Daerah Temerloh دايره تمرلوه 淡马鲁县 தெமர்லோ மாவட்டம் | |
|---|---|
LokasiDaerah Temerloh diPahang | |
![]() | |
LokasiDaerah Temerloh diMalaysia | |
| Koordinat:3°22′N102°25′E / 3.367°N 102.417°E /3.367; 102.417 | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Pusat | Bandar Temerloh |
| Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Temerloh |
| Pentadbiran | |
| • Pegawai daerah | Kharirur Rizal Ramli[1] |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 2,251 km2 (869 batu persegi) |
| Penduduk (2010)[3] | |
| • Jumlah | 157,562 |
| • Kepadatan | 70/km2 (180/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
| Poskod | 28xxx |
| Kod panggilan | +6-09 |
| Nombor plat kenderaan | C |
Temerloh merupakan sebuah daerah yang terletak di negeriPahang,Malaysia. Daerah ini terletak di tengah negeri Pahang dan berkeluasan 2,251 kilometer persegi, dengan penduduk seramai 190,500 orang. Pusat pertadbiran daerah ini terletak di Bandar Temerloh.
Daerah ini juga dikenali dengan gelaran "Titik Tengah Semenanjung" memandangkan lokasinya yang berada di tengahSemenanjung Malaysia.[4]

Daerah Temerloh ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan iaituMajlis Perbandaran Temerloh. Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang menempatkan dua bandar, tiga pekan dan 80 kampung.
| Mukim | Luas (km²) | Bil kampung |
|---|---|---|
| Bangau | 30.32 | 6 |
| Jenderak | 850.0 | 8 |
| Kerdau | 122.9 | 7 |
| Lebak | 44.29 | 4 |
| Lipat Kajang | 41.39 | 4 |
| Mentakab | 101.14 | 7 |
| Perak | 212.2 | 16 |
| Sanggang | 88.3 | 10 |
| Semantan | 755.4 | 13 |
| Songsang | 25.23 | 5 |
Daerah Temerloh diliputi dua kawasan persekutuan iaituTemerloh danKuala Krau. Daerah ini juga diliputi lima kawasan negeri iaituJenderak,Kerdau,Mentakab,Lanchang danKuala Semantan.
Daerah Temerloh terletak di tengah negeri Pahang bersempadan dengan;
Iklim di daerah ini ialahiklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 26.21 °C (79.2 °F). Bulan Mei dan Jun merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.0 °C (80.6 °F). Bulan Januari dan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.3 °C (77.5 °F).[5] Puratakerpasan di Temerloh adalah 2802.2 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggikerpasan dengan 457.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 133.6 milimeter.[5]
| Data iklim untuk Temerloh (2009-2019) | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
| Purata suhu harian, °C (°F) | 25.3 (77.5) | 25.8 (78.4) | 26.2 (79.2) | 26.8 (80.2) | 27.0 (80.6) | 27.0 (80.6) | 26.6 (79.9) | 26.5 (79.7) | 26.2 (79.2) | 26.1 (79.0) | 25.7 (78.3) | 25.3 (77.5) | 26.2 (79.2) |
| Puratakerpasan, mm (inci) | 316.8 (12.47) | 133.6 (5.26) | 200.1 (7.88) | 196.7 (7.74) | 247.0 (9.72) | 146.0 (5.75) | 137.4 (5.41) | 175.1 (6.89) | 192.4 (7.57) | 272.9 (10.74) | 326.3 (12.85) | 457.9 (18.03) | 2,802.2 (110.31) |
| Sumber: ClimateCharts[5] | |||||||||||||
| Tahun | Pend. | ±% |
|---|---|---|
| 1970 | 119,565 | — |
| 1980 | 213,355 | +78.4% |
| 1991 | 186,907 | −12.4% |
| 2000 | 136,214 | −27.1% |
| 2010 | 158,724 | +16.5% |
| 2020 | 169,023 | +6.5% |
| Pecahan etnik di Temerloh - Bancian 2020 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Agama | Peratus | |||
| Bumiputera | 78.8% | |||
| Cina | 14.7% | |||
| India | 5.8% | |||
| Lain-lain | 0.6% | |||
Berdasarkanbancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Temerloh ialah seramai 169,023 orang dengan kepadatan penduduk 75 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakanBumiputera, membentuk lebih 78 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih tiga peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 52,014 tempat kediaman dengan sebanyak 42,269 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 107 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 53 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.
| Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
|---|---|---|
| Warganegara Malaysia | Bumiputera | 129,078 |
| Cina | 24,128 | |
| India | 9,559 | |
| Lain-lain | 966 | |
| Bukan warganegara | N/A | 5,292 |
| Agama di Temerloh - Bancian 2020 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Agama | Peratus | |||
| Islam | 75.1% | |||
| Buddha | 13.3% | |||
| Hinduisme | 5.7% | |||
| Tidak beragama | 3.7% | |||
| Kristian | 1.9% | |||
| Lain-lain | 0.4% | |||
| Tidak diketahui | 0.0% | |||
Majoriti penduduk di daerah Temerloh beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[6]
| Agama | Jumlah |
|---|---|
| Islam | 126,947 |
| Buddha | 22,464 |
| Hindu | 9,623 |
| Tidak beragama | 6,248 |
| Kristian | 3,128 |
| Lain-lain | 609 |
| Tidak diketahui | 4 |

|deadurl= ignored (bantuan)