Pada satu ketika, kebanyakan tentera udara merupakan sebahagian tentera darat; secarasejarah,Tentera Udara Amerika Syarikat berasal sebagai sebahagian Tentera Amerika Syarikat. Bagaimanapun,Tentera Pembebasan RakyatChina menggabungkan kesemua tenteranya di bawah satu pertubuhan.
Tentera Darat juga boleh merujuk kepada sebuahpertubuhan tentera (formasi yang besar, dan terdiri daripada dua atau lebihkor. Setiap tentera dinamakan atau dinomborkan untuk membezakannya daripada tentera darat pada keseluruhannya — umpamanya,Tentera Darat Pertama Amerika Syarikat danTentera Darat Virginia Utara. DalamTentera Darat British, nombor ordinal biasa diejakan, umpamanya Tentera Darat Kedua, manakala formasi yang berperingkat lebih rendah menggunakan angka, umpamanya Divisyen Ke-2.
Tentera-tentera darat (termasuk jugakumpulan tentera darat dankancah peperangan) merupakan formasi-formasi yang besar dan berbeza-beza antara satu sama lain dari segi saiz, kandungan, dan lingkungan tanggungjawab.