Tentera Udara Diraja (Inggeris:Royal Air Force atauRAF) merupakan cabang perkhidmatanpeperangan udara dalamAngkatan Tentera British. Ditubuhkan pada1 April1918[2] RAF telah meyumbangkan peranan yang ketara dalamsejarah ketenteraan Britain dan sejak itu, telah melibatkan diri dalamPerang Dunia II dan dalam konflik-konflik tidak lama dulu. RAF mengoperasikan sejumlah 853 buah pesawat dan, setakat31 Mac2008, mempunyai kekuatan seramai 41,440 anggota terlatih dalam perkhidmatan tetap.[3]Majoriti pesawat RAF dan anggotanya ditempatkan diBritain, terdapat juga anggotanya sedang berkhidmat dalam operasi (terutamanya diIraq danAfghanistan) atau pangkalan-pangkalan luar negara yang telah lama wujud (contohnya diKepulauan Falkland danCyprus).
RAF merayakan hari ulang tahunnya yang ke-90 dengan melakukanlintas hormat oleh pasukanRed Arrows dan 4 buah pesawatTyphoon di atas pangkalan RAF dan Tengah London pada1 April2008.[2].
RAF misi adalah menyokong objektif (Kementerian Pertahanan (United Kingdom)), yang mana "menyediakan keupayaan yang diperlukan: untuk memastikan keselamatan dan pertahanan United Kingdom dan jajahan luar negara, termasuk menentang keganasan; menyokong objektif polici luar negara kerajaaan terutamanya dalam mempromosi keselamatan dan keamanan antarabangsa."[4]
Walaupun Britain bukan negara yang pertama yang menggunakan pesawat udara tentera, tetapi RAF adalah merupakan tentera udara tertua di dunia dalam saiz yang ketara yang bebas dari kawalan tentera darat atau tentera laut. Ia ditubuhkan pada1 April1918, semasaPerang Dunia I, dengan penggabunganKor Penerbangan Diraja danPerkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja. Selepas perang, perkhidmatan ini dikurangkan secara drastik, dan RAF bertanggungjawab dalam mengawalIraq dan melaksanakan beberapa aksi kecil diEmpayar British yang lain.
Usaha terbesar RAF semasa perang adalah melaksanakan kempenpengeboman strategik. Walaupun pengeboman RAF ke atas Jerman bermula seawal perang meletus, di bawah kepimpinan Ketua Marshal UdaraHarris, serangan bertubi-tubi meningkat dari 1942 dan seterusnya disebabkan oleh kewujudan teknologi dan peningkatan jumlah pesawat. Menjadi kontroversi, RAF telah menerima pakai polici dalam memlaksanakanpengeboman kawasan pada waktu malam yang melihat serangan dibuat ke atas bandar-bandar Jerman sepertiHamburg danDresden. Unit-unit lain, bagaimanapun, membangunkan teknik pengeboman tepat untuk operasi-operasi tertentu sepertiSerangan "Dambusters" olehSkuadron No. 617[6]
Sistem pengenalan pesawat tentera British mengikut nama pesawat menghuraikan peranan pesawat berkenaan. Sebagai contoh, pesawat Tornado F3 ditandakan sebagaifighter berdasarkan abjab 'F', dan ia merupakan generasi ketiga pengeluaran.
Tornado GR4A Dilengkapi dengan kamera dan penderia penglihatan, inframerah dan jarak spektrum radar.
Nimrod R1 Menyediakan perisikan elektronik dan isyarat.
Sentinel R1 Dikenali juga sebagai ASTOR - Airborne Stand-Off Radar) menyediakan platfom pengawasan radar bumi bertempat di jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global Express.
Nimrod MR2 Peperangan Anti-Kapal Selam danPeperangan Anti Permukaan. Juga digunakan untuk perananCari dan Selamat, dimana keupyaan jarak jauhnya dan kemudahan komunikasi membolehkan ia bertindak sebagai penghubung di antara helikopter penyelamat, kapal dan pangkalan di darat. Ia juga boleh mengugurkan pod yang mengandungi rakit keselamatan dan bekalan ikhtiar hidup kepada orang terselamat di laut. Pesawat Nimrod MR2 akan digantikan dengan 12 buah pesawat Nimrod MRA4 pada tahun 2009.
C-17 Globemaster III 4 buah melalui perjanjian sewa-beli daripadaBoeing untuk menyediakan keupayaan pengangkutan strategik berat. Pesawat ke-5 akan dihantar pada7 April,2008. Perolehan pesawat ke-6 seperti diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Britain akan memperkukuhkan operasi di Iraq dan Afghanistan,[3] akan dihantar pada3 Jun,2008. Pesawat bari ini akan digerakkan ke barisan hadapan secepat mungkin. RAF dijangka akan menerima sejumlah 8 buah pesawat C-17 yang bermakna 2 buah pesawat lagi akan dihantar sebelum pertengahan tahun 2009 apabila pengeluaran pesawat Globemaster mungkin akan dihentikan.
RAF sedang merancang untuk menggunakan pesawat baru. Ini termasuk:
Eurofighter Typhoon Sedang mula memasuki perkhidmatan dan apabila kesemua pesawat Typhoon beroperasi sepenuhnya, RAF adalah merupakan pendendali terbesar pesawat jenis ini.
Airbus A400M 25 buah akan diperoleh untuk menggantikan pesawat C-130K Hercules.[8]
HC3 Versi tingkat upaya pesawat Chinook, dengan sistem avionik terbaru dan penambahan jarak untuk melaksanakan misipasukan khas, dipesan pada 1995. Oleh kerana masal teknikal danpenguruskan projek, pesawat ini tidak dapat memasuki perkhidmatan, dan telah diturun taraf sebagai Helikopter sokongan dan akan digunakan bermula pada tahun 2009.
Hawk 128 Akan menggantikan pesawat Hawk dalam perkhidmatan; model baru ini akan dilengkapi peralatan dan keupayaan yang setanding dengan pesawat moden barisan hadapan.