Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tenuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tenuk
Julat zaman:55–0 MaEosen Awal–Holosen
seekor tenuk Malaya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Tapiridae[1]

Gray, 1821
Genus:
Tapirus

Brünnich, 1772
Spesies

Tapirus bairdii
Tapirus kabomani
Tapirus indicus
Tapirus pinchaque
Tapirus terrestris
Tapirus mazimmus

Tenuk,senuk,cipan,kipan,badak tampung,badak murai,badak tenuk,badak babi ataukuda air merupakan sejenis haiwanmamalia[2]herbivor dalamgenusTapirus keluargaTapiridae.[1] Haiwan ini berbadan katik seperti babi dan mempunyai muncung yang panjang. Terdapat empat jenis tenuk yang masih wujud dan hidup di kawasan-kawasan hutanAmerika Selatan,Amerika Tengah danAsia Tenggara; hanya spesiesTapirus indicus yang ditemukan di Asia Tenggara.

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

Namatenuk (Jawi: تنوق) digunakan kepada spesiesTapirus indicus diJohor, ia jugaseasal dengan namasenuk,tanuk danteronok diSumatera.[3]

Namacipan (Jawi: چيڤن) juga digunakan kepada spesies sama[4] diKuala Pahang danTanah Tinggi Minangkabau; ia seasal dengan namajipan dankipan diPerak.[5] Antara nama dipakai kepada spesies ini dalam bahasa-bahasaOrang Asli termasukbaghik (bahasa Bateq),barééw (bahasa Temiar),naq běrtampal (bahasa Temoq),grěbel (bahasa Che Wong),baret ataubaroong (bahasa Jahai), danbadak sipan (bahasa Temuan).[perlu rujukan]

Taksonomi

[sunting |sunting sumber]

Nama keluarga Tapiridae datang daripada nama genus Tapirus; nama genus itu diberikan oleh Mathurin Jacques Brisson, seorang ahli zoologi Perancis, daripada perkataanbahasa Tupitapi'ira yang dipakai kepadatenuk Brazil.[6][1]

Spesies

[sunting |sunting sumber]

Spesies-spesies tenuk yang masih wujud dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

GenusGambarNama saintifikNama umumTaburan
TapirusBrünnich, 1772Tapirus indicusDesmarest, 1819Tenuk MalaysiaHutan Asia Tenggara: Indonesia, Malaysia, Myanmar, dan Thailand
Tapirus bairdii(Gill, 1865)Tenuk BairdHutan Mexico, Amerika Tengah dan barat laut Amerika Selatan
Tapirus terrestris(Linnaeus, 1758)Tenuk BrazilHutan Venezuela, Colombia, dan Guiana di sebelah utara ke Brazil, Argentina, dan Paraguay di sebelah selatan, ke Bolivia, Peru, dan Ecuador di sebelah barat.
Tapirus pinchaque(Roulin, 1829)Tenuk gunungHutan tanah tinggi dan paramos di pergunungan Timur dan Tengah Cordilleras utaraAndes di Colombia, Ecuador dan utara jauh Peru.

Keempat-empat spesies ini dikelaskan sebagaispesies terancam atauspesies terjejas dalamSenarai Merah IUCN.

Ciri

[sunting |sunting sumber]

Tenuk mempunyaibelalai yang mudah melentur dan bergerak ke mana-mana arah untuk meragut dedaun yang sukar dicapai sebaliknya; spesies tenuk Malaya mempunyai belalai paling panjang manakala spesies tenuk Brazil mempunyai belalai paling pendek.[7]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcPeter, Grubb (2005). Wilson, D. E.; Reeder, D. M. (penyunting).Mammal Species of the World (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, AS: Johns Hopkins University Press. m/s. 633.ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^Roskov Y., Kunze T., Orrell T., Abucay L., Paglinawan L., Culham A., Bailly N., Kirk P., Bourgoin T., Baillargeon G., Decock W., De Wever A., Didžiulis V. (ed) (2019)."Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist". Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X. TaxonID: 55037249. Diarkibkan daripadayang asal pada 18 Disember 2019. Dicapai pada11 November 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^Wilkinson 1932, jilid I, m/s. 62; jilid II, m/s. 221.
  4. ^Harrison, J. L.; Quah, S. K. (1963).Recommended Vernacular Names for Malaysian Mammals(PDF). Jabatan ZoologiUniversiti Singapura. m/s. 19.
  5. ^Wilkinson 1932, jilid I, m/s. 62, 229.
  6. ^Navarro, Eduardo de Almeida (2013).Dicionário de tupi antigo: a língua indígena clássica do Brasil (dalam bahasa Portugis). São Paulo: Global. m/s. 462–463.ISBN 978-85-260-1933-1.
  7. ^Witmer, Lawrence; Sampson, Scott D.; Solounias, Nikos (1999)."The proboscis of tapirs (Mammalia: Perissodactyla): a case study in novel narial anatomy".Journal of Zoology.249 (3): 251.doi:10.1111/j.1469-7998.1999.tb00763.x.

Sumber-sumber

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Spesies-spesiesPerissodactyla(Ungulat berjari ganjil) yang wujud mengikut suborder
Equidae
(Rumpun kuda)
Rhinocerotidae
(Badak sumbu)
Tapiridae
(Tenuk)
Ikon tunas

Rencana berkenaanbinatang ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tenuk&oldid=6656505"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp