Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

The Star (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Star
JenisSurat khabar harian
FormatTabloid
Diasaskan9 September 1971; 54 tahun yang lalu (1971-09-09)
Pemihakan politikPro-kerajaan
BahasaInggeris
Ibu pejabatMenara Star,
15 Jalan 16/11,
46350Petaling Jaya,Selangor.Malaysia
Edaran309,029 (Harian)
318,957 (Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - 1 Julai 2005 - 31 Dis 2005
PemilikHuaren Holdings Sdn. Bhd.
PengasasStar Media Group Berhad
PenerbitChan Seng Fatt
PengarangEsther Ng
Laman sesawanghttps://www.thestar.com.my/
Logo lama.

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris diMalaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurutBiro Audit Pengedaran,The Star ialah ahliAsia News Network.

Saham majoritiThe Star dimiliki olehHuaren Holdings Sdn. Bhd., parti komponen terbesar dalamBarisan Nasional. Saingannya ialahNew Straits Times danThe Sun.

V.K Chin menjadi Ketua Pengarang The Star. C.C Liew menjadi Ketua Pengarang Sin Chew Daily.[1]

Edisi

[sunting |sunting sumber]

The Star (harian) danSunday Star diterbit dalam empat edisi – dua edisi merangkumi negeri-negeri utara Semenanjung iaituPulau Pinang,Kedah,Perlis,Kelantan danPerak utara, manakala dua edisi lain merangkumi negeri-negeri lain.

Terdapat dua buah premis percetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisiThe Star setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub diBayan Lepas, Pulau Pinang, manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub diBukit Jelutong,Shah Alam,Selangor.

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

The Star dipakejkan sebagai akhbar 4-dalam-1, merangkumi Main Paper,StarBiz (dahulunyaThe Star Business),StarTwo (dahulunyaSection Two) danStar Metro.

  • Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini.
  • StarBiz menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran, laporan kewangan dan kemas kini pasaran saham.
  • StarTwo bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi, serta terletaknya jadual tayangan panggung wayang dan inti sari rancangan televisyen.
  • Star Metro berlainan kandungan mengikut edisi tempatan, memaparkan berita, hal ehwal dan kegiatan serantau.

Seksyen mingguan termasuk:

  • Star Maritime (setiap Isnin) – meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut
  • Star-In.Tech (Selasa dan Khamis) – menumpu kepada komputer danteknologi maklumat
  • Youth 2 (Khamis) – gaya hidup dan trend terkini remaja
  • StarWeekend – menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi, percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.
  • The Star BizWeek – majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu, menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.

SeksyenSunday Star termasuk:

  • StarMag – memaparkan rencana gaya hidup, temubual personaliti, ulasan buku, ulasan kereta, surat dan sebagainya.
  • StarMag Fit4Life – rencana kesihatan, keselamatan dan khasiat
  • StarMag – hal-ehwal hiburan, ulasan fesyen (pemakaian selebriti), ulasan album muzik, sudutmanga/anime OtakuZone, inti sari rancangan panggung wayang dan televisyen.
  • theStar Education – hal ehwal dan ulasan berkaitan pendidikan semua peringkat

Kolumnis

[sunting |sunting sumber]

Antara kolumnis utama yang bekerja di The Star ialahMarina Mahathir (anak sulung bekasPerdana Menteri MalaysiaMahathir Mohamad) yang mengendali sudutMusings yang muncul sekali dalam dua minggu, sertaWong Chun Wai, Naib Editor akhbar ini, yang mengendali sudut Ahad bertajuk "On The Beat." Kolumnis lain ialah Tan SriLin See Yan, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara,Martin Khor (sejak 1978), bekas ketua Third World Network,Shad Saleem Faruqi profesor undang-undang,Karim Raslan danAzmi Sharom.

mStar

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:mStar

Pada 31 Oktober 2005 syarikatStar Publications turut memperkenalkanmStar, akhbar dalam talian berbahasa Melayu.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^C.C. Liew dari kacamata Zainuddin Maidin

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Akhbar cetak
Bahasa Melayu
Semenanjung Malaysia
Kerajaan negeri
Parti politik
Bahasa Inggeris
Semenanjung Malaysia
Malaysia Timur
Bahasa Cina
Semenanjung Malaysia
Malaysia Timur
Bahasa Tamil
Akhbar dalam talian / Laman web berita
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_Star_(Malaysia)&oldid=6707180"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp