertama, sebetulnya beliau menciptalampu pijar pertama yang boleh diperdagangkan. Sebelum ini sudah wujudnya rekaan-rekaan seumpamanya oleh pencipta-pencipta lain termasuklah paten yang dibelinya dariHenry Woodward danMathew Evans,Moses G. Farmer,[12]Joseph Swan,James Bowman Lindsay,William E. Sawyer,Sir Humphry Davy, danHeinrich Göbel. Sesetengah mentol terawal ini menampakkan kepincangan ketara seperti hayat yang amat singkat, kos pengeluaran mahal, dan penggunaan arus elektrik terlalu tinggi, oleh itu sukar untuk dipasarkan secara besar-besaran. Pada tahun 1878, Edison mencipta istilah "filamen" bagiusnur dawai berbara yang membawa arus, walaupun istilah tersebut pernah dipakai oleh pencipta Inggeris bernamaJoseph Swan sebelum ini. Edison memetik ciri-ciri rekaan awal tersebut lalu menugaskan para pekerjanya untuk mencipta mentol yang tahan lebih lama. Menjelang tahun 1879, beliau dapat menghasilkan konsep baru, iaitu lampu rintangan tinggi dalam vakum yang amat tinggi, yang mampu membara selama beratus-ratus jam. Dibandingkan dengan pencipta awal yang menghasilkan pencahayaan elektrik dalam keadaan makmal, seawal demonstrasi dawai membara olehAlessandro Volta pada tahun 1800, Edison memberi tumpuan kepada kegunaan komersil, maka beliau dapat menjual konsepnya kepada perumahan dan perniagaan dengan menghasilkan mentol lampu yang lebih tahan lama secara besar-besaran serta melengkapkan sistem janaan dan pengedaranelektrik.

Pemancar telefon karbon

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1877–1878, Edison mencipta dan memajukanmikrofon karbon yang digunakan dalam semua telefon di samping penerima Bell sehingga 1980-an. Setelah melalui litigasi paten yang berlarutan, pada tahun 1892 mahkamah persekutuan memutuskan bahawa Edison, bukanEmile Berliner, merupakan pencipta mikrofon karbon yang sah. Mikrofon karbon tersebut juga digunakan dalam penyiaran radio dan siar raya pada 1920-an.

Lampu elektrik

[sunting |sunting sumber]
Edison pada tahun 1878
Rencana utama:Lampu pijar

Setelah melalui bermacam uji kaji denganplatinum dan filamen logam yang lain, Edison menoleh kembali ke filamenkarbon. Ujian pertama yang berhasil dijalankan pada 22 Oktober 1879,[13] sepanjang 40 jam. Edison terus memperhalusi rekaan ini dan pada 4 November 1879, beliau memohon paten A.S. 223,898 (diberi pada 27 Januari 1880) untuk lampu elektrik yang menggunakan "filamen atau jalur karbon yang digelung dan disambungkan pada dawai sentuh platina".[14] Biarpun paten ini menghuraikan beberapa kaedah menghasilkan filamen karbon dengan bahan "benang kapas dan linen, tuap kayu, dan gegelung kertas",[14] beberapa bulan kemudian selepas paten diluluskan barulah Edison dan pasukannya menemui filamenbuluhdikarbonkan yang boleh bertahan selama 1,200 jam.

Pada tahun 1878, Edison menubuhkanEdison Electric Light Company di bandar raya New York dengan dukungan beberapa pembiaya, termasukJ. P. Morgan dan ahli-ahlikeluarga Vanderbilt. Edison mengadakan tunjuk cara pertama bagi ciptaanmentol pijar di Menlo Park pada 31 Disember 1879. Ketika itu beliau pernah berkata: "Kami akan memastikan elektrik semakin murah hinggakan hanya orang-orang kaya yang sanggup menyalakan lilin."[15]

SyarikatGeorge Westinghouse membeli hak paten lampu aruhanPhilip Diehl (1882) pada harga $25,000, sekaligus memaksa pemegang paten Edison untuk mengenakan kadar yang lebih berpatutan bagi penggunaan hak paten Edison di samping menurunkan harga lampu elektrik.[16]

Pada 8 Oktober 1883, jabatan paten A.S. mendapati bahawa paten Edison berasaskan usaha William Sawyer dan maka itu adalah tidak sah. Litigasi berterusan selama enam tahun sehingga 6 Oktober 1889, apabila hakim menetapkan bahawa hujah peningkatan lampu elektrik bagi "filamen karbon tahan lama" oleh Edison adalah sah. Untuk mengelakkan kemungkinan perselisihan mahkamah denganJoseph Swan yang meraih peten British setahun sebelum Edison, beliua bersama Swan membentuk syarikatEdiswan untuk mengeluarkan dan menghasilkan ciptaan berkenaan di Britain.

