Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tentera Laut Diraja British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Laut Diraja British
Royal Navy
Bendera Tentera Laut Diraja
Ditubuhkan padaAwal kurun ke-16 (5 kurun yang lalu)
NegaraUnited Kingdom[nb 1]
KesetiaanRaja Charles III
CawanganTentera laut
JenisAngkatan laut lepas
Saiz98 buah kapal termasuk Armada Sokongan Diraja (RFA)
66 buah kapalMarin Diraja
149 pesawat Pasukan Udara Armada (FAA)
Sebahagian daripadaPerkhidmatan Laut,Angkatan Tentera British
Pejabat Staf LautBangunan UtamaKementerian Pertahanan
Whitehall,London,United Kingdom
Nama samaranPerkhidmatan Kanan
Moto"Si vis pacem, para bellum"
"Jika anda inginkan keamanan, bersedialah untuk berperang"
WarnaMerah dan Putih
Kawat"Heart of Oak"
Laman webwww.royalnavy.mod.uk
Komander
Lord High AdmiralPutera Philip, Duk Edinburgh
First Sea LordLaksamana Sir George ZambellasKCB DSC
Panglima ArmadaLaksamana Madya Philip JonesCB
Second Sea LordLaksamana Madya David SteelCBE
Komander
terkenal
Laksamana Madya ViscountHoratio Nelson, Laksamana Armada Viscount Andrew Cunningham, Laksamana Armada EarlLouis Mountbatten
Tanda kebesaran
Panji Putih[nb 2]
Bendera Tentera Laut[nb 3]
Pesawat udara
PenyerangLynx
PerondaMerlin,Lynx,Sea King ASaC.7
PelatihTutor, Hawk[perlu rujukan]
PengangkutSea King
United Kingdom
Perkhidmatan Laut
Angkatan Tentera British
Komponen
  • Armada permukaan
  • Pasukan Udara Armada
  • Angkatan Kapal Selam
  • Simpanan Tentera Laut Diraja
  • Perkhidmatan Kesihatan Tentera Laut Diraja
  • Khidmat Kejururawatan (Queen Alexandra's Royal Naval Nursing Service
  • Simpanan Marin Diraja
  • Perkhidmatan Bot Khas
Sejarah dan masa hadapan
  • Sejarah Tentera Laut Diraja
  • Sejarah Marin Diraja
  • Adat dan tradisi Tentera Laut Diraja
  • Masa Depan Tentera Laut Diraja
Kapal-kapal
  • Armada semasa
  • Pengerahan semasa
  • Kapal bersejarah
Keanggotaan
Agensi awam
  • Serco Denholm

Tentera Laut Diraja British atauRoyal Navy(RN) merupakan cabang perkhidmatanpeperangan laut yang utama dalamAngkatan Tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabangPerkhidmatan Kanan). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke-20, TLD merupakan salah satutentera laut terbesar dan terkuat di dunia, ia memainkan peranan penting dalam pembentukanEmpayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti-kapal selam, dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan sejagat dan operasi laut lepas.

TLD merupakan pasukan tentera laut kedua terbesar dalamNATO dari segitananarmadanya[1]. Keupayaan unjuran kuasa sejagatnya cuma kalah denganTentera Laut Amerika Syarikat[2]. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah kapal induk, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal rondaan. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.

Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalamPerkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungiKor Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.

Peranan

[sunting |sunting sumber]

Peranan Tentera Laut Diraja (TLD) ialah untuk melindungi aset-aset kepentingan dan strategik British tidak kira lingkungan domestik ataupun secara global, melaksanakan dasar pertahanan dan luar negeri Kerajaan Ratu Britain melalui latihan ketenteraan, aktiviti diplomasi dan aktivit serta agenda lain yang menyokong objektif-objektif ini. TLD juga merupakan elemen penting untuk sumbangan United Kingdom kepada NATO, dengan beberapa jumlah asetnya diletakkan kepada tugasan-tugasan NATO pada bila-bila masa. Objektif-objektif ini dicapai melalui beberapa kebolehan.

  • Pengekalan 'Nuclear Deterrent' (angkatan perang yang dilengkapi senjata nuklear) United Kingdom melalui polisi 'Continuous at Sea Deterrence ("Pertahanan Laut Berterusan")
  • Penghantaran pasukan Komando UK
  • Sumbangan aset terhadap Join Force Harrier (Angkatan Gabungan Harrier)
  • Sumbangan aset terhadap Kawalan Gabungan Helikopter
  • Pengekalan komitmen terhadap Kawalan Patrol; Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Utara), Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Selatan), Pasukan Tugas Teluk Parsi
  • Penghantaran kebolehan kapal penyapu ranjau UK kepada negara-negara bersekutu
  • Penyediaan kebolehan Hidrografi dan meterologi secara global
  • Perlindungan kawasan perikanan United Kingdom dan European Union

Pemerintahan, kawalan dan organisasi

[sunting |sunting sumber]

TLD ditubuhkan dibawah Prerogatif Diraja, oleh itu, ahli dibawah kendalian tentera laut ini (tidak seperti Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) tidak perlu mengangkat sumpah kesetiaan kepada monarki British. Pemimpin tertinggi Tentera Laut Diraja ialah Lord High Admiral (Panglima Besar Laksamana), satu posisi yang sejak tahun 1964 lagi dipegang oleh monarki British yang juga merupakan pemerintah keseluruhan Angkatan Tentera British.

Ketua profesional kepada perkhidmatan ini adalahFirst Sea Lord, yang merupakan seorang ahliMajlis Pertahanan United Kingdom danLembaga Admiralti, yang mana, melaksanakan pengurusan seperti yang dibahagikan oleh Majlis Pertahanan. Lembaga Tentera Laut, sebuah jawatan kuasa kecil Lembaga Admiralti, bertanggung jawab terhadap pengurusan Perkhidmatan Laut. Semua jawatan kuasa ini adalah berdasarkan Kementerian Pertahanan United Kingdom. Bangunan pejabat utamanya terletak di London, di mana First Sea Lord, juga dikenali sebagai Ketua Turus Laut, dibantu oleh Jabatan Staf Tentera Laut.

Organisasi

[sunting |sunting sumber]

Pemerintahan penuh terhadap semua unit armada yang boleh dikerahkan, termasuklah Marin Diraja dan Armada Auxiliary, adalah tugasPanglima Armada (Fleet Commander), dengan satu Markas Pemerintahan Tentera Laut di pangkalan HMSExcellent di Portsmouth dan sebuah Pusat Kawalan Operasi di Northwood, Middlesex, yang berada di Markas Tetap Bersama dan sebuah Markas Wilayah NATO, Markas Komponen Maritim Bersekutu Northwood (English: Allied Maritime Component Command Northwood, (AMCNN)), Panglima Armada juga merupakan Komander AMCNN.

Panglima Armada turut disokong oleh:

  • Second Sea Lord, yang berpangkalan di HMS Excellent, Pegawai Pemerintah di Perkhidmatan Tentera Laut. Dan juga seorang Laksamana Muda Pasukan Udara Armada.
  • Timbalan Panglima Armada, berpangkalan di HMS Excellent, yang memerintah Ibu Pejabat.
  • Panglima Operasi, berpangkalan di Northwood, bertanggung jawab dalam kawalan operasi aset-aset TLD. Juga merupakan seorang Laksamana Muda dan Panglima Angkatan Kapal Selam Tentera Bersekutu Utara NATO.
  • Panglima Pasukan Maritim UK, pasukan yang boleh dikerah untuk Staf Tempur Armada, Pasukan Petugas UK, Pasukan Petugas Amfibia UK, dan Markas Komponen Maritim UK.
  • Panglima Pasukan Amfibia UK British

Senarai Aset

[sunting |sunting sumber]

Ini merupakan senarai kapal-kapal perang dan kapal-kapal lain yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja pada waktu ini.

Dalam keseluruhan 91 kapal perang yang aktif 2 merupakan kapal pengangkut pesawat, 3 kapal amfibi, 25 kapal armada pengiring (17 Frigat dan 8 Pembinasa) dan 13 kapal selam berkuasa nuklear (9 SSNs dan 4SSBNs). Ini tidak meliputi senarai kapal dalam Armada Auksilari ataupun simpanan.

Kapal Pengangkut PesawatKelasInvincible (2)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSIllustrious (R06)
  • HMSArk Royal (R07) (Kapalflagship)

Kapal Pembinasa KelasType 45 (6)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSDaring (D32) (dilancar 1 Februari 2006, belum ditauliah)
  • HMSDauntless (D33) (dilancar 23 Januari 2007, belum ditauliah)
  • HMSDiamond (D34) (dilancar 27 November 2007, belum ditauliah)
  • HMSDragon (D35) (dalam pembinaan)
  • HMSDefender (D36) (dalam pembinaan)
  • HMSDuncan (D37) (dalam pembinaan)

Kapal Pembinasa KelasType 42 (8)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSExeter (D89)
  • HMSSouthampton (D90)
  • HMSNottingham (D91)
  • HMSLiverpool (D92)
  • HMSManchester (D95)
  • HMSGloucester (D96)
  • HMSEdinburgh (D97)
  • HMSYork (D98)

Kapal Frigat KelasType 23 (13)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSArgyll (F231)
  • HMSLancaster (F229)
  • HMSIron Duke (F234)
  • HMSMonmouth (F235)
  • HMSMontrose (F236)
  • HMSWestminster (F237)
  • HMSNorthumberland (F238)
  • HMSRichmond (F239)
  • HMSSomerset (F82)
  • HMSSutherland (F81)
  • HMSKent (F78)
  • HMSPortland (F79)
  • HMSSt Albans (F83)

Kapal Frigat KelasType 22 (4)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSCornwall (F99)
  • HMSCumberland (F85)
  • HMSCampbeltown (F86)
  • HMSChatham (F87)

Pasukan Pendarat Amfibi

[sunting |sunting sumber]

Landing Platform Helicopter (LPH) KelasOcean (1)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSOcean (L12)

Landing Platform Docks (LPD) KelasAlbion (2)

[sunting |sunting sumber]
  • HMSAlbion (L14)
  • HMSBulwark (L15)

Lencana pangkat dan gred

[sunting |sunting sumber]

Lencana pangkat pegawai Royal Navy

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Chapter II: REGIONAL OVERVIEW AND CONTRIBUTIONS OF KEY ALLIES: Contributions of Selected NATO Allies".Allied Contributions to the Common Defense: A Report to the United States Congress by the Secretary of Defense. United States Department of Defense. Mac 2001. Dicapai pada2006-10-14.
  2. ^"Sea Vision UK".Why is the maritime sector so important?. Sea Vision UK. 2006. Dicapai pada2006-11-16.
Nota
  1. ^
  2. ^
    1630–1707
    1707–1800
  3. ^
    1545–1606
    1606–1800

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanTentera Laut Diraja British
Angkatan Tentera
Majlis Pertahanan
  • Setiausaha Negara bagi Pertahanan
  • Menteri bagi Angkatan Tentera
  • Setiausaha Rendah Parlimen dan Menteri bagi Kelengkapan, Sokongan dan Teknologi Pertahanan
  • Menteri bagi Strategi Keselamatan Antarabangsa
  • Setiausaha Rendah Parlimen bagi Pertahanan dan Menteri Hal-Ehwal Veteran
Perkhidmatan Awam
Lembaga tentera
Organisasi sokongan
  • Perkhidmatan Perniagaan Pertahanan
  • Peralatan dan Sokongan Pertahanan
  • Organisasi Infrastruktur Pertahanan
Agensi eksekutif
  • Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan
  • Kumpulan Sokongan Pertahanan
  • Pejabat Hidrografi United Kingdom
Badan awam bukan jabatan
  • Muzium Tentera Nasional
  • Muzium Negara Tentera Laut Diraja
  • Muzium Tentera Udara Diraja
Angkatan Tentera British
Tentera Darat BritishTentera Darat BritishTentera Laut DirajaTentera Laut Diraja BritishTentera Udara DirajaTentera Udara Diraja British
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tentera_Laut_Diraja_British&oldid=6705869"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp