| TenggelamnyaRainbow Warrior | ||||
|---|---|---|---|---|
Gambaran sisi kapalRainbow Warrior | ||||
| Tarikh | 10 Julai 1985 (1985-07-10) | |||
| Lokasi | Pelabuhan Auckland, New Zealand | |||
| Punca | Balasan atas protes dari Greenpeace terhadap uji coba nuklir Prancis | |||
| Matlamat | Menenggelamkan kapalRainbow Warrior | |||
| Kaedah | Pengeboman | |||
| Kesan | Rainbow Warrior tenggelam, 1 orang tewas | |||
| Pihak terlibat | ||||
| ||||
| Tokoh dan pemimpin utama | ||||
| ||||
| Korban | ||||
| ||||
Penenggelaman kapalRainbow Warrior milik organisasi pendokong perlindungan alam sekitarGreenpeace dilakukan seberapa orang agen perisikan luar negeriPerancis,Direction générale de la sécurité extérieure (DGSE) atas arahan Presiden PerancisFrançois Mitterrand[1] pada 10 Julai 1985 diPelabuhan Auckland, kotaAuckland,New Zealand bawah namaOperation Satanique.[2] Kejadian ini merupakan tindak balaspemerintah negara tersebut terhadap tentangan organisasi tersebut yang melakukan protes melawan rencanapengujian senjata nuklear tentera Perancis yang dilakukan di atolMoruroa,Polinesia Perancis.
Kejadian ini mengorbankanFernando Pereira, seorang jurugambar Belanda yang lemas terperangkap dalam bangkai kapal tersebut; penyelinapan ini mendapat tentangan hebat antarabangsa sehingga memburukkan nama Perancis pada ketika itu yang dianggap melakukantindakan mengganas.[3]
Pada ketika ini, dunia masih menghadapi kegerunan dirasaiPerang Dingin di manaDunia Pertama dalam keadaan bersedia menghadapi ancamanpemusnahan besar-besaran daripadaDunia Kedua. Perancis yang berada dalam blok pertama ini mula merasakan kedudukanya terancam akibartKrisis Suez serta kejatuhan penguasaan mereka di Indochina pada tahun 1954, maka membangunkansenjata nuklear mereka sendiri untuk tujuan pertahanan negara di bawah perintahCharles de Gaulle.[4]
Tentera Perancis memulakan pengujian senjata-senjata ini pada tahun 1960 lazimnya menguji di kawasan gurun terpenciljajahan Algeria. Kegiatan pengujian ini terhenti seketika dengan merdekanya jajahan tersebut daripada kuasa Perancis dua tahun kemudian, maka pemerintah Perancis mula mencari pilihan lain dalam lingkunganjabatan seberang laut mereka (département et régions d’outre-mer) untuk meneruskan pengujian mereka. Mereka akhirnya memilih seberapaatol khususnya Moruroa dan Fangataufa dalam jajahan Polinesia mereka lalu memindahkan kegiatan mereka ke sana pada tahun 1966;[4][5] ujian bawah di sana diteruskan pada 1974.[6]

Beberapa ejen perisikDGSE tiba di Auckland mendatangi kapal ia dalam samaran sebagai pewisata atau orang ramai yang berminat terlibat dalam rombongan Grenpeace. Seorang ejen berpengalaman dalam misi-misi Timur Tengah[7] bernama Christine Cabon menyamar sebagai "Frederique Bonlieu" yang berhasrat mahu melakukan kerja sukarela di pejabat GreenpeaceAuckland, dalam samaran inilah juga Cabon memperoleh banyak maklumat mengenai pergerakan Greenpeace serta peralatan digunakan untukpenyabotajan.
Setelah maklumat secukupnya diperolehi DGSE, sebuah kapal layar bernamaOuvéa berlabuh di pelabuhan Auckland membawakan dua periuk api lekapan (limpet mine) untuk dibawa perisik di AucklandDominique Prieur danAlain Mafart - masing-masing dalam samaran sebagai "Sophie Turenge" dan "Alain Turenge" - kepada pasukan pengebom rahsia terdiri daripada Jean Camas ("Jacques Camurier") dan Jean-Luc Kister ("Alain Tonel"). Camas dan Kister menyelam menyeberangi Marsden Wharf di mana kapal itu berlabuh. Cabon segera melarikan diri keIsrael sebelum misi pengeboman ini berlangsung.
Pada 10 Julai 1985, periuk-periuk api ini dihidupkan. Letupan pertama meletus pada jam 23:38 membocorkan lubang sebesar kereta saiz biasa pada kapal itu. Kesemua anak kapal ini keluar tinggalkan kapal pada awalnya, namun ada yang kembali untuk menyiasat keadaan yang berlaku pada kapal ini.Fernando Pereira, seorang jurugambar dan anak kapal ia ya turun mendapatkan alat merakam kerosakan itu. Bom kedua diletupkan kurang sepuluh minit kemudian pada jam 23:45 malam,[8] ada sebahagian anak kapal yang terhumbang keluar daripada kapal ini dek letupan yang meletus sampai sempat melarikan diri. Pereira pula terperangkap dalam bangkai letupan kapal dan tidak sempat mengeluarkan diri dari kapal tersebut yang deras tenggelam empat minit kemudian.
Kegiatan sulit pengeboman ini didedahkan beberapa wartawan dariThe Times danLe Monde yang khususnya menekankan penglibatanPresiden Perancis,François Mitterrand. Pada 22 September,Perdana Menteri PerancisLaurent Fabius membuat pengakuan kepada sidang wartawan mengesahkan penglibatan mereka dalam penenggelamanRainbow Warrior.[9] Menteri Pertahanan Perancis Charles Hernu meletakkan jawatan sementara Ketua DGSE, LaksamanaPierre Lacoste turut dipecat.
Polis New Zealand mengarahkan waran penangkapan Christine Cabon serta seberapa penumpang kapalOuvéa lain[10] yang turut diterima polis Israel. Namun, Cabon sempat melarikan diri sebelum polis sana dapat memberkasnya.[11] Seberapa perisik Perancis lain yang terlibat melarikan diri dalam kapal layarOuvéa; mereka ditahan polis Austrlai diPulau Norfolk namun terpaksa melepaskannya seketika kerana menunggu keputusan forensik sah. Pihak Perancis mengambil kesempatan ini membawa ejen-ejen ini kembali menaiki kapal selamRubis sambil melubangtenggelamkanOuvéa.[12]
Sambil ini juga Mafart dan Prieur ditahan dibicarakan di Mahkamah Auckland diwakili Daniel Soulez Larivière, seorang peguam senegara. Mafart dan Prieur mengaku bersalah atau tuduhan "membunuh dengan tidak sengaja" (homicide involontaire). Mereka disabitkan hukuman penjara selama 10 tahun pada 22 November.[13]
Kejadian pencerobohan ini kurang dipedulikan negara-negara Barat disekutui utama New Zealand sehingga tidak dibantah lalu menyebabkan polisi pertahanan dan luar negara tersebut segera berubah;[14] New Zealand mula menjalinkan hubungan diplomatik kuat dengan negara-negara Pasifik Selatan sambil mengekalkan hubungan sedia ada dengan Australia dan United Kingdom.[15]
Pemerintah Perancis membayar pampasan ganti rugi sebanyakUSD8.16 kepadaGreenpeace,[16][17] bayaran insuran mendiang Perira sebanyak 30 ribugulden Belanda kepada keluarganya, bayaran kepada isterinya sebanyak 650,000franc, 1.5 juta franc kepada dua orang anaknya dan 75,000 franc kepada ibu bapa Pereira.[18]
|dead-url= (bantuan)|dead-url= (bantuan)|deadurl= ignored (bantuan)|titre volume= (bantuan);Check date values in:|date= (bantuan), « L'affaire du Rainbow Warrior »,Templat:Pp..|last1= (bantuan).|first1= missing|last1= (bantuan)36°50′33″S174°46′18″T / 36.842405°S 174.771579°T /-36.842405; 174.771579