Teater Mahen di bandarBrno di kawasan yang kini dalam wilayah Republik Czech, merupakan binaan awam pertama di dunia yang menggunakan lampu elektrik ciptaan Edison. Pemasangan lampunya dikelola oleh pembantu Edison bagi ciptaan lampu berkenaan, iaituFrancis Jehl.[17]

Pengedaran bekalan elektrik

[sunting |sunting sumber]

Edison mempatenkan sistempengedaran elektrik pada tahun 1880, sebagai langkah penting untuk mengambil kesempatan daripada penciptaan lampu elektrik. Pada 17 Disember 1880, Edison mengasaskan syarikatEdison Electric Illuminating Company. Syarikat tersebut mengasaskan khidmat utiliti elektrik milik pelabur yang pertama pada tahun 1882 diPearl Street Station,Bandar Raya New York. Pada 4 September 1882, Edison menghidupkan sistem pengedaran kuasa elektrik dari penjana diPearl Street, yang membekalkanarus terus (DC) sekuat 110volt kepada 59 orang pengguna di kawasanManhattan.

Sebelum itu, pada Januari 1882 beliau telah menghidupkan stesen kuasa janaan wap diHolborn Viaduct diLondon. Sistem bekalan DC tersebut membekalkan elektrik kepada lampu jalanan dan beberapa perumahan persendirian dalam jarak terdekat dari stesen tersebut. Pada 19 Januari 1883, sistem pencahayaan elektrik pijar piawai pertama yang menggunakan wayar atas mula berkhidmat di bandarRoselle, New Jersey.

Perang Arus

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Perang Arus Elektrik
Peragaan lampu elektrik yang ranggi menyerikan acara umum, seperti yang dipaparkan dalam gambar dari pertunjukan 1897 Tennessee Centennial Exposition.

Kejayaan sebenar Edison serupa dengan sahabatnyaHenry Ford, iaitu keupayaannya memaksimumkan keuntungan dengan mengasaskan sistem pengeluaran besar-besaran dan hak harta intelek, tetapi pada masa yang sama melunturkan pencapaian usaha-usaha yang kurang lumayan dari pencipta lain yang menumpu kepada penciptaan teknologi yang lebih tahan lama dan cekap.[18][19]George Westinghouse dan Edison menjadi lawan kerana Edison menggalakkan pengedaran kuasa elektrik secara arus terus (direct current, DC) berbanding sistemarus ulang-alik (alternating current, AC) yang lebih mudah diedarkan, ciptaanNikola Tesla dan didukung oleh Westinghouse. Berbanding dengan DC, AC boleh dilangkah naik ke voltan sangat tinggi melalui penggunaantransformer, disalurkan melalui dawai yang lebih nipis dan murah, lalu dilangkah turun di destinasi untukdiedarkan kepada pengguna.

Pada tahun 1887, terdapat 121 buah stesen janakuasa Edison yang menyalurkan arus terus kepada pengguna di Amerika Syarikat. Ketika orang awam mempertikai keupayaan arus terus, Edison melancarkan kempenpropaganda untuk meyakinkan orang ramai bahawa arus ulang-alik terlalu bahaya untuk digunakan. Salah satu kepincangan DC adalah stesen janakuasa cuma mampu menyalurkan bekalan elektrik kepada para pengguna dalam jarak 1½ batu dari stesen janakuasa, justeru hanya sesuai digunakan oleh kawasan perniagaan pusat bandar. Apabila George Westinghouse mencadangkan penggunaan AC bervoltan tinggi yang mampu menyalurkan elektrik sejauh ratusan batu tanpa banyak kehilangan kuasa, maka Edison mencetuskan "Perang Arus" untuk menghalang hasrat Westinghouse untuk melariskan penggunaan AC itu.

Sungguhpun Edison membangkang hukuman mati, namun kempen memerangi AC mengakibatkan diri Edison terjebak dalam pemajuan dan promosikerusi elektrik untuk menunjukkan betapa bahayanya AC berbanding DC yang lebih "selamat". Edison terus menjalankan kempen yang singkat tetapi sengit untuk mengharamkan penggunaan AC atau mengehadkan voltan untuk tujuan keselamatan. Dalam kempen ini, para pekerja Edisonmerenjatkan haiwan di khalayak umum untuk menunjukkan betapa bahayanya AC;[20][21] arus elektrik AC, terutamanya hampir frekuensi 60 Hz, memperlihatkan kebarangkalian lebih tinggi untuk mengakibatkan “pemfibrilan jantung” pembunuh berbanding arus DC.[22] Misalnya, pada tahun 1903, para pekerja upahan Edison merenjatkan Topsy si gajah di Luna Park, berhampiranPulau Coney, setelah gajah tersebut membunuh beberapa orang sehingga pemiliknya mahu Topsy dibunuh.[23] Peristiwa tersebut turut dirakamkan oleh pihak syarikat beliau.

Akhirnya, kaedah AC menewaskan DC untuk tujuan janaan dan pengedaran kuasa secara keseluruhan, malah banyak meluaskan penggunaan dan mempertingkatkan kecekapan bekalan elektrik. Walaupun tidak digemari lagi, namun kaedah DC masih wujud terutamanya dalam sistem transmisiarus terus bervoltan tinggi (high-voltage direct current, HVDC) jarak jauh. Pengedaran DC bervoltan rendah pula masih digunakan di kawasan pusat bandar berketumpatan penduduk tinggi selama bertahun-tahun namun digantikan oleh rangkaian AC bervoltan rendah di kebanyakan kawasan perniagaan pusat. DC ada kelebihan yang mana tabungbateri yang besar boleh terus menjana kuasa walaupun berlakunya gangguan seketika bekalan elektrik dari penjana dan sistem transmisi. Kemudahan sepertiCommonwealth Edison diChicago ada pengubah putar, atau juga dikenali sebagaipenjana motor, yang boleh mengubah DC ke AC dan AC ke pelbagai frekuensi pada awal abad ke-20. Syarikat utiliti membekal alat terus untuk menukarkan AC bervoltan rendah menjadi DC untuk kegunaan lif, kipas dan pam. Masih terdapat 1,600 pengguna DC di pusat bandar New York City pada tahun 2005, sebelum perkhidmatan ini akhirnya dihentikan pada 14 November 2007.[24] Walaupun begitu, kebanyakan sistem tren bawah tanah masih dijana berkuasakan arus terus.

Fluoroskopi

[sunting |sunting sumber]

Edison dihargai kerana mereka dan menghasilkanfluoroskop komersil yang pertama, iaitu mesin yang mengambil radiograf (atau "sinar X"). Pada mulanya, teknologi ini hanya mampu menghasilkan imej yang agak kabur, sehinggalah Edison mendapati layar fluoroskopi tungstat kalsium boleh menghasilkan imej yang lebih jelas berbanding layarplatinosianid barium yang asalnya dipakai olehWilhelm Röntgen. Rekaan asas fluoroskop Edison masih dipakai hingga ke masa kini, walaupun Edison sendiri menghentikan projek itu setelah nyaris kehilangan penglihatannya, apalagi menyebabkan pembantunyaClarence Dally cacat teruk. Dally menawarkan diri sebagai bahan ujian untuk projek fluoroskopi, dan maka itu dirinya terdedah kepada jumlah sinaran yang beracun. Lambat-laun dia meninggal akibat kecederaan kesan pendedahan tersebut. Pada tahun 1903, Edison yang masih meratapi tragedi itu menyeru agar tidak berbincang mengenai sinar X bersamanya lagi kerana beliau sudah gerun.[25]

Ciptaan media

[sunting |sunting sumber]

Telegrafi merupakan kunci kepada kejayaan Edison. Dengan adanya pengetahuan dari pengalaman bertahun-tahun sebagai pengendali telegraf, beliau mempelajari asas penggunaan elektrik. Ini membolehkan beliau mengaut untung pertamanya dengan ciptaanstock ticker, iaitu sistem penyiaran elektrik yang terawal. Edison mempatenkan mesin petin nyanyi yang merakam dan memainkan bunyi pada tahun 1878. Edison juga meraih peten untuk ciptaan kamerawayang gambar atau "Kinetograph". Beliau membangunkan rekabentuk elektromekanik sementara pekerjanyaW.K.L. Dickson yang bertugas sebagai jurugambar, mengusahakan pembangunan fotografi dan optik. Oleh itu, penghargaan banyak diberi kepada Dickson atas ciptaan tersebut.[13] Pada tahun 1891, Thomas Edison mencipta mesinKinetoscope yang digunakan untuk menonton filem pendek yang ringkas. Kinetograph dan Kinetoscope dipamerkan buat julung kalinya pada 20 Mei 1891.[26]

Pada 9 Ogos 1892, Edison menerima paten untuk ciptaan telegraf dua hala. Pada bulan April 1896,Vitascope ciptaanThomas Armat yang dihasilkan oleh kilang Edison dan dipasarkan dengan nama Edison, digunakan untuk menayangkan wayang gambar di tayangan awam di bandar raya New York. Kemudian, beliau mempamerkan wayang gambar beriringan runut suara dari rakaman silinder yang disegerakkan dengan filem.

Ciptaan Kinetoscope menjejak kaki di Eropah apabila seorang tokoh perniagaan Amerika bernamaIrving T. Bush (1869–1948) membeli 12 buah mesin dari Continental Commerce Company milik Franck Z. Maguire dan Joseph D. Bachus. Bush memasang mesin Kinetoscope pertama di London pada 17 Oktober 1894. Pada masa yang sama, syarikat Kinétoscope Edison Michel et Alexis Werner dariPerancis membeli mesin-mesin tersebut untuk pasaran Perancis. Pada akhir tahun 1894, Continental Commerce Company menjual ratusan Kinetoscope ke Eropah, khususnyaBelanda danItali. DiJerman danAustria-Hungary, Kinetoscope diperkenalkan olehDeutsche-österreichische-Edison-Kinetoscop Gesellschaft (Syarikat Kinetoscope Jerman-Austria-Edison), yang diasaskan oleh Ludwig Stollwerck[27] dari Schokoladen-Süsswarenfabrik Stollwerck & Co di kotaCologne. Belgium pula menerima mesin Kinetoscope pertamanya diFairs pada awal tahu 1895. Kinétoscope Français milik syarikat Edison diasaskan di Brussel pada 15 Januari 1895, terutamanya dilabur oleh usahawan Belgium, dengan memegang hak penjualan Kinetoscope diMonaco, Perancis dan jajahan-jajahan Perancis. Pada 14 Mei 1895, Kinétoscope Belge diasaskan di Brussel. Tokoh perniagaan Ladislas-Victor Lewitzki, yang menetap di London tetapi bergiat di Belgium dan Perancis, mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan ini. Beliau menjalin hubungan denganLeon Gaumont dan syarikatAmerican Mutoscope and Biograph Co. Pada tahun 1898, beliau juga menjadi pemegang saham Biograph and Mutoscope Company untuk Perancis.[28]

Pada tahun 1901, Edison melawat kawasanSudbury,Ontario,Kanada sebagai seorang pencari gali, dan dihargai kerana julung kali menemui kelompok bijih diFalconbridge. Walaupun begitu, beliau gagal memajukan kawasan tersebut sebagai kawasan perlombongan, lalu beliau melepaskan hasratnya pada tahun 1903.[29] Sebatang jalan di Falconbridge, dan jugaBangunan Edison yang pernah dijadikan ibu pejabatFalconbridge Mines, dinamakan sempena beliau.

Pada tahun 1902, sebilangan orang suruhan Thomas Edison menyogok seorang pemilik pawagam diLondon untuk mendapatkan satu salinan filemLe Voyage dans la Lune buatanGeorges Méliès. Kemudian, Edison menghasilkan ratusan lagi salinan lalu menayangkannya di Bandar Raya New York tanpa memberikan apa-apa pampasan kepada Méliès. Méliès sendiri berniat untuk membawa filem itu untuk ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat untuk menanggung perbelanjaan tinggi dari pembikinan filem ini, malangnya setelah menyedari Edison sudah menayangkannya maka Méliès jatuh muflis.[30] Berikutan itu, orang lain turut menciplak dan menayangkan filem orang lain juga.[31] Untuk melindungi hak cipta filemnya, Edison menyimpan salinan filem-filem berkenaan dalam kertas fotograf berjaluran panjang dipejabat hak cipta Amerika Syarikat. Kebanyakan cetakan kertas tersebut tahan lebih lama berbanding salinan filem sebenar yang ditayangkan pada zaman itu.[32]

Filem wayang kegemaran Edison berjudulThe Birth of a Nation. Beliau berpendapat bahawa filem bersuara telah "menghancurkan segalanya", kerana "Tiada lagi alkonan bagus yang ditayangkan dalam layar, memandangkan para pelakon leka dengan suara sehingga terlupa cara berlakon dengan betul. Saya lebih terasa kerana saya ini pekak orangnya."[33]

Pada tahun 1908, Edison melancarkanMotion Picture Patents Company, iaitu konglomerat yang dianggotai sembilan studio perfileman utama (yang bergelar Edison Trust). Thomas Edison adalah saudara kehormat pertama diPersatuan Akustik Amerika, yang diasaskan pada tahun 1929.

Akhir hayat

[sunting |sunting sumber]
Edison menyambut hari jadi ke-82 bersama PresidenHerbert Hoover,Henry Ford, danHarvey Firestone.Ft. Myers,Florida, 11 Februari 1929.

Edison menjadi pemilik rumah yang merupakan tempat lahirnya diMilan, Ohio, pada tahun 1906. Pada kali terakhir beliau mengunjunginya pada tahun 1923, beliau terkilan kerana mendapati rumah lamanya itu masih diterangi oleh pelita dan lilin. Pada tahun-tahun terakhirnya "satu-satunya cecair yang diambilnya ialah sepain susu setiap tiga jam,"[34] kerana beliau percaya amalan pemakanan sebegini boleh memulihkan kesihatannya.

Edison bergiat dalam biudang perniagaan hingga ke akhir hayat. Beberapa bulan sebelum kematiannya pada tahun 1931, beliau memimpin projek perkhidmatan tren elektrik Lackawanna Railroad di kawasan subbandar dariHoboken keGladstone,Montclair danDover di negeriNew Jersey yang bertransmisi sistemkatenari overhed. Thomas Edison menaiki ruang pendikit tren MU (Multiple-Unit) pertama yang berlepas dari Terminal Lackawanna di bandar Hoboken, lalu membawa tren tersebut sampai ke bandar Dover. Kumpulan tren yang diaturkan oleh Edison di landasan Lackawanna pada tahun 1931 beroperasi sehingga tahun 1984. Sebuah plak khas sempena memperingati kejayaan bersama syarikat Lackawanna dan Edison, masih boleh dilihat di bilik menunggu Terminal Lackawanna Terminal di Hoboken yang kini dikendali oleh New Jersey Transit.

Edison membeli sebuah rumah bernama "Glenmont" pada tahun 1886 sebagai hadiah perkahwinan kepada Mina diLlewellyn Park di bandarWest Orange, New Jersey. Di situlah jenazah Edison dan isterinya, Mina, dikebumikan. Hartanah seluas 13.5 ekar (55,000 m²) itu diselenggara olehNational Park Service dengan namaTapak Bersejarah Kebangsaan Edison. Thomas Edison meninggal dunia pada 18 Oktober 1931, di New Jersey pada usia 84 tahun. Kata-kata terakhir beliau kepada isterinya berbunyi "Indahnya di sana." Mina pula meninggal pada tahun 1947. Hembusan terakhir Edison dilaporkan disimpan dalam tabung uji di MuziumHenry Ford. Ford dilaporkan meminta Charles Edison menyimpan udara dari bilik Thomas Edison dalam tabung uji sejurus selepas beliau meninggal, sebagai bahan kenangan.

Seminole Lodge

Kritikan

[sunting |sunting sumber]

Walaupun Edison bekerja seorang diri pada tahun-tahun awal, beliau kemudian membina satu pasukan penyelidikan dan pembangunan yang agak besar di makmal penyelidikannya di Menlo Park. Umumnya, kakitangan Edison membuat penyelidikan di bawah arahannya, dengan Edison memaksa mereka bekerja keras untuk mencapai hasil. Bagaimanapun, apabila Edison tidak hadir di makmal, kemajuan kerja menjadi amat perlahan. Pasukan penyelidikan Edison merangkumijurutera dan pekerja yang lain dan mendasarkan kebanyakan penyelidikan mereka pada kerja yang telah dibuat oleh orang lain.

Banyak pereka yang lain telah mengerjakan pembangunanmentol pijar, dengan sesetengah mereka juga pernahmempatennya sebelum Edison. Rekaan Edison sendiri seringnya salah dianggap sebagai karya Edison tersendiri walaupun sebenarnya, sebilangan pekerja bertugas di bawah arahannya. Banyak orang merujuk kepada karya Edison sebagai mentol pijar pertama yang mempunyairintangan tinggi, kawasan sinaran yang kecil, serta juga jangka hayat yang berguna. Dalam erti kata yang lain, permohonan patennya disampaikan sebagai reka bentuk tunggal yang sesuai digunakan oleh syarikat tenaga besar seperti yang dimiliki dan dikendalikan oleh Edison sendiri. Bagaimanapun, Pejabat Paten Amerika Syarikat memutuskan pada8 Oktober1883 bahawa reka bentuk Edison bersandarkan karyaWilliam Sawyer dan justera itu, permohonannya tidak sah. Sebenarnya, ketika itu, Edison telah kalah dalam pertikaian paten dimahkamah British apabilaJoseph Swan didapati telah menerima paten untuk mentol yang cuba dituntut oleh Edison sebagai rekaan sendiri di Amerika Syarikat pada1879.[35]

Kejayaan benar Edison, seperti dengan kawannya,Henry Ford, ialah keupayaannya untuk memaksimumkan untung menerusi sistempengeluaran besar-besaran serta hakharta intelektual. Ini memudarkan kejayaan karya orang lain yang menumpukan teknologi kecekapan tinggi yang lebih tahan tetapi kurang beruntung.[36]

Edison seringnya menentanginovasi dan perubahan teknologi, mungkin kerana itu menjejaskanmodel perniagaannya. Pada1887, terdapat 121 buahstesen kuasa Edison di Amerika Syarikat yang membekalkan elektrikarus terus kepada pelanggan. Apabila batas keupayaan dibincangkan oleh khalayak, Edison melancarkan kempenpropaganda untuk meyakinkan orang ramai bahawa elektrik arus ulang-alik (AU) amat sangat berbahaya. Masalah arus terus adalah bahawa stesen kuasa hanya dapat membekalkan elektrik arus terus kepada pelanggan dengan murah di dalam lingkungan satu setengahbatu sahaja dari stesen itu. Justera, ia hanya sesuai digunakan untukdaerah pusat perniagaan. ApabilaGeorge Westinghouse mencadangkan penggunaan arus ulang-alikvoltan tinggi kerana ia dapat membekalkan elektrik sehingga beratus-ratus batu dari stesen tanpa kehilangan banyak kuasa, Edison melancarkan "Perang Arus" untuk menghalang arus ulang-alik daripada diterima lalu digunakan. Dia berulang-ulang kali mengenakan kejutan elektrik arus ulang-alik 1000V padahaiwan untuk 'membuktikan' bahawa arus ulang-alik tidaklah selamat, walaupun lindungan daripada kejutan eletrik, baik oleh arus ulang-alik ataupun oleh arus terus, adalah sama sahaja. Salah satu peristiwa yang lebih terkenal berlaku pada1903 apabila pekerja-pekerja Edison mengenakan kejutan elektrk padaTopsy si gajah di Luna Park, berhampiran denganPulau Coney, selepas gajah itu membunuh banyak orang dan pemiliknya hendak gajah itu dibunuh. Syarikat Edison memfilemkan kejutan elektrik tersebut. Justera, Edison merupakan orang yang memperkenalkan amalanhukuman mati menerusi kejutan eletrik.

Sistemarus ulang-alik (AU) akhirnya diterima dan digunakan. Selain daripada George Westinghouse, sistem yang digunakan pada hari ini disumbangkan oleh banyak orang yang lain, termasukNikola Tesla,Lucien Gaulard,John Dixon Gibbs, danOliver Shallenger antara1881 hingga1889.

Penghormatan

[sunting |sunting sumber]

Penghormatan kepada Thomas Edison tak terkiranya. Ini terbukti dengan penamaan tempat-tempat dan benda-benda sempena beliau, termasuklah bandarEdison, New Jersey, danKolej Negeri Thomas Edison diTrenton, New Jersey. Terdapat sebuahMenara Peringatan dan Muzium Thomas Alva Edison di bandar Edison. DiBeaumont, Texas, terdapat sebuah Muzium Edison, sungguhpun Edison tidak pernah melawat Beaumont. The City Hotel yang terletak di bandarSunbury, Pennsylvania merupakan binaan pertama yang dicahayakan dengan sistem tiga wayar ciptaan Edison. Hotel tersebut dinamakan semula sebagaiThe Hotel Edison, maka kekalnya nama ini hingga ke hari ini.

Tentera Laut Amerika Syarikat memberikan namaUSSEdison kepada sebuahkapal pembinasakelasGleaves'destroyer, pada tahun 1940. Kapal tersebut dibersarakan beberapa bulan selepas berakhirnyaPerang Dunia II. Pada tahun 1962, Tentera Laut menggunakanUSSThomas A. Edison, sebuah kapal selam berkuasa nuklear yang mengeluarkan peluru berpandu balistik, sehingga dibersarakan pada 1 Disember 1983 dan disingkirkan dari Daftar Kapal Tentera pada 30 April 1986. Kapal tersebut melalui Program Pengitaran Semula Kapal dan Kapal Selam Berkuasa Nuklear anjuran Tentera Laut di bandarBremerton,Washington, bermula 1 Oktober 1996. Selepas selesai pada 1 Disember 1997, kapal ini disenaraikan sebagai sekerap dan tidak wujud lagi sebagai sebuah kapal lengkap.

Pingat Edison diperkenalkan oleh sekumpulan sahabat handai dan rakan sekerja Edison pada 11 Februari 1904. Empat tahun kemudian,Institut Jurutera Elektrik Amerika (American Institute of Electrical Engineers, AIEE), kemudian dinamakanIEEE, bersepakat dengan kumpulan tersebut untuk menjadikan pingat tersebut sebagai anugerah tertinggi institut tersebut. Pingat pertama dihadiahkan kepadaElihu Thomson pada tahun 1909. Pada tahun 1917, pingat itu dikurniakan kepadaNikola Tesla. Pingat Edison ialah anugerah tertua dalam bidangkejuruteraan elektrik dan elektronik, yang dihadiahkan setiap tahun kepada sesiapa yang menjayakan "kerjaya pencapaian terpuji dalam bidang sains elektrik, kejuruteraan elektrik atau kesenian elektrik."

Muzium Port Huron diPort Huron,Michigan, memulihkan depoh asal yang menjadi tempat kerja Thomas Edison ketika muda, lalu menamakannya sebagaiThomas Edison Depot Museum. Di bandar tersebut juga terdapat banyak mercu tanda bersejarah yang berkaitan dengan Edison termasuk kubur ibu bapa Edison.

Di kotaDetroit, air pancutan Edison Memorial Fountain didirikan di Grand Circus Park untuk memperingati pencapaiannya. Air panuctan buatan batu kapur tersebut didedikasi pada 21 Oktober 1929.

MajalahLife (Amerika Syarikat) dalam keluaran naskhah berganda istimewa, meletakkan Edison di kedudukan teratas senarai "100 Most Important People in the Last 1000 Years," atas sebab ciptaanlampu mentol yang dilariskannya telah "menerangi dunia." Beliau juga menduduki tangga ke-35 dalamsenarai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah olehMichael H. Hart. Pada tahun 1940, riwayat Edison diceritakan dalam filemEdison, The Man yang dibintangiSpencer Tracy sebagai Edison.

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan tak terhingga oleh para pencipta kepada negara dan dunia,Kongres Amerika Syarikat, menurut Resolusi Bersama Senat 140 (Undang-Undang Awam 97 - 198), meentapkan11 Februari, iaitu ulang tahun kelahiran Thomas Alva Edison, sebagaiHari Pencipta Kebangsaan.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Biografi

[sunting |sunting sumber]
  • A Streak of Luck, oleh Robert Conot, Seaview Books, New York, 1979,ISBN 0-87223-521-1
  • Edison: The man who made the future, oleh Ronald W. Clark,ISBN 0-354-04093-6
  • Edison, oleh Matthew Josephson. McGraw Hill, New York, 1959,ISBN 0-07-033046-8
  • Edison: Inventing the Century, oleh Neil Baldwin, Percetakan Universiti Chicago, 2001,ISBN 0-226-03571-9
  • Edison: A Life of Invention, oleh Paul Israel, Wiley, 1998,ISBN 0-471-36270-0
  • Edison and the Electric Chair, oleh Mark Essig,ISBN 0-7509-3680-0
  • Working at Inventing: Thomas A. Edison and the Menlo Park Experience, disunting oleh William S. Pretzer, Henry Ford Museum & Greenfield Village, Dearborn, Michigan, 1989,ISBN 0-933728-33-6 (kulit tebal)ISBN 0-933728-34-4 (kulit lembut)
  • Ernst Angel:Edison. Sein Leben und Erfinden. Berlin: Ernst Angel Verlag, 1926.
  • Mark Essig:Edison & the Electric Chair: A Story of Light and Death. New York: Walker & Company, 2003.ISBN 0-8027-1406-4
  • Jill Jonnes,Empires of Light: Edison, Tesla, Westinghouse, and the Race to Electrify the World. New York: Random House, 2003.ISBN 0-375-50739-6

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Walsh, Bryan. "The Electrifying Edison." Web:Time 5 Jul 2010". Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-08-26. Dicapai pada2011-01-06.
  2. ^Baldwin, Neal (1995).Edison: Inventing the Century.Hyperion. m/s. 3–5.ISBN 0-7868-6041-3.
  3. ^"Edison Family Album". US National Park Service. Dicapai pada2006-03-11.
  4. ^"Edison," oleh Matthew Josephson. McGraw Hill, New York, 1959,ISBN 0-07-033046-8
  5. ^"Edison: Inventing the Century," oleh Neil Baldwin, Percetakan Universiti Chicago, 2001,ISBN 0-226-03571-9
  6. ^Baldwin, m.s. 36
  7. ^[http://patimg1.uspto.gov/.piw?docid=US000090646 Paten Amerika Syarikat 90,646
  8. ^Universiti Rutgers, Kertas Kerja Edison. Dicapai pada 20 Mac 2007
  9. ^Muzium Maya IEEE.] Dicapai pada 15 Januari 2007
  10. ^Obituari dalam akhbar New York Times, New York, N.Y. pada m.s. 23, 27 Ogos 1947.
  11. ^ Evans, Harold, "They Made America." Little, Brown and Company, New York, 2004.ISBN 0-316-27766-5. page152.
  12. ^"Moses G. Farmer, Eliot's Inventor". Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-06-19. Dicapai pada2006-03-11.
  13. ^abIsrael, Paul (2000).Edison: A Life of Invention.John Wiley & Sons.ISBN 0471362700.Cite has empty unknown parameter:|coauthors= (bantuan)
  14. ^abU.S. Patent 0,223,898 
  15. ^""Keynote Address - Second International ALN1 Conference (PDF)".Cite has empty unknown parameter:|1= (bantuan)
  16. ^"Diehl's Lamp Hit Edison Monopoly," Elizabeth Daily Journal, Friday Evening, 25 Oktober 1929
  17. ^"About the Memory of a Theatre".National Theatre Brno. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-01-19. Dicapai pada2007-12-30..
  18. ^"Urban Legends Reference Pages: Livermore Lightbulb". snopes.com. Dicapai pada2009-01-29.
  19. ^"The Henry Ford". Hfmgv.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-04-24. Dicapai pada2009-01-29.
  20. ^"IMDB entry on Electrocuting an Elephant (1903)". Dicapai pada2006-03-11.
  21. ^"Wired Magazine: "Jan. 4, 1903: Edison Fries an Elephant to Prove His Point"". Dicapai pada2008-01-04.
  22. ^"Electrocution Thresholds for Humans". Dicapai pada2009-02-26.
  23. ^Tony Long (2008-01-04)."Jan. 4, 1903: Edison Fries an Elephant to Prove His Point". AlterNet. Dicapai pada2008-01-04.
  24. ^Lee, Jennifer (November 14, 2007)."Off Goes the Power Current Started by Thomas Edison".The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada2007-12-30.
  25. ^[1]Diarkibkan 2011-08-16 diWayback Machine Edison, Clarence Dally, and the Hidden Perils of the X-Rays
  26. ^"History of Edison Motion Pictures". Dicapai pada2007-10-14.
  27. ^"Martin Loiperdinger.Film & Schokolade. Stollwercks Geschäfte mit lebenden Bildern. KINtop Schriften Stroemfeld Verlag, Frankfurt am Main, Basel 1999 ISBN 3-87877-764-7 (Buch) ISBN 3-87877-760-4 (Buch und Videocassette". Victorian-cinema.net. Dicapai pada2009-01-29.
  28. ^"Guido Convents,Van Kinetoscoop tot Cafe-Cine de Eerste Jaren van de Film in Belgie, 1894-1908, pp.33-69. Universitaire Pers Leuven. Leuven: 2000. Guido Convents, "'Edison's Kinetscope in Belgium, or, Scientists, Admirers, Businessmen, Industrialists and Crooks", pp.249-258. in C. Dupré la Tour, A. Gaudreault, R. Pearson (Ed.)Cinema at the Turn of the Century. Québec, 1999". Imdb.com. Dicapai pada2009-01-29.
  29. ^"Thomas Edison".Greater Sudbury Heritage Museums. Dicapai pada2007-12-30.
  30. ^[2] Rémi Fournier Lanzoni, French Cinema: From Its Beginnings to the Present (2002)
  31. ^[3] Siegmund Lubin (1851-1923), Who's Who of Victorian Cinema. Retrieved August 20, 2007
  32. ^[4] "History of Edison Motion Pictures: Early Edison Motion Picture Production (1892–1895)." Memory.loc.gov,Library of Congress. Retrieved August 20, 2007
  33. ^Reader's Digest, March 1930, pg. 1042-1044,"Living With a Genius", condensed from The American Magazine February 1930
  34. ^Paul Israel.Edison : A Life of Invention.
  35. ^Invention City: Did Edison Knock Off the Light Bulb?
  36. ^Snopes:Watt a Lighbulb!Thomas A Edision and the Menlo Park LaboratoryDiarkibkan 2006-04-24 diWayback Machine

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Thomas Edison
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanThomas Edison
Pautan biografi
Tapak bersejarah
Arkib
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thomas_Edison&oldid=5281650"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp