Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tengku Zafrul Abdul Aziz

Rencana baik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaTengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz)

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilencongkan di sini
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
تڠکو ظفرول تڠکو عبد العزيز
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
RajaJohorSultan Ibrahim
PahangSultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanLiew Chin Tong
Didahului olehAzmin Ali
Presiden
Persatuan Badminton Malaysia
Menyandang jawatan
10 Mei 2025
Didahului olehMohamad Norza Zakaria
Ahli
Dewan Negara Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
RajaJohorSultan Ibrahim
PahangSultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 5 November 2022
RajaPahangSultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
Ismail Sabri Yaakob
Bendahari
BN &UMNO Selangor
Dalam jawatan
31 Julai 2022 – 31 Mac 2024
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Pengerusi BN & UMNO SelangorMegat Zulkarnain Omardin
Didahului olehJamal Yunos
Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaPahangSultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
TimbalanMohd Shahar Abdullah
Timbalan I
Yamani Hafez Musa
Timbalan II
Digantikan olehAnwar Ibrahim
Kawasan pilihan rayaSenator
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaPahangSultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
TimbalanAbd Rahim Bakri
Timbalan I
Mohd Shahar Abdullah
Timbalan II
Didahului olehLim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaSenator
Maklumat peribadi
Lahir
Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

(1973-06-25)25 Jun 1973 (umur 52)
Kuala Lumpur,Selangor,Malaysia
Parti politikUMNO (1997-2025)
PKR (2025-kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1997-2025)
Pakatan Harapan (2025-kini)
PasanganYM Datin Seri Utama Hajah Raja Johanna Adrina Raja Arshad (k. 2011)
AnakYM Tengku Zahra Jasmina Tengku Zafrul

YM Tengku Zayn Aqeel Tengku Zafrul

YM Tengku Zaeem Khalif Tengku Zafrul

YM Tengku Zahira Eusnie Tengku Zafrul
SaudaraMustafa Albakri Hassan (Moyang)
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Bapa saudara)
Zahim Albakri (Bapa saudara)
Raja Jastina Raja Arshad (Kakak ipar)
Tempat belajarUniversiti Bristol
Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan
Universiti Exeter
Sarjana Seni dalam Kewangan dan Pengurusan
Universiti Tsinghua
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kali kedua)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurubank
GajiRM62,077.20 sebulan[1]


Datuk Seri UtamaHajiTengkuZafrul binTengkuAbdul Aziz (Jawi: تڠکو ظفرول بن تڠکو عبد العزيز; lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli politik, ahliDewan Negara, Pelabur dan TokohKorporatMalaysia yang dilantik sebagaiMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia[2][3]. Di peringkat parti beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)UMNO (meletakkan jawatan pada 30 Mei 2025) dan bekas Bendahari UMNOSelangor (meletakkan jawatan pada 1 April 2024).

Beliau dilantik sebagai Pengurus Bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah EksekutifCIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah Bank Universal ASEAN terkemuka, serta Pemimpin Dunia dalam Kewangan Islam. Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad[4] dan Presiden PesuruhjayaPT Bank CIMB Niaga Tbk.

Di luar CIMB, Tengku Zafrul kini menjadi ahli kepadaMajlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama diAsia Pasifik.[5] Selanjutnya, sebagai pendukung pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau kini mempunyai tempat di LembagaMajlis Sukan Negara Malaysia,[6] sebagai tambahan kepada Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara[7] di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawahTentera Laut Diraja Malaysia.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Keluarga

[sunting |sunting sumber]

Tengku Zafrul dilahirkan diHospital Besar Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik.[8][9] Ibunya ialah Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin iaitu bekas Ketua PengarahUnit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri Malaysia[8], dan bapanya, Tengku Abdul Aziz Tengku Haris, adalah seorang Ahli Perniagaan.[8] Tengku Zafrul mempunyai empat orang anak (Anak Perempuan, YM Tengku Zahra Jasmina dan YM Tengku Zahira Eusnie dan Anak Lelaki, YM Tengku Zaeem Khalif dan YM Tengku Zayn Aqeel),[9] dan berkahwin dengan YM Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad.[9]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Dari sudut latar belakang pendidikan, Tengku Zafrul mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sri Petaling dan Sekolah Rendah Bukit Bintang.[10] Beliau terus menyambung pelajaran diKolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan merupakanAlumni di kolej tersebut.[9][10] Setelah itu, beliau mengikuti pengajian A-Level di Sherborne School Dorset, United Kingdom.[10] Beliau juga mempunyai kelulusan IjazahSarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari Universiti Bristol,United Kingdom.[8][3] Kemudian, beliau menyambung pengajian dan dianugerahkan Sarjana Sastera (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter,United Kingdom.[8][10] Dari tahun 2017 hingga 2019, beliau sekali lagi menamatkan pengajian Sarjana untuk kali kedua dalam bidang Pentadbiran Perniagaan diUniversiti Tsinghua PBCSF (People’s Bank of China School of Finance), yang merupakan Institusi Pendidikan Mewangan Bertaraf Dunia dan Pusat Penyelidikan Kewangan Terkemuka.[11] Beliau juga turut memegang Fellow Chartered Banker dengan Asian Institute of Chartered Bankers.[8]

Hobi

[sunting |sunting sumber]

Sejak di bangku sekolah, Tengku Zafrul bermain sukan Hoki dan gemar Berlari secaraRekreasi.[11] Ketika beliau berada di tahun pertama di Universiti Bristol, pengangkutan utamanya adalah menggunakanBasikal.[11] Minat Tengku Zafrul juga termasuk menjaga kesihatan seperti mengikuti Maraton[12] (beliau telah menyelesaikan semua Enam Maraton di bawah Abbott World Marathon Majors[13]), Berbasikal dan Berenang, dan membangunkan belia melalui penyertaannya dalam pelbagai organisasi seperti Pergerakan Kalsom dan Ajaran untuk Malaysia. Beliau juga seorang peminat kelab bola sepakLiverpool yang bermain diLiga Perdana Inggeris serta meminati pemain bola sepak veteran seperti Ian Rush.[12][14][15]

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Kerjaya dalam bidang korporat

[sunting |sunting sumber]

Tengku Zafrul bermula sebagai Eksekutif Kewangan Korporat di AmInvestment Bank pada tahun 1996. Beliau kemudian bergabung dengan Crédit Agricole sebagai Penganalisis Pelaburan dan naik menjadi Pengarah dalam beberapa tahun. Setelah berjaya, beliau menjadi Penasihat kepada Presiden Tenaga Nasional Berhad. Tengku Zafrul kemudian bergabung dengan perbankan CIMB Investment, setelah itu beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Avenue Capital Resources (sekarang ECM Libra), sebuah syarikat tersenarai yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan kewangan iaitu perbankan pelaburan dan pengurusan dana. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Avenue Securities dan Pengerusi Avenue Asset Management. Beliau kemudian menjadi Ketua Perbankan Pelaburan untuk Citigroup Malaysia.

Beliau juga merupakan pelabur utama di Tune Money Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kewangan dalam talian pertama di Asia serta CEO dan pemegang saham utama. Berikutan itu, Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengarah Kumpulan Kenanga Holdings Berhad dan Pengarah Kenanga Investment Bank Berhad. Sebelum memegang peranan terakhir dengan CIMB Group, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank, cabang perbankan pelaburan milik penuh Malayan Banking Berhad dalam perkhidmatan kewangan utama Malaysia. Pengambilalihan Kim Eng Holdings Limited (Kim Eng) oleh Maybank Group pada tahun 2011 menghasilkan gabungan entiti Maybank IB dan Kim Eng, yang dikenali sebagai Maybank Kim Eng, di mana Tengku Zafrul juga merupakan CEO. Semasa berkhidmat bersama CIMB Group, Tengku Zafrul juga telah membentuk tranformasi CIMB menerusiTarget 2018 (T18) dan melaksanakan pelan strategikForward23.[16] Pada 9 Mac 2020, Tengku Zafrul telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif CIMB sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan.[17]

Menteri Kewangan

[sunting |sunting sumber]
Tengku Zafrul menerima kunjungan Edgard Kagan

Pada 9 Mac 2020, Tengku Zafrul telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Perdana Menteri yang ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yasin.[3][18] Atas perlantikan tersebut, beliau bertekad dan berbakti untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara.[5][19] Beliau memulakan tugas yang berat untuk membantu rakyat dan industri dalam menumpukan perlaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, serta perlaksanaan dasar pengembangan fiskal semasa penularanPandemik COVID-19 di Malaysia.[20] Pada 2 Mei 2020, Tengku Zafrul menegaskan keputusan membuka semula ekonomi tidak dibuat secara terburu-buru setelah kerajaan persekutuan membolehkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung semula pada 4 Mei 2020.[21] Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan tidak memaksa mana-mana syarikat membuka semula operasi dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.[21] Dalam suatu rancangan wawancara, Tengku Zafrul mengatakan bahawa pelan pemulihan ekonomi akan diumumkan selepas Aidilfitri dengan usaha menghidupkan semula ekonomi negara yang terjejas.[22] Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan telah melaksanakan program PenjanaKerjaya yang diperkenalkan di bawah Pelan Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.[23] Perlaksanaan program PenjanaKerjaya bertujuan untuk membantu pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Di bawah pelan pemulihan ekonomi jangka pendek, beliau telah melancarkan program kredit ePenjana bernilai RM750 juta bagi membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.[24]

Pada 6 November 2020, Tengku Zafrul telah membentangkan bajet belanjawan 2021 di dalam Dewan Rakyat demi memastikan kelangsungan ekonomi negara dan juga memberi manfaat kepada rakyat.[25]

Jawatan yang pernah disandang

[sunting |sunting sumber]
  1. AmInvestment Bank (Eksekutif Kewangan Korporat) (Jun 1996 - April 1997)
  2. Credit Agricole (Penganalisi Pelaburan dan Pengarah) (Mei 1997 - Ogos 1998) & (Julai 1999 - Mac 2001)
  3. Tenaga Nasional Bhd (Penasihat Presiden) (Mac 2001 - September 2002)
  4. CIMB Investment Bank Berhad (Pengarah, "Client Coverage") (September 2002 - April 2003)
  5. Avenue Capital Resources Bhd/Avenue Securities (Sekarang ECM Libra) (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi) (2003 - 2006)
  6. Citigroup Malaysia (Ketua Perbankan Pelaburan) (April 2006 - Mac 2007)
  7. Tune Money (Ketua Pegawai Eksekutif) (Mac 2007 - Disember 2008)
  8. Kenanga Holdings Berhad dan Investment (Pengarah Kumpulan) (Januari 2009 - Jun 2010)
  9. Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings (Ketua Pegawai Eksekutif) (Jun 2010 - Disember 2013)
  10. CIMB Investment Bank berhad (Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Bersama Penyelesaian Pelenggan Korporat) (2014 -2016)
  11. CIMB Bank Berhad (Ketua Pegawai Eksekutif) (2014 - 2015)
  12. CIMB Group Holdings Berhad (Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif) (Februari 2015 - 9 Mac 2020)
  13. Menteri Kewangan (10 Mac 2020 - 10 Oktober 2022)
  14. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (terkini)

Penglibatan lain

[sunting |sunting sumber]
  1. Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC)
  2. Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara Malaysia
  3. Pemegang Amanah Yayasan Kepemimpanan Perdana
  4. Ahli majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi
  5. Presiden Kelab Perniagaan Kuala Lumpur dan menganggotai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)[26]
  6. Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
  7. Felo Ahli Perbankan Bertauliah Insitut Bank-Bank Bertauliah Asia

Media lain

[sunting |sunting sumber]

Televisyen

[sunting |sunting sumber]

Tengku Zafrul adalah salah seorang Juri dalam satu siri rancangan televisyen realiti korporat iaituThe Firm di Malaysia.[11] Tayangan perdana televisyen ini ditayangkan ke seluruh negara dalam saluran NTV7 dan Astro pada tahun 2007.[11] Beliau sebagai salah satu daripada Tiga Jutawan Juri di rancanganThe Firm, dua yang lain adalah Peter Pek dan Chan Boon Yong. Beliau turut dianggap salah satu daripada beberapa Selebriti Korporat di Malaysia dan beliau juga pernah muncul dalam iklan untuk Tune Money.[8] Pada 4 Julai 2020, Tengku Zafrul menjadi Tetamu Khas dalam programMoney Matters terbitanTV3.[27]

TahunTajukPerananNota
2007The FirmDirinyaSebagai juri (Musim 1&2)
2020Money MattersDirinyaSebagai tetamu khas

Penghargaan dan Pengiktirafan

[sunting |sunting sumber]

Sepanjang kariernya, Tengku Zafrul dianugerahkan banyak Anugerah Berprestij termasuk Anugerah CEO ASEAN oleh Technology Business Review (2008),[26] Beliau juga telah dianugerahkan sebagai Malaysian Business Leadership Award pada tahun 2009.[26] Beliau juga mendapat Anugerah sebagai Most Promising Entrepreneurship Awards daripada Enterprise Asia (2008) dan Anugerah Kepemimpinan Perniagaan Malaysia daripada The Leaders Magazine. Baru-baru ini, beliau dianugerahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Masterclass of the Year dalam Anugerah Kepemimpinan Global ke-7 yang dianjurkan oleh American Leadership Development Association (2017), dan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik untuk Perhubungan Pelabur oleh Persatuan Pelabur Hubungan Malaysia (2017). Tengku Zafrul juga telah dinobatkan Anugerah Life at Work 2019 TalentCorp untuk kategori CEO bagi organisasi Malaysia.[28]

Penghormatan

[sunting |sunting sumber]

Kehormatan Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Kurniaan Luar Negara

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Portal Pengisytiharan Harta".Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada23 Oktober 2020.
  2. ^https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2020-03-09/malaysia-picks-cimb-s-zafrul-as-finance-minister-in-new-cabinet
  3. ^abc"SENARAI KABINET 2020".www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada2020-05-04.
  4. ^"CIMB Group - Board of Directors".cimb.com. Dicapai pada23 January 2019.
  5. ^ab""Daripada CEO Kini Menjadi Menteri Kewangan" – Ini Latar Belakang Tengku Datuk Seri Zafrul Yang Tak Ketahui Umum,Bukan Calang Calang Orang".www.kasiviral.kini.blog. 2020-03-09. Dicapai pada2020-05-03.
  6. ^"National Sports Council of Malaysia - Board of Directors".
  7. ^"15 appointed to entrepreneurship council". thestar.com.my. Dicapai pada23 January 2019.
  8. ^abcdefg"Siapa Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Yang Jadi Menteri Kewangan Ni?".www.thefulus.com. 2011-11-29. Dicapai pada2020-05-03.
  9. ^abcd"Biodata Menteri Kewangan Malaysia 2020: Tengku Zafrul Aziz".www.iluminasi.com. 2020-03-10. Dicapai pada2020-05-03.
  10. ^abcd"Tengku Zafrul tekad beri perkhidmatan terbaik".www.bharian.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada2020-05-04.
  11. ^abcde"8 Things About Our New Finance Minister And What He's Bringing To The Table".www.vulcanpost.com. 2020. Dicapai pada2020-05-03.
  12. ^abKamaruddin, Razal (2020-03-10)."Sotong Merah, Aktif Bermarathon, Family-Man: Ini Fakta Menarik Mengenai Menteri Kewangan Baru!".www.gempak.com. Dicapai pada2020-05-03.
  13. ^"Abbott World Marathon Majors". Dicapai pada2020-05-03.
  14. ^"Kelab EPL Yang Disokong Oleh Menteri Kabinet Baharu".www.semuanyabola.com. 2020-03-10. Dicapai pada2020-05-03.
  15. ^"6 Fakta Menarik Tentang Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia Yang Baharu (2020)".www.theinspirasi.my. 2020-03-09. Dicapai pada2020-05-03.
  16. ^"CIMB mulakan pelan 5 tahun perkukuh perniagaan pada masa depan".www.pressreader.comn. 2019-03-10. Dicapai pada2020-07-05.
  17. ^Mohd Zary, Zainuddin (2020-03-09)."Tengku Zafrul letak jawatan CEO CIMB Group".www.bharian.com.my. Dicapai pada2020-03-09.
  18. ^"Tengku Zafrul dilantik Menteri Kewangan".www.bharian.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada2020-05-05.
  19. ^"Zafrul ikrar beri perkhidmatan terbaik".www.malaysiagazette.com. 2020-03-09. Dicapai pada2020-05-03.
  20. ^"Kini masanya untuk pelaksanaan dasar pengembangan fiskal - Tengku Zafrul".www.astroawani.com. 2020-03-28. Dicapai pada2020-05-03.
  21. ^ab"Keputusan buka semula ekonomi tidak dibuat secara terburu-buru - Tengku Zafrul".www.bernama.com. 2020-02-05. Dicapai pada2020-05-05.
  22. ^"Pelan pemulihan ekonomi diumum selepas Aidilfitri - Tengku Zafrul".www.astroawani.com. 2020-03-05. Dicapai pada2020-05-06.
  23. ^"Ambil peluang program PenjanaKerjaya".www.hmetro.com.my. 2020-07-01. Dicapai pada2020-09-24.
  24. ^"Kementerian Kewangan lancar RM750 juta kredit ePenjana".www.sinarharian.com.my. 2020-07-30. Dicapai pada2020-08-01.
  25. ^"Tengku Zafrul Bawa Teks Belanjawan 2021 Untuk Pembentangan".www.umno-online.my. 2020-11-06. Dicapai pada2020-11-15.
  26. ^abc"Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz".www.uschos.com. 2020. Dicapai pada2020-05-03.
  27. ^Mohd Nasaruddin, Parzi (2010-11-19)."Pelancongan domestik rancakkan ekonomi".www.bharian.com.my. Dicapai pada2020-07-04.
  28. ^"Tengku Zafrul menang anugerah Life at Work 2019".www.bharian.com.my. 2020-07-17. Dicapai pada2020-07-20.
  29. ^"Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah".Berita Harian. 1 Februari 2021. Dicapai pada1 Februari 2021.
  30. ^"Yang di-Pertua Negeri Sabah, Penang head FT Day honours list".The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 1 Februari 2021. Dicapai pada3 Februari 2021.
  31. ^abc"SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripadayang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada2020-03-11.
  32. ^"Tengku Zafrul dahului 104 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Selangor".Astro Awani. 11 Disember 2022. Dicapai pada11 Disember 2022.
  33. ^"769 terima darjah kebesaran Negeri 9".www.arrisalah-elbi.blogspot.com. 2020-01-14. Dicapai pada2020-05-03.
  34. ^"Sultanah Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran".Sinar Harian. 12 November 2022. Dicapai pada12 November 2022.
  35. ^@istana_negara (27 November 2023)."Putera Albert II turut mengurniakan darjah Le Commandant de I'Ordre de Saint-Charles kepada YB Senator Tengku Zafrul". Dicapai pada28 November 2023 – melaluiInstagram.
  1. ^Dijadualkan diberikan pada 2022 tetapi Tengku Zafrul sibuk berkempen untuk pilihan raya umum ke-15 jadi penghormatan itu secara rasmi diberikan pada 2023.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Jawatan yang pernah disandang
Didahului oleh
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan Malaysia
2020 - 2022
Rencana berkaitanTengku Zafrul Abdul Aziz
Jemaah MenteriMuhyiddin Yassin kedua (2021)
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Kanan
Jemaah Menteri
  1. Henry Lee Hau-shik (1957-1959)
  2. Tan Siew Sin (1959-1974)
  3. Hussein Onn (1974-1976)
  4. Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (1976-1984)
  5. Abdul Daim Zainuddin (1984-1991)
  6. Anwar Ibrahim (1991-1998)
  7. Mahathir Mohamad (1998-1999)
  8. Mustapa Mohamed (1998-1999)
  9. Abdul Daim Zainuddin (1999-2001)
  10. Mahathir Mohamad (2001-2003)
  11. Jamaluddin Mohd Jarjis (2002-2004)
  12. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  13. Nor Mohamed Yakcop (2004-2009)
  14. Najib Razak (2009-2018)
  15. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2009-2016)
  16. Johari Abdul Ghani (2016-2018)
  17. Lim Guan Eng (2018-2020)
  18. Tengku Zafrul (2020-2022)
  19. Anwar Ibrahim (2022-kini)
  20. Amir Hamzah Azizan (2023-kini)
Ahli semasaDewan Negara mengikut kekananan
Yang di-Pertua:Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB) •Timbalan Yang di-Pertua:Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  1. Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
  2. Tengku Zafrul Abdul Aziz (PKR)
  3. Zambry Abdul Kadir (UMNO)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (Bebas)
  5. Fuziah Salleh (PKR)
  6. Saraswathy Kandasami (PKR)
  7. Pulau PinangAmir Md Ghazali (PKR)
  8. Pulau PinangLingeshwaran R. Arunasalam (DAP)
  9. TerengganuHussin Ismail (PAS)
  10. Abun Sui Anyit (PKR)
  11. LabuanAnifah Aman (PCS)
  12. Awang Sariyan (Bebas)
  13. Kuala LumpurIsaiah Jacob (PKR)
  14. Low Kian Chuan (Bebas)
  15. Manolan Mohamad (PKR)
  16. Mohd Hasbie Muda (AMANAH)
  17. Mohd Hatta Ramli (AMANAH)
  18. Noorita Sual (DAP)
  19. Roderick Wong Siew Lead (DAP)
  20. Sivarraajh Chandran (MIC)
  21. KedahAbd Nasir Idris (PAS)
  22. KedahMusoddak Ahmad (PAS)
  23. PerakMujahid Yusof (AMANAH)
  24. Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  25. KelantanNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)
  26. MelakaMustafa Musa (UMNO)
  27. Susan Chemerai Anding (PBB)
  28. Vell Paari Samy Vellu (MIC)
  29. Rita Sarimah Patrick Insol (PRS)
  30. JohorAbdul Halim Suleiman (UMNO)
  31. SarawakMichael Mujah Lihan (PBB)
  32. Amir Hamzah Azizan (Bebas)
  33. Zulkifli Hasan (Bebas)
  34. SabahBobbey Ah Fang Suan (Gagasan Rakyat)
  35. Anna Bell @ Suzieana Perian (Gagasan Rakyat)
  36. Pele Peter Tinggom (PDP)
  37. MelakaKoh Nai Kwong (MCA)
  38. Nelson Wences Angang (UPKO)
  39. Robert Lau Hui Yew (SUPP)
  40. Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB)
  41. Salehuddin Saidin (Bebas)
  42. KelantanWan Martina Wan Yusoff (PAS)
  43. PerlisAzahar Hassan (BERSATU)
  44. PerlisBaharuddin Ahmad (PAS)
  45. TerengganuChe Alias Hamid (PAS)
  46. SabahEdward Linggu Bukut (STAR)
  47. PerakShamsuddin Abd Ghaffar (UMNO)
  48. Rosni Sohar (UMNO)
  49. SelangorMohammad Redzuan Othman (PKR)
  50. SelangorTiew Way Keng (DAP)
  51. PahangNorhasmimi Abdul Ghani (UMNO)
  52. PahangShahrol Wizan Sulong (UMNO)
  53. SarawakAhmad Ibrahim (PBB)
  54. Leong Ngah Ngah (DAP)
  55. Negeri SembilanJufitri Joha (PKR)
  56. Negeri SembilanWu Him Ven (DAP)
  57. JohorNg Keng Heng (MCA)
  58. Niran Tan Kran (Bebas)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri

Kerajaan: (48)Pakatan Harapan (17)Barisan Nasional (15)Gabungan Parti Sarawak (7)Gabungan Rakyat Sabah (4)BEBAS (6)
Pembangkang: (8)Perikatan Nasional (8)

Bekas Ahli Dewan Negara:1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tengku_Zafrul_Abdul_Aziz&oldid=6697765"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp