Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tentera Darat British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Darat British
Ditubuhkan pada1660 (366 tahun)
NegaraUnited Kingdom[note 1]
KesetiaanRaja Charles III
JenisTentera darat
Saiz125,430 anggota Tetap dan Simpanan
121,800 Simpanan Tetap
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera British
Laman webwww.army.mod.uk
Komander
Ketua Turus AmJeneralMark Carleton-Smith
Panglima Medan Tentera DaratLeftenan JeneralSir Nick CarterKCB CBE DSO
Sarjan Mejar Tentera DaratPegawai Waran Kelas 1Gavin Paton
Tanda kebesaran
Bendera perang[note 2]
Bendera bukan istiadat

Tentera Darat British (Tentera British) (Bahasa Inggeris :British Army) adalah satu cabang perkhidmatan di dalamAngkatan Tentera British. berlainan denganTentera Laut Diraja British danTentera Udara Diraja British yang menggunakan gelaran "DiRaja", Tentera Darat British tidak menggunakan gelaran "DiRaja". Sebaliknya gelaran tersebut digunakan olehkor danrejimen yang berkhidmat dengan Tentera British.

Tentera British telah berkhidmat diseluruh pelusuk dunia, mengembangkanEmpayar British. Kini Tentera British tidaklah sebesar pasukan semasa di zaman kegemilangannya, sebaliknya telah bertukar bentuk menjadi satu pasukan yang perkasa dan dilengkapkan dengan senjata dan peralatan moden. Tentera British adalah antara pasukan paling maju dalam penggunaan teknologi. Tahap disiplinnya tinggi kerana anggota-anggotanya terdiri dari sukarelawan dan bukannya tenaga kerahan. Anggota Tentera British adalah antara anggota tentera paling terlatih di dunia.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Tentera Darat British wujud hasil daripada gabungan TenteraScotland dan TenteraEngland selepas penyatuanParlimenEngland dan ParlimenScotland yang membawa kepada kewujudanUnited Kingdom of Great Britain dalam tahun1801. Pasukan baru ini dikenali sebagai Tentera British, dan menggabungkan semua RejimenInggeris danScotland yang telah sedia wujud ketika itu.

Daripada tahun1763, sehingga tahun1914,United Kingdom merupakan kuasa ekonomi dan kuasa tentera paling dominan di dunia.Empayar British telah berkembang ke empat penjuru dunia, Dikatakan ketika itu bahawa "matahari tidak akan terbenam di Empayar British".

WalaupunTentera Laut Diraja British menjadi faktor penyumbang utama kemunculan Britain sebagai satu kuasa besar, Tentera Darat British menyediakan barisan hadapan untuk menjaga keselamatan koloni dan tanah jajahan, khususnya daripada ancaman kuasa lain dan juga keganasan oleh penduduk tempatan. Tentera British juga menawan dan mengawal jajahan strategik untukEmpayar British, dan membolehkan empayar tersebut terus berkembang. Tentera British juga berperang di wilayah perbatasan dan perantauan untuk mempastikan keamanan di perbatasan, dan dengan itu menjauhi ancaman oleh kuasa-kuasa lain.

Contoh peperangan sedemikian adalah campur tangan tentera diAfghanistan untuk membolehkan kewujudan satu kawasan penampan (buffer) di antara jajahanBritish India danEmpayar Rusia. Kesungguhan mengawal pengaruhEmpayar Rusia menjadi sebab utama campur tangan Britain di pihakTurki semasaPerang Krimea.

Pasukan tentera tetap yang pertama di dunia sebenarnya ditubuhkan olehOliver Cromwell dalam tahun 1645, semasaPerang Saudara Inggeris. PasukanNew Model Army ini amat terlatih dan berdisiplin tinggi.New Model Army ini dibubarkan oleh RajaCharles II kecuali satubriged yang dikekalkan.Briged ini masih kekal dan kini menjadiColdstream Guards.Perakuan Hak England 1689 (English Bill of Rights 1689) memindahkan kuasa kawalan ke atas pasukan tentera kepadaParlimen, hinggalah ke hari ini.

