Teo Nie Ching تيو ني چيڠ | |
|---|---|
| 张念群 | |
| Timbalan Menteri Komunikasi | |
| Menyandang jawatan 10 Disember 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| AhliParlimen Malaysia bagi P163Kulai,Johor | |
| Menyandang jawatan 24 Jun 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 36,023 (PRU-15) 32,748 (PRU-14) 13,450 (PRU-13) |
| Timbalan Menteri Pendidikan | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | (Pendidikan I) (Pendidikan II) (Pengajian Tinggi) |
| AhliParlimen Malaysia bagi P102Serdang,Selangor | |
| Dalam jawatan 8 Mac2008 – 5 Mei2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 21,025 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1981-01-27)27 Januari 1981 (umur 44) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Dr. Gan Saw Chien[1] |
| Anak | 3 |
| Pekerjaan | Timbalan Menteri Ahli Parlimen |
PuanTeo Nie Ching (lahir 27 Januari 1981) ialah ahli politik wanitaMalaysia berketurunanCina. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Ahli ParlimenKulai.
Pada 22 Ogos 2010, semasa menyampaikan sumbangan RM1000.00 kepada JK Surau Al-Huda Kajang, beliau telah dijemput menyampaikan ucapan ringkas tentang bantuan yang boleh dipohon dari kerajaan negeri Selangor .AkhbarUtusan Malaysia danTV3 mentafsir ucapan itu sebagai 'tazkirah' dan mengkritik perbuatannya tidak menutup kepala.[2] Sehubungan itu, YB Teo memohon maaf kepadaSultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj,Sultan Selangor.[3][4] PengerusiMajlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa melaporkanSultan Selangor murka dengan kejadian itu.
Selepas daripada kejadian itu iaitu pada 30 Ogos 2010, YB Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang.
Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.
Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.[5]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengkritik jawatankuasa surau berkenaan kerana tidak merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan tidak memahami garis panduannya dan memberi nasihat kepada Teo Nie Ching garis panduan berpakaian dalam Masjid.
Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya.
Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam,— Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Masjid, surau perlu rujuk majlis agama untuk benarkan bukan Islam masuk, Berita Harian
PAS Serdang yang diwakili oleh ketua Pemuda PAS Serdang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Adram Musa berpendapat tiada masalah bagi seorang pemimpin bukan Islam menyampaikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid atau surau kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersifat anjal.[6]
Kita tidak ada masalah (dan) kita tidak mahu memanjangkan perkara ini. Bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibiliti, khususnya di negeri Selangor.Kita perlu mengutamakan dakwah dan keharmonian antara kaum
— Mohd Adram Musa, Ketua Pemuda PAS Serdang dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, 'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah, Malaysiakini.com
Pada 1 Mac 2010,Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pelancong bukan Islam dibenarkan memasuki ruang sembahyang dengan syarat tidak melakukan aktiviti agama yang bertentangan.[7],[8]
Selain itu terdapat persoalan mengenai haid dan junub, adakah wanita bukan Islam bebas junub? Ini berdasarkan hadis:-
لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ.
Juga berkenaan firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 28 yang bermaksud : ”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, Maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini..”
Bagaimanapun, kesalahan boleh dianggap di atas tanggungan AJK surau dan bukannya pada Teo Nie Ching yang dianggap tidak mengetahui hukum hakam Islam.
| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Kulai | Teo Nie Ching | PH (DAP) | 65,529 | Chua Jian Boon | BN (MCA) | 29,506 | 36,023 |
| Steven Tan | PN (GERAKAN) | 20,218 | ||||||
| 2018 | Teo Nie Ching | PH (PKR) | 53,312 | Tang Nai Soon | BN (MCA) | 22,564 | 32,748 | |
| Juwahir Amin | PAS | 6,667 | ||||||
| 2013 | Teo Nie Ching | DAP | 43,338 | Tay Chin Hein | BN (MCA) | 29,988 | 13,450 | |
| Surendiran Kuppayah | BEBAS | 238 | ||||||
| 2008 | Serdang | Teo Nie Ching | DAP | 47,444 | Hoh Hee Lee | BN (MCA) | 26,419 | 21,025 |