![]() | ||||||||
Nama lain | Tsang apso Dokhi apso | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Tibet | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier Tibet[a] ialah satubaka anjing bersaiz sederhana yang berasal dariTibet.[1] Sungguhpun namanya demikian, ia bukan anggota kumpulanterier. Baka ini memperoleh namanya daripada pengembara Eropah kerana keserupaannya dengan baka-baka terier yang diketahui.[2] Namanya dalambahasa Tibet untuk baka ini,Tsang apso, diterjemahkan kasar-kasar kepada "anjing kasar dan berjumbai-jumbai atau berjanggut (apso), dari provinsiTsang". Sesetengah keterangan lama daripada pengembara merujuk anjing ini sebagaidokhi apso atauapso "ruangan luar", yang menunjukkan anjing pekerja berjumbai-jumbai atau berjanggut yang tinggal di luar.
Terier Tibet telah dibiakbakakan dan dibesarkan di biara di Tibet selama 2,000 tahun.[3][4] Dari segi sejarah, terier Tibet dibela sebagaitangkal bertuah,maskot,anjing pengawas,anjing gembala, dan pendamping. Ia juga digunakan untuk mengutip barang yang jatuh di lereng gunung.[5]
Dr. Agnes Greig dari England membawa terier Tibet pertama ke Eropah pada tahun 1922.[6] Beliau diberi seekor anak anjing betina emas dan putih bernama "Bunti" selepas berjaya menjalankan pembedahan ke atas seorang pesakit di Tibet. Selepas memperoleh seekor jantan kedua, "Rajah", Dr. Greig mengasaskan sebuah kenel dan mula membiakbakakan anjing tersebut.
Perinduk pertama lahir pada tahun 1924 dan didaftarkan sebagaiLhasa Terriers ("terier Lhasa"). Pada tahun 1930,Kennel Club of India mengubah nama baka ini kepadaTibetan Terrier ("terier Tibet"). Terier Tibet pertama di Amerika Syarikat diimport pada tahun 1956 oleh Dr. Henry dan Pn. Alice Murphy dariGreat Falls, Virginia, daripada kenel Dr. Greig, Lamleh.[7] Pada tahun 1973,American Kennel Club mengiktiraf baka ini dengan mengelaskannya sebagai sebahagian daripada kumpulan bukan sukan.[1]
Terier Tibet berkaitan dengan baka-baka lain dan telah menyumbang kepada pembangunan baka-baka tersebut, termasukshih tzu,Lhasa apso,spaniel Tibet,[8]anjing gembala tanah pamah Poland,[9] dan lain-lain.
Terier Tibet ialah anjing berkuasa bersaiz sederhana dengan perkadaran segi empat sama dengan lapis bulu kasar dan berjumbai. Ia berbeza-beza secara meluas dari segi tinggi dan berat,[10] dengan julat 14–16 in (36–41 cm) dan 18–30 lb (8.2–13.6 kg), dengan keutamaan julat 20–24 lb (9.1–10.9 kg) untuk kedua-dua jantina. Semua berat dapat diterima jika berperkadaran dengan saiz. Setelah dewasa, terier Tibet menyerupaicollie berjanggut yang dikatikkan. Kepalanya sederhana dengan muncung kuat sederhana panjang dan tengkorak yang tidak bulat mahupun rata. Matanya besar, gelap, dan merenggang agak jauh. Telinga labuh berbentuk V cukup berjumbai dan patut terletak tinggi-tinggi pada sisi tengkorak. Walaupun warna pilihan untuk hidung ialah hitam, pada anjing pertunjukan, ia juga kadang-kadang perang. Tubuhnya cukup berotot dan padat. Panjang belakang patut sama dengan ketinggian pada paras kelasa, yang memberi baka ini rupa segi empat sama tipikalnya. Ekor terletak tinggi-tinggi, cukup berjumbai, dan terangkat dalam lingkaran di atas belakangnya. Salah satu ciri lebih luar biasa bagi terier Tibet ialah kaki lebar dan rata dengan bulu di antara jari kaki, yang sesuai untuk pendakian gunung, yang bertindak sebagai kasut salji semula jadi.
Helaian bulu terier Tibet mempunyai kitaran pertumbuhan panjang. Hasilnya, lapis bulunya tumbuh dengan agak panjang dan haiwan peliharaan akan memerlukan pemendekan sekali-sekala.[11] Ia tidak bersalin bulu seperti anjing dengan kitaran pertumbuhan bulu lebih pendek, tetapi sebaliknya menggugurkan bulu pada kadar yang serupa dengan kadar pada kebanyakan manusia. Pengecualian adalah pada hampir-hampir sembilan bulan apabila anak anjing menggugurkan keseluruhan lapis bulunya sebelum memperoleh lapis bulu dewasa. Lapis bulu gandanya lebat dengan lapis bulu bawah hangat dan lapis bulu atas yang mempunyai tekstur rambut manusia. Lapis bulunya tidak patut seperti sutera atau keriting, tetapi beralun dapat diterima. Lapis bulu panjang dan tebal ditunjukkan dalam keadaan semula jadi, tetapi tidak patut terlalu panjang sehingga menyentuh lantai, seperti yang tipikal pada baka sepertiLhasa apso atauanjing Malta. Kelabuhan bulu menutupi muka dan mata, tetapi bulu mata panjang pada umumnya menghalang helaian bulu daripada memasuki mata terier Tibet dan baka ini mempunyai penglihatan sangat bagus.
Semua warna diizinkan, kecuali hati dan coklat, dan tiada satu pun yang diutamakan. Emas ialah warna paling jarang. Terier Tibet tersedia dengan sebarang kombinasi warna padu, berwarna-warni, triwarna, sabel merah, ataupiebald, selagi kulit hidung berwarna hitam dan mata serta pinggir mata adalah gelap.[12]
Perangai telah menjadi salah satu aspek paling menarik bagi baka ini sejak pengasasannya. Ia merupakan anjing keluarga mesra dan penyayang, sensitif kepada pemiliknya, dan lemah lembut dengan kanak-kanak lebih tua jika diperkenalkan dengan betul. Seperti yang sesuai untuk anjing dengan asal usul sebagai anjing pengawas, terier Tibet cenderung untuk menyendiri di sekeliling orang asing, tetapi tidak patut langsung agresif atau silu dengan mereka. Terier Tibet mempunyai salakan dalam dan terdedah kepada salakan berlebihan.
Walaupun sesuai untuk tinggal di pangsapuri, terier Tibet ialah anjing bertenaga yang memerlukan senaman tetap. Paras tenaga terier Tibet adalah sederhana hingga tinggi dan sifat umumnya merupakan sifat gembira, aktif, cergas, pintar, dan tangkas. Hasilnya, ia kerap sangat sesuai untuksukan anjing sepertiketangkasan. Ia tabah, tekun, dan pandai, yang dapat menyebabkannya menjadi degil. Terier Tibet biasanya menawan dan setia. Sesetengah anjing baka ini kerap didapati menjaga sumbernya yang dapat menyukarkan kehidupan dengan haiwan peliharaan lain.
Terier Tibet dapat bersaing dalam ujianketangkasan anjing,kepatuhan,rally obedience,kemahiran persembahan,flyball,penjejakan, dan juga acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Terier Tibet yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[13]
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untukbaka silang.[14]
Terier Tibet dapat membawa penyakit genetiklipofusinosis seroid neuron anjing, yang dipanggilpenyakit Batten pada manusia. Gejala pertama penyakit ini ialahrabun malam. Kebutaan dan tanda-tanda neurologi seperti epilepsi, keabnormalan motor, demensia, dan agresi tidak terjangka mungkin menyusul beberapa tahun kemudian.[15] Gen yang bertanggungjawab untuk penyakit ini pada terier Tibet dikenal pasti pada tahun 2009 dan kini terdapat ujian DNA untuknya.[15][16] Sebuah kajian Jerman menunjukkan bahawa kira-kira sepertiga daripada terier Tibet dalam sebuah kelab terier Tibet Jerman merupakan pembawa, tetapi atas jasa penggunaan pengujian DNA bersama-sama dengan larangan ke atas pembiakbakaan pembawa bersama-sama, tiada anjing dalam kelab itu yang terjejas akibat penyakit ini.[15]
Terier Tibet ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibatkehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasiresesif autosom bagi genADAMTS17.[17]
PelakonHugh Bonneville (Downton Abbey) dan keluarga beliau memiliki dua ekor terier Tibet.[18] Penyampai televisyen United KingdomClare Balding secara khusus memilih baka ini[18] kerana kesesuaian untuk isteri beliau yang alah kepada bulu tanggal haiwan peliharaan.
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTerier Tibet |
Considered bringers of luck for 2,000 years and associated with a Shangri - La myth because its native valley was cut off from outside world by an earthquake in 14th century.
|pmc=
value (bantuan).PMID 38302530Check|pmid=
value (bantuan).S2CID 267382263Check|s2cid=
value (bantuan).