Bahagian pasaran telefon pintar mengikut OS pada Q3 2010, menurutGartner.[1]
Telefon pintar atautelefon bijak[2] (bahasa Inggeris:smartphone) adalahtelefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon sepertiSymbian,Android,iOS atauWindows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi.
Belum ada kata sepakat dalam industri pembuatan telefon mengenai apa yang difahamkan bila merujuk kepada ciri “kepintaran” sesebuah telefon itu , dan takrifan mengenai telefon sejenis ini berubah dari masa ke semasa. Menurut David Wood, Naib Presiden EksekutifPT Symbian OS, "Telefon pintar dapat dibezakan daripada genggam biasa dengan dua cara yang fundamental [asas], yakni bagaimana alat-alat ini dibuat dan apa yang bisa dilakukan." Pengertian lainnya memberikan penekanan perbezaan dari dua faktor ini:
"Dengan menggunakan telefon pintar hanya merupakan sebuah hanya evolusi dari jenjang-jenjang evolusi, jadi kemungkinan alat ini pada titik tertentu... akan menjadi lebih kecil dan kita tidak akan menyebutnya sebagai telefon lagi, tetapi ia akan terintegrasi... kesepakatannya di sini adalah untuk menjadikan alat ini betul-betul tersembunyi, antara anda, dan apa yang anda ingin lakukan."
Kebanyakan alat yang dikategorikan dalam kelas "telefon pintar" ini menggunakan sistem operasi yang berbeza-beza. Dari aspek ciri atau fitur (feature)-nya, kebanyakan telefon sebegini sepenuhnya menyokong kemudahan mel elektronik dengan fungsi pengatur personal yang lengkap. Fungsi lainnya dapat menyertakan miniaturpapan kekunci QWERTY,skrin sesentuh atau D-pad,kamera, pengaturan senarai nama kenalan, penghitung kecepatan, navigasi perisian dan perkakasan, kemampuan membaca dokumen bisnes, pemain muzik, pemerhati foto dan klip video, pelayar internet, atau hanya sekadar akses aman untuk membuka mel syarikat atau perusahaan, seperti yang ditawarkan olehBlackBerry. Fitur yang paling sering ditemukan dalam telefon jenis ini adalah kemampuan menyimpan senarai nama kenalan sebanyak mungkin tanpa batasan maksimum berbanding simpanan dalam telefon mudah alih biasa.
Telefon pintar pertama dinamakanSimon; dirancang olehIBM pada 1992 dan dipamerkan sebagai produk konsep tahun itu diCOMDEX, sebuah pameran komputer diLas Vegas,Nevada. Telefon tersebut dipasarkan secara umum pada tahun 1993 dan dijual olehBellSouth. "Simon" tidak hanya menjadi sebuah telefon bimbit yang buasa, malah juga memiliki kalendar, buku telefon, jam dunia, tempat mencatat, e-mel, keupayaan menghantar dan menerimafaks dan permainan. Telefon ini unik dengan ketiadaan tombol, sebaliknya engguna menggunakan skrin sentuh untuk memilih nombor telefon dengan jari atau membuat faksimile dan memo dengan suatu batang lukis atau "stilus". Teks dimasukkan dengan papan kekunci unik yang mempunyai ciri meramal perkataan yang berkemungkinan digunakan dalam konteks menyurat lalu tertera pada skrin. Ciri-ciri Simon walaupun dianggap biasa pada masa kini tampak diperhatikan sangat canggih.
Nokia Communicator merupakan model telefon pintar pertamaNokia, dimulai dengan Nokia 9000, pada tahun 1996. Model yang serupa dengan komputer tangan yang unik ini adalah hasil dari usaha penyatuan modelPDA buatanHewlett Packard yang berjaya dan mahal dengan badan telefon Nokia yang laris pada waktu itu. Nokia 9210 merupakan komunikator berskrin warna pertama dan juga merupakan telefon pintar cerdas sejati yang menggunakan sistem operasi. Komunikator 9500 menjadi komunikator berkamera dan ber-WiFi pertama. Komunikator 9300 memiliki perubahan dalam bentuk yang lebih kecil dan komunikator yang terbaru E90 menyertakanGPS. Meskipun Nokia 9210 dapat dihujahkan sebagai telefon pintar sejati pertama dengan sistem operasi, Nokia tetap menyebutnya sebagai sejenis "komunikator".
Ericsson R380 dahulu dipasarkan sebagai ‘telefon pintar’ di mana ia dilancarkan namun model tersebut tidak berupaya menjalankan aplikasi pihak ketiga.
Pada Oktober 2001,Handspring mengeluarkan telefon Palm OS Treo, dengan papan kekunci penuh digabungkan dengan jelajah rangkaian tanpa kabel, e-mel, kalendar, dan pengatur senarai nama, dengan aplikasi pihak ketiga yang dapat dimuat turun atau diselaraskan dengan komputer.
Tahun 2002,RIM mengeluarkanBlackBerry pertama yang merupakan telefon pintar pertama dengan penggunaan penghantaran surat elektronik tanpa wayar yang lebih baik dan penggunanya telah mencapai 8 juta (sehingga Jun 2007), tiga perempat pasaran pengguna mereka berada diAmerika Selatan.
Handspring menyajikan model yang popular di pasaran Amerika dengan bersatu dengan Palm OS berdasarkan Visor PDA dengan rangkaian telefon GSM, VisorPhone. Tahun 2002, Handspring menjual model bersepadu bernama Treo; syarikat pengeluar tersebut sertai tidak lama kemudian kerana penjualan PDA sudah mula meroost, tetapi telefon Treo secara cepat menjadi popular sebagai telefon berfiturbercirikan PDA. Pada tahun yang sama,Microsoft mengumumkanWindows CE komputer riba OS yang dinobatkan sebagai "Microsoft Windows Powered Smartphone 2002".
Pada tahun 2005 Nokia menerbitkan telefon pintar siri-N 3G yang dijual bukan sebagai telefon bimbit tetapi sebagai komputermultimedia.
Android, sistem operasi dikeluarkan pada tahun 2008. Ia dijana olehGoogle bersama beberapa pengusaha perkakasan dan perisian yang terkemuka yang lain sepertiIntel,HTC,ARM,Motorola daneBay, yang kemudian membentukOpen Handset Alliance.
Telefon pertama yang menggunakan Android OS adalahHTC Dream, mereka keluaran dariT-Mobile sebagaiG1. Ciri telefon penuh, skrin sentuh secara utuh, papan kekunci QWERTY, dan bebola penjejak untuk mengemudi halaman web. Peranti ini dimuatkan dengan aplikasi Google seperti Maps, Calendar, dan Gmail, juga Google's Chrome Lite. Aplikasi pihak ketiga juga tersedia melalui perkhidmatan Android Market, sama ada dengan harga yang percuma ataupun dengan pembayaran mengikut harga yang ditetapkan.
Pada Julai 2008Apple memperkenalkanApp Store dengan aplikasi percuma dan dengan biaya. App store dapat menyampaikan aplikasi pensel cerdas yang dikembangkan oleh pihak ketiga langsung dariiPhone atauiPod Touch dengan WiFi atau rangkaian seluar tanpa menggunakan komputer untuk memuat turun. App Store telah menjadi suatu kejayaan bagi Apple dan pada Jun 2009 terdapat lebih dari 50,000 aplikasi yang ada. App store menembus satu juta muat turun aplikasi pada 23 April 2009.
Mengikuti keterkemukaan App Store dari Apple, banyak yang membuat gedung aplikasi mereka sendiri. Palm, Microsoft dan Nokia telah mengumumkan kedai aplikasi yang mirip milik Apple. RIM juga baru-baru ini membuat gedung aplikasinya iaituBlackBerry App World.
Telefon pintar OLED yang dapat dilipat telah dikembangkan selama bertahun-tahun, namun gagal terwujud kerana tingkat kegagalan yang relatif tinggi apabila memproduksi layar ini. Membuat bateri yang boleh dilipat adalah rintangan lain.
Salah satu ciri utama smartphone adalah skrin atau layarnya.[3] Skrin mengisi beberapa permukaan depan alat (sekitar 70%), namun, dengan model-model terbaru seperti Galaxy S8 dan iPhone X, sebahagian besar ruang yang tersedia di bahagian depan dikhususkan untuk tampilan dengan gaya yang disebut "edge." Banyak skirn paparan pada telefon-telefon ini memiliki nisbah aspek sebanyak 16:9 atau 4:3, skirin diukur dalam inci dari satu penjuru ke satu penjuru yang lain, mulai dari 2.45 inci. Skirn dengan kelebaran lebih besar dari 5.2 inci sering disebut sebagaiphablet. Telefon dengan lebar skrin melebihi 4.5 inci biasanya sukar digunakan hanya dengan satu tangan, kerana kebanyakan ibu jari tangan manusia tidak dapat menjangkau keseluruhan permukaan layar; mereka mungkin perlu digeser di tangan, dipegang di satu tangan dan dimanipulasi oleh yang lain, atau digunakan di tempat dengan kedua tangan. Tampilan kristal adalah yang paling umum; Yang lainnya adalah display IPS, LED, OLED, AMOLED dan E Ink. Pada tahun 2010, layar Braille, yang dapat digunakan oleh orang-orang tunanetra sedang dikembangkan. Diharapkan layar Braille akan menggunakan beberapa jenis teknologi mikrobendalir. Selain itu, beberapa paparan turut diintegrasikan dengandigitizer yang sensitif terhadap tekanan, seperti model-model yang dikembangkan oleh Wacom dan Samsung. Model Wacom memungkinkan pengguna memiliki ketepatan yang lebih tinggi saat menggambar. Apple turut memunculkan ciri kepekaan tekanan untuk telefon mereka dengan nama 3D Touch melalui iPhone 6s sebagai model pertama mereka. Sentuhan 3D Apple secara unik menggunakan digitizer dengan memberi pengguna ketersediaan untuk menampilkan menu dan tetapan tambahan dengan memberi tekanan pada ikon tertentu.
Untuk pasaran Malaysia, telefon Android menguasai lebih daripada40% daripada kesemua jumlah pengguna telefon pintar yang ada diMalaysia. Dari segi telefon pintar yang popular pula, ia boleh dikategorikan mengikut beberapa jenama: