Regio Esercito Italiano Tentera Darat Diraja Itali | |
---|---|
![]() Panji-panjiRegio Esercito | |
Aktif | 1861–1946 |
Negara | ![]() |
Kesetiaan | Raja Itali |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 5,000,000 (1915) 1,600,000 (1939) 3,500,000 (1943) |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Kerajaan Itali |
Moto | Avanti Savoia! |
Warna | Hijau, Putih dan Merah |
Peringatan | 4 November |
Pertempuran | Perang Kemerdekaan Itali Perang Mahdist Perang Itali-Ethiopia (1895–96) Pemberontakan Yihetuan Perang Itali-Turki Perang Dunia I Pengamanan Libya Perang Itali-Ethiopia (1935–36) Perang Saudara Sepanyol Serangan Itali ke atas Albania Perang Dunia II |
Komander | |
Ketua upacara | Marsyal Pertama Empayar |
Komander terkenal | Raja Victor Emmanuel II, Pietro Badoglio, Luigi Cadorna, Armando Diaz Alfredo Guzzoni |
Tentera Darat Diraja Itali (Itali:Regio Esercito, "Tentera Darat Diraja") adalahangkatan daratKerajaan Itali, ditubuhkan olehpengisytiharan Kerajaan Itali. Semasa tahun 1800an Itali mula bersatu menjadi satu negara dan pada tahun 1861,Manfredo Fanti menandatangani satudekri penubuhan yang mewujudkanTentera Darat Dua Sicily. Tugas pertama tentera yang baru diwujudkan ini ialah mempertahankan diri dari kuasa penindasan di selatanItali. Tentera Darat Dua Sicily memerangi jenayah dan ketumbukan lain semasa zamanpenyatuan. Selepaspemerintahan beraja tamat, tentera darat menukar namanya kepada Tentera Darat Itali (Esercito Italiano).
Didalam Tentera Darat Diraja Itali terdapat pasukan peribadi tentera gunung elit yang dipanggilAlpini. PasukanAlpini merupakan infantri gunung tertua yang aktif di dunia. Misi asal mereka ialah melindungi dan menjamin keselamatan sempadan gunung utara Itali yang membatasiPerancis danAustria. Kumpulan ini muncul dalam Perang Dunia I semasa kempen tiga tahun memerangiKaiserjagerAustria-Hungary danAlpenkorps Jerman. Sekali lagi dalamPerang Dunia II pasukan Alpini berjuang bersama-samatentera Paksi diBarisan Timur sertaKempen Balkan.[1]