Dalam bidangtermodinamik,tenaga dalaman (dengan simbol U atau kadang kala E) sesuatusistem termodinamik atau sesuatu jasad yang mempunyaisempadan yang jelas nyata, adalah keseluruhantenaga kinetik yang disebabkan oleh pergerakantranslasi,putaran,getaran zarah-zarah; dan keseluruhantenaga keupayaan yang berkait dengan getaran dan tenagaelektrik atom-atom di dalam molekul atau hablur. Ini termasuklahtenaga yang ada padaikatan kimia dan tenaga dalamelektron yang bebas mengalir dalamlogam-logam.
Tenaga dalaman bagi sinaranjasad hitam atau sinaranelektromagnet juga boleh dihitung. Ia merupakan suatufungsi keadaan dalam sesebuahsistem dan juga suatukuantiti ekstensif.
UnitSI bagitenaga ialahjoule. Unit-unit lama yang lain juga masih digunakan, contohnyacalorie untukhaba. Tenaga dalaman juga boleh dinyatakan dalam bentukintensif, dan ini dipanggiltenaga dalaman tentu (tenaga dalaman spesifik) dengan simbol huruf kecilu. Tenaga dalaman tentu adalah tenaga dalaman bagi setiap jirim suatu-suatu bahan. Oleh yang demikian, unit SI bagi tenaga dalaman tentu adalah J/kg. Jika tenaga dalaman dinyatakan berasaskanamaun bahan, maka ia dipanggiltenaga dalaman molar dengan unit J/mol.
Tenaga dalaman terdiri daripada kesemua jenis tenaga-tenaga yang terdapat dalam sistem. Ia berkait dengan struktur molekul dan darjah pergerakan molekul yang juga boleh dikatakan sebagai jumlah tenaga-tenaga kinetik dan keupayaan molekul-molekul tersebut. Tenaga dalaman merangkumi tenaga-tenaga berikut:[1]
Jenis | Komposisitenaga dalaman (U) |
---|
Tenaga deria | tenaga dalaman yang berkait dengan tenaga kinetik molekul-molekul di dalam sistem (translasi, putaran dan getaran molekul; translasi dan spin elektron; dan spin nukleus) |
---|
Tenaga pendam | tenaga dalaman yang berkait denganfasa sesebuah sistem. |
---|
Tenaga kimia | tenaga dalaman yang berkait denganikatan kimia molekul-molekul. |
---|
Tenaga nuklear | tenaga (dengan jumlah yang banyak) yang berkait denganikatan antara nukleus-nukleus suatu atom. |
---|
Saling tindakan tenaga-tenaga | tenaga-tenaga yang tidak disimpan di dalam sistem (contohnya,pemindahan haba,pemindahan jirim dankerja), yang telah dikenalpasti padasempadan sistem apabila perpindahan berlaku. Ini merujuk kepada penambahan atau pengurangan tenaga di dalam sistem. |
---|
Jumlah kepada tenaga deria dan tenaga pendam adalah dipanggiltenaga haba atau dalamkejuruteraan perlombongan,haba sigma.
Tenaga dalaman ditakrifkan dalamhukum termodinamik pertama, yang juga merujuk kepada keabadian tenaga:

iaitu
- ΔU adalah perubahan tenaga dalaman dalam sesebuah sistem semasa sesuatu proses berlaku.
- Q adalahhaba yangditambah ke dalam sistem (dihitung dalamjoule bagiSI); iaitu bernilaipositif apabila haba mengalirke dalam sesebuah sistem, dan bernilainegatif apabila haba mengalirkeluar daripada sesebuah sistem.
- W ialahkerja mekanikal yang dikenakan pada sesebuah sistem (dihitung dalam joule bagi SI)
- W' ialah tenaga yang ditambah daripada proses-proses yang lain
Hukum termodinamik pertama juga boleh dinyatakan menggunakan sebutaninfinitesimal, iaitu:

- ^Cengel, Yungus, A. (2002).Thermodynamics - An Engineering Approach, 4th ed. McGraw-Hill. m/s. 17–18.ISBN 0-07-238332-1.Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)