Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

The Last of Us Part II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Last of Us Part II
PembangunNaughty Dog
PenerbitSony Interactive Entertainment
Pengarah
Pereka bentuk
  • Emilia Schatz
  • Richard Cambier
Pengatur cara
  • Travis McIntosh
  • Christian Gyrling
Pelukis
  • Erick Pangilinan
  • John Sweeney
  • Christian Nakata
Penulis/pengarang
PenggubahGustavo Santaolalla
EnjinNaughty Dog's proprietary game engine(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
PelantarPlayStation 4
Dilancarkan pada19 Jun 2020
GenreAksi-pengembaraan,seram
ModPemain tunggalSunting nilai ini di Wikidata
Penarafan
ESRB
PEGI
USK
CERO
OFLC
SMECCV
Anugerah
•  SXSW Gaming Award for Excellence in Narrative(en)Terjemah (2021)
•  The Game Awards − Best Game Direction(en)Terjemah (10 Disember 2020)
•  The Game Awards − Game of the Year(mul)Terjemah (10 Disember 2020)
•  The Game Awards − Best Audio Design(en)Terjemah (10 Disember 2020)
•  The Game Awards − Best Narrative(en)Terjemah (10 Disember 2020)
•  The Game Awards − Best Performance(en)Terjemah (10 Disember 2020)
•  The Game Awards − Innovation in Accessibility(en)Terjemah (10 Disember 2020)
•  The Game Awards − Best Action/Adventure(en)Terjemah (10 Disember 2020)
•  Golden Joystick Awards − Ultimate Game of the Year(en)Terjemah (2020)
•  Golden Joystick Awards − Best Storytelling(en)Terjemah (2020)
•  Golden Joystick Awards − Best Visual Design(en)Terjemah (2020)
•  Golden Joystick Awards − PlayStation Game of the Year(en)Terjemah (2020)
•  Golden Joystick Awards − Best Audio(en)Terjemah (2020)
•  Game Critics Awards for Special Commendation for Sound(en)Terjemah (2018)
•  Game Critics Awards for Special Commendation for Graphics(en)Terjemah (2018)
•  Gamers' Choice Awards for Most Anticipated Game(en)Terjemah (2018)
•  The Game Awards − Most Anticipated Game(en)Terjemah (7 Disember 2017)
•  Golden Joystick Awards − Most Wanted Game(en)Terjemah (2017)
•  PlayStation.Blog - Most Anticipated Game(en)Terjemah (2016)Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar
Tapak sesawangthelastofus.playstation.comSunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: tt6298000
YouTube: UC1-rfpr5beZQcluzTFKe22AYouTube (video): W2Wnvvj33WoSunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

The Last of Us Part II adalahpermainan video aksi-pengembaraanseram tahan 2020 yang dibangunkan olehNaughty Dog dan diterbitkan olehSony Interactive Entertainment yang boleh dimainkan dalamPlayStation 4. Berkisar tentang lima tahun selepas peristiwa dalamThe Last of Us (2013), pemain mengawal Ellie, berumur 19 tahun, yang mempunyai konflik dengan kumpulan pemuja misteri diAmerika Syarikatpascaapokaliptik. Permainan ini mengandungiunsur-unsur seram ketahanan dan dimainkan dari perspektif orang ketiga. Pemain boleh menggunakan senjata api, senjata improvisasi, dan senyap untuk mempertahankan diri daripada musuh dan makhlukkanibalistik yang dijangkiti oleh terikanCordyceps yang bermutasi.

PembangunanPart II selama enam tahun bermula pada 2014, sejurus selepas pengeluaranThe Last of Us Remastered.Neil Druckmann kembali sebagai pengarah kreatif danGustavo Santaolalla kembali menyusun skor muzik. Permainan ini diumumkan pada Disember 2016 dan ditangguhkan dua kali, pertama untuk pembangunan lebih lanjut dan kemudian kerana masalah logistik yang timbul akibatpandemik COVID-19. Ia dilancarkan pada 19 Jun 2020 dan mendapat pujian. Mekanik permainan yang diperbaiki, kesetiaan visual, skor muzik, karakterisasi, dan persembahan para pemainnya sangat dipuji, walaupun penyampaian cerita mengenai temanya dan penggunaan kekerasan grafik mempolarisasikan para pengkritik dan peminat.[1]

Tatamain

[sunting |sunting sumber]

Permainan ini dimainkan dari perspektif orang ketiga.[2][3] Pemain boleh menggunakan senjata api, busur, senjata improvisasi, dan gerak senyap untuk mempertahankan diri dari manusia yang bermusuhan dan makhluk kanibalistik yang dijangkiti olehstrainCordyceps yangbermutasi. Mekanik permainan diPart II juga berkembang berdasarkan pendahulunya,The Last of Us. Di dalamnya watak pemain dapat merentasi persekitaran dengan lebih terbuka aerta dapat mencapai titik kelebihan yang lebih tinggi dengan melompat dan mendaki sambil bermain sebagai Ellie yang lebih lincah.[4] Pemain juga boleh merangkak dalam posisi rawan untuk mengelakkan musuh.[4] Sepanjang permainan, pemain mungkin mempunyaiwatak bukan pemain yang membantunya.[5]

Permainan ini juga menyaksikan kembalinya "Listen Mode" yang memungkinkan pemain untuk mencari musuh melalui deria pendengaran yang tinggi dan kesedaran spasial, ditunjukkan sebagai garis besar yang dapat dilihat melalui dinding dan objek.[4] Selain itu, pemain dapat mengumpulkan makanan tambahan untuk meningkatkan kemahiran di pokok kemahiran.[4] Tiga cabang utama pokok itu adalah Survival, Crafting, dan Stealth.[4] Peningkatan kelangsungan hidup meningkatkan nyawa, jangkauan Listen Mode, dan jarak lemparan.[4] Peningkatan Crafting memungkinkan peningkatan melee, peningkatan kelajuan kraf Ellie, dan kemampuan membuat asap dan bom kejutan.[4] Peningkatan Stealth meningkatkan kelajuan pergerakan ketika rawan, membunuh dalam senyap yang lebih pantas, dan membukaperedam suara pistol.[4] Part II juga memperkenalkananjing pengawal yang dapat mengesan bau pemain.[4]

Penerimaan

[sunting |sunting sumber]
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic95/100[6]

The Last of Us Part II mendapat "pujian sejagat", menurut agregator tinjauanMetacritic berdasarkan 102 ulasan skor daripada 112 jumlah tinjauan.[6] Ia adalah permainan PlayStation 4 ketiga tertinggi bagi markah penilain di Metacritic di belakangRed Dead Redemption 2 danGrand Theft Auto V olehRockstar Games.[a]

Kontroversi

[sunting |sunting sumber]

Penceritaan dan perkembangan watak permainan ini mendapat tentangan besar oleh para pemain; markah penerimaan pemain di Metacritic adalah 3.4/10 setakat 19 Jun (terdapat suatu unsur perendahan markah sengaja di sini.)[7][8] Hal ini menyebabkan pihak Metacritic menambah ciri-ciri baharu; pemain dihalang daripada memberi markah di laman-laman penerimaan bagi permainan video baharu buat sementara waktu, dan memberi peringatan kepada pemain supaya bermain sesuatu permainan itu dahulu sebelum memberi markah.[9]

Selain itu, permainan ini ditentang kerana dikatakan berniat untuk menguar-uarkan fahaman politikkeadilan sosial seperti merendah-rendahkan penganut Kristian dan golongan lelaki serta menyiarkan bahan-bahan pro-LGBT.[10] Pelbagai negara diTimur Tengah danAfrika Utara telah mengharamkan permainan video ini sebelum pelancaran lagi disebabkan oleh unsur LGBT serta ketelanjangan yang wujud dalam permainan ini.[11]

Anugerah dan pencalonan

[sunting |sunting sumber]
TarikhAnugerahKategoriPenerimaKeputusanRuj.
17 November 2017Golden Joystick AwardsPermainan Paling Ditunggu-TungguThe Last of Us Part IIMenang[12]
7 Disember 2017The Game Awards 2017Permainan Paling DinantikanThe Last of Us Part IIMenang[b][14]
2 Julai 2018Game Critics AwardsPujian Khas bagi GrafikThe Last of Us Part IIMenang[13]
Pujian Khas bagi RunutThe Last of Us Part IIMenang[13]
16 November 2018Golden Joystick AwardsPermainan Paling DinantikanThe Last of Us Part IITercalon[15]
24 November 2020Golden Joystick AwardsPermainan PlayStation TahunanThe Last of Us Part IIMenang[16]
Audio TerbaikThe Last of Us Part IIMenang
Penceritaan TerbaikThe Last of Us Part IIMenang
Rekaan Visual TerbaikThe Last of Us Part IIMenang
Studio TahunanNaughty DogMenang
10 Disember 2020The Game Awards 2020Permainan Tahunan TerbaikThe Last of Us Part IIMenang[17]
Pengarahan Permainan TerbaikThe Last of Us Part IIMenang
Penceritaan TerbaikNeil Druckmann danHalley GrossMenang
Pengarahan Seni TerbaikThe Last of Us Part IITercalon
Skor dan Muzik TerbaikGustavo Santaolala and Mac QuayleTercalon
Rekaan Audio TerbaikThe Last of Us Part IIMenang
Persembahan TerbaikAshley Johnson sebagai EllieTercalon
Laura Bailey sebagai AbbyMenang
Inovasi KetercapaianThe Last of Us Part IIMenang
Aksi/Pengembaraan TerbaikThe Last of Us Part IIMenang
Suara PemainThe Last of Us Part IITercalon

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^The Last of Us Part II berkongsi statusnya sebagai permainan PlayStation 4 dengan penilaian ketiga tertinggi di Metacritic bersama-sama denganPersona 5 Royal danThe Last of Us.
  2. ^Juga dimenangi olehCyberpunk 2077 danGhost of Tsushima.[13]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"The Last of Us Part II".Metacritic (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2020. Dicapai pada23 Jun 2020.
  2. ^Schreier, Jason (27 September 2019)."Sources: The Last of Us 2 Delayed To Spring [UPDATE: Confirmed]".Kotaku (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2020. Dicapai pada3 Januari 2020.
  3. ^Dekker, Jacob (27 September 2019)."The Last Of Us Part 2 - What We Thought Of The Demo".Gamespot (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2020. Dicapai pada3 Januari 2020.
  4. ^abcdefghiTuri, Tim (1 Oktober 2019)."Hands-on with The Last of Us Part II, new gameplay details revealed".Gamespot (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada3 Januari 2020.
  5. ^Espineli, Matt; Plagge, Kallie; Watts, Steve (27 April 2019)."The Last Of Us 2 Release Date, Plot, Gameplay, And Pre-Order Details".Gamespot (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada28 April 2020.
  6. ^ab"The Last of Us Part II Review for PlayStation 4".Metacritic (dalam bahasa Inggeris). CBS Interactive. 13 Mei 2020. Dicapai pada12 Jun 2020.
  7. ^Nunneley, Stephany (19 Jun 2020)."The Last of Us: Part 2 has been review bombed on Metacritic".VG24/7 (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2020. Dicapai pada25 Jun 2020.
  8. ^Tassi, Paul (21 Jun 2020)."'The Last Of Us Part 2' Is Getting Predictably User Score Bombed On Metacritic".Forbes (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2020. Dicapai pada25 Jun 2020.
  9. ^Tassi, Paul (17 Julai 2020)."After 'The Last Of Us Part 2' Insanity, Metacritic Has Changed User Score Submissions".Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripadayang asal pada 18 Julai 2020. Dicapai pada18 Julai 2020.
  10. ^Masiello, Shawna (22 Jun 2020)."LGBTQ+ flag exists in the post apocalyptic world of The Last of Us Part II".Sausage Roll (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2020. Dicapai pada25 Jun 2020.
  11. ^Pauciullo, Damiano (26 Mei 2020)."The Last of Us 2 wurde im Nahen Osten für zu viele Nackt- und LGBT-Szenen verboten" [The Last of Us 2 diharamkan di Timur Tengah kerana unsur ketelanjangan dan LGBT yang banyak].Parliamo di Videogiochi (dalam bahasa Jerman).Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2020. Dicapai pada25 Jun 2020.
  12. ^Chalk, Andy (17 November 2017)."Here are your 2017 Golden Joystick Award winners".PC Gamer.Future plc.Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2017. Dicapai pada18 November 2017.
  13. ^abcAshaari, Alleef (2 Julai 2018)."PlayStation and PS4 Won E3 2018, According to Game Critics Awards".Game Revolution.CraveOnline.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2018. Dicapai pada4 Julai 2018.
  14. ^Makuch, Eddie (8 Disember 2017)."The Game Awards 2017 Winners Headlined By Zelda: Breath Of The Wild's Game Of The Year".GameSpot.CBS Interactive.Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2017. Dicapai pada7 Oktober 2018.
  15. ^Hoggins, Tom (24 September 2018)."Golden Joysticks 2018 nominees announced, voting open now".The Telegraph.Telegraph Media Group.Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2018.
  16. ^"Voting is live for the Golden Joystick Awards 2020 nominations".GamesRadar.Future plc. 30 September 2020.Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020.
  17. ^Park, Gene (18 November 2020)."Here are the nominees for The Game Awards 2020".The Washington Post.Nash Holdings.Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada18 November 2020.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
The Last of Us
Permainan video
Watak
Media lain
Rencana berkaitan
Permainan video
Crash Bandicoot
Jak and Daxter
Uncharted
The Last of Us
Lain-lain
Orang
Kini
Terdahulu
Berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_Last_of_Us_Part_II&oldid=6755043"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp