Rencana ini mengenai sayur. Untuk mukim di Malaysia, sila lihat
Mukim Terung.
Terung (Jawi:تروڠ) ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluargaSolanaceae dangenusSolanum. Ia berasal dariIndia danSri Lanka, dan amat berkait dengantomato danubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagaisayur untuk masakan.Nama botaninyaSolanum melongena.
Pokok terung ialahpokok saka yang seringnya ditanam sebagaipokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warnabunganya antara putih hingga ungu, dengankorola yang memiliki lima lobus.Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.
Dari segibotani, terung yang dikelaskan sebagaibuah beri mengandungi banyakbiji yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungialkaloidnikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapattembakau.
Terung ialahsayuran yang ditanam untuk dimakan. Saiz terung berbeza-beza antara kecil hingga besar, bergantung kepadakultivarnya. Sayur tersebut mempunyai berbagai-bagai warna, terutamanya warna ungu, hijau, dan putih. Terung berasal dariIndia.[1][2] Ia ditanam di bahagian selatan dan timurAsia sejak zaman prasejarah tetapi dikenali di dunia Barat tidak lebih awal dari sekitar tahun1500. Rekod bertulis yang pertama terhadap Pokok Terung dijumpai dalamQí mín yào shù, sebuah karya pertanian Cina kuno yang disiapkan pada tahun544.[3] Bilangan namabahasa Arab danAfrika Utara yang besar untuk Pokok Terung serta kekurangan namaYunani danRom menunjukkan bahawa pokok ini dibawa masuk ke dunia Barat menerusi kawasanMediterranean oleh orangArab pada awalZaman Pertengahan. Nama saintifiknya,Solanum melongena, berasal daripada istilah Arababad ke-16 untuk sejenis pokok terung.
Disebabkan hubungan Pokok Terung dengan keluargaSolanaceae, buah terung dianggap pada suatu ketika sebagai beracun. Sedangkan buah terung boleh dimakan tanpa sebarang kesan yang buruk oleh kebanyakan orang, bagi sesetengah orang yang lain, memakan buah terung (serupa dengan memakan buah pokok yang berkait sepertitomato,ubi kentang, dankapsikum ataucili kembung) boleh menjejaskan kesihatan mereka. Sesetengah buah terung adalah agak pahit dan merengsakan pelapik perut serta mengakibatkangastritis. Oleh yang demikian, sesetengah sumber, khususnya daripada komuniti kesihatan semula jadi, mengatakan bahawa Pokok Terung dan genus berkait boleh mengakibatkan atau menerukkanartritis dengan ketara dan justera itu, harus dijauhi oleh mereka yang peka terhadapnya.[4]
- ^Tsao dan Lo dalam "Vegetables: Types and Biology".Handbook of Food Science, Technology, and Engineering oleh Yiu H. Hui (2006). CRC Press.ISBN 1-57444-551-0.
- ^Doijode, S. D. (2001).Seed storage of horticultural crops (m.s. 157). Haworth Press:ISBN 1-56022-901-2
- ^Fuchsia Dunlop (2006),Revolutionary Chinese Cookbook: Recipes from Hunan Province, Ebury Press, m/s. 202
- ^Childers, N.F. (PhD) & Margoles, M.S. (MD). (1993). An apparent relation of nightshades (Solanaceae) to arthritis. Journal of Neurological and Orthopedic Medical Surgery. 12: 227-231. (Rencana disediakan dalam tarian oleh Arthritis Nightshades Research Foundation |http://www.noarthritis.com/research.htm