Tentera British (ketika itu Tentera Inggeris) di bawahOliver Cromwell juga memainkan peranan besar menakluk semula Ireland dalam kurun ke-17. Sejak itu, Tentera British tidak henti-henti menangani pemberontakan dan keganasan di Ireland, sehingga kewujudanRepublik Ireland awal kurun ke-20.

Tentera Darat British juga memainkan peranan besar dalam menentangNapoleon Bonaparte dan berperang diSepanyol,Mesir, Afrika Utara dan di Belgium. Tentera British, di bawah pimpinanDuke of Wellington berjaya menewaskanNapoleon Bonaparte diPertempuran Waterloo pada tahun 1815, dan sekali gus menghapuskan ancamanNapoleon Bonaparte ke atas pengaruh Britain sebagai kuasa besar.

Selain memerangi tentera-tentera pesaing diEropah dan juga di kawasan jajahan mereka, Tentera British juga terlibat dalam peperangan denganChina. (Perang Candu Pertama,Perang Candu Kedua) danPemberontakan Boxer), serta peperangan dengan kaum asli Maori di New Zealand, pasukan-pasukan tentera raja-raja diIndia dan juga menentang pemberontak Ireland semasa Perang Inggeris-Ireland.

SemasaPerang Dunia I pada 1914, kekuasaanBritain telah dicabar olehJerman. Ekoran itu, Britain telah bersekutu denganPerancis danRusia. Tentera British kemudian menghantar satu pasukan ekspedisi ke Perancis dan Belgium untuk memastikanJerman tidak menduduki negara-negara tersebut. Perang Dunia I mengorbankan lebih dari 900,000 anggota tentera dan lebih 2 juta tentera cedera. Pada mulanya,Pasukan Ekspedisi British dianggotai oleh anggota sukarela, tetapi setelah ramai yang terbunuh dan cedera, anggota kerahan mula menyertai Pasukan Ekspedisi British.

Kemajuanteknologi seperti pengenalankereta kebal di medan tempur dan penggunaan pesawat udara sebagai senjata perang mengubah corak peperangan medan.Peperangan berparit pelindung (trench warfare) menjadi strategi baru peperangan, diikuti dengan penggunaansenjata kimia dangas beracun untuk membunuh musuh. Perang Dunia I menjadiperang pelumpuhan (war of attrition) bagi pihak Jerman dan jugaPihak Berikat.

Dalam tahun 1939,Perang Dunia II meletus apabilaJerman membuat serangan mengejut ke atasPoland.Britain memihak padaPoland dan sekali lagiPasukan Ekspedisi British dihantar kePerancis. Akan tetapi, keberkesanan strategiblitzkriegTentera Jerman amat berkesan dan memaksa Tentera British berundur keDunkirk, di mana pasukan tersebut dipindahkan menggunakan kapal untuk kembali keBritain. Sehingga awal tahun1942,Tentera Paksi mencapai kejayaan, tetapi keadaan mula bertukar apabilaAmerika Syarikat menyertai peperangan. Tentera British mengalahkanKor Afrika Jerman diAfrika Utara, dan menyertai tenteraAmerika Syarikat menaklukiItali. Pada 6 Jun, 1944,Tentera Berikat mendarat diNormandy, dan mula memaksaTentera Jerman berundur kembali ke sempadan asal mereka. Peperangan di Eropah, Afrika Utara dan Mediteranean melihat penubuhan pasukan khas seperti pasukanKomando,Special Air Service,Long Range Desert Group dan pasukanPayung Terjun.

Di Timur jauh, Tentera British berjaya menahan kemaraanTentera Jepun diBurma, dan mula memaksa mereka berundur. Di Burma, pasukanChindit memberikan dimensi baru peperangan apabila menyusup jauh di belakang barisan hadapan menggunakan perbekalan udara untuk memyokong pergerakan mereka.

SelepasPerang Dunia II, Empayar British mula mengecil apabila tanah-tanah jajahan Britain mula mencapaikemerdekaan. Dengan itu, kekuatan tentera British semakin berkurangan. Namun demikian, denganPerang Dingin berterusan di antaraBlok Timur danBlok Barat,Britain menempatkanBritish Army of the Rhine yang kuat diJerman, sebagai komitmen mereka dalamPertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).Perang Dingin juga membawa kepada penemuan dan penggunaan teknologi baru dan penggunaan senjata yang semakin canggih.

Kini Tentera British tidak ramai bilangannya, dan semakin berkurangan apabila kajian demi kajian dibuat oleh kerajaan mengenai kedudukanAngkatan Tentera British. Namun demikian, Tentera British menunjukkan keupayaan apabila dapat beraksi dengan cemerlang semasaPerang Falkland,Perang Iraq tahun 1990 dan juga semasa operasi menaklukIraq dalamOperasi Telic.

Organisasi

[sunting |sunting sumber]

Kor dan Rejimen

[sunting |sunting sumber]
Kor Armor DiRaja (The Royal Armoured Corps)
Kor Udara Tentera Darat (The Army Air Corps)
Rejimen Artileri DiRaja (The Royal Regiment of Artillery)
Kor Adjutan Jeneral (The Adjutant Generals Corps)
Pasukan Infantri (The Infantry)
Kor Semboyan DiRaja (The Royal Corps of Signals)
Kor Askar Jurutera DiRaja (The Corps of Royal Engineers)
Kor Risik (The Intelligence Corps)
The Royal Logistic Corps
Perkhidmatan Kesihatan Tentera Darat (The Army Medical Services)
Kor Jurutera Elektrik dan Jentera (The Corps of Royal Electrical and Mechanical Engineers)
Jabatan Chaplain Tentera Darat (The Royal Army Chaplain's Department)
Kor Latihan Jasmani Tentera Darat (Army Physical Training Corps)
Kor Muzik Tentera Darat (The Army Corps of Music)
Kor Jururawat Queen Alexandra (Queen Alexandra's Royal Army Nursing Corps)
Kos Senjata Api (The Small Arms School Corps)

Markas

[sunting |sunting sumber]

Tentera Darat British disusun mengikut 4 markas utama

  • Markas Darat
  • Markas Adjutan Jeneral
  • Markas Ireland Utara
  • Markas Pasukan Tentera British di Cyprus


Unit-Unit Tentera Darat British

[sunting |sunting sumber]
  • 1st Division
    • 4th Armoured Brigade
    • 7th Armoured Brigade
    • 20th Armoured Brigade
    • 102 Logistic Brigade
  • 2nd Division
    • 15 Brigade (North East)
    • 42 Brigade (North West)
    • 51 Brigade (Scottish)
    • 52 Infantry Brigade
    • Catterick Garrison
  • 3rd Division
    • 1 Mechanised Brigade
    • 101 Logistic Brigade
    • 12 Mechanised Brigade
    • 19 Mechanised Brigade
  • 4th Division
    • 2 Infantry Brigade
    • 16 Air Assault Brigade
    • 49 East Brigade
    • 145 Home Counties Brigade
    • Aldershot Garrison
    • Colchester Garrison
  • 5th Division
    • 43 Wessex Brigade
    • 143 West Midlands Brigade
    • 160 Wales Brigade
  • Markas Ireland Utara
    • 8 Infantry Brigade
    • 39 Infantry Brigade
    • 107 Ulster Brigade
  • Pasukan Khas

Kelengkapan

[sunting |sunting sumber]
SA80.
Askar British melepaskan tembakan menggunakan senjata bantuanFN Minimi.
Warrior IFV.
Westland WAH-64 Apache.
Anggota Tentera Darat British dari Batalion Kedua, Rejimen Payung Terjun, bersama-sama raifal L85A2 dalamOperasi Telic.

Statistik Kelengkapan

[sunting |sunting sumber]
Statistik Tentera Darat British[1]
Bilangan anggota Pasukan Tetap102,440
Bilangan anggota Pasukan Simpanan35,000+
Kereta kebal utama386Challenger 2
Kenderaan tempur infantri667Warrior (789 dibeli)
APC dan kenderaan peninjau3,230 - 4,000+
Land Rover Wolf15,000
LoriPinzgauer2,000
Lori utiliti2,300
Artilleri danmortar2,896
Pertahanan Udara337
Helikopter300+

Jenis Kelengkapan

[sunting |sunting sumber]
Senjata Api
L85A2 5.56mm IW
L86A2 5.56mm LSW
L110A1 5.56mm SAW
L9A1 Browning
L7A2 7.62mm MGKA
L96A1 7.62mm
L115A1 8.6mm LRR
Armor
FV4043 Challenger 2 MBT
Warrior IFV
CVR(T)
Artilleri
Meriam SPAS90 155mm
MLRSM270
Meriam ringanL118
Rapier Rapier FSC
Starstreak Starstreak HVM
Howitzer medanFH-70 L121
Pesawat Udara
Westland WAH-64 Apache AH.Mk.1
Westland Gazelle Gazelle AH.Mk.1
Westland Lynx Lynx AH.Mk.7
Bell 212
Britten-Norman Islander
Agusta A109
Logistik
DROPS
Land Rover (TUL/TUM)
ATMP
BV206
Elektronik & Komunikasi
MSTAR
Bowman (sistem komunikasi)
Skynet 5
Sistem Pengimej HabaSpyglass
Radar Pengesan ArtilleriCobra

Pasukan Elit

[sunting |sunting sumber]

Pasukan elit paling ternama dalam Tentera British adalah pasukanSpecial Air Service ataupun lebih terkenal dengan singkatan SAS. Ditubuhkan dalam tahun 1942, pasukan ini menjadi model untuk banyak pasukan khas negara-negara lain.

Special Air Service

[sunting |sunting sumber]

Unit paling terkenal di dunia di kalangan unit-unitPasukan Khas.Rejimen ini mempunyai 3 Rejimen, dengan22 SAS sebagai regimen pasulkan regular. 21 SAS dan 23 SAS adalah rejimen pasukan simpanan. 22 SAS mempunyai 5Skuadron, "A"Skuadron, "B"Skuadron, "D"Skuadron, "G"Skuadron danSkuadron Simpanan.

Rejimen Payung Terjun

[sunting |sunting sumber]

RejimenPayung Terjun (Parachute Regiment) merupakan Pasukan Lintas Udara Tentera British. Pasukan ini mempunyai sejarah gemilang walaupun hanya ditubuhkan dalam tahun 1940. Pasukan ini dikira elit kerana kriteria yang ketat digunakan untuk pemilihan anggota. Rejimen ini kini mempunyai 3batalion tetap dan 1batalion simpanan. Batalion Pertama rejimen ini ditugaskan sebagai satu elemen di dalam Kumpulan Sokongan Pasukan Khas Bersama (Joint Special Forces Support Group)

Special Reconnaissance Regiment

[sunting |sunting sumber]

Rejimen Peninjau Khas (Special Reconnaissance Regiment) adalash pasukan baru ditubuhkan oleh Kerajaan british untuk menjalankan misi-misi pengawaan anti keganasan (Counter-Terrorist surveillance). Unit ini mencapai taraf operasi penuh dalam bualn April 2005, dikumpulankan dalam kumpulan Pasukan Khas United Kingdom bersama-samaSpecial Air Service danSpecial Boat Service

Rejimen Dan Kor Yang Ternama

[sunting |sunting sumber]
Argyll & Sutherland Highlanders
Black Watch
Blues and Royals
Brigade Of Gurkhas
Coldstream Guards
Devonshire & Dorset Light Infantry
The Duke of Lancaster's Regiment
Duke of Wellington's Regiment
Green Howards
Grenadier Guards
Highlanders
Household Cavalry Regiment
Irish Guards
King's Own Royal Border Regiment
King's Own Scottish Borderers
King's Regiment
King's Royal Hussars
King's Troop Royal Horse Artillery
Life Guards
Light Dragoons
Light Infantry
Parachute Regiment
Princess of Wales's Royal Regiment
Prince of Wales's Own Regiment of Yorkshire
Queen's Dragoon Guards (The Welsh Cavalry)
Queen's Lancashire Regiment
Queen's Royal Hussars
Queen's Royal Lancers
The Rifles
Royal Armoured Corps
Royal Dragoon Guards
Royal Electrical and Mechanical Engineers
Royal Engineers
Royal Gloucestershire, Berkshire and Wiltshire Light Infantry
Royal Green Jackets
Royal Gurkha Rifles
Royal Highland Fusiliers
Royal Irish Regiment
Royal Regiment of Artillery (RA)
Royal Regiment of Fusiliers
Royal Regiment of Scotland
Royal Tank Regiment
Royal Scots
SCOTS Dragoon Guards
Scots Guards
Staffordshire Regiment
The Rifles
The Royal Regiment of Scotland
The Royal Welsh
Welsh Guards
Worcestershire & Sherwood Foresters Regiment (29th/45th Foot)
The Yorkshire Regiment

Lencana pangkat

[sunting |sunting sumber]

Lencana pangkat pegawai Tentera Darat British

Isu Semasa

[sunting |sunting sumber]
Tentera Darat Britain

Komponen
Tentera Darat Britain
Tentera Wataniah
Senarai rejimen-rejimen sekarang
Struktur Tentera Darat Britain
Pentadbiran
Ibu pejabat Perintah Darat
Ibu pejabat Jeneral Adjutan
Ibu pejabat Ireland Utara
Atur gerak luar negara
Pasukan Britain Jerman
Pasukan Britain Cyprus
Pasukan Britain Kepulauan Falkland
Pasukan Britain Gibraltar
Garison Britain Brunei
Peralatan
Raifal tentera Britain
Peralatan moden
Sejarah
Sejarah Tentera Darat Britain
Garis masa Tentera Darat Britain
Pengambilan Tentera Darat Britain
Anggota
Senarai pegawai-pegawai kanan
Lambang pangkat pegawai
Lambang pangkat-pangkat lain
Portal Tentera Darat Britain
Portal tapak-tapak berkaitan lain

10 Peratus Anggota Tentera Rakyat Asing

[sunting |sunting sumber]

Dalam bukanApril2006, wartawan Graeme Wilson daripadaDaily Telegraph membuat laporan bahawa hampir 10 peratus daripada anggota Tentera British terdiri daripada warga asing. Dalam tahun 2006, terdapat 6,460 orang anggota Tentera British yang diambil daripada negara asing, berbanding hanya 300 lapan tahun sebelumnya.

Anggota asing ini dari 54 kerakyatan, kebanyakannya negaraKomanwel. Dengan 3,000 anggotaBriged Gurkha, jumlah keseluruhan anggota warga asing hampir 10,000 orang, hampir 10% daripada jumlah keseluruhan 101,140 anggota Tentera Darat (Januari2006)Fiji merupakan penyumbang terbesar dengan 1,965 orang anggota, sementaraJamaica mempunyai 975 orang anggota danAfrika Selatan dengan 650 orang anggota.

Setiausaha PertahananBritain,John Reid menyatakan kebimbangannya dengan keadaan tersebut dan mengatakan masalah berpunca dengan kerisauan remaja untuk berkhidmat diIraq dan juga kesan dariapda kontroversiBerek Deepcut.[1]Diarkibkan 2008-04-14 diWayback Machine

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Armed forces.co.uk
Notes
  1. ^
  2. ^
    1707–1800
Angkatan Tentera
Majlis Pertahanan
  • Setiausaha Negara bagi Pertahanan
  • Menteri bagi Angkatan Tentera
  • Setiausaha Rendah Parlimen dan Menteri bagi Kelengkapan, Sokongan dan Teknologi Pertahanan
  • Menteri bagi Strategi Keselamatan Antarabangsa
  • Setiausaha Rendah Parlimen bagi Pertahanan dan Menteri Hal-Ehwal Veteran
Perkhidmatan Awam
Lembaga tentera
Organisasi sokongan
  • Perkhidmatan Perniagaan Pertahanan
  • Peralatan dan Sokongan Pertahanan
  • Organisasi Infrastruktur Pertahanan
Agensi eksekutif
  • Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan
  • Kumpulan Sokongan Pertahanan
  • Pejabat Hidrografi United Kingdom
Badan awam bukan jabatan
  • Muzium Tentera Nasional
  • Muzium Negara Tentera Laut Diraja
  • Muzium Tentera Udara Diraja
Angkatan Tentera British
Tentera Darat BritishTentera Darat BritishTentera Laut DirajaTentera Laut Diraja BritishTentera Udara DirajaTentera Udara Diraja British
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tentera_Darat_British&oldid=6568606"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp