Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Teluk Panglima Garang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Telok Panglima Garang
Petempatan
Bandar Tropicana Aman terletak di Telok Panglima Garang.
Bandar Tropicana Aman terletak di Telok Panglima Garang.
Koordinat:2°54′44″N101°27′49″E / 2.9121341°N 101.4637294°E /2.9121341; 101.4637294
Negara Malaysia
NegeriSelangor Darul Ehsan
DaerahKuala Langat

Telok Panglima Garang ialah sebuah bandar yang terletak di antaraBanting dan Klang,Selangor,Malaysia. Lokasinya ialah kira-kira 16 km di selatan Kelang/Klang dan 17 km di utara Banting.

Asal-Usul

[sunting |sunting sumber]

Menurut penceritaanAllahyarhamTuan Haji Talib Bin Bulat, bekasKetua Kampung Telok Panglima Garang yang berkhidmat selama 25 tahun dari tahun 1968-1994 mengatakan bahawa nama asal Teluk Panglima Garang ialah Nibong Dengkil. Disebabkan kedudukan geografinya, ia dipanggil ‘teluk’ olehorang Asli.

Nibong Dengkil pada ketika itu adalah merupakan penempatan kaum orang Asli dari sukuTemuan. Disebabkan Nibong Dengkil terletak di kedudukan yang strategik berhampiranSungai Langat, ia menjadi kawasan singgahan pedagangAcheh yang kemudiannya membuat penempatan tetap di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Acheh.

Setelah mendapat tahu terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, orang Acheh telah membuat keputusan untuk mudik ke hulu untuk mengembangkan tanah taklukan mereka dengan mengambil alih penguasaan di Nibong Dengkil.

Disebabkan tindakan agresif orang Acheh, orang Asli di Nibong Dengkil berasa sangat terhina dengan tindak-tanduk mereka lantas bertindak balas sehingga mencetuskan pergaduhan. Disebabkan orang Acheh menurunkan panglima-panglima yang handal, garang dan bengis dalam pertempuran, orang Asli terpaksa beralah dan melarikan diri ke Bukit Tampoi yang terletak di Dengkil.

Sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Tampoi, mereka telah menyusuri sungai dan menempuh kampung-kampung berdekatan dan sempat berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan berkata:

“Jaga baik-baik di teluk ada penglima garang”

Terdapat bukti sehingga sekarang di mana penduduk di kalangan orang Asli di Bukit Tampoi, Dengkil yang mendakwa moyang mereka berasal dari Telok dan menetap di Bukit Tampoi setelah dihalau oleh orang Acheh yang handal dan garang.

Kawasan perumahan

[sunting |sunting sumber]

Ditadbir olehMajlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Kampung

[sunting |sunting sumber]

Ditadbir oleh Balai Penghulu Mukim Teluk Panglima Garang

MukimKampungKeluasan (Ekar)
Telok Panglima GarangKampung Sijangkang4,047.79
Kampung Batu 9,Kebun Baharu2,106.64
Kampung Batu 10,Kebun Baharu2,177.44
Kampung Medan1,202.25
Kampung Sungai Jaron (Kampung Baru)940.75
Kampung Sungai Rambai1,947.8
Kampung Telok Panglima Garang5265.1

Bank

[sunting |sunting sumber]

Industri

[sunting |sunting sumber]

Kawasan Industri Teluk Panglima Garang dibina sekitar tahun 1995 bagi menampung keperluan parapelabur yang dijemput melabur di Selangor. Banyak kilang-kilang haram di sekitarSungai Langat,Sungai Klang,Banting,Klang dan lain-lain dipindahkan ke sini.

Antara kilang yang terbesar ialah kilang elektronik NEC Semiconductor dari Jepun.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ibu negeri:Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
Bahagian
pentadbiran
9Daerah dan 12Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas:Bandar gabungan Lembah Klang ·Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling danKlang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Klang
(Daerah Klang)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat danGombak)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
   
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Teluk_Panglima_Garang&oldid=6353862"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp