Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaTengku Razaleigh Hamzah)
"Tengku Razaleigh Hamzah" dilencongkan di sini.

Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah

KelahiranTengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah
(1937-04-13)13 April 1937 (umur 88)
PekerjaanAhli politik
Parti politikBarisan Nasional
UMNO
PasanganCik Puan Noor Yvonne Abdullah (k. 1993; m. 2015)
SaudaraTengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah (abang)
Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (anak saudara)
Tengku Anis Tengku Abdul Hamid (anak saudara)
Sultan Muhammad V (cucu saudara)

Tan SriTengkuRazaleigh binTengkuMohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III (lahir 13 April 1937; juga dipanggilKu Li) merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia (1984-1987). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepadaPetronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.[1]

Beliau merupakan Bekas Naib Presiden dan Bendahari UMNO dalam tahun 1970-an. Dalam tahun 1988, setelah permohonan beliau ditolak untuk menyertai sebagai ahli UMNO semula, Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau menubuhkanSemangat 46 sebagai satu platform untuk ahli-ahli UMNO Lama juga ditolak permohonan mereka. Beliau telah menjadi Presiden Semangat 46 sehingga ianya dibubarkan pada 1996. Kini, beliau merupakanAhli ParlimenGua Musang,Kelantan. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan KetuaUMNO BahagianGua Musang. Beliau kini ahli yang paling lama berkhidmat di Parlimen Malaysia diikuti oleh TunAbdul Taib Mahmud.[2]

Tengku Razaleigh merupakan putera raja dari Kelantan dan merupakan ayahanda saudara kepada Raja PerempuanTengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid[3] dan juga nenda saudara kepadaSultan Muhammad V.[4]

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan kepada Tengku Muhammad Hamzah Ibni Raja Dewa Tengku Zainal Abidin IbniSultan Muhammad III yang lebih dikenali sebagai Tengku Sri Maharaja. Tengku Razaleigh mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Padang Garong, dan kemudiannya diKolej Sultan Ismail (SIC) danMaktab Melayu Kuala Kangsar,Perak. Bapa kepada Tengku Razaleigh iaitu Tengku Sri Maharaja, Tengku Muhammad Hamzah pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum kemangkatan baginda.Tengku Razaleigh Hamzah telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda pertamanya dalam bidang ekonomi pada tahun 1958 di Universiti Queen,Ireland Utara,United Kingdom. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang diLincoln Inn,London. Namun demikian, beliau tidak menghabiskan pengajian undang-undangnya kerana diminta olehTunku Abdul Rahman untuk kembali ke tanah Tanah Melayu untuk menyertaiUMNO.

Penglibatan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia

[sunting |sunting sumber]

Bermula dari pertengahan tahun 1960-an, dengan sokongan dari Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, beberapa usaha untuk meningkat pembangunan negara telah diterajui oleh Tengku Razaleigh secara langsung dan tidak langsung. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilancarkan ialah program pengambilan semula di dalam industri-industri tempatan yang masih dipegang oleh pihak-pihak dari luar negara.

New Straits Times Press

[sunting |sunting sumber]

TheNew Straits Times Press (nama asalnya, New Straits Times Press Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan oleh ahli-ahli lembaga Pengarah Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Ia merupakan satu usaha untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia untuk mempunyai pegangan majoriti di dalam syarikat di Malaysia yang mengeluarkan keluaran akhbar yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Semua operasi yang berhubung kait "the Straits Times", "the Sunday Times", "the Malay Mail", "the Sunday Mail", Berita Harian dan Berita Minggu telah dipindah milik kepada syarikat yang baru ditubuhkan tersebut. Satu perjanjian telah dipersetujui dalam tahun 1972 di antara ahli-ahli lembaga pengarah dari theStraits Times group denganTengku Razaleigh Hamzah mengenai pertukaran milik sebanyak 80 peratus dari jumlah saham "the News Straits Times Press (Malaysia) Sdn. Bhd." untuk kepentingan rakyat Malaysia.[5]

PERNAS

[sunting |sunting sumber]

PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad) ditubuhkan pada November 1969 sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk memenuhi hasrat resolusi di Kongres Ekonomi Bumiputera yang ke 2. Antara pemegang-pemegang saham terbesar adalah Kementerian Kewangan Malaysia,Bank Negara Malaysia danBank Bumiputera Malaysia Berhad. Pernas telah bergerak padu dan jitu sepanjang tahun 1970-1974 di bawah kemudi Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi Pernas. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Malaysia dari 1976 hingga 1984[6].

Oleh kerana pada ketika itu penglibatan bumiputera yang amat rendah di dalam sektor swasta and industri, maka teras objektif-objektif PERNAS adalah:

  • untuk masuk ke dalam cabang-cabang perniagaan yang boleh pulangan ekonomi yang tinggi,
  • sekiranya terlibat dalam satu gerakerja usahasama, PERNAS akan menjadi pemegang saham terbesar yang mempunyai kuasa pegangan ke atas urusan-urusan operasi syarikat,
  • kemasukan tenaga kerja bumiputera berkerja di setiap jabatan dan tahap dalam semua operasi dan peluang perniagaan yang baru,[7].

Sebanyak 8 subsidari telah diwujudkan di bawah PERNAS untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Malaysia National Insurance Berhad (MNI) ditubuhkan pada April 1970. Kemudian sepanjang tahun 1970, tertubuhnya Pernas Construction Sdn. Bhd., Pernas Engineering Sdn. Bhd., dalam Pernas Securities Sdn. Bhd. Selepas itu pula, penubuhan Pernas Mining Sdn. Bhd dalam tahun 1973 dan Pernas Edar Sdn Bhd (1974).

Di antara usaha-usaha pengambilalihan korporat dan kemasukan ke dalam bidang perniagaan dan industri yang baru ketika penglibatan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi PERNAS adalah

  • Insuran - Malaysia National Insurance Berhad,
  • Perbankan -Maybank,
  • Perlombongan - Syarikat Perlombongan Timah yang besar dunia ketika itu, London Tin Company (kemudiannya ditukarnama kepada Malaysian Mining Corporation). Sekarang ia dikenali sebagai MM Corporation Berhad.
  • Pengeluar Minyak Sawit dan Getah -Sime Darby,Guthrie Berhad, Highlands dan Lowlands Berhad.
Delegasi Perdagangan Pertama ke China
[sunting |sunting sumber]

Dalam tahun 1971, Tengku Razaleigh telah menerajui satu delegasi perdagangan ke China dengan hasrat untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara..[8]. Ketika di China, Razaleigh telah berjumpa dengan Perdana Menteri China ketika itu,Chou En Lai. Walaupun jumlah perdagangan dengan Negara China bernilai RM105.6 sepanjang tahun 1971, namun ia semakin meningkat sehingga mencecah RM1.6 billion pada tahun 1980. Semenjak itu hubungan dengan Negara China semakin akrab dengan terbuktinya kekerapan rombongan-rombongan perubatan, perdagangan dan sukan dihantar ke China.

Petronas

[sunting |sunting sumber]

Pada 6 September 1974, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi dan Ketua EksekutifPetronas (Petroleum Nasional Berhad). Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet."[9]

Dengan Perlantikan tersebut, Tengku Razaleigh terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PERNAS yang telah dipegang sejak 1970, tetapi mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Bank Bumiputra.

Kerjaya politik

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun1962, Tengku Razaleigh menjadi ahliUMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO BahagianUlu Kelantan. Pada tahun berikutan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan danMajlis Tertinggi UMNO. Tengku Razaleigh menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun1967. Atas jemputanTunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, beliau bertanding bagi kawasanDewan Undangan Negeri menentang Dato'Asri Muda. Tengku Razaleigh menang dalam pilhan raya tersebut dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri pada umur 32 tahun.

Atas permintaaanTun Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum1974, Tengku Razaleigh bertanding kerusiParlimen. Sewaktu itu, Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama diMalaysia. Pada zaman Tun Abdul Razak, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Pernas,Petronas danBank Bumiputera. Sewaktu menjadi pengerusi Pernas, beliau melawat negaraChina dan merupakan orang Malaysia pertama menemuiPerdana Menteri China,Chou En Lai. Seterusnya,Tun Abdul Razak berkunjung ke China. Jadi Tengku merupakan arkitek Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhanParti Komunis Malaya.

Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Tan SriKhoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu agar mahir dalam pengurusan bank. Pada Julai1974, Tengku Razaleigh menjadiNaib Presiden UMNO setelah kematianTun Dr Ismail Abdul Rahman. Beliau menjadi Naib Presiden UMNO selama tiga penggal berturut-turut sehingga1978.

Pada5 Mac1976 hingga Julai1984, Tengku Razaleigh telah dilantik sebagaiMenteri Kewangan dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung olehRTM. Ketika itu, perkembanganekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun. Beliau merupakan Menteri Kewangan yang paling lama sebelum diambil alih olehDato' Daim Zainuddin dalam rombakan kabinet pada tahun 1984. Dalam rombakan tersebut, Tengku Razaleigh dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MITI).

Pada24 April1987, Tengku Razaleigh bersamaDato' Musa Hitam mencabar reguDatuk Seri Dr Mahathir danGhafar Baba dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden PartiUMNO. Malangnya, beliau ditewas 43 undi di tanganMahathir Mohamad. Kekalahan tersebut merupakan titik pusing kerjaya politiknya.

Selepas kekalahan ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan DatukRais Yatim. Semangat 46 bekerjasama denganPAS danDAP dalamPilihan Raya Umum tahun itu tetapi gagal memenangi untuk membentukkan kerajaan. CumaPAS berjaya menguasai kerajaan negeriKelantan danPBS berjaya menguasai kerajaan negeriSabah. Selepas Semangat 46 dibubarkan1996, Tengku Razaleigh dan Dato Rais Yatim menyertai UMNO semula.[10]

Pada tahun2000, beliau menawarkan diri untuk bertanding melawan Datuk Seri DrMahathir Mohamad sebagai Presiden dalam pemilihan parti UMNO namun kuota pencalonan sebanyak 30 peratus tidak mencukupi dari bahagian-bahagian UMNO. Pada masa yang sama, beliau juga cuba mencabar Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi untuk jawatan Timbalan Presiden, namun juga gagal atas kuota. Selain itu, beliau juga gagal menepati kuota apabila ingin bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Pada tahun2004, beliau cuba mencabar Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi yang merupakan Presiden UMNO ketika itu, namun hanya bahagianGua Musang mencalonkannya. Oleh itu beliau gagal menepati kuota.

Pada30 Jun2018, Tengku Razaleigh bersama Datuk SeriAhmad Zahid Hamidi danKhairy Jamaluddin menawarkan diri sebagai calon Presiden Umno bagi pemilihan parti itu. Malangnya, beliau tewas di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.[11]

Penubuhan kerajaan 16 September

[sunting |sunting sumber]

Pada 19 Mac 2010, Tengku Razaleigh menafikan tuduhan DatukZahrain Mohamed Hashim bahawa dia bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008. Katanya, dirinya orangUMNO, sudah 48 tahun menjadi ahli dan tidak mungkin terlibat dalamisu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan.[12]

Royalti minyak Kelantan

[sunting |sunting sumber]

Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan Kelantan berhak mendapatroyalti minyak berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh beliau selaku Pengerusi Petronas ketika itu, dengan Kerajaan Negeri Kelantan[13]. Berlandaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974, Pendirian tersebut itu disampaikan semasa berucap pada majlissolat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Baharu, Kelantan pada 28 Januari 2010. Turut hadir ialahMenteri Besar Kelantan Tuan Guru DatukNik Abdul Aziz Nik Mat.

Tengku Razaleigh sebagai orang Kelantan tentu mahu melihat Kelantan mendapat wang royalti minyak itu.[14]

Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada 1975 di bawah Akta 144 (Akta Kemajuan Petroleum 1974).

Angkatan Amanah Merdeka

[sunting |sunting sumber]

Pada 22 Julai 2011, Tengku Razaleigh menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dan mendapat sambutan ramai veteranUMNO. Dalam tempoh dua minggu, Amanah diluluskan oleh ROS.

Tengku Razaleigh mendakwa dalamUMNO sudah tiada peluang untuk bersuara. Jika mahu bercakap dalam perhimpunan agung UMNO, perlu mendapat kelulusan pihak atasan. Tun DrMahathir Mohamad juga berhadapan masalah sama ,apabila 'disekat' - kalah dalam pemilihan bahagianKubang Pasu.[15]

Pilihan raya

[sunting |sunting sumber]

DalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah bertanding menggunakan tiketBarisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasanparlimenGua Musang, negeriKelantan. Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 14063. Calon lawan ialah Zulkefli Bin Mohamed dariPAS, mendapat 9,669 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 83% . Undi rosak yang didapati adalah sebanyak 489.

Keluarga

[sunting |sunting sumber]

Pada 6 Jun 2015, isterinya Puan Sri Noor Yvonne Abdullah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Allahyarham Noor Yvonne, 68, meninggal dunia akibatkanser darah diSime Darby Medical Centre,Subang Jaya.[16]

Dalam budaya masyhur

[sunting |sunting sumber]

Tengku Razaleigh dilakonkan olehAmar Baharin dalam filem 2013,Tanda Putera arahanShuhaimi Baba.

Anugerah

[sunting |sunting sumber]

Nota:* Kedua-dua anugerah dari Kelantan ditarik balik pada 2 Disember 2010. DK dianugerahkan semula pada Jun 2018, tetapi status SPMK tidak diketahui.[22]

Garis masa

[sunting |sunting sumber]

Politik

[sunting |sunting sumber]
  • 1937: Dilahirkan pada 13 April.
  • 1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.
  • 1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.
  • 1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.
  • 1967 (umur 30): Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.
  • 1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.
  • 1973 (umur 36): Mendapat gelaran "Tan Sri".
  • 1974 (umur 37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib Presiden UMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1981.
  • 1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.
  • 1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.
  • 1987 (umur 50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama dengan Dato Musa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan tewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24 April; (2) Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim; (3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.
  • 1995 (umur 58): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.
  • 2018 (umur 81): (1) Menawarkan diri sebagai calon Presiden Umno bersama dengan Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan parti dan ditewas 93 undi di tangan Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 30 Jun; (2) Dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

Korporat

[sunting |sunting sumber]
  • 1964 : Dilantik sebagai Penasihat Indian Overseas Bank.
  • 1965 -1970 : Dilantik sebagai Pengasas dan Pengarah Eksekutif Bank Bumiputra Berhad.
  • 1970 -1976 : Dilantik sebagai Pengarah Urusan Bank Bumiputra Berhad.
  • 1970 -1974 : Dilantik sebagai Pengerusi PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad).
  • 1970 -1976 : Dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Melayu Malaysia.
  • 1971 : Mengetuai delagasi perdagangan pertama Malaysia ke Republik RakyatChina.
  • 1972 -1982 : Dilantik sebagai Pengerusi Fleet Group.
  • 1973 -1976 : Dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia.
  • 1974 -1976 : Dilantik sebagai Pengasas dan Pengerusi/Ketua Pegawai EksekutifPETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) - Jawatan Bertaraf Menteri Kabinet[23].
  • 1975 -1976 : Dilantik sebagai Presiden ASEAN Chambers of Commerce.
  • 1976 -1977 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank).
  • 1977 -1978 : Dilantik sebagai Pengerusi Board of Governors,Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monetary Fund).
  • 1978 -1979 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Garis masa sebagai Ahli Parlimen

[sunting |sunting sumber]

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"What Will Be Will Be".Asiaweek. 30 November 2000. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada16 Januari 2021.
  2. ^"Ku Li now longest-serving MP".The Star. 9 Mac 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada16 Januari 2021.
  3. ^"Ku Li Yakin Konflik Istana Kelantan Akan Berakhir".mStar. 11 April 2010. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada16 Januari 2021.
  4. ^"Ku Li: Kelantan Ada Dua Sultan".mStar. 6 Disember 2010. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada16 Januari 2021.
  5. ^The Straits Times 17 September 1972 page 1,National Library, Singapore
  6. ^The Developing Economies, Malaysia's Localication Policy and its impact of British owned Enteprises, Page 372,Institute of Developing Economies, Japan
  7. ^The Developing Economies, Malaysia's Localication Policy and its impact of British owned Enteprises, Page 374,Institute of Developing Economies, Japan
  8. ^The Political Economy of Malaysia's Trade Relation with China, John Wong, m/s 9, [[Institute of Southeast Asian Studies ]
  9. ^The Straits Times 7 September 1974 page 8,National Library, Singapore
  10. ^Tengku Razaleigh Hamzah. "Mengapa Saya Tentang Mahathir", AZ Distributors, 1989.
  11. ^Sah! Ku Li tanding Presiden Umno.
  12. ^Ku Li nafi dakwaan Zahrain
  13. ^Ucapan di Forum Minyak, Kota Bharu, Kelantanhttp://www.youtube.com/user/mycitizen#grid/user/9A2E9E70FA5844B8
  14. ^Dr Mahathir: Tengku Razaleigh Sepatutnya Guna Saluran Sesuai Nyatakan Pendirian Royalti Minyak
  15. ^UMNO tak pernah sekat mana-mana pemimpinnya
  16. ^Jenazah isteri Tengku Razaleigh selamat dikebumikan
  17. ^"Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1973"(PDF).
  18. ^"吉兰丹州苏丹 今庆六十华诞" [The Sultan of Kelantan celebrates his 60th birthday today].星洲日報. 15 July 1978. m/s. 6.
  19. ^"Ku Li's titles revoked by Sultan of Kelantan".The Star. 5 December 2010. Dicapai pada12 November 2019.
  20. ^"Ku Li has been stripped of two Kelantan state awards".The Star. 5 December 2010. Dicapai pada12 November 2019.
  21. ^"SPMS 1982".awards.selangor.gov.my. Dicapai pada26 February 2022.
  22. ^"Ku Li wore DK sash at the Installation of 16th Yang di-Pertuan Agong of Malaysia on 30 July 2019".Instagram. Diarkibkan daripadayang asal pada 26 December 2021. Dicapai pada20 November 2019.
  23. ^The Straits Times 7 September 1974 page 8,National Library, Singapore

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Perdana Menteri: Hussein Onn
Kabinet Hussein kedua (1978–1981)
Perdana Menteri: Hussein Onn
Perdana Menteri:Mahathir Mohamad
Perdana Menteri:Mahathir Mohamad
Perdana Menteri:Mahathir Mohamad
  1. Henry Lee Hau-shik (1957-1959)
  2. Tan Siew Sin (1959-1974)
  3. Hussein Onn (1974-1976)
  4. Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (1976-1984)
  5. Abdul Daim Zainuddin (1984-1991)
  6. Anwar Ibrahim (1991-1998)
  7. Mahathir Mohamad (1998-1999)
  8. Mustapa Mohamed (1998-1999)
  9. Abdul Daim Zainuddin (1999-2001)
  10. Mahathir Mohamad (2001-2003)
  11. Jamaluddin Mohd Jarjis (2002-2004)
  12. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  13. Nor Mohamed Yakcop (2004-2009)
  14. Najib Razak (2009-2018)
  15. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2009-2016)
  16. Johari Abdul Ghani (2016-2018)
  17. Lim Guan Eng (2018-2020)
  18. Tengku Zafrul (2020-2022)
  19. Anwar Ibrahim (2022-kini)
  20. Amir Hamzah Azizan (2023-kini)
  1. Tan Siew Sin (1957-1959)
  2. Ismail Abdul Rahman (1959)
  3. Mohamed Khir Johari (1959-1962)
  4. Lim Swee Aun (1962-1969)
  5. Ismail Abdul Rahman (1973)
  6. Hussein Onn (1973-1974)
  7. Hamzah Abu Samah (1974-1977)
  8. Mahathir Mohamad (1978-1981)
  9. Tengku Ahmad Rithauddeen (1981-1984)
  10. Tengku Razaleigh Hamzah (1984-1987)
  11. Rafidah Aziz (1987-2008)
  12. Muhyiddin Yassin (2008-2009)
  13. Mustapa Mohamed (2009-2018)
  14. Ong Ka Chuan (2015-2018)
  15. Darell Leiking (2018-2020)
  16. Mohamed Azmin Ali (2020-2022)
  17. Tengku Zafrul (2022-kini)
Yang di-Pertua:Azhar Azizan Harun (BEBAS) (Bukan Ahli Dewan Rakyat) •Timbalan Yang di-Pertua:Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
Ketua Majlis:Ismail Sabri Yaakob (UMNO) •Ketua Pembangkang:Anwar Ibrahim (PKR)
  1. Padang Besar:Zahidi Zainul Abidin (UMNO)
  2. Kangar:Noor Amin Ahmad (PKR)
  3. Arau:Shahidan Kassim (UMNO)
  4. Langkawi:Mahathir Mohamad (PEJUANG)
  5. Jerlun:Mukhriz Mahathir (PEJUANG)★
  6. Kubang Pasu:Amiruddin Hamzah (PEJUANG)★
  7. Padang Terap:Mahdzir Khalid (UMNO)
  8. Pokok Sena:Mahfuz Omar (AMANAH)
  9. Alor Setar:Chan Ming Kai (PKR)
  10. Kuala Kedah:Azman Ismail (PKR)
  11. Pendang:Awang Solahudin Hashim (PAS)
  12. Jerai:Sabri Azit (PAS)
  13. Sik:Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)
  14. Merbok:Nor Azrina Surip (PKR)
  15. Sungai Petani:Johari Abdul (PKR)★
  16. Baling:Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO)
  17. Padang Serai:Karupaiya Mutusami (PKR)
  18. Kulim-Bandar Baharu:Saifuddin Ismail (PKR)★
  19. Tumpat:Che Abdullah Mat Nawi (PAS)
  20. Pengkalan Chepa:Marzuk Shaary (PAS)
  21. Kota Bharu:Takiyuddin Hassan (PAS)
  22. Pasir Mas:Ahmad Fadhli Shaari (PAS)
  23. Rantau Panjang:Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
  24. Kubang Kerian:Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
  25. Bachok:Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)
  26. Ketereh:Annuar Musa (UMNO)
  27. Tanah Merah:Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)
  28. Pasir Puteh:Nik Zawawi Salleh (PAS)
  29. Machang:Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)
  30. Jeli:Mustapa Mohamed (BERSATU)★
  31. Kuala Krai:Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS)
  32. Gua Musang:Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO)
  33. Besut:Idris Jusoh (UMNO)
  34. Setiu:Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS)
  35. Kuala Nerus:Khairuddin Aman Razali (BEBAS)
  36. Kuala Terengganu:Amzad Mohamed (PAS)
  37. Marang:Abdul Hadi Awang (PAS)
  38. Hulu Terengganu:Rosol Wahid (BERSATU)
  39. Dungun:Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
  40. Kemaman:Che Alias Hamid (PAS)
  41. Kepala Batas:Reezal Naina Merican (UMNO)
  42. Tasek Gelugor:Shabudin Yahaya (BERSATU)
  43. Bagan:Lim Guan Eng (DAP)★
  44. Permatang Pauh:Nurul Izzah Anwar (PKR)
  45. Bukit Mertajam:Steven Sim (DAP)
  46. Batu Kawan:Kasthuriraani Patto (DAP)
  47. Nibong Tebal:Mansor Othman (BERSATU)
  48. Bukit Bendera:Wong Hon Wai (DAP)
  49. Tanjong:Chow Kon Yeow (DAP)★
  50. Jelutong:Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
  51. Bukit Gelugor:Ramkarpal Singh (DAP)
  52. Bayan Baru:Sim Tze Tzin (PKR)
  53. Balik Pulau:Bakhtiar Wan Chik (PKR)
  54. Gerik:Kosong
  55. Lenggong:Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
  56. Larut:Hamzah Zainudin (BERSATU)
  57. Parit Buntar:Mujahid Yusuf Rawa (AMANAH)
  58. Bagan Serai:Noor Azmi Ghazali (BERSATU)
  59. Bukit Gantang:Syed Hussin Fasal (BERSATU)
  60. Taiping:Teh Kok Lim (DAP)
  61. Padang Rengas:Nazri Abdul Aziz (UMNO)
  62. Sungai Siput:Kesavan Subramaniam (PKR)
  63. Tambun:Ahmad Faizal Azumu (BERSATU)★
  64. Ipoh Timor:Wong Kah Woh (DAP)
  65. Ipoh Barat:Kulasegaran Murugeson (DAP)
  66. Batu Gajah:Sivakumar Varatharaju (DAP)
  67. Kuala Kangsar:Mastura Mohd Yazid (UMNO)
  68. Beruas:Ngeh Koo Ham (DAP)
  69. Parit:Mohd Nizar Zakaria (UMNO)
  70. Kampar:Thomas Su Keong Siong (DAP)
  71. Gopeng:Lee Boon Chye (PKR)
  72. Tapah:Saravanan Murugan (MIC)
  73. Pasir Salak:Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)
  74. Lumut:Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH)
  75. Bagan Datuk:Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
  76. Teluk Intan:David Nga Kor Ming (DAP)★
  77. Tanjong Malim:Chang Lih Kang (PKR)
  78. Cameron Highlands:Ramli Mohd Nor (UMNO)
  79. Lipis:Abdul Rahman Mohamad (UMNO)
  80. Raub:Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
  81. Jerantut:Ahmad Nazlan Idris (UMNO)
  82. Indera Mahkota:Saifuddin Abdullah (BERSATU)
  83. Kuantan:Fuziah Salleh (PKR)
  84. Paya Besar:Mohd Shahar Abdullah (UMNO)
  85. Maran:Ismail Abd Muttalib (UMNO)
  86. Kuala Krau:Ismail Mohamed Said (UMNO)
  87. Temerloh:Mohd Anuar Mohd Tahir (AMANAH)
  88. Bentong:Wong Tack (DAP)
  89. Bera:Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
  90. Rompin:Hasan Arifin (UMNO)
  91. Sabak Bernam:Fasiah Fakeh (BERSATU)
  92. Sungai Besar:Muslimin Yahaya (BERSATU)
  93. Hulu Selangor:June Leow Hsiad Hui (PKR)
  94. Tanjong Karang:Noh Omar (UMNO)
  95. Kuala Selangor:Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
  96. Selayang:William Leong Jee Keen (PKR)
  97. Gombak:Mohamed Azmin Ali (BERSATU)★
  98. Ampang:Zuraida Kamaruddin (PBM)
  99. Pandan:Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
  100. Hulu Langat:Hasanuddin Mohd Yunus (AMANAH)
  101. Bangi:Ong Kian Ming (DAP)
  102. Puchong:Gobind Singh Deo (DAP)
  103. Subang:Wong Chen (PKR)
  104. Petaling Jaya:Maria Chin Abdullah (PKR)
  105. Damansara:Tony Pua Kiam Wee (DAP)
  106. Sungai Buloh:Sivarasa Rasiah (PKR)
  107. Shah Alam:Khalid Abdul Samad (AMANAH)
  108. Kapar:Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
  109. Klang:Charles Anthony Santiago (DAP)
  110. Kota Raja:Mohamad Sabu (AMANAH)
  111. Kuala Langat:Xavier Arulanandam (PBM)
  112. Sepang:Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH)
  113. Kepong:Lim Lip Eng (DAP)
  114. Batu:Prabakaran Parameswaran (PKR)
  115. Wangsa Maju:Tan Yee Kew (PKR)
  116. Segambut:Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)
  117. Setiawangsa:Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
  118. Titiwangsa:Rina Mohd Harun (BERSATU)
  119. Bukit Bintang:Fong Kui Lun (DAP)
  120. Lembah Pantai:Fahmi Fadzil (PKR)
  121. Seputeh:Teresa Kok Suh Sim (DAP)
  122. Cheras:Tan Kok Wai (DAP)
  123. Bandar Tun Razak:Kamarudin Jaffar (BERSATU)
  124. Putrajaya:Tengku Adnan Mansor (UMNO)
  125. Jelebu:Jalaluddin Alias (UMNO)
  126. Jempol:Mohd Salim Shariff (UMNO)
  127. Seremban:Anthony Loke Siew Fook (DAP)★
  128. Kuala Pilah:Eddin Syazlee Shith (BERSATU)
  129. Rasah:Cha Kee Chin (DAP)
  130. Rembau:Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
  131. Port Dickson:Anwar Ibrahim (PKR)
  132. Tampin:Hasan Bahrom (AMANAH)
  133. Masjid Tanah:Mas Ermieyati Samsudin (BERSATU)
  134. Alor Gajah:Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU)
  135. Tangga Batu:Rusnah Aluai (PKR)
  136. Hang Tuah Jaya:Shamsul Iskandar Md Akin (PKR)
  137. Kota Melaka:Khoo Poay Tiong (DAP)
  138. Jasin:Ahmad Hamzah (UMNO)
  139. Segamat:Edmund Santhara Ramanaidu (PBM)
  140. Sekijang:Natrah Ismail (PKR)
  141. Labis:Pang Hok Liong (DAP)
  142. Pagoh:Mahiaddin Md Yasin (BERSATU)
  143. Ledang:Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)
  144. Bakri:Yeo Bee Yin (DAP)
  145. Muar:Syed Saddiq Abdul Rahman (MUDA)
  146. Parit Sulong:Noraini Ahmad (UMNO)
  147. Ayer Hitam:Wee Ka Siong (MCA)
  148. Sri Gading:Shahruddin Md Salleh (PEJUANG)
  149. Batu Pahat:Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
  150. Simpang Renggam:Maszlee Malik (PKR)
  151. Kluang:Wong Shu Qi (DAP)
  152. Sembrong:Hishammuddin Hussein (UMNO)
  153. Mersing:Abdul Latiff Ahmad (BERSATU)
  154. Tenggara:Adham Baba (UMNO)
  155. Kota Tinggi:Halimah Sadique (UMNO)
  156. Pengerang:Azalina Othman Said (UMNO)
  157. Tebrau:Steven Choong (PBM)
  158. Pasir Gudang:Hassan Abdul Karim (PKR)
  159. Johor Bahru:Akmal Nasrullah Nasir (PKR)
  160. Pulai:Salahuddin Ayub (AMANAH)★
  161. Iskandar Puteri:Lim Kit Siang (DAP)
  162. Kulai:Teo Nie Ching (DAP)
  163. Pontian:Ahmad Maslan (UMNO)
  164. Tanjung Piai:Wee Jeck Seng (MCA)
  165. Labuan:Rozman Isli (WARISAN)
  166. Kudat:Abd Rahim Bakri (BERSATU)
  167. Kota Marudu:Maximus Johnity Ongkili (PBS)
  168. Kota Belud:Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)
  169. Tuaran:Wilfred Madius Tangau (UPKO)
  170. Sepanggar:Mohd Azis Jamman (WARISAN)
  171. Kota Kinabalu:Chan Foong Hin (DAP)
  172. Putatan:Awang Husaini Sahari (PKR)
  173. Penampang:Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)★
  174. Papar:Ahmad Hassan (WARISAN)
  175. Kimanis:Mohamad Alamin (UMNO)
  176. Beaufort:Azizah Mohd Dun (BERSATU)
  177. Sipitang:Yamani Hafez Musa (BERSATU)
  178. Ranau:Jonathan Yasin (BERSATU)
  179. Keningau:Jeffrey Kitingan (STAR)★
  180. Tenom:Noorita Sual (DAP)
  181. Pensiangan:Arthur Joseph Kurup (PBRS)
  182. Beluran:Ronald Kiandee (BERSATU)
  183. Libaran:Zakaria Mohd Edris (BERSATU)
  184. Batu Sapi:Kosong
  185. Sandakan:Vivian Wong Shir Yee (DAP)
  186. Kinabatangan:Bung Moktar Radin (UMNO)★
  187. Lahad Datu:Mohamaddin Ketapi (PBM)★
  188. Semporna:Mohd Shafie Apdal (WARISAN)★
  189. Tawau:Christina Liew Chin Jin (PKR)★
  190. Kalabakan:Ma'mun Sulaiman (WARISAN)
  191. Mas Gading:Mordi Bimol (DAP)
  192. Santubong:Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  193. Petra Jaya:Fadillah Yusof (PBB)
  194. Bandar Kuching:Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
  195. Stampin:Chong Chieng Jen (DAP)★
  196. Kota Samarahan:Rubiah Wang (PBB)
  197. Puncak Borneo:Willie Mongin (PBB)
  198. Serian:Richard Riot Jaem (SUPP)
  199. Batang Sadong:Nancy Shukri (PBB)
  200. Batang Lupar:Rohani Abdul Karim (PBB)
  201. Sri Aman:Masir Kujat (BEBAS)
  202. Lubok Antu:Jugah Muyang (BEBAS)
  203. Betong:Robert Lawson Chuat (PBB)
  204. Saratok:Ali Biju (BERSATU)
  205. Tanjong Manis:Yusuf Abd Wahab (PBB)
  206. Igan:Ahmad Johnie Zawawi (PBB)
  207. Sarikei:Wong Ling Biu (DAP)
  208. Julau:Larry Sng Wei Shien (PBM)
  209. Kanowit:Aaron Ago Dagang (PRS)
  210. Lanang:Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  211. Sibu:Oscar Ling Chai Yew (DAP)
  212. Mukah:Hanifah Hajar Abdul Taib (PBB)
  213. Selangau:Baru Bian (PSB)★
  214. Kapit:Alexander Nanta Linggi (PBB)
  215. Hulu Rajang:Wilson Ugak Kumbong (PRS)
  216. Bintulu:Tiong King Sing (PDP)★
  217. Sibuti:Lukanisman Awang Sauni (PBB)
  218. Miri:Michael Teo Yu Keng (PKR)
  219. Baram:Anyi Ngau (PDP)
  220. Limbang:Hasbi Habibollah (PBB)
  221. Lawas:Henry Sum Agong (PBB)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri


Kerajaan: (116)Barisan Nasional (41)Perikatan Nasional (39)Gabungan Parti Sarawak (19)Gabungan Rakyat Sabah (8)Parti Bangsa Malaysia (6)Bebas (3)
Pembangkang: (103)Pakatan Harapan (90)Parti Warisan (7)Parti Pejuang Tanah Air (4)Parti Sarawak Bersatu (1)Ikatan Demokratik Malaysia (1)
Berkecuali: (1)Barisan Nasional (1)
Kosong: (1)Kosong (2)

Keanggotaan terdahulu:12345678910111213
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Wakil Parti
UMNO
MCA
MIC
PBRS
Pengarah Komunikasi
Setiausaha Eksekutif
Jawatankuasa Penyelaras Negeri
Pengerusi
Parti Komponen
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Presiden
Timbalan Presiden
Setiausaha Agung
Naib Presiden
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Bendahari Agung
Pengerusi Biro Penerangan
Kongres India Malaysia (MIC)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Mantan Perdana Menteri
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Gabungan
Parti Sokongan
Didahului oleh
Parti Perikatan (1952-1973)
Parti komponenBarisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi (Dipilih)
Ahli Majlis Tertinggi (Dilantik)
Perhubungan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Perdana Menteri
Menteri Kanan
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perlis
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Gabungan Politik
Lokasi
Negeri dan wilayah
Acara
Tindak balas
Dasar
Tokoh
Kerajaan
Penyelidik
Dijangkiti
Institusi
Kerajaan
Pusat kawalan penyakit
Hospital dan pusat rawatan
Pertubuhan
Syarikat
Pertubuhan bukan kerajaan
Isu dan kesan
Budaya masyhur
Filem
Televisyen
Muzik
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tengku_Razaleigh_bin_Tengku_Mohd_Hamzah&oldid=6663244"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp