Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Televangelisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Televangelisme merupakan kaedah penggunaan medium capaian jauh sepertiradio dantelevisyen untuk tujuan penyebaran agama oleh golongan agamawan yang berdedikasi (dipanggiltelevangelis), sama ada ditauliahkan mahupun digelar sendiri).

Fenomena ini ketara dilihat terutamanya di Amerika Syarikat sejak golongan paderi Kristian melihat potensi penyiaran radio yang giat merebak di negara tersebut sejak tahun 1920-an dan kemudiannya apabila teknologi televisyen dipopularkan ke serata negara tersebut pada tahun 1950-an. Perkara ini banyak dikritik kerana realiti sesetengah paderi-paderi ini yang diperhatikan banyak mengumpul kemewahan yang tidak setaraf dengan pekerjaan serta ajaran yang diamalkan mereka; malah, golongan televangelis ini wujud di luar struktur organisasi agama yang biasa maka mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kegiatan pendakwahan mereka.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Televangelisme&oldid=4395121"

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp