Tembikai,mendikai,semangka atautimun Cina (nama botani:Citrullus lunatus)[4] merupakan spesiestumbuhan berbunga yangmenjalar (memanjat dan melata) dalam keluargaCucurbitaceae yang berasal dari selatanAfrika. Tumbuhan ini mengeluarkanbuah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis.
Buah tembikai banyak ditanam di pelbagai iklim seluruh dunia dengan lebih daripada 1,000jenis yang dihasilkan.
Perkataan "tembikai" (Jawi: تمبيکاي) dan "mendikai" (Jawi: منديکاي) meminjam daripada katabahasa Tamilகொம்மட்டிக்காய்kommaṭṭikkay,[5]:78 istilahகொம்மட்டிkommaṭṭi yang berkaitan juga memberi maksud sejenistimun;[6] perkataan "mendikai" yang muncul dahulu sebelum ia kemudianterubah sebutannya sebagai "tembikai"[5]:78 yang lebih dikenali seperti di Semenanjung Melayu dan Sumatera.[1][7]
Perkataan "semangka" (Jawi: سمڠک) pula dipakai di beberapa tempat sepertiJohor, Sarawak danSingapura;[8] ia kata sewarisan dengan katabahasa Jawa:ꦱꦼꦩꦁꦏsemangka.[1]
Tumbuhan ini berasal dari kawasan timur laut Afrika,[9] penjelajah AfrikaDavid Livingstone melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasirKalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakantsamma. Biji-biji tembikai liar ditemukan diUan Muhuggiag, sebuah tapak prasejarah di barat dayaLibya yang wujud sejak kira-kira 3500 SM.[10]
Penanaman tumbuhan ini sebagai makanan boleh dibuktikan seawal alaf ke-2 SM diMesir Purba di mana spesiesC. lanatus danC. colocynthis dijumpai di sekitarlembah Sungai Nil lagi-lagi di makam firaunTutankhamun.[11] Buah tembikai pada ketika ini ditanam khususnya sebagai sumber air yang dapat digunakan pada musim kemarau baik dimakan atau dimanfaatkan sebagai bekas menyimpan air.[12] Biji-biji buah ini turut ditemui dalam tapak tamadun awal diBab edh-Dhra danTel Arad sekitarLaut Mati di Palestin.[13]
Orang Moor memperkenalkan buah tembikai keAndalusia meluas keSemenanjung Iberia dengan bukti penanamaman didapati paling awal diCórdoba (961) danSevilla (1158); ia kemudiannya merebak diSelatan Eropah sebagai tanaman pilihan mengisi hasil tuaian yang barangkali tidak mencukupi pada musim-musim panas. Ia turut dijadikan suatu tanaman hiasan pada abad ke-17.[14]
Sebagaimana spesies-spesiessekeluarganya yang lain, habitus tanaman ini merambat namun ia tidak dapat membentukakar yang menjalar malah tidak dapat memanjat tempat yang lebih tinggi. Jangkauan rambatan ia dapat mencapai belasanmeter. Batang rambatannya penuh bulu atau rerambut putih yang halus.[4] Helai daunnya berbentuk ringkas dengan ukuran 3–25 sentimeter panjang dan 2–19 sm lebar, tepinya berlekuk atau bercuping.
Sekuntum bunga tembikai.
Pada ketiak daun-daun pokok muncul bunga kecil sempurna berwarna kuning yang tumbuh pada tangkai panjang[4] dengan diameter 3 sm. Dua jenis bunga berputik daripada satu tumbuhan sekaligus iaitu bunga jantan yang hanya memilikisulur dan bungadwijantina yang memiliki kedua-dua sulur danpistil; bunga jenis kedua ini dapat dikenali daripada adanyaovarium pada bahagian pangkal bunga berupa pembesaran berbentuk bujur.
Buah yang dihasilkan berkulit tebal dan keras dengan corak berwarna hijau pekat atau hijau muda dengan lorekan hijau tua.Isi buahnya kelihatan berair serta berwarna merah pekat sampai kejambuan, kuning malah juga putih[14][15] bergantung kepada jeniskultivar yang dipilih.
Tumbuhan ini hidup subur di kawasansubtropika atautropika di mana ia memerlukan suhu lebih tinggi daripada 25 °C (77 °F) dengan pH tanah antara 5.5 hingga 7 serta kadar nitrogen yang sederhana.[16]
Buah ini enak dimakan mentah dipotong mahupun dikisar menjadi jus.[17][18]
Biji-bijinya boleh dikeringkan atau dipanggang untuk dimakan terus mahupun dikisar menjadi tepung.[15] Ia merupakan jamahan tradisiTahun Baru Cina di tanah besar China.[19] Orang diVietnam turut memakannya ketika sambutanTết.[20]
Buah tembikai mengandungivitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
Tembikai ialah simbol bangsaPalestin kerana kulit buahnya yang berwarna hijau, isi berwarna merah dan biji-biji benih hitam seperti bendera mereka.[21]
^abcWilkinson, Richard James (1932)."tĕmbikai".A Malay-English dictionary (romanised).II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 559 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
"tembikai".Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 106.
"tembikai".Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 149, 220.
^Renner, S. S. (2017). "Chromosome numbers, Sudanese wild forms, and classification of the watermelon genus Citrullus, with 50 names allocated to seven biological species".Taxon.66 (6): 1393–1405.
^abcMaynard, David; Maynard, Donald N. (2012). "6: Cucumbers, melons and watermelons". Dalam Kiple, Kenneth F.; Ornelas, Kriemhild Coneè (penyunting).The Cambridge World History of Food, Part 2.Medical History.46. Cambridge University Press. m/s. 267–270.doi:10.1017/CHOL9780521402156.ISBN978-0-521-40215-6.PMC1044500.PMID16562324.
^Brickell, Christopher (ed) (1992).The Royal Horticultural Society Encyclopedia of Gardening (Print). London: Dorling Kindersley. m/s. 333.ISBN978-0-86318-979-1.CS1 maint: extra text: authors list (link)
^"Watermelon". g Marketing Resource Center, US Department of Agriculture, Iowa State University. 2017. Dicapai pada9 Mei 2017.
^"Top 10 ways to enjoy watermelon". Produce for Better Health Foundation, Centers for Disease Control, US National Institutes of Health. 2017. Diarkibkan daripadayang asal pada 19 Julai 2017. Dicapai pada9 Mei 2017.