Telegrafi (daripada perkataanYunani,tele (τηλε) = jauh, dangraphein (γραφειν) = tulis) ialah penghantaran jarak jauh pesanan bertulis tanpa sebarang pengangkutan fizikal huruf.Radiotelegrafi atauTelegrafi wayarles menghantar pesanan melaluiradio. Telegrafi merangkumi berbagai-bagai bentuk penghantarandata yang terkini, termasukfaks,e-mel, danrangkaian komputer.
"Telegraf"' ialah mesin untuk menghantar dan menerima pesanan jarak jauh, iaitu untuk telegrafi. Perkataan "telegraf" pada dirinya merujuk kepadatelegraf elektrik. Telegrafi wayarles juga dikenali sebagai CW (singkatan untukcontinuous wave dalam bahasa Inggeris, iaitu gelombang selanjar). Ia merupakan pembawa yang dimodulatkan oleh penguncian buka-tutup, bertentangan dengan teknik radio yang lebih awal yang menggunakansela bunga api.
Pesanan telegraf yang dihantar oleh operatortelegraf dengan menggunakankod Morse dikenali sebagaitelegram ataukabelgram, seringnya disingkatkan menjadi pesanankabel atauwayar. Telegram yang dihantar oleh rangkaianteleks, iaitu rangkaianmesin teletaip bersuis yang serupa dengan rangkaian telefon, dikenali sebagai pesananteleks.
Sebelum perkhidmatan telefon jarak jauh boleh didapati dengan mudah dan pada harga yang murah, perkhidmatan telegram amat popular. Telegram seringnya digunakan untuk mengesahkan urusan perniagaan dan berbeza dengan e-mel, ia biasanya digunakan untuk mencipta dokumen urus niaga yang sah di sisi undang-undang.
Gambar wayar ataufoto wayar merupakan gambar akhbar yang dihantar dari lokasi jauh melaluitelegraf faksimile.