| Terbaik Dari Langit | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Nik Amir Mustapha |
| Penulis |
|
| Lakon layar | Redza Minhat |
| Cerita oleh | Redza Minhat |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Jordan Chiam |
| Disunting oleh | Rewan Ishak |
| Muzik oleh | Pitahati |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | GSC Movies |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 109 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM1 juta[2] |
| Pecah panggung | RM0.42 juta[3] |
Terbaik Dari Langit (Tulisan Jawi: ترباءيق دري لاڠيت;bahasa Inggeris:Nova)[4] merupakan sebuah filem kembara fantasi cereka sains komedi Malaysia 2014[5] arahanNik Amir Mustapha terbitan bersamaAstro Shaw dan Playground Productions. Ia dibintangi olehBront Palarae,Iedil Putra,Amerul Affendi,Megat Sharizal,Nadiya Nisaa,Sharifah Amani danSiti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.[6]
Filem ini ialah filem terakhir lakonan Seniman Allahyarham DatukAziz Sattar, yang meninggal dunia pada 6 Mei 2014, tujuh bulan sebelum keluaran tayangan rasmi. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014.Terbaik Dari Langit memenangi Filem Terbaik diAnugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.[7] Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan diFestival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).

Berg seorang pembikinan filem avant-garde bersama empat rakannya, Ijam, Toyu dan Ali bersama pelakon baru Sofia Jane, memulakan pengembaraan ke sebuah lokasi di mana di situlah dia telah menyaksikan apa yang dia percaya sebagai sebuah UFO sekitar 15 tahun lalu. Berg yakin dia akan dapat mencari UFO yang telah dilihatnya ketika dia dan rakan-rakannya keluar dari kawasan sekolah asrama di waktu malam. Dia merahsiakan penyakit kanser otak tahap keempat yang dihidapinya daripada rakan-rakannya. Ini mungkin peluang terakhirnya untuk membikin filem. Berg terpaksa mengambil ubat penahan sakit sepanjang perjalanan.
Rakannya Ijam, seorang selebriti, mengikuti pengembaraan ini sebelum pernikahannya dengan Zelda, yang merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya. Toyu, rakan Berg yang berkulit gelap pula seorang yang lemah lembut dan sensitif. Toyu telah meninggalkan impiannya untuk menjadi seorang pelukis kerana kerjayanya sebagai seorang guru. Ali, yang tidak menamatkan persekolahannya kini seorang usahawan kecil-kecilan. Perniagaannya kurang memberangsangkan, dan kini menghadapi kewangan. Hanya Ali sahaja yang tahu tentang penyakit kanser Berg.
Sofia Jane, seorang pelajar bidang perubatan turut sama dalam perjalanan ini selaku pelakon filem pendek itu. Pada mulanya, semuanya kelam kabut dan mereka mula mempertikaikan kebolehan Berg mengarah. Keadaan semakin tegang apabila Ijam masih tidak memaafkan Ali kerana telah mengakibatkan dia digantung sekolah dulu. Keadaan menjadi lebih tegang apabila UFO yang dinanti-nantikan tidak muncul di tempat yang telah Berg jangkakan. Berg mahu terus mencuba, dan meneruskan perjalanan ke sekolah menengah asal mereka.
Ketika mereka berpecah, Sofia Jane mula mendorong Toyu untuk berani memberikan pendapat. Ijam pula telah didesak oleh Sara untuk hidup dengan hala tuju sendiri. Berg,yang berjalan kaki untuk ke sekolah lamanya, telah disertai oleh Ali yang bertekad untuk menghabiskan filem ini. Mereka kemudiannya disertai semula oleh anggota kumpulan yang lain.
Mereka melakukan satu pengambaraan terakhir di sekolah alam mereka. Selepas habis syot terakhir, sebuahUFO muncul dan menculik Berg. Selepas sekian lamanya, filem mereka itu telah ditayangkan kepada umum di pawagam. Selepas para penonton keluar dari pawagam, kelihatan cahaya keluar dari pawagam tersebut, menandakan kehadiran UFO di pawagam tersebut.


Filem ini merupakan filem pertama bagi kebanyakan krew penerbitan filem ini. Filem ini ialah filem terbitan pertama Playground Productions, skrip filem pertama olehRedza Minhat, arahan fotografi filem pertama oleh Jordan Chiam, rakaman bunyi lokasi filem pertama Fauzan Aziman, dan sentuhan busana filem pertama oleh Nawal Jes Izman. Proses pra-produksi telah dimulakan enam bulan awal.[2] Filem ini dirakamkan dalam tempoh 35 hari pada Mac 2013 diKuala Lumpur,Selangor danPerak. Tarikh pengambaraan filem ini asalnya dijadualkan pada November 2012 tetapi telah ditunda kerana ramalan kaji cuaca serta perubahan lokasi pengambaraan. Lokasi penggambaran, asalnya ialahPahang danTerengganu sebelum ditukar kepadaSelangor danPerak.[8] Filem ini pada mulanya dikenali sebagaiBikin Filem sebelum ditukar tajuknya menjadi "Terbaik Dari Langit". Penggambaran filem ini telah bermula sebelum filem pertama Nik Amir,KIL ditayangkan di pawagam.[9]Bront Palarae mengulas beliau memilih untuk membintangi filem ini kerana "...antara skrip filem terbaik yang pernah saya baca."[10] Megat Sharizal telah menambah berat badannya sebanyak 15kg untuk membolehkan dia mendapatkan tubuh badan fizikal wataknya (Ali) di dalam filem ini. Babak di sekolah telah dirakamkan diSekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf.[4]
Filem ini juga menyelitkan 2 adegan sebagai tanda penghormatan kepada filem-filem dahulu iaitu adeganBatu Belah Batu Bertangkup (Talentime, diarahkan olehYasmin Ahmad)[4] dan adegan melibatkan UFO (XX Ray, diarahkan olehAziz M. Osman).
Tayangan perdana peringkat dunia untuk filem ini telah dilakukan diFestival Filem Antarabangsa Tokyo 2014 pada 28 Oktober 2014. Tayangan perdana di Malaysia telah dilakukan pada 9 Disember 2014 di Cathay Cineplex,eCurve Damansara.[4]Filem ini telah ditayangkan diMalaysia pada 25 Disember 2014.[11][12]


Rata-rata ulasan bagi filem ini ialah positif. Syed Mussadad Syed Mahdi dariUtusan Malaysia, Faisal Asyraf dariNew Straits Times dan Azhariah Kamin dariThe Star senada dalam ulasan mereka mengenai filem ini sebagai "wajib tonton 2014" dan "berpotensi mengikut jejak kejayaan filem Nik Amir sebelum ini (KIL).[13][14][15] Ifqdar Rahman dariUtusan Malaysia pula memberikan satu perkataan untuk menggambarkan filem ini, "Terbaik!".[16] Muzaffar Mustapha dariAstro Awani pula memuji kejayaan pengarah serta penulis " meneroka lebih daripada cerita persahabatan dan dunia sinema, malah turut melihat elemen ketuhanan di lapisan yang lain".[17] Dia turut memuji keserasian watak Toyu (Amerul Affendi) dan Sofia Jane (Nadiya Nisaa) yang cukup cemerlang. Turut dipuji ialah sinematografi serta muzik filem. Nomy Nazwir dariThe Malaysian Insider pula berpendapat Amerul Affendi harus mendapat pujian yang lebih tinggi hasil lakonan di dalam filem ini. Mohd Al-Qayum Azizi darimStar memuji kejayaan pengarah menterjemahkan skrip penulis dengan begitu cemerlang.[18] Syahirah Jermadi dari portal perfileman Thoughtsonfilms.com pula memuji penulisan skripRedza Minhat.[19] Ajami Hashim dari portal hiburan Rotikaya.com memberikan "Empat biji rotikaya".[20] Aqmar Mustaza dariSinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "gabungan sentuhan sinematografi, pencahayaan, kesan bunyi dan juga CGI yang cukup rencahnya".[21] Portal hiburan Murai.com pula mengulas filem ini sebagai "penuh sinikal dan metafora".[22] Suhaimi Suib dari portal hiburan SkorBintang.com pula menobatkan filem ini sebagai filem terbaik 2014. Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[23]
Amir Hafizi dari The Malaysian Reserve pula mengulas filem ini mampu menjadi lebih baik tetapi memuji persembahan Amerul Affendi sebagai Toyu.[24] Al Jafree Md Yusop dari portal perfileman DailySeni.com mengulas "filem yang baik tetapi terlalu mudah dijangka".
Lagu OST bagi filem ini ialah "Sahabat" olehPitahati.[25]
Terbaik dari Langit disiarkan di televisyen buat julung kalinya pada31 Ogos 2015, iaitu diAstro Citra pada pukul 9 malam.[26]
| Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
|---|---|---|---|
| Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2014[27] | Asian Future | Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat | Tercalon |
| Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015[28][29] | Filem Terbaik | Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat | Menang |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Bront Palarae | Menang | |
| Pengarah Terbaik | Nik Amir Mustapha | Tercalon | |
| Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Nadiya Nisaa | Tercalon | |
| Fotografi Terbaik | Jordan Chiam | Tercalon | |
| Suntingan Terbaik | Rewan Ishak | Tercalon | |
| Lakon Layar Terbaik | Redza Minhat | Tercalon | |
| Festival Filem Hainan 2015[30] | Sinematografi Terbaik | Jordan Chiam | Menang |
| Festival Filem Malaysia ke-27[31] | Filem Terbaik | Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat | Tercalon |
| Anugerah Khas Juri | Menang | ||
| Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Amerul Affendy | Menang | |
| Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Nadiya Nisaa | Menang | |
| Pengarah Terbaik | Nik Amir Mustapha | Tercalon | |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Bront Palarae | Tercalon | |
| Cerita Asal Terbaik | Redza Minhat, Tuan Faisal Azmy Tuan Kob,Nik Amir Mustapha | Tercalon | |
| Lagu Tema Asal Terbaik | Pita Hati | Tercalon | |
| Skor Muzik Asal Terbaik | Tercalon | ||
| Sinematografi Terbaik | Jordan Chiam | Tercalon | |
| Suntingan Terbaik | Rewan Ishak | Tercalon | |
| Lakon Layar Terbaik | Redza Minhat | Tercalon | |
| Kesan Khas Terbaik | Nabil Zamanhuri | Tercalon | |
| Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[32] | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Amerul Affendy | Menang |
| Iedil Putra | Tercalon | ||
| Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Nadiya Nisaa | Menang | |
| Filem Terbaik | Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat | Tercalon | |
| Pengarah Terbaik | Nik Amir Mustapha | Tercalon | |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Bront Palarae | Tercalon | |
| Sinematografi Terbaik | Jordan Chiam | Tercalon | |
| Lakon Layar Terbaik | Redza Minhat | Tercalon |